Abstrak
Kursus TITAS baru sahaja diperkenalkan kepada pelajar UNIKL, bermula sesi
Januari 2014, selepas pihak Majlis Akreditiasi Negara mewajibkan kursus ini
kepada semua pelajar IPTS. Kursus ini ditawarkan bertujuan mendedahkan
pelajar kepada konsep-konsep asas Tamadun Islam dan Tamadun Asia bagi
memudahkan interaksi dan toleransi terhadap kepelbagaian kepercayaan dan
budaya. Kajian ini merupakan satu kajian yang berbentuk deskriptif bertujuan
untuk mengetahui persepsi dan sikap pelajar bukan berlatarbelakang jurusan
Pengajian Islam terhadap kursus Tamadun Islam. Kajian ini dijalankan terhadap
pelajar Tahun 2, Jurusan Kejuruteraan teknologi di Universiti Kuala LumpurMalaysian Spanish Institute. Aspek-aspek yang ditinjau ialah persepsi terhadap
pengajaran pensyarah, persepsi terhadap kandungan kursus dan penilaian
kursus. Beberapa cadangan telah diberikan untuk memperbaiki mutu pengajaran
dan pembelajaran kursus ini.Kesimpulannya, kajian ini akan memberi input yang
bermakna kearah memastikan matlamat dan tujuan penawaran kursus dapat
dicapai.
Bidang kajian:
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Pengenalan
Pengajian tinggi negara amat berperanan dalam usaha mentransformasikan
Malaysia menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi yang rakyatnya
berdaya saing serta berfikiran inovatif. Pembinaan modal insan merangkumi satu
proses lengkap membentuk tenaga kerja manusia yang berilmu, berakhlak,
berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan. Modal insan menjadi fokus dan
agenda utama kepimpinan negara untuk direalisasikan oleh semua pihak
termasuk Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sama awam mahupun swasta. Selaras
dengan hasrat murni tersebut, kursus Tamadun Islam diperkenalkan di semua
IPTA/S bagi melahirkan graduan yang holistik, menghayati nilai-nilai patriotisme
dan jati diri beracuankan Malaysia serta menguasai kemahiran insaniah ke arah
memenuhi kebolehpasaran kerja dan seterusnya kebolehdapatan kerja.
Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) merupakan matapelajaran
wajib ke atas semua pelajar universiti awam sejak tahun 1998 (Osman Bakar,
2012). Namun di IPT Swasta, ianya baru sahaja diperkenalkan bermula tahun
2013. Kursus ini membincangkan tentang ilmu ketamadunan yang mencakupi
pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara pelbagai tamadun Melayu, Cina
dan India, Islam dalam Tamadun Melayu, Isu-isu kontemporari Tamadun Islam
dan Tamadun Asia, Islam Hadhari dan proses pembangunan negara.
Perlaksanaan kursus TITAS di IPTS sebenarnya masih baru ini, dan ianya
memerlukan pelbagai kajian dan penilaian bagi memastikan semua matlamat
kursus dapat dicapai sebaik mungkin. Perlaksanaan kursus TITAS dalam konteks
Universiti Kuala Lumpur-Malaysian Spanish sebenarnya hanya bermula pada sesi
September 2014. Kajian tinjauan persepsi pengajaran TITAS ini merupakan kajian
awal perlaksanaannya yang dijalankan terhadap kumpulan pertama pelajar yang
mengambil kursus ini.
2. Latarbelakang Universiti Kuala Lumpur-Malaysian Spanish Institute
(UniKL-MSI)
UniKL-MSI diwujudkan hasil usahasama di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan
Sepanyol. Ia merupakan projek yang dibangunkan oleh MARA untuk
mengetengahkan institusi kemahiran tinggi teknikal yang menawarkan kursuskursus dalam bidang Kejuruteraan Teknologi Automotif. UNIKL-MSI memulakan
operasinya di kampus sementara di Kulim Hi-tech Park pada Ogos 2002 dan
kemudiannya berpindah ke kampus tetap seluas kira-kira 39 ekar di Kulim Hitech Park, Kulim, Kedah pada bulan Disember 2003.
UNIKL-MSI menawarkan 5 kursus di peringkat diploma dalam bidang kejuruteraan
teknologi, 3 kursus di peringkat bachelor dalam bidang kejuruteraan teknologi
automotif, dan 1 program persediaan untuk ke Universiti di Sepanyol dalam
bidang kejuruteraan.
Kursus-kursus teras di UNIKL-MSI memberi fokus kepada aspek pengetahuan dan
penguasaan kemahiran. Ia juga memberi penekanan kepada pendekatan hands
on bertujuan membekalkan pelajar kepada pengalaman pembelajaran yang
bermanfaat dan terkini. Disamping itu, pelajar juga didedahkan dengan kursuskursus yang membina syakhsiyah, pembentukan kerjaya dan kemahiran
berkomunikasi seperti kursus Bahasa, Ketamadunan dan Ko-kurikulum (UNIKLMSI Academic Handbook, 5th Edition).
3. Pernyataan Masalah
Umumnya, pelajar mengganggap kursus TITAS merupakan kursus yang
berlatarbelakangkan pengajian Islam dan sejarah, malah ia juga dianggap
sebagai ulangan kepada subjek-subjek tertentu yang pernah diajar di sekolah.
Anggapan demikian menyebabkan para pelajar hilang minat, kurang memberi
tumpuan atau mengambil kursus TITAS sekadar melepaskan batuk di tangga.
Oleh itu, persepsi negatif dan gambaran tidak tepat berkenaan kursus ini perlu
diperbetulkan bagi meningkatkan semula minat dan kesungguhan pelajar
sepanjang mengikuti kursus ini. Kursus Tamadun Islam tidak hanya menekankan
Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic
Civilization iCasic 2015
(e-ISBN 978-967-xxxxx-x-x). 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Organized by http://WorldConferences.net
2
4. Objektif Kajian
Objektif
kajian
ini
ialah
untuk
melihat
persepsi
pelajar-pelajar
berlatarbelakangkan pengajian kejuruteraan teknologi terhadap beberapa aspek
penawaran kursus TITAS ini. Aspek pertama aspek pengajaran pensyarah,
keduanya dari aspek kandungan kursus dan aspek ketiganya, penilaian kursus.
5. Sorotan kajian
Terdapat beberapa kajian lepas yang mengemukakan kepentingan kursus TITAS
dan penggunaan kaedah penyampaian yang dapat meningkatkan tahap minat
pelajar terhadap kursus ini.
Menurut Nik Mustafa Nik Hassan et.al (2004) pengajaran kursus TITAS mestilah
diolah supaya relevan dengan disiplin ilmu para pelajar, bagi menarik minat
mereka, di samping menyumbang kepada pengkayaan penguasaan ilmu dalam
bidang yang mereka pelajari. Sebagai contoh pelajar bidang perubatan diajar
tentang sumbangan Tamadun Islam, China dan India kepada dunia perubatan
dan tokoh-tokohnya.
Berdasarkan beberapa kajian lepas (S. Salahudin Suyurno, Mashita Abu Hassan,
Azizon Salleh, 2004; Norharidawati Roni, 2001), menjelaskan bahawa pengajaran
kursus TITAS amat relevan dan penting bagi membuka minda pelajar dalam
menghadapi realiti dan isu-isu semasa. Kedua-dua kajian ini turut mengutarakan
beberapa cadangan bagi memantapkan lagi kursus TITAS terutamanya untuk
memperkemas mutu pengajaran dan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran.
Menurut kajian Mohd Azhari Abu Bakar et.al (2012) kursus TITAS memberikan
manfaat kepada pelajar untuk mengimbas kembali dan memahami lagi
berkenaan ilmu ketamadunan yang patut diketahui oleh semua. Terutamanya
yang melibatkan ketamadunan Melayu dan interaksi antara tamadun penting di
Asia. Kursus ini juga dilihat sebuah kursus yang berstatus sederhana dan tidak
terlalu berat bebanannya kepada pelajar walaupun dari latarbelakang pengajian
yang pelbagai.
6. Metodologi
Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic
Civilization iCasic 2015
(e-ISBN 978-967-xxxxx-x-x). 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Organized by http://WorldConferences.net
3
Item
Pensyarah menggunakan kepelbagaian kaedah dalam
pengajaran
Pensyarah memberikan contoh yang sesuai dengan tajuk
yang dibincangkan
Pensyarah sentiasa menggalakkan pelajar untuk berbincang
dan berpartisipasi dengan aktif
Pensyarah menerangkan dengan jelas hasil pembelajaran
yang ingin dicapai
Pensyarah sentiasa menyemak kefahaman pelajar terhadap
pengajarannya
Min
4.31
4.47
4.35
4.43
4.32
4.31
Berdasarkan Jadual 1 di atas, hasil kajian menunjukkan min yang tinggi (4.31)
secara puratanya dalam semua item berkaitan pengajaran pensyarah. Dapatan
ini menunjukkan kaedah penyampaian pensyarah boleh diterima oleh pelajar
dan boleh memberi persepsi positif terhadap pengajaran kursus TITAS.
Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic
Civilization iCasic 2015
(e-ISBN 978-967-xxxxx-x-x). 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Organized by http://WorldConferences.net
4
7.2
Kandungan kursus.
Jadual 2
Bi
l
1
2
3
4
5
Item
Kandungan silibus kursus relevan dengan keperluan semasa
Kandungan silibus kursus bersesuaian dengan tahap pengajian
pelajar
Masa yang diperuntukan dalam proses pengajaran bersesuaian
Kandungan kursus membincangkan kepelbagaian tamadun
secara seimbang
Kandungan kursus ini mempunyai hubungkait dengan bidang
pengajian anda
Min
4.24
4.12
4.54
4.31
4.23
4.29
Berdasarkan Jadual 2 di atas, hasil kajian menunjukkan min yang tinggi (4.29)
secara puratanya, dalam item berkaitan kandungan kursus ini. Dapatan ini juga
menunjukkan kandungan kursus TITAS adalah bersesuaian dan mampu
memberikan persepsi positif terhadap pengajaran kursus TITAS.
7.3 Penilaian kursus.
Jadual 3
Bi
l
1
2
3
4
5
Item
Penilaian kursus ini menepati objektif dan hasil pembelajaran
kursus
Penilaian kursus meliputi keseluruhan kandungan kursus
Tugasan yang diberikan dapat membantu pelajar memahami
kandungan kursus
Tugasan yang diberikan tidak membebankan pelajar
Peratusan kerja-kursus dan peperiksaan akhir adalah wajar.
Min
4.33
4.24
4.46
4.32
4.37
4.34
Berdasarkan jadual 3 di atas, hasil kajian menunjukkan min yang tinggi (4.34)
secara puratanya dalam item penilaian kursus. Dapatan ini juga menunjukkan
penilaian kursus TITAS adalah bersesuaian dan membantu pelajar untuk
mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Ia juga mampu memberikan
persepsi positif terhadap pengajaran kursus TITAS.
8. Cadangan
Berdasarkan kajian yang dijalankan, terdapat beberapa cadangan berkaitan
kaedah pengajaran kursus ini.
8.1
9. Kesimpulan
Kajian awal ini menyumbangkan maklumat penting mengenai persepsi pelajar
terhadap penawaran kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia di Universiti Kuala
Lumpur-Malaysian Spanish Insitute. Kajian menunjukkan pelajar yang
berlatarbelakangkan jurusan kejuruteraan teknologi juga berminat dan
mempunyai persepsi positif terhadap kursus Tamadun Islam. Perlaksanaan
kursus Tamadun Islam yang baru diperkenalkan di semua IPTS bermula tahun
2014, pastinya akan melalui tahap penambahbaikan yang berterusan, walaupun
belum mencapai tahap yang sama dengan IPTA. Kajian-kajian berkaitan
pengajaran TITAS di IPTS dalam pelbagai aspek perlu lebih giat dihasilkan bagi
memastikan perlaksanaanya memenuhi hasrat dan cita-cita yang telah
ditetapkan oleh pihak Kementerian.
Rujukan
____________________ UNIKL-MSI Academic Handbook, 5th Edition.