Anda di halaman 1dari 14

KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

KERTAS CADANGAN
PERTANDINGAN LIGA HOKI IPGKDRI
TEMPAT
GELANGGANG HOKI
IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL
TARIKH
22 JUN 28 SEPTEMBER 2013
ANJURAN
PPISMP TESL SEMESTER II 2013

ULASAN
KETUA
JABATAN
ULASAN
UNIT
KEWANGAN
ULASAN
PENGARAH/
TIMBALAN
PENGARAH

1.

PENGENALAN

Sukan hoki bukanlah sukan yang dikenali ramai seperti sukan bola sepak tetapi hoki
merupakan salah satu permainan yang telah lama dimainkan oleh manusia. Ia mula
diperkenalkan sebagai sukan demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan telah
dijadikan sebagai salah satu sukan yang dipertandingkan pada tahun 1928. Sejak itu, hoki
dimainkan dalam Sukan Olimpik. Pertandingannya dijalankan secara berpasukan. Para
peserta akan bermain secara bergilir-gilir dan memungut mata untuk pasukan mereka.
Justeru itu, guru-guru pelatih PPISMP TESL Semester 2/ 2013 bercadang
menganjurkan pertandingan liga hoki ini bagi membudayakan sukan hoki dalam kalangan
guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail. Pertandingan ini antara
lain bertujuan mencungkil bakat baru yang selama ini terpendam dalam kalangan para guru
pelatih dan pada masa yang sama memilih pelajar-pelajar yang layak bagi mewakili pasukan
institut ke peringkat yang lebih tinggi.
Di samping itu, pertandingan ini juga bertujuan melahirkan guru pelatih yang serba
boleh dalam semua aktiviti sukan di samping melatih guru pelatih menguruskan aktiviti
kejohanan seumpamanya. Selain itu, para pelatih yang mengikuti pertandingan ini akan
memperoleh ilmu pengetahuan dari segi teknik bermain, syarat dan peraturan serta lain-lain.
Melalui pertandingan ini juga, secara tidak langsung dapat memupuk minat serta
semangat kesukanan. Tambahan pula, para guru pelatih dapat mengeratkan hubungan
silaturrahim antara satu sama lain. Oleh itu, dengan adanya pertandingan ini, sukan hoki
dapat diperkembangkan sekaligus meningkatkan mutu sukan serta imej IPG Kampus Dato
Razali Ismail.
2. RASIONAL
Adalah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya Bahagian Pendidikan
Guru untuk melahirkan guru-guru lepasan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang
bukan sahaja berilmu, malah berakhlak mulia dan mempunyai semangat ukhuwah yang tinggi
serta memiliki tubuh badan yang sihat dan cergas. Ini adalah demi melahirkan guru yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial. Guru yang
berkualiti bukan sahaja mempunyai pengalaman yang luas dalam banyak perkara, tetapi juga
memiliki personaliti yang mencerminkan keperibadian seorang guru. Hal ini penting sebagai
persediaan mendukung profesionalisme perguruan.
2

Penglibatan guru-guru pelatih dalam pelbagai kegiatan berfaedah di sepanjang


tempoh kursus selain kuliah-kuliah wajib adalah diharapkan dapat membantu mencapai
hasrat murni ini di samping menyokong penuh usaha kerajaan dalam menjayakan Program 1
Murid 1 Sukan. Sehubungan dengan ini, guru-guru pelatih PPISMP TESL Semester 2/ 2013
dengan kerjasama Unit Ko-kurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail
ingin menganjurkan pertandingan Pertandingan Liga Hoki IPG KDRI yang bertemakan
Memperkasakan Sukan Hoki. Tema ini dipilih kerana pertandingan yang dirancang
melibatkan semua guru pelatih dari semua unit.
3.

OBJEKTIF
3.1. Memahami tentang peraturan, pengurusan pertandingan dan cara pengadilan dalam
pertandingan hoki.
3.2. Menambahkan ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran asas dalam aspek
teknikal dan penganjuran sesuatu pertandingan.
3.3. Menjana idea mengenai aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh bakal guru ketika
mereka di alam pekerjaan kelak.
3.4. Memberi peluang kepada guru pelatih menunjukkan bakat dalam sukan.
3.5. Membina semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan pemain pemain.
3.6. Membentuk guru pelatih yang sihat dan cergas serta holistik.
3.7. Mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan hoki padang.
3.8. Mengangkat mana-mana guru pelatih yang berpotensi untuk mewakili institut ke
peringkat yang lebih tinggi.
3.9. Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan anggota pasukan seperti bekerjasama,
dan tolong-menolong dalam mencapai objektif pasukan.
3.10. Mengeratkan lagi semangat persaudaraan dan semangat kesukanan dalam kalangan
guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.

4. MATLAMAT
Pertandingan Hoki Mini ini diharapkan dapat memberi pendedahan awal kepada guru-guru
pelatih mengenai situasi sebenar apabila berada di sekolah kelak. Menerusi pertandingan hoki
yang dijalankan ini, guru-guru pelatih dapat memperolehi pelbagai aspek pengetahuan
termasuklah aspek-aspek pentadbiran, pengadilan,pengurusan pertandingan dan perkara lain
mengenai pengelolaan sebarang aktiviti pertandingan.

Sukan hoki seperti yang sedia maklum merupakan sukan yang kurang mendapat
tempat dalam kalangan generasi muda masa kini. Oleh itu, dengan adanya kejohanan
sebegini, para guru pelatih diberi pendekatan secara teperinci berkenaan cara-cara untuk
mengurus sesebuah aktiviti sukan bukan sahaja di Institut Pendidikan Guru malahan ilmu ini
akan digunakan apabila mengajar di sekolah kelak.
Aktiviti sebegini dapat mendidik guru pelatih dalam belajar mengenai sukan seperti
futsal tentang tatacara bermain, kemahiran-kemahiran ketika bermain dan belajar berkenaan
undang-undang dalam futsal. Malahan aktivit ini juga dapat mendidik guru pelatih untuk
menguruskan sesebuah aktiviti sukan di sekolah kelak. Ilmu sebegini amat berguna ketika
berada di sekolah nanti. Oleh itu, pertandingan ini amatlah bermanfaat sebagai persediaan
kepada guru-guru pelatih khususnya dan warga institut amnya dan seterusnya mempraktikkan
segala kemahiran yang ada dan telah dipelajari pada masa hadapan.
5.

MASA DAN TEMPAT PELAKSANAAN

5.1.

Butiran aktiviti adalah seperti berikut :


5.1.1.

Tarikh

22 Jun hingga 28 September 2013

5.1.2.

Tempoh

3 bulan

5.1.3.

Hari

Jumaat & Sabtu setiap minggu

5.1.4.

Masa

8.00 10.30 pagi

5.1.5.

Tempat

Gelanggang Hoki, IPGKDRI

** Sebarang perlawanan tidak akan diadakan semasa bulan puasa.


** Hadiah akan disampaikan kepada para pemenang semasa perhimpunan seminggu
selepas liga berakhir.

6.

SASARAN PESERTA

Penyertaan dianggarkan seramai 90 orang yang terdiri daripada guru-guru pelatih lelaki
IPGKDRI daripada PPISMP Semester 3 hingga PISMP Semester 6. Setiap unit perlu
menghantar satu atau dua pasukan yang terdiri daripada 15 orang pemain mengandungi 11
orang pemain utama dan 4 orang pemain simpanan bagi setiap pasukan. Hanya 6 pasukan
sahaja diperlukan.

7.

KEWANGAN
7.1. Sumber Peruntukan

PERKARA

KETERANGAN

JUMLAH (RM)

Yuran pendaftaran

RM 50 x 6 pasukan

300.00

JUMLAH (RM)

300.00

7.2. Permohonan Peruntukan


PERKARA

Hadiah

KETERANGAN

KUANTITI

JUMLAH(RM)

Piala

1 Unit x RM 100.00

Hamper (Johan)

1 Unit x RM 50.00

RM 150.00

Hamper (Naib Johan)

1 Unit x RM 50.00

RM 50.00

Hamper (saguhati ke 3

2 Unit x RM 30.00

RM 60.00

dan 4)

JUMLAH (RM)

RM 260.00

8. KEPERLUAN PERALATAN
Peralatan yang diperlukan dari Unit Kokurikulum IPG KDRI adalah seperti berikut :
Bil.

Peralatan

Kuantiti

Jam randik

Wisel

Payung

Bola hoki

10

Kelengkapan Penjaga Gol

Papan skor

Alat pembesar suara

First aid kit

Jaring gol

2 Set

9. JADUAL PERLAWANAN
Minggu 1
21 Jun 2012 (Jumaat)

22 Jun 2012 (Sabtu)

8.15 9.15 pagi

9.30 10.30 pagi

8.15 9.15 pagi

9.30 10.30 pagi

A(H) vs B(A)

C(H) vs D(A)

E(H) vs F(A)

B(H) vs C(A)

Minggu 2
28 Jun 2012 (Jumaat)

29 Jun 2012 (Sabtu)

8.15 9.15 pagi

9.30 10.30 pagi

8.15 9.15 pagi

9.30 10.30 pagi

D(H) vs E(A)

F vs A(A)

B(H) vs E(A)

C(H) vs A(A)

Minggu 3
5 Julai 2012 (Jumaat)

6 Julai 2012 (Sabtu)

8.15 9.15 pagi

9.30 10.30 pagi

8.15 9.15 pagi

9.30 10.30 pagi

B(H) vs D(A)

E(H) vs C(A)

D(H) vs F(A)

A(H) vs E(A)

Minggu 4
16 Ogos 2012 (Jumaat)

17 Ogos 2012 (Sabtu)

8.15 9.15 pagi

9.30 10.30 pagi

8.15 9.15 pagi

9.30 10.30 pagi

F(H) vs B(A)

A(H) vs D(A)

C(H) vs E(A)

F(H) vs D(A)

Minggu 5
23 Ogos 2012 (Jumaat)

24 Ogos 2012 (Sabtu)

8.15 9.15 pagi

9.30 10.30 pagi

8.15 9.15 pagi

9.30 10.30 pagi

D(H) vs A(A)

F(H) vs C(A)

E(H) vs B(A)

D vs C(A)

Minggu 6
6 September 2012 (Jumaat)

7 September 2012 (Sabtu)

8.15 9.15 pagi

9.30 10.30 pagi

8.15 9.15 pagi

9.30 10.30 pagi

A(H) vs C(A)

F(H) vs E(A)

B(H) vs A(A)

E(H) vs D(A)

Minggu 7
13 September 2012 (Jumaat)

14 September 2012 (Sabtu)

8.15 9.15 pagi

9.30 10.30 pagi

8.15 9.15 pagi

9.30 10.30 pagi

B(H) vs F(A)

E(H) vs A(A)

C(H) vs F(A)

D(H) vs B(A)

Minggu 8
21 September 2012 (Sabtu)
8.15 9.15 pagi

9.30 10.30 pagi

A(H) vs F(A)

C(H) vs B(A)

** (H) : Home, (A) : Away **

10. JAWATANKUASA PENGANJURAN


10.1.

JAWATANKUASA INDUK

Penaung

Encik Ghulam Sarver Bin Mobarak Ali


Pengarah IPG Kampus Dato Razali Ismail

Penasihat

Encik M.Saifullah Bin Awang Ibrahim


Timbalan Pengarah IPG Kampus Dato Razali Ismail

Pensyarah Penasihat

Encik Zakaria Ali


Pensyarah Subjek GERKO

Pengerus Program

Moray Anak Johnny

10.2.

JAWATANKUASA PENGELOLAAN

Pengerusi

Moray Anak Johnny

Naib Pengerusi

Siti Khadijah binti Razak

Setiausaha

Patcey Ranchak Anak Anding

Bendahari

Noor Syafiqah binti Rosli

Ketua AJK Kecil

Siti Zhulaikha binti Mohd Murad

i.

ii.

iii.

iv.

Peralatan

Keselamatan

Logistik & Teknikal

Cenderamata

Abg. Muhammad Syahmi bin Abg. Sazali

Siti Norhidayah binti Muhammad

Nur Atikah binti Rosnan

Nurfarhana binti Yusaman

Nurhanizah Sakinah binti Muhammad Yew

Siti Zhulaikha binti Mohd Murad

Mary Jerome

Claudiona Ferreylsteffie Joseph


8

v.

vi.

vii.

viii.

Minuman

Borang Markah

Dokumentasi

Kebersihan

Dayang Nur Atiqah binti Osman

Shalihin bin Bakhrul

Ling Sue Zhen

Cassandra Teo Filus

Tan Hon Kian

Rabiatul Adawiyah binti Rosli

Muhammad Raihan bin Sapiee

Nashiha binti Mad Jais

11. SISTEM PERLAWANAN


11.1.

Kejohanan Hoki ini diadakan berdasarkan sistem liga dua pusingan. Rujuk
lampiran 1.

11.2.

Setiap pasukan terdiri daripada 15 pemain.

11.3.

Syarat pertandingan adalah seperti yang terdapat pada lampiran 2.

12. PENUTUP
Sebagai kesimpulan, diharapkan dengan penganjuran kejohanan ini akan dapat membentuk
jati diri para pemain. Pengalaman dan pengajaran yang diterima dapat mengeratkan hubungan
silaturrahim antara guru pelatih dan secara tidak langsung memajukan sukan hoki. Semoga
dengan menyertai kejohanan ini dapat memberi kebaikan kepada semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan aktiviti ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

..

......................................................

(PATCEY RANCHAK ANAK ANDING)

(ZAKARIA BIN ALI)

Setiausaha,

Pensyarah Penasihat,

Jawatan Kuasa Pengelola Pertandingan.

Jabatan GERKO.

Disahkan oleh,
..
(HJ. YAHAYA BIN OSMAN)
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
IPG Kampus Dato Razali Ismail,
Kuala Terengganu, Terengganu

Diluluskan oleh,

...................................................................
(GHULAM SARVER BIN MOBARAK ALI)
Pengarah,
Insitut Pendidikan Guru,
Kampus Dato Razali Ismail.

Ulasan:

10

Lampiran 1
SISTEM LIGA
Sistem liga merupakan sistem pertandingan yang melibatkan beberapa pasukan dikumpulkan
ke dalam satu kumpulan. Sistem ini memberi peluang kepada setiap pasukan bermain atau
bertanding secara maksimum. Hal ini kerana setiap pasukan akan wajib bermain menentang
semua pasukan yang mendaftar dan bersaing dalam pertandingan ini. Pengelola mempunyai
hak menentukan sama ada liga itu satu pusingan atau dua pusingan. Dalam penganjuran kali
ini, pihak jawatankuasa pengelola telah memilih sistem liga dua pusingan sebagai sistem
pertandingan.
SISTEM LIGA DUA PUSINGAN
Liga dua pusingan memerlukan peserta atau pasukan mengambil bahagian bertanding dengan
lawan yang sama sebanyak dua kali. Ini bermakna setiap pasukan memiliki peluang untuk
beraksi di gelanggang sendiri dan di tempat lawan. Pemenang akan ditentukan oleh jumlah
kiraan mata yang berjaya dipungut daripada setiap perlawanan yang dihadapi. Jika terdapat
persamaan mata antara pasukan yang berada di kedudukan teratas, maka perbezaan gol akan
diambil kira bagi menentukan juara liga. Sistem ini dipraktikkan pada pertandingan Liga
Perdana Inggeris.
Panduan Kiraan Mata
Keputusan Perlawanan

Menang

Seri

Kalah

Perolehan Mata

11

Lampiran 2
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1. Pernyertaan terbuka kepada semua guru-guru pelatih lelaki IPG Kampus Dato Razali
Ismail.
2. Pengurus atau ketua pasukan hendaklah mendaftarkan senarai pemain seperti yang
terdapat dalam borang pendaftaran (Rujuk Lampiran 3) berserta sekeping salinan kad
pengenalan pemain.
3. Butiran pemain hendaklah diisi selengkapnya bagi memudahkan proses pendaftaran
dilakukan.
4. Pemain-pemain yang didaftarkan tidak boleh kurang daripada 11 orang pemain dan
tidak boleh lebih daripada 15 orang pemain.
5. Yuran yang dikenakan ialah sebanyak RM 50.00 bagi setiap penyertaan.
6. Borang penyertaan hendaklah dihantar sebelum penyertaan ditutup.
7. Pengurus atau ketua setiap pasukan yang telah mendaftarkan pasukan wajib
menghadirikan diri ke perjumpaan yang akan diumumkan kelak bagi sesi taklimat.
8. Hanya bola hoki dan kelengkapan penjaga gol sahaja yang akan disediakan oleh pihak
penganjur manakala pemain perlu membawa kayu hoki sendiri.
9. Saiz dan berat bola hoki yang digunakan dalam pertandingan adalah standard
mengikut peraturan hoki kebangsaan.
10. Pemain hendaklah mengenakan kasut, pakaian dan kelengkapan lain yang sesuai
dengan permainan ini.
11. Soal keselamatan harus dititikberatkan semasa bertanding bagi mengelak daripada
sebarang kecelakaan.

12

PERATURAN PERTANDINGAN
1. Pertandingan hoki ini dijalankan mengikut undang-undang permainan hoki Persatuan
Hoki Malaysia (PHM) dan Persatuan Hoki Antarabangsa (FIH) yang dikuatkuasakan
sekarang dan peraturan am MSSM.
2. Setiap pasukan akan bermain dengan 11 orang pemain.
3. Pertukaran pemain adalah mengikut undang-undang hoki yang digunakan.
4. Setiap pasukan tidak dibenarkan membuat pinjaman pemain daripada mana-mana
pasukan lain. Mana-mana pasukan yang didapati bersalah melakukan tindakan
sedemikian, maka pihak penganjur berhak mengenakan membatalkan penyertaan
pasukan terbabit.
5. Pihak penganjur berhak meminda peraturan dan syarat pertandingan pada bila-bila
masa.
6. Keputusan pengadil adalah muktamad dan tidak boleh dipertikai oleh mana-mana
pasukan.

MASA PERTANDINGAN
Masa pertandingan hoki kali ini adalah mengikut persetujuan dalam mesyuarat pelarasan
Pertandingan Liga Hoki IPGKDRI iaitu 30 minit masa pertama, 5 minit rehat dan 30 minit
lagi untuk masa kedua iaitu 30 5 30.

13

Lampiran 3

Borang Pendaftaran

Untuk Kegunaan
Penganjur :

LIGA HOKI IPG KDRI


Nama Pasukan

: ___________________________________

Nama Pengurus

: ___________________________________

No. Telefon

: ___________________________________

Senarai Nama Pemain:


Bil.

Nama

Posisi

No. Jersi

Catatan

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15

Pemberitahuan:
*Jumlah pemain bagi setiap pasukan ialah sekurang-kurangnya 11 orang dan terhad
kepada 15 orang sahaja.
*Yuran dikenakan adalah sebanyak RM 50 untuk setiap pasukan.
*Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 23 Mei 2013 pada pukul 11 malam.
*Perjumpaan pengurus pasukan akan diadakan untuk sesi taklimat pertandingan.
*Borang boleh dihantar kepada Moray Johnny (013-5705317) atau Patcey Ranchak
Anding (013-805899).

14

Anda mungkin juga menyukai