Anda di halaman 1dari 10

PENERANGAN INOVASI

PEDAGOGI

DISEDIAKAN OLEH:

1. AMIRUL ANWAR BIN ABDULL AZIS


2. ABANG HAZEEQ BIN ABANG
HAMDAN
3. JELVIN BIN MOHILING

SINOPSIS INOVASI BOLA TREKKING


Permainan yang dicadang tersebut berkaitan dengan dunia sukan iaitu bola
sepak. Namun, kanak-kanak perempuan juga boleh menceburi dan bermain permainan
ini kerana tidak ada satu syarat yang dikeluarkan untuk menghalang mereka daripada
bermain bola sepak. Berlainan dengan permainan bola sepak yang sebenar di padang
kerana rekaan aktiviti permainan saya ini tidak melibatkan manusia, sebaliknya
mengaplikasikan bahan seperti kepingan kotak yang diberi untuk dijadikan sebagai
model mini pemain bola sepak. Setiap pasukan mempunyai 3 kepingan kotak kecil
yang dilipat duakan untuk dijadikan sebagai pemain bola sepak dalam keadaan yang
kecil atau mini (P1,P2,P3). Model-model tersebut akan dikendali,dikawal dan akan
dimainkan oleh murid. Setiap pasukan akan mencipta satu model atau trek laluan yang
direka cipta. Permainan bola sepak mini ini dimainkan di atas sekeping kertas A3 yang
telah dilukis satu trek laluan. Di akhir garisan penamat, terdapat satu tiang gol. Jadi,
pemain mini yang kelima perlulah menjaringkan gol ke dalam gawang gol tersebut
untuk mendapatkan mata. Oleh itu, bermula dari garisan mula, gerakan membawa bola
daripada pemain mini pertama hinggalah ke pemain mini kelima sehingga menjaringkan
gol hendaklah dilakukan di bawah tempoh masa selama 5 minit. Segala syarat,
peraturan dan cara bermain akan dipaparkan di bahagian lampiran.

OBJEKTIF INOVASI
Terdapat beberapa objektif yang akan didapati daripada permainan tersebut. Antaranya
ialah :
Memberi hak dan peluang untuk murid-murid belajar untuk belajar
Membantu dari segi pembelajaran pranombor
Melibatkan diri secara aktif dalam kerja berkumpulan
Membina asas pengetahuan yang baharu

Mengembangkan daya keyakinan mereka


Memperoleh kepuasan semasa bermain
Dapat menggalakkan persaingan yang sihat antara satu sama lain

KUMPULAN SASARAN

Melalui daripada hasil permainan ini, kami telah menemui satu idea untuk
melakukan beberapa andaian. Pada mulanya, kami merasakan bahawa hanya
bertumpu

kepada

kumpulan

sasaran

murid

sekolah

rendah

sahaja.

Walau

bagaimanapun, setelah menemui jalan yang baru, kami telah menemui beberapa
kelompok

kumpulan

sasaran

yang

baharu.

Antaranya

ialah

murid

sekolah

berpendidikan khas, sekolah jenis kebangsaan Cina / Tamil , remaja belasan tahun,
pelajar IPTA/IPTS, golongan dewasa serta kakitangan perkhidmatan awam. Permainan
ini tidak mengira had umur, pangkat, taraf, mahupun jawatan sekali gus menyatakan
bahawa permainan ini amat bersesuaian dengan semua golongan. Hal ini demikian
kerana permainan ini agak mudah untuk dimainkan.

LATAR BELAKANG PENGHASILAN BOLA TREKKING

Pertama, setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang ahli (bercampur lelaki dan
perempuan). Kedua, setiap ahli perlu bina pemain mini sendiri daripada kepingan kotak
kecil dan menomborkannya mengikut nombor giliran masing-masing (P1,P2,P3). Di
samping itu, setiap kumpulan akan mencipta atau merekakan satu laluan trek dan
dilukiskan pada kertas A3 yang telah diberi. Terdapat beberapa perkara yang perlu
dilakukan pada laluan trek tersebut, antaranya ialah menentukan garisan permulaan
dan garisan penamat, menandakan tanda sempadan bagi setiap nombor pemain mini

(pemain mini tidak boleh melalui melebihi daripada garisan sempadan), dan tiang atau
gawang gol perlu diletakkan di hujung garisan penamat.

