Anda di halaman 1dari 2

PRINSIP-PRINSIP LATIHAN KECERGASAN

Kecergasan jasmani bukan satu perkara yang sedia wujud atau berlaku secara
semulajadi selari dengan proses kematangan seseorang. Tahap kecergasan boleh
dibina melalui latihan jasmani. Latihan kecergasan merupakan aktiviti fizikal yang
dilakukan berulang-ulang untuk meningkatkan kecergasan seseorang kepada
tahap tertentu supaya berupaya menyempurnakan tugas-tugasnya. Latihan yang
dirancang secara sistematik dengan jadual yang teratur dan berdasarkan prinsipprinsip latihan akan memberi faedah dan kesan latihan kepada pelakunya. Jika
latihan dilakukan sesuka hati dan tidak mematuhi prinsip-prinsip latihan, kesankesan negative boleh berlaku kepada tubuh badan dari segi jasmani dan fisiologi,
termasuk kecederaan akibat salah amalan. Terdapat 5 prinsip latihan kecergasan
yang perlu diketahui terutama sekali bagi seseorang pemain atau atlet.
1. Prinsip Perbezaan Individu:
Perancangan latihan hendaklah mengambil kira bahawa setiap individu adalah
unik dan mempunyai sifat-sifat tersendiri dari segi kebolehan yang ditentukan
oleh genetic, kematangan fizikal dan mental, tahap kecergasan jasmani yang
sedia ada, amalan pemakanan dan gaya hidup. Oleh itu bagi seseorang jurulatih
kecergasan, perkara ini perlu diambil kira sebelum memberi latihan yang sesuai
kepada seseorang atlet/pemain.
2. Prinsip Tambah Beban (Overload)
Beban latihan yang lebih lagi perlu ditambah semasa latihan dari semasa ke
semasa supaya keupayaan badan semakin meningkat. Penambahan beban boleh
dilakukan dengan menyesuaikan intensiti latihan, kekerapan latihan dan jangka
masa satu sesi latihan. Latihan yang berterusan tanpa aplikasi prinsip tambah
beban hanya dapat mengekalkan kecergasan yang sedia wujud dan tidak dapat
meningkatkan kecergasan.
3. Prinsip Pengkhususan (Spesifisiti)
Aktiviti latihan yang dilalui oleh seseorang perlu dirancang supaya sesuai untuk
keperluan kecergasan yang sebenarnya bagi jenis sukan yang diceburi. Keperluan
seorang pelari pecut dan seorang pelari marathon serta pemain badminton
adalah berbeza. Oleh itu, latihan yang mereka lakukan hendaklah berbeza dan
khusus mengikut keperluan individu itu.
4. Prinsip Ansur Maju.
Latihan dan bebannya dari segi intensiti kekerapan dan jangka masa hendaklah
ditingkatkan dengan cara beransur-ansur atau berperingkat-peringkat mengikut
kemampuan atlet atau pemain.
5. Prinsip Kebolehbalikan (Reversibiliti)
Kesan atau kecergasan yang diperoleh melalui latihan hendaklah digunakan.
Tahap kecergasan bukan perkara yang kekal. Jika seseorang yang cergas berhenti

berlatih, tahap kecergasannya akan beransur hilang dan balik kepada keadaan
yang asal.

Anda mungkin juga menyukai