Anda di halaman 1dari 33

TUGASAN

SEPTEMBER 2015 SEMESTER


KOD KURSUS

EPP 442

NAMA KURSUS

PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2

PROGRAM

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

PUAN ROSNAH BINTI RAMLI

NO. MATRIK

E30209120608

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

DR MIOR AHMAD TERMIZI BIN MIOR IDRIS

PUSAT PEMBELAJARAN

IPOH, PERAK

PERMAINAN PETIKLAH SAYANG MENINGKATKAN


PENGUASAAN GAYA BAHASA SIMILE DAN SINKOP BAGI
PELAJAR BERMASALAH PEMBELAJARAN SASTERA

OLEH

ROSNAH BTE RAMLI

CADANGAN PENYELIDIKAN

KANDUNGAN
2

1.0

Pengenalan

1.1

Latar Belakang Kajian

1.2

Permasalahan Kajian

4-5

1.3

Objektif Kajian

6-7

1.4

Persoalan Kajian

7-8

1.5

Limitasi Kajian

2.0

Tinjauan Literatur Berkaitan

10-17

3.0

Metodologi

17-18

4.0

Analisis Data

18

4.1

18-21

Profil Sampel Kajian

5.0

Perbincangan

21-23

6.0

Rujukan

24-25

7.0

Lampiran

26-33

1.0

PENGENALAN
3

1.1

Latar belakang Kajian

Sistem pendidikan kini sedang mengalami perkembangan yang sangat pesat . Teknik pengajaran
mengalami perubahan dalam semua mata pelajaran. Teknik menggunakan kapur tulis bertukar
kepada penggunaan komputer. Metodologi pengajaran Bahasa Melayu turut dilanda arus
perubahan. Langkah tertentu telah diambil untuk memantapkan lagi pengetahuan, di samping
tidak ketinggalan pemantapan sahsiah pelajar.Aspirasi dan falsafah pendidikan negara bukan
hanya memberi penekanan kepada aspek kognitif semata-mata, malah aspek perkembangan
emosi yang stabil turut diberi perhatian.Langkah untuk merealisasikan hasrat tersebut dapat
dicapai dengan melaksanakan pengajaran komponen sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu.
Di samping mengajar tatabahasa, karangan, guru juga dikehendaki mengajar sajak,
pantun,cerpen, prosa klasik dan novel. Komsas ialah merupakan komponen penting dalam subjek
Bahasa Melayu. Menurut Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) Tingkatan 1 hingga V Pascatahun 2003 telah memperuntukkan dua waktu
dalam seminggu untuk pengajaran komsas.Pihak Kementerian Pendidikan juga telah membuat
pemilihan teks sastera yang menepati kesemua aspek untuk digunakan dalam pengajaran
tersebut.
1.2

Permasalahan Kajian

Berdasarkan pemerhatian saya setelah mengajar Bahasa Melayu selama dua puluh tahun,
didapati terdapat suatu fenomena di mana pelajar bukan Melayu kurang menguasai pengajaran
komsas yang dijalankan di dalam kelas. Mereka sering mengalami masalah untuk menjawab
soalan pemahaman dan gagal untuk menjawab dengan baik dalam ujian serta peperiksaan.
Setelah mengajar selama 6 bulan pada tahun 2015, saya mendapati masih terdapat pelajar gagal
menguasai kemahiran-kemahiran dalam sastera. Aspek yang ketara dihadapi adalah dalam aspek
gaya Bahasa berbanding aspek-aspek yang lain.

Selepas penerangan demi penerangan

disampaikan, didapati pelajar masih gagal menguasai sepenuhnya. Situasi ini jelas apabila setiap
kali soalan mengenai gaya bahasa diajukan mereka mengambil tindakan mendiamkan diri. Ini
menunjukkan suspek gagal menguasai aspek gaya bahasa .
Elemen-elemen yang banyak dalam sasatera turut menyumbang kepada kegagalan tersebut.
Pelajar terpaksa memahami tema, persoalan, perwatakan, plot, latar, teknik penceritaan, nilai,
4

gaya bahasa dan pengajaran . Selain daripada itu terdapat pecahan, contohnya bagi aspek
perwatakan. Didalamnya mengandungi watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak
hitam, watak dinamik dan lain-lain.

Manakala

aspek gaya bahasa sendiri mengandungi

asonansi, aliterasi, simile, personifikasi, repetisi, anafora, metafora dan lain-lain. Ruang lingkup
yang terlalu luas menjadi penyebab pelajar gagal menguasai keseluruhan aspek tersebut. Saya
telah memilih satu aspek dalam komsas untuk kajian, iaitu aspek gaya bahasa. Oleh kerana gaya
bahasa dalam komsas terlalu banyak, saya memilih dua gaya bahasa yang penting, iaitu simile
dan sinkope dalam kajian yang telah saya lakukan.
Menyedari situasi di mana kebanyakan pelajar bukan Melayu tidak dapat menguasai pengajaran
komsas, saya merasa terpanggil untuk menjalankan suatu penyelidikan. Di samping menjalankan
penyelidikan, saya turut memperkenalkan suatu kaedah pengajaran yang diharapkan dapat
merungkai permasalahan tersebut.
Penyelidikan yang dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengecam dan
menyebut jenis gaya bahasa simile dan sinkop dalam pengajaran sastera. Pelajar bermasalah
pembelajaran didapati menghadapi masalah untuk menguasai aspek gaya bahasa. Manakala
kaedah yang digunakan

adalah aktiviti permainan Petiklah Sayang .

Permainan ini

diharapkan dapat membantu pelajar untuk lebih mudah memahami dan menguasai aspek gaya
bahasa dalam pengajaran sastera.

1.3

Objektif Kajian
5

Pelajar dapat mengecam jenis gaya bahasa simile dan sinkop dengan betul dalam sajak
melalui aktiviti Permainan Petiklah Sayang.

2.

Pelajar dapat menyebut jenis gaya bahasa simile dan sinkop dengan betul melalui aktiviti
permainan Permainan Petiklah Sayang.

3.

Pelajar dapat memberi contoh gaya bahasa simile dan sinkop dengan betul dalam sajak.

Sebagai lanjutan daripada cadangan aktiviti yang akan dijalankan, diharapkan pelajar dapat
menguasai beberapa kemahiran . Diantaranya ialah pelajar dapat mengenal pasti jenis gaya
bahasa dalam sajak. Saya memilih sajak kerana sajak merupakan hasil penulisan yang lebih
ringkas, tetapi sarat dengan pesanan, kiasan dan luahan perasaan. Pelajar dapat menemui lebih
dari satu gaya bahasa dalam sajak. Apabila pelajar dapat mengecam jenis gaya bahasa didalam
sajak, diharapkan agar pelajar dapat mengenali gaya bahasa dalam cerpen, drama, pantun dan
karya sastera yang lain.Berikut merupakan maklumat mengenai gaya bahasa yang dipilih, iaitu
simile dan sinkop. Terdapat lima komponen gaya bahasa dalam sastera termasuklah Gaya Bahasa
Perbandingan, Gaya Bahasa Pertentangan, Gaya Bahasa Pengulangan, Gaya Bahasa Pertautan
dan Gaya Bahasa Penyirnaan. Saya telah memilih simile dari Gaya Bahasa Perbandingan dan
sinkop dari gaya Bahasa Penyirnaan sebagai bahan kajian.

Simile, iaitu perumpamaan yang secara jelas mengungkapkan sesuatu perbandingan atau sesuatu
yang dianggap sama dengan menggunakan kata seperti "bak", "laksana", "seperti'', "umpama",
"penaka", "ibarat", "macam", "bagai", dan "serupa". Yang berikut adalah antara contoh gaya
bahasa simile yang terdapat dalam teks komsas
a. Seperti kebun berpagar duri. (Seuntai Kata Untuk Dirasa, 2003, 7)
b. la menjernih bagai jerebu diterpa titik hujan. (Othman Puteh, 2001: 26)
c. Macam membawa duit tak laku (Anak Laut, 2002: 8)
d. Umpama lebah membuang sengatnya (Seuntai Kata Untuk Dirasa, 2003: 13) G
i. Sinkop, iaitu pengguguran huruf sisipan atau suku kata sisip bagi perkataan a tau dengan
menghilangkan huruf tengah atau suku kata tengah bagi perkataan. Contohnya:
Andikara -- Adikara
Baharu -- baru
6

Dahulu -- dulu
Nenekanda -- nenenda
Sahaja -- saja
Saha ya -- saya
Semenjak sejak
Senantiasa -- sentiasa
Tidak -- tak
Tahu tau
Juga Jua
Kamu mu
Aku - ku
Engkau - kau
UJANG: Tak jua, aku cuma menduga saja. (Sehijau Warna Daun, 2002: 150)

1.4

Persoalan kajian

Adakah aktiviti permainan Petiklah Sayang dapat meningkatkan kemahiran pelajar untuk
mengecam jenis gaya bahasa simile dan sinkop dalam sajak dengan betul?

Adakah aktiviti permainan petiklah sayang dapat meningkatkan kemahiran pelajar untuk
menyebut jenis gaya bahasa simile dan sinkop dalam sajak dengan betul?

Adakah aktiviti permainan petiklah sayang dapat meningkatkan kemahiran pelajar untuk
memberi contoh gaya bahasa simile dan sinkop dalam sajak dengan betul?

Dalam konteks ini persoalan yang berlegar di fikiran saya adakah aktiviti yang akan dijalankan
dapat meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam menguasai aspek gaya bahasa.
Walaubagaimanapun saya telah mencuba dengan sebaik-baiknya untuk memastikan penyelidikan
ini akan dapat mencapai kejayaan seperti yang diharapkan. Bagi menjawab segala persoalan
tersebut

saya

telah

menjalankan

permainan

tersebut

untuk

melihat

sejauh

mana

keberkesanannya.Penyelidikan yang dijalankan telah melibatkan beberapa kaedah, iaitu Ujian


Diagnostik, Ujian Pra, Ujian Post serta Borang Soal Selidik. Data-data yang dikumpul diaplikasi
7

dalam bentuk jadual dan graf. Seterusnya laporan dibuat berdasarkan jadual dan graf
tersebut.Akhirnya rumusan diperoleh dengan meneliti segala maklumat yang dikumpulkan.
Karya sastera yang dimuatkan dalam penyelidikan ini sarat dengan pengajaran dan keindahan
yang dapat dijadikan santapan rohani pembaca untuk memahami dan menghayati nilai serta
memperkaya rasa kecintaan terhadap alam sekitar.
Seterusnya penghasilan penyelidikan ini diharap dapat membantu dan memperkembang potensi
pelajar secara menyeluruh dan bersepadu untuk menwujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini juga diharap dapat menyokong
dan memenuhi Aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2015 untuk
melonjakkan keberhasilan teras pendidikan negara.
Daripada penerangan diatas jelaslah bahawa pengajaran komponen sastera memainkan peranan
yang penting untuk merealisasikan Aspirasi Falsafah Pendidikan Negara. Bertitik tolak daripada
kenyataan diatas, saya merasa terpanggil untuk mengusahakan satu projek yang melibatkan
kemahiran gaya bahasa dalam sastera.

Walaupun gaya bahasa merupakan satu elemen dalam

sastera , namun elemen ini dapat mempengaruhi pelajar untuk memahami keseluruhan aspek
kesasteraan. Kejayaan dalam perlaksanaan aktiviti ini diharapkan dapat membantu pelajar
untuk menguasai kesusasteraan dengan lebih berkesan. Juga dapat menyerlah keunikan dan
keindahan dalam karya sastera. Selain daripada itu diharapkan juga pelajar dapat menghasilkan
karya sendiri setelah mereka menguasai kemahiran gaya bahasa tersebut.

1.5

Limitasi Penyelidikan

Pada pandangan saya, pengajaran gaya bahasa khususnya dapat memberi manfaat yang bukan
sedikit dalam pengajaran sastera. Namun dalam perlaksanaan aktiviti ini saya menghadapi
8

beberapa masalah yang sedikit sebanyak dapat mengganggu tumpuan untuk menyelesaikan
tugasan tersebut. Penyelidikan yang dilakukan adalah melibatkan pelajar bukan melayu. Saya
menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan sampel. Kemahiran bertutur, menulis dan
membaca adalah terhad. Selain daripada itu kosa kata mereka adalah agak sedikit. Justeru
menimbulkan kesulitan untuk melahirkan

idea dan menjawab soalan.

Kelemahan ini

mempengaruhi penulisan ayat kerana ayat yang ditulis terlalu ringkas. Mereka juga gagal untuk
berkomunikasi dengan berkesan.

Oleh itu pelajar gagal untuk memberi penjelasan secara

spontan terhadap sesuatu isu dengan baik.


Selain itu, pada masa ini juga saya turut menghadapi masalah yang lain. Peralatan computer
yang saya gunakan mengalami kerosakan. Saya tidak dapat menggunakan peralatan tersebut
untuk menyiapkan penyelidikan.

Alternatif lain terpaksa dilakukan sehingga akhirnya kajian

saya dapat disiapkan.


Sebagai menggulung segala yang diperkatakan diatas, penyelidikan yang saya lakukan adalah
bertujuan untuk meningkatkan martabat kesusasteraan Melayu ke peringkat yang lebih tinggi.
Generasi muda patut diberikan kesedaran bahawa mereka seharusnya mengambil langkah
tertentu agar warisan ini tidak pupus di telan zaman. Sekiranya golongan muda tidak mahu
memikul tanggungjawab ini, khazanah kebangsaan negara ini akhirnya terkubur begitu sahaja.
Semua pihak perlu melaksanakan langkah tertentu agar kesusasteraan dapat diletakkan pada
kedudukannya yang tertinggi sebagai warisan yang tidak ternilai harganya.

2.0

Tinjauan Literatur

Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini kita dapat menyaksikan kemerosotan akhlak berlaku
di kalangan pelajar.

Saban hari kita diasak dengan berita keruntuhan sosial, jenayah yang
9

melibatkan remaja yang masih bersekolah. Gelaja ini perlu ditangani dengan pelbagai kaedah
oleh semua pihak.

Salah satunya ialah sumbangan karya penulisan

daripada golongan

cendekiawan. Golongan cerdik pandai perlu memperbanyakkan penulisan untuk menjadi tatapan
umum. Semoga dengan penulisan tersebut akan membuka minda pelajar untuk menghindari
gejala kurang sihat yang membawa keburukan. Oleh itu gejala ini dapat dibendung daripada
berleluasa.
Berbanding dengan penghasilan jurnal, esei dan sebagainya, proses kajian atau penyelidikan
jurnal tersebut memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya. Proses penyelidikan jurnal
atau penulisan membolehkan orang ramai memahami dengan lebih mudah jurnal yang telah
dihasilkan. Pemahaman ini pentinguntuk menjamin wujudnya interaksi antara golongan cerdik
pandai yang menghasilkan karya, golongan penyelidikan dan seterusnya masyarakat. Golongan
masyarakat perlu memahami hasrat yang terkandung untuk merealisasikan harapan tersebut.
Akhirnya tindakan ibubapa perlu untuk mengubah senario yang tidak menyenangkan ini. Pada
hemat saya perlu ada tinjauan literature berkaitan isu kesusasteraan yang telah dibuar kajian.
Berikut merupakan perbandingan saya telah jalankan ke atas beberapa jurnal yang saya telah
pilih.
Rujukan penyelidikan adalah mengenai kesusasteran sebagai Wahana Mengajar Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi. Kertas kerja ini dihasilkan oleh N. S. Rajendran daripada Kementerian
Pendidikan Malaysia. Kertas kerja menjelaskan bahawa pengajaran sastera boleh dijadikan
sebagai mata pelajaran yang dapat merealisasikan kemahiran berfikir aras tinggi khususnya
potensi komponen kesusasteraan sebagai wahana mengajar kemahiran berfikir aras tinggi.
Dalam kertas kerja ini juga, Stemberg dan Martin (1988) mendapati hanya sebahagian kecil
aktiviti dalam kelas membantu pelajar secara langsung menguasai kemahiran berfikir aras tinggi.
Kajian menunjukkan guru tidak menyediakan peluang bagi pelajar untuk mengaplikasi
kemahiran tersebut. Selain daripada itu guru sering menghadapi masalah untuk menentukan aras
sesuatu soalan dan hasil pembelajaran. Pengkaji turut mendapati guru kerap mengemukakan
soalan aras rendah. Oleh itu kajian ini turut memberi panduan untuk menghasilkan soalan,
teknik menyoal pada aras lebih tinggi.

10

Tujuan kertas kerja ini dihasikan adalah untuk mengkaji kemungkinan menggunakan komponen
kesusasteraan sebagai wahana mengajar kemahiran berfikir aras tinggi. Rentetan daripada itu
turut dicadangkan srategi dan teknik yang boleh digunakan. Disamping itu taksonomi yang
bersesuaian turut dicadangkan. Tidak syak lagi komponen kesusasteraan menawarkan pelbagai
peluang kepada guru untuk menwujudkan wacana menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
membuat inferens, mencadang idea baru dan menilai tindakan.
Memang tidak dapat dinafikan guru yang mengajar kesusasteraan perlu sentiasa menentukan
aktiviti pembelajaran menarik, mencabar dan berkesan. Guru mesti peka terhadap objektif,
pengetahuan sedia ada, minat , kemudahan dan kemahiran. Kaedah yang disarankan adalah
seperti berikut. Sebagai contohnya adalah Soalan Terbuka. Kaedah ini memberi peluang kepada
pelajar menggunakan pengetahuan dan pengalaman sedia untuk penyelesaian masalah.

Selain

daripada itu teknik Penyoalan juga boleh digunakan. Penyoalan boleh dilaraskan sama ada untuk
aras rendah atau aras tinggi. Sebagai melengkapkan teknik perbincangan juga boleh digunakan
untuk memberi peluang untuk merungkai pelbagai isu, serta mencari penyelesaian. Teknik
pengurusan grafik dan penyelesaian masalah turut disyorkan.
Saranan yang diberikan oleh penyelidikan agar guru peka dengan keperluan mengajar kemahiran
berfikir aras tinggi.

Manakala pendekatan yang digunakan perlulah memastikan terdapat

penglibatan pelajar. Akhirnya guru mata pelajaran kesusasteraan mempunyai iltizam yang tinggi
untuk menggunakan kesusasteraan sebagai wahana untuk mengajar kesusateraan sebagai wahana
untuk kemahiran berfikir aras tinggi.
Berkaitan dengan penguasaan kesusasteraan yang lebih berkesan kajian yang dikemukakan,
jurnalseterusnya adalah Persepsi Guru Mengenai Penggunaan Aplikasi Multimedia dalam
Pengajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu. Jurnal ini dihasilkan oleh Zamri Mahamod
dan Nur Aisyah Mohamad Noor.Hal ini memang sejajar dengan tujuan pengajaran untuk
mendapatkan penguasaan maksimun, pelbagai langkah perlu dilaksanakan. Penggunaan aplikasi
multimedia mempunyai matlamat yang sama iaitu pengajaran yang berkesan dan menepati
objektif pengajaran.
Hakikatnya guru menghadapi pelbagai masalah dalam pengajaran komsas. Sebagai contohnya
sukatan pelajaran yang terlalu banyak menyebabkan guru terpaksa menjalankan pengajaran
11

dalam keadaan tergesa-gesa.

Pemilihan tajuk yang penting terpaksa dilakukan untuk

menghabiskan silibus. Topik yang bank dan elemen yang pelbagai membataskan kaedah yang
dapat digunkan. Guru tidak mempunyai pilihan lain untuk menjalankan pengajar menggunakan
kaedah tradisional. Pengajaran berpusatkan guru terpaksa digunakan untuk menjimatkan masa.
Terdapat

dikalangan pentadbir tidak memberi sokongan sepenuhnya dalam memastikan

keberkesanan pengajar komsas. Contohnya terdapat sekolah yang tidak menghantar wakil untuk
membangunkan perisian komputer.
Sehubungan dengan itu perlu ada jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah diatas.
Sebahagian daripada kaedah untuk meleraikan masalah adalah penggunaan aplikasi multimedia.
Penggunaan komputer dilihat dapat menyelesaikan banyak masalah

kerana pendekatan ini

memberikan banyak kelebihan.


Bertentangan dengan kaedah tradisional, penggunaan PPBK mempunyai banyak kelebihan.
Diantaranya pembelajaran menggunakan perisian membantu pelajar menguasai pembelajaran
dua hala. Menggunakan bantuan media, pelajar mampu belajar secara aktif kendiri dan anjal.
Pelajar turut terlibat secara aktif melalui hubungan dua hala dengan perisian.

Strategi

pembelajaran kendiri juga membolehkan pelajar belajar secara bersendirian tanpa kehadiran
guru.

Pembelajaran juga dapat dijalankan mengikut kehendak sendiri tanpa menunggu

pembelajaran dalam bilik darjah.


Sebagai lanjutan daripada kenyataan diatas, menggunakan maklumat dalam jadual, dapatan
tersebut diperoleh. Dapatan menunjukkan teori pembelajaran yang diterap dalam perisian dapat
membantu pelajar menguasai pembelajaran secara efektif. Penggunaan perisian turut membantu
pelajar membina pengetahuan baru dengan mengaitkan pengetahuan sedia ada. Seterusnya
pembelajaran ini juga menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan kritis. Disingkapkan
penggunaan perisian ini dapat membantu meningkatkan minat dan kefahaman pelajar dalam
pengajaran Bahasa Melayu khususnya komsas.

Kajian diteruskan dengan mengulas jurnal. Kewajaran Pengajian Komsas dalam Bahasa
melayu oleh Nik Hassan Nik Abdul Kadir. Komsas merupakan komponen penting dalam
subjek Bahasa Melayu.

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu KBSM menetapkan


12

peruntukan masa dua waktu seminggu untuk komsas Jurnal ini diterbitkan untuk merungkai
permasalahan dalam pengajaran komsas dalam Bahasa Melayu.
Bersangkutan dengan isu di atas, terdapat beberapa permasalahan dan kekeliruan yang dihadapi
oleh guru. Didapati terdapat guru yang kurang memahami falsafah pengajaran komsas dalam
Bahasa Melayu.

Kekeliruan tentang matlamat, objektif pengajaran, penilaian menyebabkan

guru mengajar komsas sama seperti mengajar subjek Kesusasteraan Melayu tulen.

Selain

daripada itu guru juga kurang cekap dan yakin untuk melaksanakan pengajaran komsas.
Berkaitan permasalahan tersebut pengkaji telah memberi beberapa saranan untuk meningkatkan
pengajaran komsas dalam Bahasa Melayu. Diantaranya termasuklah guru mesti mempunyai
pengetahuan yang mendalam dan membuat perancangan yang betul agar pengajaran mencapai
objektif. Tanggungjawab mengajar komsas tidak boleh dipandang ringan. Guru Bahasa mesti
peka, dedikasi, prihatin dan memiliki ketrerampilan untuk menjalankan pengajaran dengan
berkesan.
Oleh hal yang demikian pemilihan teks sastera adalah sangat penting. Karya yang dipilih
mestilah mempunyai kriteria tertentu. Bahan komsas sepatutnya dapat membangkitkan minat
dan kesedaran pelajar tentang kepelbagaian kosa kata, frasa, ungkapan dan struktur ayat. Selain
daripada itu, teks sastera mesti mempunyai keindahan, kreatif, rasional, intelek itu adalah unik
dan gaya Bahasa yang menghibur. Nilai moral dan etika juga perlu dimasukkan dalam teks
sastera.

Aspek yang juga penting termasuk fonologi, marfologi, sintaksis, semantik dan

pragmetik.
Sebagai lanjutan daripada penjelasan tersebut, perlu dihuraikan persoalan mengapa perlunya
komsas dalam pengajaran Bahasa Melayu. Komsas dikatakan mempunyai pengajaran banyak
kelebihan. Dalam hal ini komsas memainkan peranan penting dalam pembentukan emosi kerana

melalui karya yang menyentuh hati pelajar akan sedar perasaan sendiri semasa mereka
memikirkan perasaan orang lain. Unsur-unsur dalam teks sastera dapat membentuk pelajar
menghormati orang lain, membina salsiah, yang elok dan bersikap toleransi. Pembacaan bahan
komsas juga dapat memberi juga dapat memberi motivasi, pemikiran positif, kreatif dan selain
13

daripada itu semangat cinta akan tanah air dapat disemat melalui unsur patriotik, perpaduan
negara dan kebudayaan kebangsaan.
Berkaitan dengan isu yang dibincangkan, saya turut mengemukakan jurnal bertajuk

Gaya

Bahasa Dalam Bahasa Melayu.Jurnal ini turut menampilkan pengarang yang sama iaitu Nik
Husin Basri B Nik Abdul Kadir.Penjelasan jurnal ini menyentuh pengajaran gaya bahasa dalam
subjek Bahasa Melayu, khususnya dalam bidang penulisan kreatif.. Pengarang menekankan peri
pentingnya pengajaran gaya bahasa dalam penulisan kreatif kerana gaya bahasa memainkan
peranan penting dan dianggap nadi dalam menghidupkan karya kreatif. Karya penulisan kreatif
merujuk karya kesusasteraan yang mempunyai unsure keindahan dan istimewa.
Karya tersebut dicatat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah Tingkatan satu hingga Tingkatan lima. Penjelasan diterukan dengan penerangan
mengenai gaya bahasa. 5 kelompok gaya bahasa, iaitu merujuk Gaya Bahasa Perbandingan,
Gaya Bahasa Pertautan, Gaya Bahasa Pertentangan, Gaya Bahasa Penyirnaan dan Gaya Bahasa
Pengulangan. Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah telah
ditetapkan gaya bahasa yang perlu diajar bagi setiap tingkatan.Gaya Bahasa Perbandingan
digunakan untuk menambah kesan dengan membanding sesuatu perkara dengan perkara yang
lain. Di dalamnya terkandung metafora, personifikasi, simile dan imejan. Gaya Bahasa
Pertentangan pula mengemukakan makna yang berlawanan dengan maksud sebenar. Di
dalamnya terkandung gaya bahasa hiperbola dan paradoks. Gaya Bahasa Perulangan
merujukpengulangan bunyi, suku kata, frasa untuk memberi kesan tindakan. Contohnya aliterasi,
anafora, asonansi, epifora dan rima. Manakala Gaya Bahasa Penyirnaan pula merujuk kepada
sinkop.Sinkop merupakan pengguguran huruf sisipan atau suku kata, sisipan perkataan dengan
menghilangkan huruf tengah atau suku kata tengah bagi sesuatu perkataan. Pembelajaran gaya
bahasa bagi setiap tingkatan telah dirancang dengan teliti.Semasa pengajaran sastera dalam
Tingkatan 5 diharapkan semua pelajar telah dapat menguasai semua gaya bahasa tersebut. Selain
daripada gaya bahasa, pelajar juga perlu menguasai aspek laras bahasa mata pelajaran yang
berlainan. Contohnya laras bahasa sains. Guru juga perlu memastikan pelajar menguasai
kepelbagaian laras bahasa tersebut. Pengarang juga turut menjelaskan mengenai pemilihan
pendekatan pengajaran yang boleh dipilih oleh guru semasa menjalankan pengajaran.

14

Pendekatan tersebut termasuklah Deduktif, Induktif, Eklektif dan Komunikatif. Setiap kaedah
mempunyai keunikan dan kelebihan masing-masing semasa diamalkan.
Jurnal seterusnya adalah menekankan aspek perpaduan, iaitu Pendidikan Sastera Perpaduan
Menerusi Komsas Tingkatan 4. Pengarangnya ialah Chew Fong Peng.Tujuan jurnal ditulis
adalah untuk menilai pelaksanaan pendidikan sastera perpaduan dan kesannya. Dapatan kajian
menunjukkan buku teks KOMSAS tidak mencerminkan realiti masyarakat berbilang kaum.
Guru-guru pula jarang menerapkan elemen perpaduan di dalam atau di luar kelas. Oleh itu Biro
Buku Teks, guru dan pelajar seharusnya mengamalkan sikap positif dan komitmen yang tinggi
untuk melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu-padu. Kajian oleh Chew (2003) menunjukkan
sastera Melayu adalah menjadi mekanisma yang boleh digunakan untuk memupuk semangat
muhibbah yang melahirkan konsep sastera perpaduan.Pengajaran Komsas diajar secara
berperingkat-peringkat dari segi penguasaan gaya bahasa. Antara nilai murni dan pengajaran
penting adalah perpaduan yang menjadi matlamat dan objektif pengajaran Komsas. Tujuan
kajian dijalankan adalah untuk meninjau pendidikan perpaduan menerusi Komsas ke arah
memberi sumbangan bagi melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu. Caroll (1989)
mengenalpasti 5 elemen pelajar yang mendorong kecemerlangan. Iaitu kemampuan pelajar,
kebolehan memahami arahan, ketekunan, peluang belajar dan pengajaran yang berkualiti. Selain
daripada itu dalam usaha membina perpaduan, pengkaji menggabung jalin konsep kesesuaian
buku teks dan faktor pembelajaran guru dan pelajar.Hubungan kesemua elemen ini akan
mewujudkan perpaduan dalam masyarakat.
Kajian ini menggunakan kaedah kaji selidik.Sampel yang digunakan terdiri daripada pelajar
Tingkatan Empat yang berlainan aliran. Mereka sedang belajar di salah sebuah sekolah
menengah kebangsaan di Petaling Jaya. Setelah dibuat penelitian didapati empat item yang
menunjukkan kesan positif pendidikan sastera perpaduan terhadap pelajar. Item tersebut
termasuklah pelajar dapat mengaplikasi nilai murni dalam sastera dalam kehidupan
seharian,mempelajari komsas dapat memupuk akhlak mulia, berbangga menjadi warganegara
Malaysia berbilang kaum dan perpaduan penting untuk memupuk integrasi nasional.
Akhir sekali rumusan yang diperoleh idealisme integrasi nasional menerusi pendidikan sastera
perpaduan adalah signifikan dari segi mengeratkan hubungan antara kaum. Walaubagaimanapun
masih terdapat kelemahan dari segi pemilihan buku teks, peranan guru dan kesungguhan pelajar.
15

Oleh itu semua pihak yang terlibat perlu mengembleng tenaga untuk melahirkan bangsa
Malaysia yang berjiwa kental mengikut acuan sendiri.
Kajian masih lagi mengenai sastera, iaitu Penggunaan Gaya Bahasa Dalam Penulisan
Karangan Naratif Pelajar PraUniversiti di Brunei Darussalam.Jurnal ini dihasilkan untuk
menyingkap penggunaan gaya bahasa dalam penulisan karangan naratif. Pelajar yang terlibat
ialah pelajar prauniversiti. Tumpuan diberikan kepada gaya bahasa perbandingan yang kurang
diberikan perhatian oleh pelajar. Sikap ini memberikan kesan kepada kualiti penulisan daripada
segi estetika yang kurang memuaskan. Kajian yang ditulis oleh Yahya Othman menjelaskan gaya
bahasa merupakan ungkapan kata yang melibatkan pengolahan idea. Penghasilan karangan
naratif yang baik memerlukan gabungan elemen berikut, iaitu olahan cerita dan ayat-ayat yang
berupa ungkapan yang mengandungi gaya bahasa yang menarik. Penulisan kreatif memerlukan
kreativiti untuk menghasilkan karangan yang mempunyai nilai estetika dan gaya bahasa yang
tersendiri. Gaya bahasa yang diselitkan dapat menghasilkan ungkapan yang segar seperti
perumpamaan dan hiperbola dalam penulisan.
Penggunaan gaya bahasa sangat penting dalam karangan imaginatif untuk memberi daya tarikan
kepada pembaca. Oleh kerana pelajar kurang mahir dalam penggunaan gaya bahasa
menyebabkan penulisan mereka kurang nilai estetika dan keragaman bahasa. Pada asasnya kajian
ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kekerapan penggunaan gaya bahasa dalam
penulisan karangan naratif pelajar prauniversiti.Penekanan diberikan untuk menghasilkan
penulisan yang lebih berkesan adalah dengan menggabung imej dengan makna kata. Adalah
penting untuk meletak sesuatu kata yang mampu menggambarkan dengan tepat sesuatu idea
yang telah dirancang. Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan penggunaan gaya bahasa adalah
pada tahap yang sangat kurang memuaskan. Sampel didapati masih belum menguasai kemahiran
tersebut. Hanya 13% sampel menggunakan gaya bahasa perumpamaan dan hiperbola sahaja
dalam karangan. Walaubagaimanapun dalam novel remaja hasil nukilan Khairudin Ayip
mengandungi ciri-ciri keindahan universal. Terdapat kesempurnaan dari aspek gaya bahasa, nilai
intelek dan nilai etika. Penulis didapati berjaya mengeksploitasi sepenuhnya gaya bahasa untuk
menyampaikan pemikiran dan gagasan ke arah membina dan menyatukan golongan remaja.Reka
bentuk kajian adalah menggunakan pendekatan kualitatif dan melibatkan sampel seramai 40
orang pelajar prauniversiti di Brunei. Sampel dikehendaki menyiapkan karangan naratif dengan
16

memasukkan unsur gaya bahasa di dalamnya.Statistik berbentuk peratus digunakan untuk


menyatakan kekerapan penggunaan unsur gaya bahasa dalam penulisan karangan.
Berpandukan kajian yang telah dijalankan mendapati penggunaan terbanyak gaya bahasa adalah
gaya bahasa metafora. Selain daripada itu gaya bahasa simile turut menjadi pilihan. Kedua-dua
gaya bahasa ini banyak digunakan dalam peribahasa dan perumpamaan. Pelajar perempuan
didapati lebih banyak menggunakan gaya bahasa berbanding pelajar lelaki. Mereka juga lebih
meminati penulisan karangan naratif. Dapatan juga menunjukkan mereka lebih berhati-hati
dalam penulisan agar bahasa yang digunakan menjadi lebih halus dengan ungkapan yang
lembut.Kesimpulannya sampel kajian didapati belum mahir menggunakan gaya bahasa yang
melambangkan nilai estetika dalam penulisan karangan. Situasi ini tidak sepatutnya berlaku di
kalangan pelajar prauniversiti.Dari itu guru perlu memberi penekanan kepada penguasaan
penulisan karangan naratif. Guru juga perlu mementapkan penguasaan gaya bahasa dalam
pengajaran dengan mengikuti latihan dalaman. Manakala pelajar pula perlu didedahkan dengan
cara penulisan karangan naratif melalui latihan secara sistematik dan model penulisan yang
sesuai.

3.0

Metodologi

Pengumpulan data adalah menggunakan kaedah Kaji Selidik. Sampel yang dipilh dikehendaki
menjawab tujuh soalan kajian yang dibina. Instrumen kajian yang dibina menggunakan soal
selidik ini terbahagi kepada dua kategori. Kategori pertama merujuk mengenai taburan
demografi sampel. Sampel terdiri daripada 4 orang pelajar yang sedang belajar di salah sebuah
sekolah di Taiping. Kesemua sampel merupakan pelajar perempuan yang berbangsa Cina dan
India. Kategori kedua adalah soalan-soalan yang ada kaitan dengan gaya bahasa simile dan
sinkop. Soalan yang dikemukakan adalah untuk mengukur tahap pengetahuan sastera merujuk
gaya bahasa simile dan sinkop dalam minda pelajar. Penyelidik menggunakan kaedah peratus
untuk menentukan tahap pengetahuan mengenai gaya bahasa pelajar.Data yang diperoleh
diproses menggunakan min (purata) untuk menunjukkan peringkat penguasaan pelajar. Melalui
pengetahuan tahap tersebut penyelidik dapat merancang aktiviti bersesuaian untuk membantu
sampel mengatasi masalah tersebut.
17

4.0

Analisa Data

4.1

Profil Sampel Kajian

Keseluruhan sampel kajian terdiri daripada pelajar bukan Melayu yang sedang belajar dalam
Tingkatan 1. Strategi pemilihan sampel adalah berpandukan pemerhatian guru dan markah yang
diperolehi pelajar dalam ujian dan peperiksaan.Pemerhatian juga dibuat dengan merujuk bukubuku latihan dan lembaran kerja yang telah dijawab. Setelah meneliti langkah-langkah di atas
penyelidik mendapati pemilihan mereka sebagai sampel adalah sangat bertepatan.Taburan
sampel mengikut jantina adalah seperti berikut.
Jadual 1: Taburan Sampel Mengikut Jantina, Kaum dan Pencapaian Markah Soal Selidik
SAMPEL
A
B
C
D

JANTINA
P
P
P
P

BANGSA
CHINA
INDIA
INDIA
INDIA

PENCAPAIAN MARKAH
90%
55%
44%
55%

Berpandukan Jadual 1 sampel adalah terdiri daripada semua pelajar perempuan. Sampel ini
dipilih kerana mereka menghadapi masalah pembelajaran komponen sastera. Kebanyakan pelajar
bukan Melayu kurang menguasai kesusasteraan Melayu akibat pengaruh persekitaran. Rentetan
daripada fenomena tersebut pelajar-pelajar ini turut mengalami masalah kerana kurang
menguasai aspek gaya bahasa.Hanya seorang pelajar berbangsa Cina yang dilihat dapat
menguasai aspek gaya bahasa ini dengan lebih baik. Purata markah yang diperoleh hanyalah
61%. Merujuk kepada data soal selidik yang diperolah, didapati sebahagian besar sampel
merupakan pelajar yang terdiri daripada keluarga yang sederhana. Ini berdasarkan kepada alamat
tempat tinggal serta pekerjaan yang dilakukan oleh bapa pelajar. Persekitaran ini mempengaruhi
tahap pendidikan pelajar,seterusnya pengetahuan dalam kesusasteraan. Mereka lebih terpengaruh
dengan kesusasteraan dari Barat. Contohnya Snow White, Robin Hood dan Cinderella.
Jadual 2: Taburan Pemarkahan Ujian Pra dan Ujian Post.
SAMPLE

UJIAN PRA

UJIAN POST
18

PERBEZAAN MARKAH

A
B
C
D
MIN

96%
56%
48%
45%
61%

90%
58%
56%
54%
65%

6
+2
+6
+9
+4

Penyelidikan ini menunjukkan pencapaian pelajat Tingkatan 1 dalam Ujian Pra dan Post yang
telah dijalankan. Sampel A menunjukkan pencapaian yang agak baik, iaitu 96%. Manakala
Sampel B didapati kurang berpengetahuan dalam kesusasteraan, terutama dalam gaya bahasa
simile dan sinkop. Pelajar tersebut hanya mendapat markah sebanyak 56%. Seterusnya Sampel C
juga mendapat markah yang kurang memuaskan, iaitu 48%. Sampel D turut mencatatkan markah
yang rendah, iaitu sebanyak 45%. Catatan markah menunjukkan pelajar-pelajar tersebut
mengalami masalah untuk menguasai komsas. Keadaan ini akan menjejaskan pencapaian pelajar
dalam subjek Bahasa Melayu keseluruhannya. Sampel ini perlu diberi bantuan secara kumpulan
yang lebih kecil agar masalah ini dapat diatasi sepenuhnya.
Setelah aktiviti Petiklah Sayang dijalankan, penyelidik mengadakan pula Ujian Post. Selepas
penandaan dilakukan, catatan markah diperoleh. Berpandukan jadual di atas, terlihat perbezaan
catatan markah antara kedua-dua ujian tersebut. Secara terperinci Subjek A mendapat 90 %,
terdapat penurunan markah. Keadaan yang berbeza berlaku kepada sampel B, C dan D. Kesemua
pelajar tersebut mendapat markah yang lebih baik selepas aktiviti permainan tersebut
dijalankan.Peningkatan markah sebanyak 2% diperoleh oleh subjek B, 6% diperoleh oleh subjek
C dan 9% peningkatan markah dicapai oleh subjek D.Keseluruhannya terdapat peningkatan
markah bagi sebahagian besar pelajar. Begitu juga dengan purata bagi Ujian Post adalah 65%
menunjukkan peningkatan sebanyak 4%.

19

120

100

96
90

80

60

UJIAN 1

56

58

56
UJIAN 2
48

54
45

40

20

0
SAMPLE A

SAMPLE B

SAMPLE C

SAMPLE D

Graf di atas menunjukkan pencapaian markah bagi setiap sampel dalam Ujian 1 dan Ujian 2.
Sampel A menunjukkan berlaku penurunan markah berbanding kedua-dua ujian tersebut.
Penurunan markah berlaku ke atas Subjek A kerana Subjek A menghadapi masalah kesihatan
pada hari Ujian 2 dijalankan.Terdapat situasi yang berbeza berlaku kepada Subjek B di mana
Subjek B mendapat peningkatan markah ,iaitu penambahan 2% dalam Ujian 2. Markah asal yang
diperoleh sebanyak 56% meningkat kepada 58%.Keadaan yang sama berlaku kepada Subjek C,
markah yang dicatatkan turut mengalami perubahan.Peningkatan markah yang diperoleh adalah
lebih banyak daripada Subjek B, iaitu sebanyak 6%. Berlaku peningkatan markah yang lebih
banyak. Fenomena yang sama turut ditunjukkan oleh Subjek C , markah yang diperoleh adalah
dalam Ujian 2 adalah lebih tinggi, iaitu 56% berbanding 48%. Peningkatan bagi Subjek D
adalah lebih ketara,iaitu daripada 45% kepada 54%. Catatan ini menunjukkan kenaikan markah
tertinggi sebanyak 9%. Setelah pengiraan dilakukan, didapati purata bagi pencapaian Ujian 1
20

adalah 61% dan markah purata bagi Ujian 2 adalah 65%. Purata bagi kedua-dua ujian juga
menunjukkan berlaku kenaikan.
Kedua-dua ujian yang dijalankan adalah berfokuskan kepada seuntai sajak yang telah dipilih.
Sajak tersebut bertajukIndahnya Alam Negeri Ini. Penyajak yang mengarang sajak ini ialah
Ronny Maharianto. Penyelidik telah memilih sajak ini kerana sajak ini sarat dengan gaya bahasa
yang menarik, ringkas dan mudah difahami oleh pelajar Tingkatan 1. Sajak ini mempunyai nilai
estetika yang tinggi, di samping menggarap tema yang amat penting dalam kehidupan manusia,
iaitu tema alam sekitar. Pemilihan diksi adalah mudah difahami. Selain daripada itu di dalam
sajak ini turut mengandungi banyak gaya bahasa terutama gaya bahasa simile dan sinkop. Ciriciri sajak ini membolehkan penyelidik membina soalan-soalan yang berkaitan untuk menguji
pemahaman dan pengetahuan pelajar dalam kedua-dua gaya bahasa.

5.0

Perbincangan

Dapatan kajian yang diperoleh daripada empat orang pelajar yang menjadi sampel telah memberi
gambaran bahawa kepelbagaian kaedah mengajar komsas dapat meningkatkan pengetahuan
komsas. Buktinya markah yang mereka peroleh telah mengalami peningkatan. Sukatan Mata
pelajaran Bahasa Melayu kini mengandungi beberapa elemen di dalamnya. Aspek yang perlu
diajar oleh guru termasuklah tatabahasa, ulasan, karangan dan komsas. Ini menunjukkan komsas
adalah sebahagian daripada aspek yang perlu dikuasai oleh pelajar. Kegagalan untuk menguasai
komsas menyebabkan pelajar tidak dapat mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu.
Teks sastera yang digunakan oleh pelajar Tingkatan satu terdiri daripada 2 buah buku. Buku
antologi bertajuk Kuingin Berterima Kasih mengandungi pantun, syair, sajak, prosa klasik,
cerpen dan drama.Manakala buku novel bertajuk Pelari Muda mmengisahkan perjalanan
perjuangan seorang ahli sukan untuk mencapai kejayaan dalam bidang sukan.Elemen-elemen
yang perlu dikuasai adalah seperti tema, persoalan, perwatakan, nilai dan pengajaran. Secara
keseluruhannya soalan komsas dalam peperiksaan merangkumi puisi sebanyak 10%, soalan
prosa meliputi 10 % dan seterusnya novel turut melibatkan pemarkahan sebanyak 10%. Bolehlah
dikatakan pemarkahan bagi komsas merangkumi hampir satu pertiga daripada markah
21

keseluruhan peperiksaan. Kegagalan penguasaan komsas akan menjejaskan pencapaian


keseluruhan pemarkahan peperiksaan. Di samping itu dari aspek kerohanian, kegagalan
penguasaan komsas akan mengakibatkan pelajar turut gagal dalam mempraktikkan nilai-nilai
murni dalam komsas

dalam kehidupan seharian. Pengajaran komsas adalah berdasarkan

serampang dua mata, iaitu mempertingkatkan kemahiran penulisan imaginatif dengan


mempelajari karya sastera yang penuh dengan nilai estetika.Objektif yang ingin dicapai dengan
pengajaran komsas adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai emosi yang seimbang.
Pelajar yang mempunyai emosi yang seimbang sahajalah dapat menikmati keindahan alam
sekitar, mempunyai pemikiran yang positif dan memiliki jati diri dalam menempuhi cabaran
dalam kehidupan seharian.
Kegagalan dalam penguasaan penguasaan komsas memberi impak yang sangat besar bukan
sahaja dalam pencapaian markah peperiksaan, malah yang lebih penting lagi pembentukan
peribadi pelajar turut terjejas. Keperibadian pelajar tidak akan mencapai tahap yang sepatutnya
di mana pelajar akan menghadapi pelbagai masalah dalam hidup. Di antaranya mereka akan
menghadapi masalah dari segi perkembangan emosi, pembentukan sahsiah dan gagal untuk
membina jati diri yang baik.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelajar gagal menguasai komsas. Salah satu faktor
utama adalah kaedah pengajaran yang tidak bersesuaian dan ketinggalan zaman. Kaedah
mengajar yang kurang sesuai akan menimbulkan kebosanan dan tidak dapat menarikminat
pelajar. Akibatnya pengajaran tidak akan mencapai objektif yang telah dirancang. Selain
daripada itu terdapat cerita yang berkait dengan alam imaginasi dan abstark yang sukar difahami.
Cerita sebegini sukar untuk difahami oleh pelajar.Penyelesaian kepada masalah tersebut adalah
bergantung kepada kebijaksanaan guru memilih kaedah yang sesuai dengan dengan situasi
pelajar di kelas masing-masing.

Penyelidik memilih pendekatan Deduktif untuk menjalankan pengajaran komsas. Penerangan


mengenai hukum atau prinsip dinyatakan terlebih dahulu sebelum murid menggunakan prinsip
berkenaan. Kaedah ini menjadi pilihan kerana pendekatan ini lebih cepat dan menjimatkan masa
kerana rumus disediakan dan dihurai secara terus oleh guru. Pemilihan kaedah ini dilakukan
22

adalah kerana sukatan pelajaran untuk Tingkatan Satu adalah luas dan banyak fakta yang perlu
disampaikan dalam waktu yang singkat. Di samping itu guru juga perlu memberikan penerangan
mengenai format

soalan peperiksaan untuk komsas. Kekurangan pengetahuan asas dalam

kalangan pelajar mengenai elemen-elemen dalam sastera juga menyebabkan guru terpaksa
memilih pendekatan Deduktif untuk mengajar sastera.

6.0

Rumusan

Kesimpulannya pengajaran komsas memberikan banyak manfaat untuk pelajar. Pengajaran yang
bersesuaian akan dapat menjamin pelajar menguasai

hokum dan prinsip dalam sastera.

Pemahaman yang mendalam akan dapat membantu pelajar dalam menyiapkan latihan harian dan
memimpin pelajar untuk mencapai markah yang cemerlang dalam peperiksaan. Bukan itu sahaja
aspek kerohanian pelajar turut diberikan perhatian yang serius. Intipati Falsafah Pendidikan
Negara yang berhasrat untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segala aspek akan dapat
dicapai dengan perlaksanaan pengajaran komsas. Pelajar yang mempunyai kesempurnaan ini
akhirnya dapat memberikan kemakmuran dan menyumbangkan khidmat untuk kesejahteraan
negara secara menyeluruh.

23

Bibliografi
Abdullah Yusof Ali, 1983. The Holy Quran, Text Translation and Commentaries. Lahore: Sy. Muhammad Ashraf.
A. Aziz Deraman, 2006. Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Dalam Menghadapi Wawasan 2020 dlm. Sastera Kebangsan
Isu dan Cabaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan, 2006. Persuratan dan Peradaban Nasional Abad Ke-21: Gagasan dan Krangka Strategi Untuk Peradaban
Melayudlm.Persuratan dan Peradaban Nasional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan, 2006. Penerapan Tata Bahasa Dalam Karya Kreatif dlm. Sastera Kebangsaan Isu dan Cabaran. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hamzah Hamdani, 2006. Sastera Kebangsaan Isu dan Cabaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Yusof Haji Othman, 2006. Persuratan dan Peradaban Nasional Penjana Sains dan Teknologi dlm.Persuratan dan
Peradaban Nasional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shamsudin Othman, 2006. Hala Tuju Bahasa dan Kesusasteraan Melayu dlm. Persuratan dan Peradaban Nasional. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar (2006). Panduan wacana akademik: Teori dan penerapan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Chong Ah Fok(1997). Gaya aliran: Cerpen-cerpen di majalah Bahana Januari-April 1993. Bahana, 1, 1218.
Gorys Keraf (1981). Diksi dan gaya bahasa. Jakarta: Nusa Indah. Ismail Ahmad (1992). Keterampilan
menulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Ahmad (2002).Penulisan saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Linguistik
(1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Keris Mas (1988). Perbincangan gaya bahasa sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kridalaksana, Harimurti (1984). Kamus linguistik (Edisi kedua). Jakarta: Penerbit PT Gramedia.
Kamsiah H. Abdullah (1993). Karangan naratif dan laporan-satu kajian tentang matlamat fungsional dan
prestasi murid-murid sekolah menengah di Singapura. Jurnal Dewan Bahasa.37(6),484-493.
Maniyamin Haji Ibrahim (2006). Gaya bahasa kiasan penggunaan dan keberkesanan-nya dalam sajak.
Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Mohd Azhar Su (2005). Gaya bahasa dalam novel remaja Khairuddin Ayip. Tesis Masters, Universiti
Putra Malaysia.
24

Abu Bakar Hamid. 1992. Bingkisan Budi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Asmiaty Amat. 2000. Hubungan Kaum dalam Novel Melayu Pascamerdeka 1957-1969. Monograf. Pusat
Penataran Ilmu dan Bahasa, UMS. Sabah: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.
Chew Fong Peng. 2003. Peranan sastera kebangsaan dan persepsi dalam pembentukan perpaduan
nasional: satu kajian di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tesis Doktor Falsafah.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Chew Fong Peng. 2007. Masyarakat Berbilang Kaum dalam Sastera Kebangsaan di Malaysia: Kajian
Deskriptif dan Empirikal. Bandung: Penerbit Universitas Pendidikan Indonesia.
Caroll, J.B. 1989. The Caroll Model: A 25 year retrospective and prospective view. Educational
Researcher 18(1):
Hashim Awang. 1980. Cerpen-cerpen Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua: Satu Analisa Tentang Tema
dan Struktur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka
Is mail Hussein. 1974. Sastera dan Masyarakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Lukman Z. Mohamad. 2001. Transformasi bentuk bangsa Malaysia dan identiti nasional. Kertas Kerja.
Third International Malaysian Studies Conference. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. 6-8 Ogos.
Malaysia. 2000. Huraian dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Empat. Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Omar Mamat. 1999. Teks dan sahsiah. Kertas kerja Kolokium Pendidikan Kesusasteraan Melayu 1999.
Dewan Bahasa & Pustaka dan IBBM, Kuala Lumpur, 13-14. Julai.
Othman Puteh. 1983. Cerpen-cerpen Melayu Selepas Perang Dunia Kedua: Suatu Kajian Dari Segi Tema
dan Struktur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Othman Puteh. 2002. Penglibatan penulis pelbagai kaum dalam kesusasteraan kebangsaan. Kertas kerja
Simposium Penulis Pelbagai Kaum. Dewan Bahasa & Pustaka & GAPENA, Kangar, 22 Ogos.

25

7.0

Lampiran

26

27

28

29

30

31

32

33

Anda mungkin juga menyukai