ISU DAN MASALAH YANG DITANGANI


Masalah utama yang saya dan rakan-rakan hadapi ialah untuk memikirkan
cadangan permainan ini. Kami masih terbayang-bayang bagaimana mahu mencari idea
satu permainan yang semua orang tahu, permainan yang mudah serta menarik dan
diminati ramai, dan juga permainan yang boleh dimainkan oleh semua golongan.
Setelah berbincang dan membuat kajian serta pemerhatian bersama, kami dapat lihat
di sini bahawa permainan bola sepak amat sesuai dengan apa yang dihasratkan oleh
kami berpandukan ciri-ciri yang dikehendaki.

Isu dan masalah kedua yang kami hadapi ialah berkenaan bagaimana kami perlu
mengaplikasikan permainan bola sepak yang sebenar kepada bentuk yang lebih kecil
supaya mudah untuk dimainkan. Pelbagai bahan telah digunakan untuk dilakukan
sebagai bahan uji kaji. Akhirnya, kami telah menemui satu idea dengan berpandukan
pengalaman sedia ada kami kerana semasa waktu di bangku sekolah dahulu kami
pernah bermain permainan bola sepak mini atau nama popularnya pada waktu itu ialah
Bola Tepuk. Walau bagaimanapun, kami telah mengubah, melakukan improvisasi dan
inovasi, serta menukarkan konsep permainan tersebut kepada idea dan konsep yang
baharu iaitu Bola Trekking.

Masalah yang terakhir pula ialah kami perlu memikirkan bahan untuk penyediaan
permainan tersebut. Pelbagai bahan telah digunakan sebagai bahan uji kaji seperti
kertas manilakad, surat khabar lama, kertas A4 dan banyak lagi. Jadi, kami telah
merujuk beberapa rakan yang lain untuk memberikan pendapat mereka. Kebanyakan
daripada mereka menyarankan supaya menggunakan kertas A3 untuk dilukis trek
laluan dan dilekatkan pada mounting board yang rata dan keras. Kemudian, kami juga

telah menggunakan kepingan kotak yang kecil untuk dilipat dua menjadi model pemain
mini.

HURAIAN INOVASI

1. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi

Antara bahan-bahan dan juga alatan yang digunakan ialah seperti beberapa kepingan
kertas A3, pen marker warna-warni, pembaris, pisau pemotong, gunting, gam, kepingan
kotak-kotak kecil, pensel, getah pemadam, dan juga kertas A4. Selain itu, antara alatan
lain yang digunakan ialah seperti mounting board yang terdiri daripada beberapa warna.

2. Cara inovasi digunakan

Untuk membuat hantaran bola atau menjaringkan gol, pengendali pemain mini
iaitu murid itu sendiri, perlulah menekan pada bahagian garisan tengah antara lipatan
pemain mini tersebut. Secara tidak langsung, ianya akan bertukar bentuk menjadi
mendatar semula dan menolak bola ke hadapan. Pemain mini 1 (P1) membuat gerakan
sambil melalui liku-liku laluan yang ada pada trek tersebut. Apabila sampai di garisan
sempadan, P1 perlu menghantarkan bola itu kepada P2 di ruangan laluan P2 pula.
Namun, P1 tidak boleh memasuki ruang laluan P2 dan tidak boleh melebihi kepada
tanda sempadan antara laluan tersebut.

P2 membawa dan membuat pergerakan untuk menghantarkan bola kepada P3.


Perkara yang sama diulangi oleh P2 sepertimana apa yang telah dilakukan oleh P1. P2
melakukan perkara yang sama dan menghantarkan bola kepada P3. Apabila P3
menamatkan

aktiviti

mereka

sehingga

melepasi

garisan

penamat,

P3

perlu

menjaringkan bola tersebut ke dalam gawang gol yang diletakkan. Kemenangan akan

dikira apabila mereka berjaya menghabiskan keseluruhan laluan trek dan menjaringkan
gol di pihak lawan di bawah masa kurang daripada 5 minit.

