Anda di halaman 1dari 3

Faktor-faktor keberhutangan

Sebelum mengkaji lebih dalam mengenai penyelesaian kepada masalah hutang,


faktor-faktor yang menyumbang ke arah masalah ini harus dikenal pasti terlebih dahulu
(Valins, 2004). Faktor-faktor ini dapat dikenal pasti berdasarkan pendekatan dan aspek yang
berbeza antara satu sama lain antaranya berdasarkan faktor demografi dan tahap pendidikan,
tahap pendapatan dan tempoh pinjaman perumahan, peristiwa yang berlaku dalam kehidupan,
komitmen terhadap hutang sedia ada dan kemahiran pengurusan kewangan, dan lain-lain
faktor struktur seperti pinjaman kerajaan dan kad kredit.
Demografi dan pendidikan
Berdasarkan kajian, faktor demografi seperti umur, jantina dan perbezaan etnik dan
budaya juga boleh mempengaruhi tahap keberhutangan seseorang individu. Kajian mendapati
faktor umur dan tahap keberhutangan adalah sangat berkait di mana individu yang muda
lebih cenderung mempunyai masalah hutang berbanding individu yang lebih berusia. Sebagai
contoh, Canner dan Lucket(1991) menyatakan bahawa sesebuah keluarga yang diketuai oleh
seorang berumur dibawah 35 tahun adalah 4 kali lebih cenderung mempunyai masalah
bayaran balik hutang berbanding keluarga yang diketuai seseorang berumur lebih 55 tahun
dan ke atas di Amerika Syarikat. Selain itu, di New Zealand satu kajian juga telah dilakukan
ke atas 1000 orang yang bankrup, mendapati kira-kira 50% daripadanya berusia diantara 25
hingga 40 tahun, berbanding hanya 28% dari kalangan mereka yang berusia antara 41 hingga
55 tahun dan peratus baki dikalangan mereka berusia dari 56 tahun dan ke atas.
Selain itu, faktor jantina juga boleh mempengaruhi tahap lebihan keberhutangan.
Morris(1996), menyatakan bahawa wanita lebih cenderung menggadaikan barang berbanding
lelaki, dan menurut Edwards(2003), menyatakan wanita lebih cenderung memiliki hutang
hanya dari pembelian dari katalog dan jualan dari pintu ke pintu berbanding lelaki.
Faktor demografi lain seperti kepelbagaian etnik dan budaya dikalangan penghutang
juga dilaporkan mempunyai pengaruh kepada tahap keberhutangan seseorang. Menurut
Herbert(1996) menyatakan isi rumah di United Kingdom walaupun berpendapatan rendah
lebih cenderung memiliki hutang yang dianggap normal berbanding isi rumah di Pakistan
yang mempunyai penggunaan kredit yang lebih rendah. Hal ini disebabkan oleh sikap
masyarakatnya yang kebanyakan dipengaruhi oleh ajaran agama Islam yang melarang
pengambilan riba.
Selain itu, kajian juga mendapati faktor tahap pendidikan dan status perkahwinan juga
mempengaruhi tahap keberhutangan seseorang dan amat berkait dengan masalah hutang.
Menurut Pyper(2002) dalam kajiannya, mereka yang kurang berpendidikan dan belum
berkahwin lebih cenderung mempunyai masalah hutang.
Tahap Pendapatan dan Tempoh Pinjaman Perumahan
Kajian mendapati masalah hutang atau tahap kecenderungan individu untuk memiliki
hutang juga boleh berpunca dari pendapatan yang tidak mencukupi dalam menampung
perbelanjaan keperluan dan kehendak. Menurut Lea(1995) hutang yang berlebihan selalunya

terjadi di kalangan individu yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungjawab


menjaga keluarga. Manakala Berthoud(1989) menyatakan bahawa masalah hutang cenderung
disebabkan oleh keluarga yang mempunyai pendapatan yang rendah dan mempunyai
tanggungjawab memelihara anak-anak, sebaliknya keluarga yang mempunyai pendapatan
yang rendah tetapi tidak mempunyai anak-anak didapati tidak mempunyai masalah
keberhutangan yang begitu ketara.
Selain itu, masalah hutang juga dipengaruhi oleh tempoh pinjaman perumahan. Bridges
dan Disney(2004) menyatakan bahawa 22% daripada pasangan yang menyewa rumah mereka
lebih cenderung memiliki masalah hutang berbanding 12% daripada pasangan yang sudah
memiliki rumah di United Kingdom. Hal ini menunjukkan mereka yang mempunyai
pinjaman perumahan belum selesai lebih cenderung memiliki masalah keberhutangan
berbanding mereka yang sudah memiliki rumah.
Peristiwa Kehidupan
Kajian juga mendapati antara faktor yang membuat seseorang mempunyai masalah
hutang adalah terjadinya peristiwa-peristiwa baru atau buruk atau kejutan dalam kejadian
hidup mereka. Hal ini boleh dijelaskan bahawa keluarga yang berpendapatan rendah mungkin
dapat menguruskan pendapatan dan perbelanjaan mereka, tetapi mereka tidak mampu
menstabilkan corak perbelanjaan mereka sekiranya terjadi faktor-faktor luaran dalam hidup
mereka antaranya seperti kehamilan, kelahiran anak-anak, kehilangan pekerjaaan, kematian
pasangan, sakit atau hilang upaya dan lain-lain.
Komitmen atas Hutang dan kemahiran Pengurusan Kewangan.
Pasukan petugas dalam menangani lebihan keberhutangan(2003), dalam kajian mereka
mendapati pinjaman yang tidak bertanggungjawab sebagai faktor terjadinya masalah hutang
kepada individu. Kajian mengenal pasti tiga faktor keseluruhannya yang merupakan bentuk
pinjaman yang tidak berkesan dan biasanya dikaitkan dengan masalah kesulitan kewangan
iaitu, pertama, individu yang mempunyai empat atau lebih komitmen kredit, kedua, individu
yang menghabiskan lebih dari 25% dari pendapatan kasar atas kredit penggunaan, ketiga,
menghabiskan lebih dari 50% dari pendapatan kasar atas penggunaan kredit dan gadai janji.
Komitmen yang berlebihan akan menyebabkan seseorang individu gagal dalam menguruskan
masalah keberhutangan mereka sendiri.
Selain itu, terdapat faktor lain juga dikenal pasti sebagai punca ketidakupayaan dalam
mengurskan masalah kewangan dan hutang oleh seseorang iaitu kemahiran pengurusan
kewangan individu atau individu yang mudah tertipu oleh pemiutang yang tidak bermoral.
Roy Morgan (2003), dalam kajiannya menyatakan bahawa kemahiran pengurusan kewangan
yang rendah sering dikaitkan dengan individu yang mempunyai tahap pendidikan yang
rendah. Selain itu, individu yang tidak bekerja atau bekerja sebagai buruh am, individu yang
mempunyai pendapatan yang rendah dan tahap tabungan yang rendah, dan individu yang
tidak mahir dalam menguruskan kewangan mereka juga boleh dikaitkan dari kalangan
individu yang lebih muda yang berumur antara 18 hingga 24 tahun atau lebih dari 70 tahun
dan ke atas secara purata.

Faktor-faktor struktur, seperti amalan kredit pinjaman dan peranan kerajaan.


Penjeasan terakhir yang dibahas dalam kajian sebagai faktor yang menyumbang kepada
masalah keberhutangan adalah berpunda dari faktor-faktor struktur , sebagai contoh pinjaman
yang bercirikan tidak bertanggungjawab dan peranan kerajaan itu sendiri.
Di UK, pasukan petugas (2003), selain menyatakan sikap pinjaman oeh individu yang
tidak bertanggjawab sebagai faktor, mereka juga mengenal pasti faktor struktur iaitu
berpunca dari yang pemberi pinjaman secara angsung atau tidak angsung juga mempengaruhi
masalah keberhutangan. Sebagai contoh, pihak institusi kewangan yang secara automatik
menaikkan had kad kredit atau kad debit, dan had overdraf, secara tidak langsung mendorong
peminjam untuk meningkatkan lagi penggunaan kredit mereka.
Kerajaan juga berperanan sebagai pemiutang dalam sesuatu keadaan. Menurut Simmers
dan McGurk (1999, seperti yang dinyatakan dalam Vallin, 2004) sejumlah besar bantuan
yang diberikan oleh kerajaan tidak dibayar sebagai sebagai hadiah atau pemberian tetapi
sebagai pinjaman. Bahkan kajian juga menyatakan orang-orang yang menerima bantuan
menjadi sebagai penghutang.
Berdasarkan penerangan tersebut, jelas menyatakan faktor-faktor seperti demografi,
tahap pendidikan, tahap pendapatan, tempoh pinjamna perumahan, peristiwa dalam
kehidupan, komitmen keberhutangan, kemahiran pengurusan kewangan, faktor-faktor luaran
seperti bentuk-bentuk pinjaman dan peranan kerajaan sebagai pemiutang menjadi
penyumbang kepada masalah keberhutangan yang terjadi kebelakangan ini.

Anda mungkin juga menyukai