Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS

PELANCARAN NILAM
SK(P) BANDAR TINGGI JOHOR BAHRU 2014
Bismillahirahmanirrahim..
Yang Berusaha
PUAN NUR AZUAA BT ROFIK
GPK PENTADBIRAN
Yang Dihormati
PUAN SITI AMINAH BINTI ROHMAT
GPK HAL EHWAL MURID
PUAN NORAZILAH BINTI GHAZALI
GPK KOKURIKULUM
PUAN DALIAH BT SINAWI
GPK PENDIDIKAN KHAS
BARISAN GURU-GURU, PEMBANTU PENGURUSAN MURID,
STAF SOKONGAN, SETERUSNYA PARA PELAJAR YANG
DIHORMATI SEKALIAN.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
1

Dalam suasana ceria dan gemilang,


Dari DEWAN MUHIBBAH SK(P) BANDAR TINGGI JOHOR
BAHRU
Majlis

mengucapkan

terima

kasih

dan

mengalu-alukan

Kedatangan hadirin sekalian ke


PELANCARAN NILAM SK(P) BANDAR TINGGI JOHOR
BAHRU 2014
Sebelum kita beranjak maju, marilah kita bersama-sama
memulakan majlis kita pada hari ini dengan bacaan umul furqan
al-fatihah.
(al-fatihah)
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan.
Sebelum pagi yang indah ini berganjak mengikut rentak majlis,
majlis akan segera kita mulai dengan bacaan doa.
Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan,Yang dihormati
AL FADHIL USTAZ MOHD SHAHNAZ BIN ABD RAHMAN
untuk menerajui bacaan doa sebagai permintaan hajat dan restu,
agar majlis kita diberkati hendakNya.
Dipersilakan dengan segala hormatnya.
2

(Bacaan Doa)
Amin,Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga lafaz doa kita tadi,
diberkati Allah s.w.t hendaknya. Terima kasih diucapkan kepada
yang dihormati ALFADHIL USTAZ
Hadirin yang budiman,
Pagi yang penuh cahaya dan keberkatan ini, akan diteruskan
dengan membawa kita meneroka dan menyingkap tirai pagi
dengan

pelbagai

agenda

pendakian

aspirasi

ilmu

dalam

memantapkan lapangan pendidikan yang kita cintai ini.


Nadi ilmu amalan membaca (nilam) telah dilancarkan secara
rasminya pada tahun 1999 yang bertujuan untuk menggalakkan
budaya membaca dan merekod bahan bacaan, serta memberi
pengiktirafan kepada para murid. Maka pada hari ini, pihak pusat
sumber sekolah sekali lagi menjadikan pelancaran program nilam
ini sebagai program tahunan sekolah dan agenda nasional.
Tanpa melengahkan masa lagi pihak majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan yang berusaha PUAN
ZURAIKHAH BINTI MASRI GURU PERPUSTAKAAN DAN
MEDIA SK (P) BANDAR TINGGI untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.
3

(ucapan alu-aluan)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Hadirin sekalian,
Agenda beralih susun cara berganti, menanti dihaluan kini adalah
uacapan perasmian dan pelancaran yang akan di jana oleh Guru
Penolong Kanan Pentadbiran SK (P) Bandar Tinggi. Dengan itu
majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
Puan Nur Azuaa Binti Rofik untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan pelancaran program nilam peringkat
sekolah bagi tahun 2014. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

HADIRIN SEKALIAN,
DENGAN BERAKHIRNYA TAKLIMAT ITU SEBENTAR TADI
MAKA BERAKHIRLAH MAJLIS KITA PADA HARI INI. Semoga
apa yang telah disampaikan sebentar tadi dapat diingati, dijadikan
amalan dan pedoman demi anak bangsa khusus untuk
kemaslahatan kita bersama.

Hadirin sekalian, Dengan ini selesailah sudah


MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA TAHUN 1, PRA
SEKOLAH DAN PENDIDIKAN KHAS SK(P) BANDAR TINGGI
JOHOR BAHRU 2014
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada hadirin sekalian yang telah menyeri dan menjayakan
majlis pada hari ini.
Sekalung penghargaan juga kepada PARA IBU BAPA DAN
WARGA SEKOLAH SERTA mereka yang terlibat secara langsung
mahu pun tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.
Pihak majlis juga ingin memohon kemafaan kepada hadirin
sekalian atas keterlanjuran kata, terkasar bahasa, terguris rasa.
Sesungguhnya, gitar tidak akan bersuara tanpa jari, bulan tak
5

akan purnama tanpa matahari. Segala yang baik datang dari allah
s.w.t dan segala yang kurang atau kelemahan adalah dari kami
insan biasa, memohon dan memberi maaf. Sebelum mengundur
diri sambutlah salam manis untuk semua dan disudahi dengan
lafaz suci. Wabillah hitaufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai