Anda di halaman 1dari 10

PENGENALAN

Pada tahun 1979, Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah
membuat keputusan menjadikan pendidikan muzik sebagai satu subjek yang digalakkan bagi
semua pelajar peringkat sekolah rendah di Malaysia. Menurut Johaimi Abdullah (1993), tahun
1983 merupakan satu detik sejarah yang amat penting bagi pendidikan muzik di Malaysia
apabila mata pelajarn pendidikan muzik telah dimasukkan dalam Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) dan telah dilaksanakan di seluruh negara. Objektif utama sukatan pelajaran ini
memberi tumpuan kepada pembentukan kemahiran murid.

Semenjak tahun 1996, pendidikan muzik hanya menjadi mata pelajaraan elektif untuk 20
buah sekolah menengah di seluruh negara. Berasaskan kepada senario inilah, beberapa
langkah telah dicadangkan untuk menjadikan pendidikan muzik sebagai mata pelajaran wajib
dan diperluaskan ke semua peringkat sekolah menengah seluruh negara. Atas kefahaman ini
juga, kurikulum pendidikan muzik diperingkat sekolah rendah dan sekolah menengah perlu
dikaji semula agar wujud kesinambungan dari peringkat rendah ke peringkat menengah rendah
dan seterusnya ke peringkat menengah atas. Jika selama ini di peringkat sekolah rendah
tumpuan adalah kepada pengetahuan asas muzik, adalah dicadangkan pendidikan di peringkat
menengah rendah menjurus kepada pengkhususan sebagai persiapan melangkah ke peringkat
yang lebih tinggi dan seterusnya menghadapi peperiksaan asas di peringkat sekolah
menengah.

Pendidikan muzik memainkan peranan penting untuk melahirkan kumpulan pelapis dan
penggiat muzik yang mahir serta kreatif disamping mempunyai nilai estetika yang tinggi.
Disamping itu juga pendidikan muzik juga berperanan untuk mencipta kesedaran dan
pemahaman tentang seni muzik sebagai satu kerjaya serta boleh menjana ekonomi diri,
keluarga dan negara. Oleh yang demikian, institusi pendidikan seni muzik sedia ada harus lebih
berperanan membantu menjana pertumbuhan ekonomi dalam aspek membekalkan tenaga
kerja seni muzik yang mahir, kreatif serta serba boleh. Pendidikan muzik yang bermula dari
peringkat yang paling rendah sehingga ke peringkat yang tertinggi adalah asas yang sangat
penting untuk meningkatkan kefahaman, kemahiran, keilmuan dan kebijaksanaan berfikir

secara kreatif yang menjadi elemen penting dalam proses membangunkan seni muzik dalam
sesebuah negara.

Kurikulum Muzik dalam KSSR


Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah merupakan program pembelajaran untuk enam
tahun persekolahan. Kurikulum ini digubal dengan memberi tumpuan kepada perkembangan
kognitif dan kemahiran murid dalam bidang muzik. Murid diberi pelbagai peluang untuk
meluahkan idea kreatif di samping meningkatkan apresiasi terhadap estetika muzik. Bagi
mencapai tujuan tersebut, kurikulum ini dibina dengan memberi tumpuan kepada empat modul
utama iaitu Pengalaman Muzikal, Penghasilan Muzik, Apresiasi Muzik serta Membaca dan
Menulis Notasi Muzik. Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah bermatlamat untuk
membina potensi diri murid ke arah melahirkan insan kreatif yang menghayati dan menikmati
muzik secara intelektual menerusi aktiviti muzikal.

OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH


Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah bertujuan untuk membolehkan murid mencapai
standard pembelajaran berikut;

mengaplikasi kemahiran muzik menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan

alat muzik,
mengaplikasi pengetahuan membaca notasi muzik dalam aktiviti muzikal,
menghasilkan idea muzikal kreatif menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan bermain

alat muzik,
membaca dan menulis notasi muzik,
menghargai pelbagai jenis muzik dengan menyatakan secara lisan dari aspek

muzikal karya muzik yang didengar; dan


mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal.

FOKUS MATA PELAJARAN

Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah dibina berasaskan empat modul kurikulum dengan
peratus pengagihan kandungan seperti berikut:
Modul Pengalaman Muzikal (60%)
Murid memperoleh pengalaman muzikal menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan
permainan alat muzik. Aktiviti nyanyian menekankan bagaimana seseorang murid tersebut
memahami konsep dan teknik nyanyian terlebih dahulu dan mengganbungkannya dengan
elemen-elemen muzik yang lain. Setelah berjaya menguasainya, barulah murid tersebut boleh
menyanyi dengan betul mengikut konsep asas nyanyian tanpa ada sebarang masalah.
Penguasaan terhadap kemahiran ini akan membuatkan seseorang murid itu menerima nilai
murni seperti keberanian, keyakinan dan juga berdisiplin. Manakala menerusi aktiviti gerakan
pula, murid dikehendaki untuk melakukan aktiviti seperti pergerakan bebas apabila muzik mula
dimainkan mengikut irama dan juga tempo lagu tersebut.

Di samping itu, pergerakan murid tersebut haruslah tepat berpandukan mood lagu
tersebut. Jadi, di sini kita dapat lihat bahawa dengan melakukan aktiviti pergerakan bebas,
murid-murid akan menjalankan pemikiran kreatif dan kritis mereka apabila hendak melakukan
pergerakan. Kemahiran berfikir akan bertambah di sini disertakan sekali dengan idea-idea yang
kreatif dan kritis untuk melakukan improvisasi. Melalui aktiviti permainan alat muzik pula, muridmurid akan dapat menyesuaikan diri dengan alat muzik serta berusaha menguasai kemahiran
bermain alat tersebut. Selain itu, mereka turut akan mengaplikasikan konsep pembelajaran
dalam teori muzik ke dalam permainan alat muzik tersebut. Nilai murni yang akan diperoleh
mereka ketika bermain alat muzik ialah seperti disiplin, keyakinan dan juga keberanian.

Apabila murid dapat menguasai ketiga-tiga aktiviti di atas, maka pengalaman muzikal
mereka akan bertambah dari semasa ke semasa. Hal ini demikian kerana selaras dengan
kurikulum muzik yang menitikberatkan komponen-komponennya untuk melahirkan seorang
insan yang kratif dapat menghayati dan menikmati muzik secara intelektual menerusi aktiviti
muzikal dalam pengalaman muzikal mereka sendiri. Gabungan daripada ketiga-tiga kemahiran
ini menunjukkan bahawa nilai-nilai murni yang telah diperlajari dapat diperaktikkan dalam

kehidupan juga seperti berani mencuba sesuatu yang baharu serta yakin dengan kebolehan
yang ada pada diri sendiri. Kerjasama, kooperatif antara mereka akan dapat dilihat apabila
mereka saling bantu antara satu sama lain untuk bermain alat muzik. Suasana kelas atau bilik
darjah juga akan bertambah ceria dan gembira apabila mereka semua melaksanakan aktiviti
bersama-sama dengan guru sekali. Jadi, dapat dibuktikan di sini kuirkulum muzik dapat
memberikan pelbagai nilai murni dan pengajaran dalam kehidupan

Modul Penghasilan Muzik (20%)


Murid menzahirkan idea kreatif melalui aktiviti muzikal yang dialami semasa pengajaran
dan pembelajaran. Sebagai contoh yang mudah, kita boleh mengajar murid untuk menguasai
aktiviti pergerakan dalam muzik. Perkara pertama yang harus dilakukan kepada mereka ialah
dengan mengajarkan konsep atau elemen-elemen yang ada dalam muzik itu sendiri seperti
tempo, irama, melodi dan juga yang lain-lain. Hal ini demikian kerana melalui pengajaran
konsep terlebih dahulu, murid akan dapat menghayatinya dan mengingat apa yang telah
dipelajari serta mengapalikasikannya ke dalam aktiviti muzikal sperti ini.

Guru hendaklah memberikan arahan yang jelas kepada murid sebelum melakukan
aktiviti terebut. Pergerakan dalam muzik boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu,
tetapi dengan adanya aktiviti berkumpulan, maka suasananya akan menjadi lebih seronok dan
menggembirakan. Setelah muzik dimainkan, murid perlu melakukan gaya pergerakan bebas
mengikut rentak lagu, tempo, irama, dan juga melodi lagu tersebut mahupun berkaitan dengan
seusuatu mood. Di sini kita akan dapat lihat bagaimana seorang murid akan melakukan aktiviti
berdasarkan pemikiran kreatif mereka pada masa yang singkat. Dalam pada masa yang sama
juga, mereka perlu memikirkan gaya yang kreatif berpandukan muzik. Seterusnya, guru akan
dapat menilai sejauh manakah tahap pembelajaran murid-muridnya dengan subjek ini. Segala
kelemahan akan diperbaiki dan pengukuhan akan tetap dijalankan seperti biasa. Tanpa adanya
pengenalan asas daripada guru itu sendiri, mereka tidak dapat melakukan sesuatu perkara
yang baru serta bernas daripada pemikiran yang kreatif dan kritis.

Kaedah penyoalan haruslah berdasarkan konsep penaakulan supaya mereka dapat


memberikan jawapan berdasarkan logik akal berbanding hafalan terhadap sesuatu fakta.
Dengan cara ini, tahap pemikiran mereka akan berkembang dengan lebih pesat lagi.
Walaubagaimanapun, setiap apa yang ditunjukkan oleh mereka atau contoh yang diberi kepada
guru, hendaklah tepat dan betul berdasarkan konsep yang ingin disampaikan. Hal ini demikian
kerana kita tidak mahu idea-idea baharu daripada murid bercanggah dengan konsep yang
diajarkan dalam pendidikan muzik ini. Oleh itu, setiap penemuan baharu akan dinilai dari segi
ketepatan mengikut konsep dan yang kedua pula ialah sejauhmanakah proses kemahiran
berfikir mereka berkembang.

Modul Apresiasi Muzik (10%)


Murid menghayati dan menghargai pelbagai jenis muzik menerusi pendedahan muzik
daripada pelbagai budaya. Muzik merupakan satu perkara yang diminati oleh semua orang di
muka bumi ini tidak mengira umur, pangkat mahupun darjat. Hal ini demikian kerana dengan
adanya muzik, hidup kita akan menjadi lebih tenang dan terhibur disebabkan dengan muzik
yang dibawa. Sebagai contoh yang mudah, kebanyakkan anak muda pada masa kini lebih suka
mendengar muzik apabila mereka merasa bosan dan ketika tidak melakukan sebarang aktiviti.
Perkara ini adalah satu langkah yang baik kerana ianya dapat mengelakkan mereka daripada
terjebak dengan gejala yang tidak berfaedah serta mendorong mereka untuk lebih minat
terhadap muzik itu sendiri.

Jika di sekolah, dalam pendidikan muzik, murid juga akan didedahkan dengan pelbagai
konsep muzik dalam pengajaran. Tambahan pula, mereka juga akan menerima sesuatu ilmu
yang baharu seperti seni, budaya dan juga adat tradisional. Hal ini demikian kerana muzik
sangatlah berkait rapat dengan budaya kita di negara ini. Dalam setiap kaum, terdapat pelbagai
jenis muzik dalam sesuatu adat bertujuan untuk melambangkan adat tradisional mereka dan
juga sebagai imej kaum mereka. Pengajaran terhadap muzik mengikut pelbagai budaya juga

akan diajarkan kepada setiap murid di sekolah. Hal ini bertujuan untuk memberikan mereka
sesuatu pendedahan yang baharu terhadap dunia muzik yang begitu luas dengan budaya ini.

Apabila mereka menerima sesuatu pengalaman dan pengetahuan yang baharu, mereka
perlu merekod atau menyimpan maklumat tersebut. Namun, sebagai langlah yang pertama,
apabila mereka didedahkan dengan sesuatu perngetahuan yang baharu, mereka perlu
menyesuaikannya dengan pengetahuan yang tersedia ada dalam diri mereka agar tidak
bercanggah konsep tersebut. Sesuatu perkara yang baharu mereka terima itu hendaklah
diterangkan sesuai megikut tahap murid dengan jelas oleh guru kerana guru perlu mengajar
mereka daripada abstrak ke konkrit dengan secara tepat dan jelas supaya ilmu yang ingin
disampaikan akan dapat difahami oleh murid untuk meningkatkan tahap pengetahuan mereka
Akhirnya, mereka dapat menambahkan pengetahuan yang baharu mengenai jenis muzik
daripada pelbagai budaya dengan sebetulnya dan seterusnya merealisasikan hasrat untuk
berpotensi dalam mempelajari muzik secara intelektual. Melalui modul ini juga, kita inigin
mengukuhkan lagi kepada mereka akan semanhgat cinta kepada budaya bangsa dan juga
agama masing supaya warisan kebudayaan negara dapat dikekalkan dan dipelihara sehingga
ke generasi masa depan.

Modul Membaca dan Menulis Notasi Muzik (10% - bermula di Tahun 4)

Murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asas membaca dan menulis notasi
muzik. Untuk Tahun 1, 2, dan 3, kemahiran membaca dan menulis notasi muzik tidak diajarkan
lagi. Kemahiran membaca dan menulis notasi memerlukan pengetahuan terhadap teori dan
konsep muzik yang begitu kukuh. Jadi, untuk permulaan mengikut urutan dalam kandungan
matapelajaran pendidikan muzik, Tahun 1, 2, dan 3 telah dikecualikan daripada membaca dan
menulis notasi muzik disebabkan mereka masih lagi belum mahir membaca dan mengenal
bagaimana mahu menulis notasi. Tetapi, tidak semestinya mereka tidak boleh mencuba untuk
membaca dan menulis notasi dengan syarat mereka mempunyai teori dan konsep muzik yang
kukuh. Guru harus memainkan peranan di sini. Oleh itu, penilaian demi penilaian harus
dilakukan oleh guru untuk melihat perkembangan dan tahap semasa muridnya. Percubaan
boleh diberikan dengan tunjuk ajar latihan dan sebagainya.

Untuk modul ini, ianya khas ditujukan kepada semua murid Tahun 4. Objektifnya ialah
untuk membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asas membaca dan
notasi muzik. Setelah hampir 3 tahun mereka menguasai teori dan konsep muzik, kini mereka
telah diberikan peluang untuk membaca dan menulis notasi muzik. Pengajaran ini adalah
sesuatu yang baharu bagi mereka. Hal ini demikian kerana mereka masih dalam bahagian awal
untuk mengenali bagaimana cara untuk mebaca dan menulis not. Di sini kita dapat lihat bahawa
sesuatu teori diaplikasikan dalam latihan pembacaan dan penulisan serta permainannya sekali
di situ. Kemahiran ini akan membuatkan mereka lebih menumpukan perhatian yang lebih
terperinci lagi kerana ianya berkait rapat dengan permainan berdasarkan skor muzik. Oleh itu,
proses perkembangan minda mereka akan meningkat disebabkan oleh proses pemikiran
seterusnya diaplikasikan kepada praktikal atau amali.

Mungkin sukar bagi mereka kerana masih belum boleh menguasai sepenuhnya
terhadap kemahiran ini.

Tetapi dengan bantuan dan bimbingan daripada guru, ia akan

membuatkan sesuatu yang sukar itu dapat diselesaikan. Sebagai seorang guru muzik, perkara
pertama sekali, guru perlu membuat ulangkaji mengingat kembali terhadap pengajaran yang
lepas untuk dinilai tahap ingatan mereka. Kemudian, barulah guru memulakan langkah untuk
meneruskan pengajaran yang baharu. Hal ini demikian kerana pengajaran yang baharu

memerlukan asas apa yang telah dipelajari sebelum ini untuk digunakan pada kali ini. Di sini
kita dapat lihat sejauhmanakah murid dapat menguasai ingatan terhadap pembelajaran dalam
muzik.

PENUTUP
Pendidikan muzik sering kali dianggap sebagai membuang masa dan tidak penting,
hanya kerana muzik bukan mata pelajaran akademik. Malahan, dalam masyarakat yang
memburu kecemerlangan akademik dan berapa banyak bilangan A, subjek elektif
seperti muzik sering terpinggir hingga akhirnya pelajar yang terhasil daripada system
pelajaran kita menjadi tidak seimbang. Oleh itu, pendidik muzik perlu tampil memberi
penerangan mengenai kepentingan pendidikan muzik ini sebagai estetika yang
memainkan peranan penting dalam perkembangan individu yang seimbang (Prof. Dr.
Md.Nor Salleh, Utusan Malaysia, 3 Disember 2005)

Berdasarkan petikan dan langkah-langkah yang telah dihuraikan di atas, jelas


menunjukkan bahawa pendidikan muzik boleh dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah
di Malaysia. Sukar untuk disangkal bahawa pendidikan muzik merupakan salah satu mata
pelajaran yang penting dalam sistem pendidikan negara terutama sekali selepas ia dijadikan
subjek di peringkat sekolah rendah dan sebagai subjek elektif di peringkat menengah. Oleh
yang demikian, sudah tiba masanya untuk kita mengubah perspektif negatif yang sering
dilemparkan kepada pendidikan muzik dengan menyatakan bertapa pentingnya untuk
mewajibkan pendidikan muzik ke semua peringkat persekolahan dalam merialisasikan Falsafah
Pendidikan Negara.

Plato pernah mengatakan bahawa muzik adalah instrumen yang amat penting dalam
pendidikan berbanding dengan seni-seni yang lain. Beliau berpendapat bahawa program muzik
sangat penting dalam perkembangan dan pembesaran kanak-kanak dari segi tanggapan,
fizikal, sosial, intelektual, emosi dan deria estetik (Higgins, 1964). Hasil daripada penyelidikan
yang dijalankan oleh Radocy dan Boyle (1979) menunjukkan mereka yang mempunyai

kebolehan muzikal yang agak tinggi, biasanya mempunyai kepintaran atau IQ yang tinggi tetapi
bukan semua yang pintar dan cerdas mempunyai kebolehan muzikal yang tinggi. Apabila
pelajar mendapat dorongan yang kuat daripada semua pihak adalah diharapkan pengajaran
dan pembelajaran pendidikan muzik akan mendapat sambutan yang hebat di semua sekolah.
Melalui kaedah ini adalah diharapkan satu hari nanti pendidikan muzik akan menjadi satu mata
pelajaran wajib ke semua peringkat persekolahan di Malaysia akan terlaksana.

RUJUKAN

Abdul Rahim Mohd Saad (1966). Merekabentuk Teks


Pengajaran Secara Efisien dan Efektif, Shah Alam: Fajar Bakti.

Clark, Mark Ross (2002). Singing, Acting and Movement in Opera : A Guide to Singer,
Bloomington,IN,USA: Indiana University Press. ( Dalam OUM Digital Collection ).

Collin Don L. (1993). Teaching Choral Music, New Jersey: Prentice Hall.

Ee Ah Meng (1989). Pedagogi Satu Pengenalan, Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Ee Ah Meng (1993). Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu, Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Ee Ah Meng (1996). Murid dan Proses Pembelajaran


Asas Pendidikan 2. Kuala Lumpur: Fajar Bakti

Anda mungkin juga menyukai