3. Kos bagi menghasilkan inovasi

-Kertas A3 = Rm 0.30 x 8
-Mounting Board = Rm 2.00 x 4
Jumlah

= Rm 2.40
= Rm 8.00
= Rm 10.40

4. Kebekersanan Bola Trekking kepada PDP

Melalui permainan tersebut, kita dapat rumuskan bahawa jenis permainan


tersebut dikategorikan dalam golongan permainan kognitif iaitu main konstruktif.
Konstruktif adalah pendekatan yang memberi hak dan peluang untuk murid-murid
belajar untuk belajar (learn how to learn) dengan membina makna dan kefahaman yang
tinggi dalam kerangka minda masing-masing. Terdapat beberapa manfaat yang akan
murid perolehi apabila menceburkan diri dalam permainan jenis ini.
Antaranya ialah murid-murid akan melibatkan diri secara aktif dalam kerja
berkumpulan mahupun dengan guru itu sendiri. Murid selalu berbincang dengan guru
dan sesama mereka. Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau
mengukuhkanidea-idea mereka. Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat
mereka dan mendengar idea orang lain, murid tersebut dapat membina asas
pengetahuan yang mereka faham. Sebagai contoh, sebelum memulakan penciptaan
kepingan kotak kecil menjadi pemain mini dan rekaan laluan trek pada kertas
manilakad, mereka akan saling berkomunikasi antara satu sama lain untuk memberi
idea serta pendapat bagi memenuhi kata sepakat dan mengikut peraturan serta syarat.
Ketika perlawanan sedang berlangsung, mereka akan melibatkan diri untuk memainkan
peranan sebagai pengendali pemain-pemain mini tersebut.

Selain itu, daya keyakinan mereka akan berkembang maju. Murid yang belajar
secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman mereka
tentang sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani
menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru, terutama sekali murid
perempuan kerana mereka akan cuba untuk meyakinkan diri untuk mencuba sesuatu
yang baru sebagai pengetahuan dan pengalaman baru mereka. Di samping itu,
kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat
secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Kita dapat lihat di mana murid
perempuan mungkin kurang pengetahuan mengenai dunia sukan permainan bola
sepak. Dengan melalui dan menceburi dalam permainan jenis ini, tahap pengetahuan
mereka akan berkembang apabila menerima sesuatu maklumat yang baru. McBrien &
Brandt (1997), konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan
kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik
berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima
pengetahuan daripada orang lain. Walaupun masih baru pada tahap pengenalan,
ianya memberi sedikit golongan, dorongan, galakan serta minat murid perempuan ke
arah permainan sukan bola sepak.
Seterusnya, manfaat lain yang akan diterima oleh murid ialah keseronokan
bermain semasa aktiviti permainan berlangsung. Dalam pembelajaran secara
konstruktivisme dan main konstruktif, murid membina sendiri pengetahuan, konsep dan
idea secara aktif. Ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok
untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan
cabaran. Tahap keseronokan akan dapat dirasai apabila mereka semua memenangi
perlawanan tersebut setelah lalui pelbagai bentuk cabaran dan masalah yang dihadapi
bersama semasa melalui trek sambil melakukan gerakan bola dan membuat hantaran
seterusnya menjaringkan gol demi mencapai kemenangan. Perasaan semangat untuk
memenangi perlawanan seterusnya akan bertambah akibat daripada sifat ingin merasai
sekali lagi erti keseronokan setelah menang kerana mereka bermain untuk mencapai
matlamat dan ingin berseronok.

Secara keseluruhannya, permainan tersebut memberikan banyak implikasi yang


positif kepada murid terhadap pengalaman belajar mereka. Antara implikasinya ialah
memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain. Hal ini kerana dalam sesuatu
permainan kerjasama amatlah penting. Oleh yang demikian semangat kerjasama
tersebut akan meresap dalam jiwa pelajar dan akan dapat diterapkan dalam setiap
aktiviti pembelajaran seterusnya dapat mengembangkan minda pelajar.

Kanak-kanak juga dapat mengembangkan aspek rohani dan moral dengan


mengikuti dan memahami setiap peraturan permainan. Sesetengah permainan mereka
juga perlu menunggu giliran di samping belajar bersabar. Setiap permainan yang
diceburi oleh kanak-kanak juga dapat menggalakkan kanak-kanak meluahkan perasaan
gembira dan keseronokan semasa bermain. Oleh yang demikian, proses pembelajaran
kanak-kanak akan lebih menyeronokkan disamping dapat belajar kemahiran-kemahiran
yang ada dalam permainan contohnya mengira dan berfikir untuk menyelesaikan
sesuatu masalah.

Selain daripada itu, dalam aktiviti permainan ini juga dapat menggalakkan
persaingan yang sihat antara satu sama lain dan dapat memupuk semangat j uang
yang tinggi seterusnya dapat meningkatkan tahap sosial kanak-kanak dan mewujudkan
interaksi antara mereka. Disamping itu ia juga dapat melatih pelajar supaya dapat
berfikir secara kreatif dan kritis. Ini dapat dirumuskan bahawa dalam aktiviti permainan
juga terdapat proses pempelajaran yang positif yang dapat diterapkan dalam diri kanakkanak. Ia juga amat berkesan dan dapat meningkatkan daya pemikiran yang kreatif,
kritis serta inovatif di kalangan kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai