Anda di halaman 1dari 22

PEMARKAHAN

2. ESEI:
(a)
(b)
3. FORUM
JUMLAH

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS

KBK 3073: MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS


TAJUK TUGASAN 1 dan 2

KUMPULAN
_________
DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

NAMA TUTOR E-LEARNING:____________________________________


TARIKH SERAH: ________________

ISI KANDUNGAN

LAMPIRAN 2
Halaman

1.0

Pendahuluan

2.0

Topik perbincangan
2.1

Subtopik

2.2

Subtopik

3.0

Topik perbincangan

4.0

Topik perbincangan

5.0

Topik perbincangan
FORUM E-LEARNING
1

Tajuk Forum 1

Tajuk Forum 2

Tajuk Forum 3

Tajuk Forum 4

PENGENALAN

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah


dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan
yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan
mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut:
1. kebolehan kognitif
2. tingkahlaku sosial / perkembangan sosial
3. penguasaan bahsa lisan/pertuturan
4. penguasaan membaca
5. kemahiran perkembangan (developmental skills)
6. kemahiran matematik
CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN :
Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang
mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan
mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:
a. Ciri-ciri fizikal
Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanakkanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan
mental yang disebabkan oleh faktor faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan
berbanding dengan kanak-kanak biasa.
b. Ciri-ciri intelek
Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang
tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka
mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan
dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran
bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa.
Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh
kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.
c. Ciri-ciri sosial dan peribadi
Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah
kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada
pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka.
Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa.
Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang
sama dengan mereka.Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak
yang memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak

normal. Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental,
keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal.
Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan dalam
aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan mengembangkan
potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak terabai seperti kanak-kanak
normal. Chua & Koh (1992) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas atau kanakkanak luar biasa sebagai kanak-kanak yang mempunyai perbezaan yang nyata dari segi
kecerdasan, kejasmanian, kemasyarakatan atau pun dari segi rasa hati. Manakala Garciulo
(2003) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti kenyataan di bawah;
"Individuals who differ from societal or community standards of normalcy.
These differences may be due to significant physical, sensory, kognitif, or behavioral
characteristics. Many of these children may require educational programs customized to
their unique needs. "Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas
adalah kanak-kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berbeza daripada murid biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid
bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran
(Maklumat Pendidikan Khas 2003 dalam Sheila & Samsilah 2006). Kesimpulan yang dapat
menerangkan tentang kanak-kanak berkeperluan khas adalah golongan kanak-kanak yang
menghadapi ketidakupayaan yang serius sehingga memberi kesan yang mendalam
terhadap kehidupan normal dan pembelajaran serta perkembangan kognitif mereka
(Abd. Rahim 2006). Terdapat pelbagai kategori kanak-kanak berkeperluan khas dan
golongan kanak-kanak istimewa ini mestilah dikenal pasti ketidakupayaan mereka bagi
memenuhi keperluan perkembangan intelek, emosi, rohani dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Abu Bakar & Ikhsan 2003). Kanak-kanak
berkeperluan khas memerlukan pengesanan pada peringkat awal lagi bagi membolehkan
mereka mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancang bagi mengembangkan potensi
diri mereka. Perkataan disleksia (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek
iaitu Dys yang bermaksud kesukaran dan Lexis bermaksud perkataan atau dengan kata
lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah buta huruf juga digunakan untuk kategori
ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan
ophalomotologist telah memperkenalkan perkataan Disleksia (Hammond dan Hugges,
1996:3)Disleksia ialah satu Disorder dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan
Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf
intelek (World Federation Of Neurology, 1968).
Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia,
diantaranya ialah:-Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam
pengiraan ataupun matematik Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang
bermasalah dalam bahasa. Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah

dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan. Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu


kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik
pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini
bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya
dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga
bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia
tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan
sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang
dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan. Disleksia melibatkan orang dari pelbagai
latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh
diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak. Masalah utama yang dihadapi
kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran.
Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada :
i.

Mengeja
Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan
pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang
panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap
kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalahmasalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf .
Menurut Persatuan Disleksia Antarabangsa, disleksia merujuk aspek kesukaran
membaca. Kegagalan membaca terjadi kerana mereka tidak dapat menterjemahkan
dengan betul lambang bertulis, sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam suku kata
ataupun dalam perkataan. Individu disleksia berfikiran multidimensi, iaitu mempunyai
intuisi yang kuat dan kreatif dalam menyelesaikan masalah. Mereka sangat
cemerlang dalam aktiviti belajar dan melakukan, tetapi agak sukar untuk
berhadapan dengan angka, nombor, simbol dan perkataan.

ETIOLOGI
Disleksia adalah gangguan belajar yang memanifestasikan dirinya sebagai kesulitan
dengan membaca, ejaan dan dalam beberapa kasus matematika. Hal ini terpisah dan

berbeda dari kesulitan membaca hasil dari penyebab lain, seperti kekurangan nonneurologis dengan penglihatan atau pendengaran, atau dari membaca instruksi yang buruk
atau tidak memadai.Diperkirakan bahwa disleksia mempengaruhi antara 5% dan 17% dari
penduduk AS.Disleksia dianggap hasil dari cacat neurologis / perbedaan, dan meskipun
bukan cacat intelektual, cacat bahasa, antara lain.Ada banyak definisi dari gangguan
disleksia disebut''''namun tidak ada konsensus. Federasi Dunia Neurology disleksia
didefinisikan sebagai berikut:''Disleksia perkembangan khusus adalah gangguan
dimanifestasikan dengan kesulitan belajar membaca meskipun instruksi konvensional,
kecerdasan yang memadai, dan kesempatan sosial budaya yang memadai. Hal ini
tergantung pada cacat kognitif mendasar yang sering asal konstitusional.'' Beberapa definisi
lain yang sudah diterbitkan adalah murni deskriptif, sementara yang lain mewujudkan teoriteori kausal.
Dari berbagai definisi yang digunakan oleh peneliti disleksia dan organisasi di
seluruh dunia, tampak disleksia yang tidak satu hal tapi banyak, sejauh ia berfungsi sebagai
konseptual kliring-rumah untuk sejumlah defisit keterampilan membaca dan kesulitan,
dengan sejumlah penyebab .Castles dan Coltheart, 1993, menggambarkan jenis fonologis
dan permukaan disleksia perkembangan dengan analogi klasik subtipe disleksia diperoleh
(Alexia) yang diklasifikasikan menurut tingkat kesalahan dalam membaca non-kata. Namun
perbedaan antara permukaan dan disleksia fonologi belum menggantikan terminologi
empiris lama dibandingkan jenis dysphonetic dyseidetic disleksia. Perbedaan permukaan /
fonologi hanya deskriptif, dan tanpa asumsi setiap etiologi untuk mekanisme otak yang
mendasari, dalam kontras perbedaan dysphonetic / dyseidetic mengacu pada dua
mekanisme yang berbeda: - satu berhubungan dengan defisit speech discrimination, dan
yang lain untuk visual gangguan persepsi.Kebanyakan orang dengan disleksia yang
memiliki jenis Dysiedetic Boder, memiliki kesulitan attentional dan spasial yang mengganggu
proses akuisisi membaca. Tidak ada obat untuk disleksia, namun disleksia individu dapat
belajar membaca dan menulis dengan dukungan pendidikan yang sesuai.Untuk sistem
penulisan alfabet, tujuan mendasar adalah untuk meningkatkan kesadaran anak
korespondensi antara grafem dan fonem, dan menghubungkannya ini untuk membaca dan
mengeja. Telah ditemukan bahwa latihan fokus terhadap bahasa visual dan isu-isu ortografi
hasil keuntungan tahan lama dari pelatihan fonologis hanya lisan.

Definisi
Definisi terkini disleksia adalah sebagai suatu masalah kognitif ( Thomson 1984
dalam Sheila & Samsilah 2006) Mohd. Sharani (2004) menjelaskan maksud dyslexia adalah

kanak-kanak yang tidak dapat membaca kerana tidak dapat menterjemahkan dengan betul
lambang-lambang bertulis sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam suku kata ataupun
dalam perkataan-perkataan. Secara literalnya, disleksia bermaksud, kesukaran dalam
berbahasa (Ott 1997 dalam Sheila & Samsilah 2006). Definisi operasional disleksia yang
pertama dikeluarkan oleh World Federation of Neurology (1968) dalam Sheila & Samsilah
(2006) adalah seperti berikut: Suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun
mereka melalui pengalaman bilik darjah konvensional, gagal mengusai kemahiran bahasa
seperti membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual
mereka. Selain itu penghidap Disleksia juga menghadapi masalah Kepayahan memahami
perkataan. Kepayahan dalam melihat perkataan, mendengar sebutan perkataan, menyebut
perkataan dan sebagainya.ia juga disebut kesukaran dalam mentafsir fonologi yang
bermaksud kesukaran dalam menggambarkan dan menghubungkaitkan perkataan dalam
ingatan untuk mengingati perkataan itu. Kanak-kanak disleksia tidak dapat mengimbangi
daya mengingati huruf dengan perkataan dan menghadapi masalah dalam mengingati
bentuk huruf, bunyi huruf dan gabungan perkataan. Antara huruf-huruf yang sering
mendatangkan masalah kepada mereka ialah huruf b dan d, dan perkataan yang hampir
serupa ejaannya.
Kanak-kanak disleksia adalah lebih lambat perkembangannya berbanding rakan
yang sebaya daripada segi umur kronologikal seperti seorang kanak-kanak disleksia berusia
tujuh tahun sering berkelakuan seperti kanak-kanak berusia dua ataupun tiga tahun yang
mementingkan diri ( Cronin 1997: ms 111 dalam Sheila & Samsilah 2006).Perkembangan
fizikal, mereka tidak berminat dalam pelajaran dan selalu dilabelkan sebagai pemalas dan
bodoh. Pakaian yang dipakai sentiasa bersih tetapi tidak kemas dan butang baju sentiasa
salah butang. Mereka juga mempunyai daya pengamatan. pendengaran dan penglihatan
yang lemah. Kekeliruan juga timbul di mana mereka sukar untuk membezakan kiri dan
kanan.
i.

Pengamatan dan tingkah laku:

ii.

Keliru dengan konsep arah

iii.

Keliru dalam konsep masa

iv.

Kerap terasa tertekan

v.

Keliru memakai kasut pada kaki yang betul

vi.

Konsep kendiri yang rendah

Drake (1989) menyatakan bahawa masalah disleksia dirujuk kepada beberapa ciri,
antaranya: kesukaran belajar berbahasa, ketidakseimbangan dan kebolehan intelektual,
tidak lancar membaca sesuatu bahan bercetak, tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat
(kesukaran meniru tulisan dari papan hitam atau buku),mata menjadi penat setelah

beberapa minit menumpu pada tulisan, dan tumpuan yang terhad (pendengaran dan
pengamatan visual). Murid yang lemah dalam pembelajaran seperti mengalami disleksia
perkembangan ialah kanak-kanak yang membaca kurang baik berbanding dengan kanakkanak yang lebih muda darinya kerapkali ditempatkan ke dalam kelas pemulihan khas.
Kelas pemulihan khas diwujudkan bagi mengatasi kegagalan menguasai kemahiran 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira.Kanak-kanak disleksia sering ditemui mempunyai masalah
dalam bacaan dan akibatnya akan ditempatkan bagi mengikuti pendidikan di Kelas
Pemulihan Khas atau Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
Disleksia ialah kesukaran atau ketidakupayaan menguasai kemahiran membaca oleh
seseorang individu walaupun telah menerima pendidikan yang mencukupi (Mercer 1997 &
Smith 1999).Pada masa ini kanak-kanak disleksia tidak mendapat perhatian yang khusus
dalam pendidikan normal dan perdidikan khas. Musa (2001) menyatakan kanakkanak
disleksia kerap kali ditempatkan bersama kanak-kanak di kelas Pemulihan Khas. Anuar
(2001) menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia juga ditempatkan dalam Kelas
Bermasalah Pembelajaran. Dalam proses mengenalpasti mengenalpasti kanak-kanak
bersimpton disleksia, terdapat dua kaedah yang boleh dicadangkan (KPM 2000) iaitu secara
ujian dan secara senarai semak; kaedah senarai semak bertujuan untuk mendapatkan
butiran kelemahan murid jika tahap pencapaian murid ketinggalan sebanyak dua tahun di
belakang pencapaian rakan sebaya (Hammond & Hughes 1999). Bagi kaedah ujian seperti
Ujian Kecerdasan (IQ), Ujian Bacaan, Ujian Saringan yang mengandungi soalan-soalan
pendek berkaitan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dan Ujian Komprehensif
yang mengandungi aktiviti bacaan, ejaan, lukisan, matematik dan kecerdasan, penglibatan,
literaliti, urutan dan yang berkaitan. Selain itu, Rosana (1998) menyatakan bahawa kanakkanak disleksia dapat dikesan melalui 8 ciri iaitu:- kosa kata tulisan tidak seimbang dengan
kosa kata lisan, lambat dalam tindakan berlisan, lemah dalam menyusun isi barangan, tahu
pada sesuatu ketika dan lupa pada hari berikutnya, kurang kemahiran mengeja pada tahap
yang sepatutnya, faham bahan pengajaean dalam kelas tetapi merosot dalam ujina, tidak
tepat dalam bacaan dan tidak terancang. Namun begitu Disleksia bukanlah satu kecacatan
dan tiada kaitan dengan tahap kecerdikan atau IQ seseorang (Sofiah 2000). Disleksia tidak
boleh disembuhkan tetapi boleh dirawat (BOLD 2000).
Hasil Kajian pakar perubatan mendapati dari segi fizikal, kanak-kanak disleksia adalah
aktif (Zabidi 2000). Ini adalah kerana hanya pendidikan yang sistematik dan berkesan
berdasarkan 6 Jurnal Pendidikan 30 pengenalpastian kawasan kelemahan yang perlu diberi
perhatian akan dapat meminimumkan permasalahan dan kekeliruan para disleksia. Coralie
(2000) menyatakan lazimnya kanak-kanak disleksia diajar seperti kanak-kanak biasa.
Apabila mereka tidak dapat mengikut rentak akan dicap sebagai negatif. Beliau turut
menyuarakan agar guru memastikan tulisan mereka terang dan jelas. Proses mengenalpasti
dan merancang keperluan pembelajaran kanak-kanak disleksia ini sangat penting. Rosana

(1998) menyatakan pelajar disleksia secara keseluruhannya lemah dalam pembelajaran.


Mereka biasanya kehilangan asas dan merosot dalam ujian tidak terancang dalam membuat
sesuatu, cepat lupa dan tidak tepat serta lambat dalam berlisan. Irwin (2000) turut bersetuju
bahawa individu yang menghadapi masalah disleksia memerlukan satu program khusus
untuk belajar membaca, menulis dan mengeja.
Program pengajaran biasa tidak selalunya efektif untuk pelajar-pelajar ini. Beliau
mencadangkan alternative pengajaran yang perlu dititikberatkan oleh guru, melibatkan
penggunaan pelbagai deria dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ke atas kanakkanak disleksia di peringkat prasekolah sangat kurang dijalankan di Malaysia. Kajian-kajian
sebegini adalah perlu diteruskan terutama untuk mengenalpasti tahap atau peratusan
bilangan kanak-kanak yang mempunyai simptom disleksia di peringkat prasekolah.
Pengesanan symptom juga sepatutnya dilakukan secara menyeluruh ke atas keupayaan
kanak-kanak melibatkan semua deria utama dan pergerakan walaupun disleksia sering kali
menjuruskan perhatian kita kepada kecelaruan kanak-kanak dalam pembacaan ke atas
tulisan bercetak. Melalui pengesanan awal ini akan membina kesediaan penagjaran yang
lebih terancang dan berkesan di tahap awal pendidikan oleh guru-guru yang terlibat secara
langsung dengan mereka. Impak dari keberkesanan pengajaran dan pembelajaran tersebut
akan meminimakan masalah di kalangan kanak-kanak bersimptom disleksia.
Jenis-jenis disleksia
Disleksia dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:
Disleksia visual
Disleksia visual berkaitan dengan masalah kanak-kanak dalam menggunakan deria
penglihatan. Walaupun kanak-kanak itu dapat melihat dengan baik tetapi ia tidak dapat
membezakan apa yang dilihat ataupun mengintepretasi serta mengingatinya. Kesukaran
utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan.
Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk
melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik.

Disleksia auditori
Disleksia auditori berkaitan dengan masalah kanak-kanak dalam menggunakan deria
pendengaran. Walaupun kanak-kanak itu dapat mendengar tetapi ia mengalami kesukaran
dalam mendiskriminasikan bunyi, membezakan persamaan dan perbezaan antara bunyi,

mengenalpasti bunyi bagi perkataan ataupun membahagikan perkataan dalam suku kata.
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan
dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi
percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk
membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori.
Disleksia visual-auditori
Kanak-kanak dalam kategori ini berada pada tahap yang agak teruk kerana keduadua deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat membantunya mengintepretasi apa
yang dilihat dan didengar (Jamila 2005). Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini
disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio.

Ciri-Ciri Masalah Murid Disleksia


Masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia kebanyakkanya adalah
dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada:
a) Masalah Fonologi
Pengekodan fonologi merujuk kepada sistematik antara huruf danbunyi. Secara
ringkasnya, kanak-kanak disleksia lazimnya mengalamikesukaran membezakan antara
paku dengan pasu. Mereka jugatidak dapat mendengar rima akhir yang sama antara
perkataan.Kesukaran ini bukanlah disebabkan oleh masalah pendengaran,sebaliknya
berkaitan dengan pemprosesan maklumat di dalam otak(Farrer, 1996).
b) Masalah Mengingat Perkataan
Secara umumnya, kanak-kanak disleksia mempunyai kecerdasanyang normal.
Kebanyakan mereka mempunyai IQ yang normal dansebahagian daripada mereka
mempunyai kecerdasan luar biasa.Walau bagaimanapun, mereka mempunyai masalah
dalam mencarisemula perkataan. Ini bermaksud apabila mereka ditanyakan suatusoalan,
mereka tidak dapat menjawab secara spontan. Mereka jugasering didapati mengalami
kesukaran mengingati nama rakan-rakan,malah anggota keluarga dan merujuk individu itu
sebagai kawan sayadi sekolah ataupun budak lelaki itu.
Ini juga bermaksud merekasukar mengingati fakta-fakta disekolah apabila disoal oleh guru.
Selainitu, kanak-kanak disleksia juga cenderung menjadi kaku dan membisuapabila
ditanyakan soalan.
c) Masalah Penyusunan Bersiri

Kajian menunjukkan kanak-kanak disleksia sukar menyusun sesuatusecara bersiri, seperti


susunan bulan dalam setahun, susunan hari 14 dalam seminggu, susunan huruf serta
nombor. Justeru, merekamenghadapi masalah menghafal sifir ataupun mengingat
susunannya. Apabila ditanya secara spontan, Berapakah nilai 5 x 7? Mereka terpaksa
membaca sifir daripada awal sehingga sampai kepadanombor yang dikehendaki itu. Ini
bermakna penyelesaian satu masalah matematik yang mudah memerlukan jangka masa
yang lamaserta banyak tenaga dan usaha. Masalah yang sama berlaku dalamoperasi
pembahagian. Sebahagian kanak-kanak disleksia menghadapimasalah dengan pengiraan
yang melibatkan wang, seperti mengira jumlah harga barang ataupun menentukan baki.
d) Masalah Ingatan Jangka Pendek
Ingatan jangka pendek ataupun ingatan bekerja merujuk kepada stor di mana
maklumat yang sedang digunakan disimpan. Kanak-kanak disleksia didapati menghadapi
masalah memproses maklumat yangbaru masuk dan pada masa yang sama mengambil
maklumat dari stor ingatan jangka panjang. Kesemua proses ini akan mengumpulmaklumat
di stor ingatan jangka pendek bagi digunakan pada masaitu. Dalam erti kata lain, kanakkanak disleksia tidak berupayamengingat arahan-arahan panjang yang diberikan oleh
guru.Umpamanya, dalam subjek lukisan, terdapat arahan seperti, Lipat duakertas manila
itu, potong digarisan tengah dan seterusnya. Apabila melibatkan lima langkah mahupun
lebih, lazimnya kanak-kanakdisleksia terus hilang punca. Ini menyebabkan kanak-kanak
itudisangka tidak memberikan perhatian.
e) Masalah kesedaran sintaksis
Kesedaran sintaksis atau sensitiviti pada tatabahasa merujuk kepada kebolehan
memahami sintaks suatu bahasa. Masalah ini wujud pada kanak-kanak disleksia dimana
mereka sukar memahami peraturan berkaitan sintaks berkaitan bahasa.
CIRI-CIRI DISLEKSIA MENGIKUT KATEGORI
Kanak-kanak pra-sekolah :
- Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
- Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
- Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
- Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
- Tidak merangkak semasa bayi
- Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
- Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan
Kanak-kanak.

Sekolah Rendah : 6 hingga 9 tahun


- Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan
perkataan, huruf dan nombor
- Menggunakan jari untuk mengira dan membaca
- Keliru dengan kiri dan kanan
- Tulisan cermin atau terbalik
9 hingga 12 tahun
- Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
- Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
- Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
- Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
- Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah
- Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa
Sekolah Menengah :
- Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten
- Kesukaran menulis karangan
- Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
- Kesukaran mempelajari bahasa lain
- Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
- Jenis orang yang suka senyap
- Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
- Kurang kemahiran bersosial
Ciri-ciri kanak-kanak disleksia :
1) perkembangan motor yang kurang matang termasuk kelakuan-kelakuan hiperkinetik
2) gangguan penglihatan
3) singkat ingatan
4) gangguan dalam bahasa
5) kebolehan kognitif yang rendah
6) kesukaran dalam kematangan emosi dan social
7) tidak dapat membezakan lambing bertulis dengan bunyi lambing tersebut
8) tidak dapat mengaitkan bunyi huruf dengan lambang iaitu tidak dapat mengingat lambang
9) tidak dapat menyusun lambang tulisan supaya betul dan bersesuaian
10) tidak dapat menulis dari kiri ke kanan dan juga tidak dapat menulis susunan huruf atau
perkataan agar tidak terbalik kedudukannya.

11) Tidak dapat menyusun atau mengurus masa dan ruang mengikut susunannya.
12) Tidak dapat membuat koordinasi motor mata-tangan kiri kanan.

PUNCA-PUNCA DISLEKSIA
Membaca merupakan tugasan yang amat rumit dan kompleks bagi manusia, ia
memerlukan kesempurnaan dari segi kefungsian otak dan sistem saraf pusat(Lerner,
1997).Kanak-kanak yang mengalami disleksia mempunyai pelbagai defisit/kekurangan yang
disebabkan oleh kurang fungsian(dysfunction) otak. Bukan bermakna kanak-kanak itu
mengalami kecerderaan/kerosakan di bahagian otak tetapi otak kanak-kanak disleksia
beroperasi berbeza daripada kanak-kanak yang bukan mengalami disleksia (Rourke, 1991)
Hattum (1980) mengatakan bahawa kesukaran membaca disebabkan oleh sistem saraf
pusat yang tidak berfungsi dengan baik(dyfunction).Sistem pemerosesan auditori dan visual
diotak orang yang mengalami disleksia,selalunya lebih kecil sebanyak 27 %daripada otak
orang normal(Galaburda &Tallal,1991).Nicolson dan Fawcett (1995) mencadangkan bahawa
serebrum otak dan keanehan otak boleh memberi kesan kepada kawalan motor,
perkembangan automatif dan organisasi sesuatu kemahiran, termasuk kemahiran dalam
fonologi dan bahasa.Lovegrove (1991) dan Livingstone et al.(1991) dan Cornilissen et al.
(1995) telah cuba mengkaji korelasi kekurangan yang didapati dalam sistem pemerosesan
visual seseorang yang mengalami disleksia dengan pembelajaran membaca. Sekali
perhubungan di antara keduanya dapat dibuktikan, ringkasnya sifat semula jadi
perhubungan masih lagi belum jelas. Secara umumnya diakui bahawa faktor
yangmenyebabkan disleksia adalah daripada genetik yang pada dasarnya terletak
dibahagian bahasa di otak (Hulme & Snowling,1991). Daripada pemerhatian Lenneberg
(1976) terdapat penglibatan yang sama rata dihemisfera cerebral pada peringkat awal
perkembangan bahasa, kemajuan perkembangannya lebih di hemisfera otak kiri dan
berterusan berlaku sedemikian.
Jika sekiranya hemisfera otak kiri tidak berfungsi dengan baik sebelum atau semasa
perkembangan di peringkat awal, hemisferaotak kanan akan sambung penglibatannya
dalam pemerosesan linguistic. Laporan postmortem mendedahkan bahawa individu yang
mengalami disleksia menpunyai kawasan hemisfera otak kiri yanglebih kecil dan kurang sel
otak di bandingkan dengan orang normal, tetapi kawasan hemisfera otak kanan adalah lebih
besar dan mengandungi lebih banyak sel daripada individu normal. (Filipek, 1995; Duane,
1989;Galaburda, 1989). Berasaskan kepada teori Orton, hemisferaotak kiri sepatutnya
dominant dan mengawal hemisfera otak kiri, khususnya dalam aktiviti fungsi bahasa,
gangguan daripada hemisfera otak kanan semasa aktiviti bahasa menyebabkan berlaku

kekeliruan dalam bahasa. Sepatutnya hemisfera otak kanan mengawal fungsi aktiviti bukan
verbal (Orton,1937).
Satu daripada penyelidikan awal mengenai kesukaran membaca dan kemahiran
bahasa mendapati bahawa dari segi teorinya,pembalikan huruf dan perkataan (yang
dipanggil sebagai strephosymbolia atau pembalikan symbol) merupakan symptom kepada
kegagalan dominasi serebrum otak di kawasan kemahiran bahasa di hemisfera
otak kiri. (Orton, 1937). Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford
dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;
Keturunan atau genetic
Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalahmasalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah
darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia
desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun.
Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan,
kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini
menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada
kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan
kerosalan ini minimum.
Kematangan
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam
sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak
permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan
punca disleksia .

Bagaimana Disleksia terjadi

Kesilapan yang dilakukan oleh kanak-kanak ini banyak persamaan dengan kesilapan yang
dilakukan oleh orang dewasa aphasia yang menghadapi kerosakan otak. Perbezaannya
adalah mangsa aphasia telah pun mempunyai kemahiran membaca dan menulis tetapi
disebabkan kecederaan di otak, dia tidak dapat lagi membaca dan menulis sementara
kanak-kanak disleksia pula tidak pernah mempunyai kemahiran membaca dan menulis.
Biasanya penyakit ini telah sedia ada dalam gen keluarga kanak-kanak tersebut. Ini telah
dibuktikan oleh Hallgren (1970) yang membuat kajian ke atas 12 pasangan kembar
monozygote dan mendapati kesemua keluarga 12 kes tersebut menghadapi masalah dalam
bacaan dan ejaan semasa zaman kanak-kanak. Didapati penyakit ini banyak menyerang
kanak-kanak lelaki daripada kanak-kanak perempuan dengan kadar 3:1/2:1. Ini disebabnya
oleh orang lelaki lebih banyak tanggungjawab berbanding orang perempuan. Disleksia
berlaku secara perkembangan atau pembinaan iaitu berkembang sedikit demi sedikit.
Bahagian-bahagian tertentu dalam otak tidak berapa matang atau dengan kata lain perkatan
pertumbuhannya tidak seimbang lalu menyebabkan bahagian otak yang mengawal bacaan
dan ejaan tidak dapat lagi berfungsi dengan sepenuhnya. Berlaku perlawanan dalam dua
cerebral hemisphere dalam menguasai kemahiran bacaan dan ejaan. Pada kebiasaannya
hemisphere kiri yang menguasai bacaan tetapi kerana ianya lemah maka terjadilah
keterbalikkan perkataan dan huruf kepada kanak-kanak ini. Ada juga pendapat yang
mengatakan bahawa masalah dysleksia adalah disebabkan oleh pengajaran guru yang tidak
berkesan. Pendapat ini telah ditentang hebat dengan alasan jika pengajaran guru tidak
sesuai, sudah tentu terdapat satu kumpulan murid di dalam kelas yang menghadapi
disleksia. Berlaku akibat rencatan secara am di dalam perkembangan bahasa kanak-kanak .
KESAN DISLEKSIA TERHADAP PEMBELAJARAN
Kesan-kesan utama kanak-kanak disleksia terhadap pembelajaran ialah:
1)Membaca
Kebolehan membaca adalah penting bagi membolehkan murid mempelajari apayang
tersenarai di dalam kurikulum sekolah. Kesukaran membaca menyebabkan murid tidak
dapat belajar sendiri. Murid rasa rendah diri dan tidak berkeyakinantentang kebolehan
sendiri.

2)Mengeja
Pada jangka panjang, kebolehan mengeja akan memberi kesan yang lebih negatif daripada
kelemahan membaca. Kelemahan mengeja akan mengehadkan kebolehanmurid untuk

menyampaikan pengetahuan yang telah dipelajari di dalam kelas.Kelemahan ini juga akan
menyebabkan murid sentiasa mendapat markah yangrendah dalam ujian dan peperiksaan.
3)Menulis
Masalah utama adalah perbezaan antara kebolehan murid untuk
menyampaikanpengetahuannya secara lisan dan bertulis. Kesukaran-kesukaran olelh
muriddisleksia akan memberi kesan negatif terhadap penguasaan kemahiran menulis
tersebut.
4)Tulisan
Tiga aspek tulisan perlu diambil kira iaitu boleh membaca, kepantasan menulis, dan
kematangan menulis. Kelemahan dalam mana-mana aspek ini akan menyebabkankanakkanak menghadapi masalah dalam pembelajarannya.
5)Nombor
Kesukaran yang dihadapi dalam numerasi adalah sama dengan kesukaran yang dihadapi
dalam literasi. Murid menghadapi masalah untuk membaca teks, menulisbentuk digit dan
menulis digit bagi sesuatu nilai nombor.
6)Bahasa
Kebiasaannya murid mengalami kesukaran untuk menyampaikan
pengetahuan,menggunakan perkataan, menamakan benda, mengingat suku kata bagi
perkataan yang panjang. Ia juga dikenali sebagai kecacatan tersembunyi dan kesan
negatifnya juga merentas kurikulum.
7)Emosi/Tingkah Laku
Pencapaian prestasi yang rendah menyebabkan murid rendah diri dan kecewa. Ini boleh
menyebabkan masalah tingkah laku yang lebih teruk, diikuti dengan pencapaian akademik
yang rendah dan seterusnya. Selain itu, masalah tingkah laku menyebabkan murid
menghadapi masalah sosial seperti tidak boleh berinteraksi dengan rakan sebaya.

LANGKAH-LANGKAH MENBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA

Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk


Disleksia Pengendalian dan pelaksanaan program pemulihan adalah sesuatu yang begitu
mencabar terutamanya kepada para guru. Mereka menempuh pelbagai cabaran untuk
mendidik murid-murid dalam program pemulihan mereka yang sering kali memiliki masalah
pembelajaran yang berbeza. Kehadiran murid-murid yang mempunyai masalah disleksia
dalam bilik darjah mereka sudah tentu menambah lagi beban dan kesukaran kepada guruguru tersebut untuk melaksanakan pengajaran yang efektif. Dari segi fizikal, murid-murid
yang mengalami masalah disleksia tidak mempunyai sebarang kecacatan anggota dan
tahap kecerdasan mereka juga adalah normal. Mereka boleh berbual dan bergaul seperti
murid lain. Ini menyebabkan tiada sebarang tindakan diambil bagi membantu kanakkanak tersebut dalam pelajaran. Akibatnya, murid-murid ini berkemungkinan besar disalah
labelkan sebagai sama ada murid pemulihan atau bermasalah pembelajaran yang umum
sahaja (Sofiah Ali, 2000; Zabidi Husin, 2000). Setiap tiga bulan, ujian akan diadakan untuk
melihat tahap pencapaian murid-murid. Murid-murid akan mengikuti kurikulum biasa dan
akan masuk ke kelas pemulihan enam kali seminggu. Buku panduan, buku kerja, lembaran
kerja serta ABM (Alat Bantu Mengajar) digunakan dalam program ini. Walau bagaimanapun
buku kerja serta lembaran kerja yang digunakan dalam program ini kurang sesuai untuk
semua murid pemulihan. Ini kerana tahap pencapaian akademik dan keperluan murid
pemulihan adalah berbeza antara satu sama lain. Selain itu penjaga boleh membawa
berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal
bagi tujuan menaganinya.Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia
mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.Menambah dan menggalakkan
sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi.Sentiasa sabar melayani
karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang
berterusan.Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu
bapa.Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki
tadika.Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan
suasana harmoni.Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang
akademik.Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti
sendiri.Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandaI.

Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah
pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak

boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk
meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.
Pada saat ini kemampuan membaca dan menulis, merupakan acuan utama yang
digunakan oleh orang tua untuk mengontrol kecerdasaan anak pada saat anak telah
memasuki usia sekolah. Umumnya, anak akan diaggap bodoh jika belum dapat membaca
dan menulis. Padahal siapa tahu anak tersebut menderita dislesksia (dyslexia). Disleksia
adalah sebuah kondisi ketidakmampuan belajar pada seseorang yang disebabkan oleh
kesulitan pada orang tersebut dalam melakukan aktifitas membaca dan menulis. Pada
umumnya keterbatasan ini hanya ditunjukan pada kesulitan seseorang dalam membaca dan
menulis, akan tetapi tidak terbatas dalam perkembangan kemampuan standar lainnya
seperti keerdasan, kemampuan menganalisa dan juga daya sensorik pada indra perasa.
Terminologi disleksia juga digunakan untuk merujuk kepada kehilangan kmampuan
membaca pada seseorang dikarenakan kerusakan pada otak. Disleksia pada tipe ini sering
disebut sebagai alexia. Salain mempengaruhi kemampuan membaca dan menulis,
disleksia juga ditengarai juga mempengaruhi kemampuan berbicara pada beberapa
pengindapnya. Selain itu juga mempengaruhi pada ketidakmampuan seseorang untuk
menyusun atau membaca kalimat dalam urutas terbalik tetapi juga dalam berbagai macam
termasuk urutan dari atas ke bawah.
Para peneliti menemukan adanya disfungsi ini disebabkan oleh kondisi dari biokimia otak
yang tidak stabil dan juga dalam beberapa hal akibat bawaan keturunan dari orang tua.
Rawatan bagi sindrom ini adalah dengan menyertai pelbagai jenis program pembelajaran
bagi membentuk minat mereka untuk membaca dan menulis. Sokongan padu amat penting
bagi kanak-kanak terbabit. Presiden Persatuan Kanak-Kanak Disleksia Wilayah
Persekutuan, Sariah Amirin, berkata sindrom disleksia agak sukar dikenal pasti kerana ia
tidak seperti sindrom atau penyakit lain.Jika kanak-kanak mula menunjukkan kelewatan
bercakap dengan fasih, lambat mengenal pasti huruf serta menyanyi, mereka mungkin
berisiko mengalami disleksia.Apabila mereka mula memasuki alam persekolahan keadaan
itu akan kelihatan lebih ketara termasuk ketidakupayaan mengenal huruf, membaca,
memahami, cepat lupa serta menterbalikkan huruf.Kanak-kanak ini juga membaca dari
kanan ke kiri, tidak dapat membezakan persamaan perkataan dan kesukaran untuk
menyebut ayat yang dieja.Disleksia juga boleh diklasifikasikan sebagai kelewatan
pembelajaran dari segi umur daripada yang sepatutnya.

Kebanyakan kanak-kanak yang berumur enam tahun sudah mampu untuk belajar
membaca, tetapi bagi kanak-kanak disleksia, mereka tidak dapat memahami asas

pembacaan walaupun sudah mencapai Tahun Satu."Tiada ujian tunggal yang dilakukan
untuk mengenal pasti disleksia. Penilaian diagnosis yang dilakukan adalah berkaitan dengan
perubatan, proses mengenal (kognitif), pengolahan pancaindera dan sejarah perubatan
keluarga.Rawatan dari segi psikologi juga patut diberikan kepada kanak-kanak ini. Ini boleh
menentukan bahawa mereka mengalami masalah sosiol atau tidak. Sifat bimbang atau
tekanan yang dihadapi akibat kesukaran penerimaan pembelajaran boleh merencatkan
kebolehan mereka.Komplikasi yang dihidapi oleh kanak-kanak disleksia ini mampu
menjejaskan mata pelajaran lain seperti matematik. Selain itu disebabkan membaca adalah
perkara asas dalam keseluruhan pembelajaran, kanak-kanak ini akan menghadapi masalah
untuk meneruskannya ke peringkat paling tinggi. Sariah berkata, rawatan pemulihan bagi
kanak-kanak ini adalah melalui program pengajaran yang bersesuaian. Disamping itu
pengajar perlu menggunakan teknik mendengar, melihat dan sentuhan untuk membantu
meningkatkan kemahiran pembacaan mereka. Anda boleh membantu dengan cara
membacakan buku kepada mereka bagi membantu mereka menyebut sesuatu huruf itu
dengan baik.Bagi mereka yang tidak boleh membaca, sesi pengajaran mesti dilakukan
dalam jumlah kumpulan yang kecil setiap minggu. Selain itu, sokongan keluarga adalah
peluang paling besar bagi menyembuhkan disleksia.Selain itu ibu bapa perlu banyak
meluangkan masa bercakap dengan mereka dan memberi semangat kepada mereka yang
mengalami sindrom disleksia.Jangan sekali-kali bandingkan mereka dengan kanak-kanak
normal lain. Ini mampu menjatuhkan maruah serta semangat mereka. Adalah menjadi
harapan agar peluang Pendidikan Untuk Semua yang sekian lama dimeteri melalui
Pernyataan Salamanca (UNESCO 1994) akan menjadi lebih bermakna dengan perhatian
dan penglibatan semua pihak bangun membantu kanak-kanak diskelsia mencapai aspirasi
masa depannya melalui pendidikan berkualiti.

PENUTUP

Tidak siapa boleh melawan takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan atas kejadian
yang berlaku di muka bumi ini. Setiap insan yang dilahirkan inginkan diri dalam keadaan
sempurna dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Justeru, terdapat insan yang
dikategorikan sebagai insan istimewa atau berkeperluan khas kerana cacat deria lihat dan
dengar, pertuturan, fizikal, mental dan emosi. Pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak berkeperluan khas tidak semua mengikuti norma pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak normal. Masyarakat hendaklah memahami kanak-kanak istimewa bahawa
mereka mempunyai impian dan cita-cita untuk bergiat aktif dalam kehidupan sosial, ekonomi
dan politik selepas mereka meninggalkan bangku sekolah (Mohd. Sharani 2004). Hajah
Hasnah (1988) menegaskan bahawa tanda-tanda awal yang mungkin terdapat pada anakanak perlu diambil berat dan membawa berjumpa pakar perubatan bagi mengetahui
mengesan sebarang kekurangan pada kanak-kanak. Keprihatinan ibu bapa terhadap anakanak mereka akan dapat mengurangkan beban yang ditanggung dan memberi semangat
kepada kanak-kanak yang tergolong kanak-kanak berkeperluan khas untuk terus hidup.
Oleh itu, masyarakat khususnya ibu bapa perlu mendapatkan nasihat, pengetahuan dan
bantuan supaya kanak-kanak khas dapat dibimbing dengan sempurna. Kesimpulannya,
Disleksia ialah gangguan perkembangan bahasa yang menunjukkan bentuk dalam
kesukaran membaca. Ia melanda 2-8 peratus kanak-kanak sekolah rendah. Kebanyakkan
daripada mereka memberi tindak balas yang baik kepada pemulihan membaca.Disleksia
adalah masalah pembelajaran yang semakin dikenali oleh masyarakat.Malaysia melalui
Dasar Langit Terbuka dan capaian maklumat melalui rangkaian elektronik yang semakin
canggih hingga ke pelusuk negara. Media cetak dan elektronik semakin kerap menguaruarkan simptom ini dan dapat diikuti oleh semua lapisan masyarakat di mana sahaja
berada. Peranan sekolah semakin berat dalam memastikan arahan Pendidikan Rendah
Wajib oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bermula Disember 2002. Kehadiran kanakkanak ke sekolah seawal prasekolah melalui agenda besar Kementerian Pendidikan
Malaysia memastikan program peluasan Prasekolah ke seluruh Negara menjelang 2005
memperlihatkan keperluan pengisian pendidikan yang lebih berkualiti, berhatihati dan
berkesan. Kajian mengenalpasti kanak-kanak bersimpton disleksia diharap menjadi
penyumbang ke arah kualiti perancangan pendidikan yang dimaksudkan. Dalam era
masyarakat dapat menilai dan mampu membayar harga sesebuah pendidikan melalui
pemilihan terbuka institusi bagi anak-anak mereka mengikuti pendidikan, maruah institusi
pendidikan di bawah kendalian kerajaan akan dipertahankan dan mampu terus bersaing,
menjadi kebanggan dengan kualiti pendidikan yang mengambil kira keunikan potensi kanakkanak yang bernaung di bawahnya.
.

BIBLIOGRAFI
Abd. Rahim Talib .2006. Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran.
Kuala Lumpur. MeteorDoc. Sdn. Bhd.
Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman .2003. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Kuala
Lumpur. Quantum Books.
Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. 1992. Pendidikan Khas Dan Pemulihan. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Garciulo R.M .2003. Special Education in Contemporary Society: An Introduction to
Exceptionality. United State. Wadsworth Thomson Learning.
Hajah Hasnah Udin. 1988. Bimbingan Kanak-Kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Hajah Hasnah Udin & Hajah Aishah Hj. Jaafar .1992. Bimbingan Kanak-Kanak Luar Biasa.
Kuala Lumpur: DBP/Kementerian Pelajaran Malaysia.
Jamila K.A Mohamad .2005. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur.
PTS Publiction & Distributions Sdn. Bhd.
Li, Moore & Dennis. 1998. Acceptance of Disability and Its Correlates. Journal of Social
Psychology, 138(1), 13-26.
Messe .2001.HBS1103 Modul Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah
Pembelajaran. Universiti Terbuka Malaysia.
Mohamad Aman & Kasim Abd. Majid .2003. Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
( Tingkatan 4). Selangor. Aras Mega (M) Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai