Anda di halaman 1dari 4

KONSEP ASAS KECEDERAAN DALAM SUKAN DAN PRINSIP ASAS

PERTOLONGAN CEMAS

DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS


Pertolongan cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan awal yang diberikan
kepada mangsa atau pesakit.

KONSEP PERTOLONGAN CEMAS


Pertolongan Cemas ditakrifkan/diertikan sebagai Bantuan Permulaan/Bantu
Mula/Rawatan
kecederaan

Awal

yang

diberikan

kepada

seseorang

yang

mengalami

dalam sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut/tiba-tiba dengan menggunakan


objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum
mangsa dihantar ke hospital.

TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS


1. Selamatkan nyawa
Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa di dalam situasi yang
mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung,
terbakar dan melecur dan lain lain lagi.
2. Mengelakkan dari bertambah buruk
Memberi
mengelakkan

rawatan

pertolongan

cemas

yang

betul

dan

pantas

untuk

kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.


3. Mengurangkan kesakitan
Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan
kepada pesakit
DAPATKAN BANTUAN KECEMASAN ATAU LANJUTAN
Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil ambulans dengan kadar yang segera
Jangan tinggalkan mangsa keseorangan sehingga bantuan tiba

PEMULIHAN PERNAFASAN
Terdapat beberapa kaedah pemulihan pernafasan yang boleh dipratikkan semasa mangsa
mengalami terhenti pernafasan. Kaedah-kaedah ini ialah:a) Pemulihan mulut ke mulut
b) Pemulihan mulut ke hidung
c) Pemulihan mulut ke lubang pernafasan di tengkok
d) Kaedah Holger Neilson
e) Kaedah Selvesters
f) Kaedah Schafers

a) Pemulihan mulut ke mulut


Cara pratiknya
rapatkan mulut pemulih ke mulut si mangsa.
tutup hidung mangsa secara picitan hidung.
lakukan hembusan selama kira-kira 1 hingga 1.5 saat sambil mata memerhatikan bahagian
dada mangsa
hembusan yang betul akan memperlihatkan pergerakan dada naik dan tiada kebocoran
dari celah bibir mangsa
lepaskan picitan hidung mangsa agar udara dapat keluar melalui hidung.
lakukan sekali hembusan setiap 5 saat bagi mangsa orang dewasa. Manakala, 1
hembusan setiap 3 saat bagi kanak-kanak dan bayi.
permulihan perlu dijalankan berterusan sehingga mangsa dapat bernafas sendiri atau
apabila tiba bantuan perubatan.

b) Pemulihan mulut ke hidung


Kaedah ini boleh dilakukan sekiranya timbul masalah pada bahagian mulut mangsa di mana
kaedah pemulihan secara mulut ke mulut tidak dapat dilakukan.
Cara pratiknya
Rapatkan mulut pemulih ke bahagian hidung si mangsa.
Tutup bahagian mulut mangsa supaya udara yang dihembus tidak keluar melalui mulut.
Pemulih menghembus udara dari mulut ke hidung mangsa. Semasa hembusan, perhatikan
naik dan turun bahagian dada bagi menetukan udara masuk atau tidak ke paru-paru.
Buka mulut mangsa dan biarkan udara keluar.
Masa yang diambil bagi setiap hembusan adalah seperti kaedah mulut ke mulut.

c) Pemulihan pernafasan melalui lubang pernafasan di leher.


Kaedah ini dilakukan bagi mangsa yang menjalani pembedahan tebukan saluran
pernafasan kerana mengalami masalah tidak dapat bernafas melalui hidung.
Cara pratiknya.
Rapatkan mulut pemulih ke lubang tiub getah mangsa di bahagian leher mangsa.
Beri hembusan sambil mata memerhati bahagian dada mangsa bagi jarak menetukan
dada mengembang atau tidak.
Jarak setiap hembusan adalah sama seperti kaedah yang diterangkan dahulu.

d) Kaedah Holger Neilson.


Kaedah ini sesuai dilakukan bagi mangsa yang mengalami terhenti pernafasan. Kaedah ini
tidak sesuai dilakukan bagi mangsa-mangsa yang mengandung atau gemuk dan berperut
buncit.
Cara pratiknya.
Mangsa dibaringkan dalam baringan meniarap dengan lengan dan tangan mangsa
mengampu bahagian kepala dan mukanya.
Palingkan muka mangsa ke kiri/kanan dan donggakkan kepala mangsa ke hadapan
supaya saluran pernafasan mangsa terbuka.
Pemulih duduk separuh melutut di bahagian kepala mangsa.
Kedua-dua tangan pemulih diletakkan di bahagian kiri dan kanan tulang scapula.
Kenakan tekanan dengan menggunakan berat badan selama kira-kira 2 saat di bahagian
tulang scapula mangsa.
Angkat bahagian kedua-dua siku mangsa ke atas supaya rongga dada mangsa
mengembang. Lakukan selama kira-kira 2 saat.
Letakkan kembali tangan pemulih ke bahagian tulang scapula mangsa.
Kaedah ini di lakukan berulang kali sehingga mangsa bernafas kembali atau sehingga tiba
bantuan perubatan.

e) Kaedah Selvesters
Cara pratiknya.
Letakkan mangsa dalam baringan melentang.
Pemulih melutut di bahagian kepala mangsa dengan bahagian lutut pemulih mengepit
bahagian kepala mangsa.
Dongakkan kepala mangsa.
Pegang kedua belah pergelangan tangan mangsa dan letakkan di bahagian dada mangsa.

Kenakan tekanan di bahagian dada menggunakan berat badan pemulih. Jangan gunakan
kaedah kekuatan tenaga menekan dada mangsa kerana ini boleh mencederakan dada
mangsa.
Tekanan dilakukan selama kira-kira 2 saat.
Angkat dan depangkan kedua-dua belah tangan mangsa supaya memberi ruang dada dan
mengembang kira-kira 2 saat.
Kembalikan tangan ke bahagian dada dan lakukan kaedah ini berulangkali sehingga
mangsa pulih atau bantuan tiba.

f) Kaedah Schafers
Cara pratiknya.
Letakkan mangsa dalam baringan meniarap dengan bahagian tangan mangsa mengampu
bahagian kepalanya.
Pemulih duduk melutut selari dengan bahagian pinggang / punggung mangsa dengan
muka mengarah ke arah kepala mangsa.
Letakkan kedua belah tangan di bahagian pinggang mangsa. Kenakan tekanan dengan
menggunakan berat badan ke atas mangsa sekama kira-kira 2 saat.
Balikkan badan pemulih ke tempat melutut bagi melemahkan tekanan.
Kaedah ini dilakukan berulang-ulang kali sehingga mangsa pulih atau sehingga tibanya
bantuan perubatan.

Awas !!!
Kaedah ini tidak sesuai dilakukan kepada mangsa yang gemuk atau mangsa yang
mengandung.