Anda di halaman 1dari 12

Untuk menangani cabaran-cabaran profesion keguruan

tersebut, para guru mestilah menyediakan diri mereka


dalam pelbagai aspek.Berdasarkan artikel Cabaran
Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan
Masyarakat Mei 2012 ada memetik kata-kataDavid
Ryans dalam bukunya Characteristics Of Teachers
Their
Description,
Comparison, And Appraisal
berpendapat bahawa guru yang berkesan dalam
menangani cabaran ialah guru yang mempunyai sifat
adil, demokratik, responsif, bertimbang rasa, baik hati,
jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang
dan berkeyakinan. Di samping itu, elemen-elemen
penting yang mesti ada pada setiap guru dalam
mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini
ialah ciri dan kualiti professional, pengajaran yang
efektif, peningkatan profesionalisme, peningkatan dalam
penggunaan ICT, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia
serta bertanggungjawab.
1.3.1 Mempunyai Ciri Dan Kualiti Profesional
Seseorang guru itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti
yang profesional sesuai dengan proses perkembangan
pendidikan ini. Cabaran guru untuk merealisasikan Misi
Kementerian Pendidikan, khasnya meningkatkan kualiti
sekolah ialah guru haruslah sentiasa berusaha
meningkatkan taraf profesional melalui latihan dalam
perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan tindakan
secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk
budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui epembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran yang terkini untuk merancang serta

melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran


dengan berkesan. Guru juga mestilah berupaya
membuat keputusan, menyelesai masalah serta
berfikiran kritis dan kreatif. Para pendidik juga mesti
sedar bahawa profesion mereka bukan sahaja mengajar
tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang,
pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.
1.3.2 Mewujudkan Pengajaran yang Efektif
Dari segi pengajaran yang efektif dalam sekolah
berkualiti pula, bergantung kepada perlakuan mengajar
guru dalam proses perancangan, pelaksanaan dan
penilaian. Keberkesanan pengajaran boleh berlaku
apabila guru telah merancang sesuatu program
mengajar mengikut prinsip mengajar.pengajaran efektif
mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang ditentukan
berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan muridmurid. Selain itu melaksanakannya dengan cekap dan
berjaya menggunakan teknik mengajar yang sesuai.
Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah
sesuai dan cerdas diberikan aktiviti pengayaan,
manakala murid-murid yang lambat dibimbing dengan
aktiviti pemulihan. Keberkesanan pengajaran ini dapat
dilihat apabila guru menggunakan teknik penilaian
terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah. (Noriati et. Al, 2009)
1.3.3 Mempertingkatkan Profesionalisme
Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan
Profesionalisme. Guru harus sedar tentang tugas dan
amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang

akan mencapai wawasan negara. (Syed Ismail & Ahmad


Sabki, 2010). Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek
pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi
kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini.
Guru perlu menyambut baik dengan mengikuti kursuskursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak
berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan,
ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang
semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan
paradigma dapat dilakukan oleh para pendidik.
1.3.4 Meningkatkan Kemahiran dalam Penggunaan
ICT
Perkara yang paling penting bagi mendepani cabaran
profesion keguruan pada masa kini ialah meningkatkan
kemahiran Dalam Penggunaan ICT. Bidang perguruan
sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan
perubahan zaman. Perkembangan global dengan
teknologi telekomunikasi dan internet menuntut banyak
cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional.
Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang
dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih
ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh
para pendidik sebagai melengkapkan diri dengan
kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan
sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer
sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara
Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang
2020. Guru juga harus memperlengkapkan diri secara
global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini
masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai

peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai


cara hidup moden. Pembestarian sekolah seperti projek
Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah dihargai oleh
guru dengan menggunakan segala kemudahan
semaksima mungkin.
1.3.5 Berilmu pengetahuan Dan Berakhlak Mulia
Selain itu juga, dalam mendepani cabaran profesion
keguruan pada masa kini, seorang guru perlulah
berpengetahuan, berdaya fikir dan berakhlak mulia.
Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan
menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta
dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan
mencari penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan
kekeluargaan dan komuniti masyarakat, ekonomi dan
sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat
melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di
kemudian hari. Dalam perubahan sistem pendidikan
yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu
menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak
yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan ditegaskan
nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar
dalam pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting
untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang
berguna kepada bangsa dan negara. (Mook Soon
Sang,2010)
1.3.6 Bertanggungjawab
Tanggungjawab merupakan suatu perkara yang amat
penting untuk membimbing pelajar bagi mencapai
kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan

tanggungjawab terhadap terhadap pelajar seperti


mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar,
bersikap adil, memupuk nilai murni. Tanggungjawab
terhadap ibu bapa juga penting seperti seperti
mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka,
tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi
mereka dan memberi maklumat kepada mereka untuk
kepentingan
anak-anak
mereka.
Seterusnya
tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti
mengelak dari menyebar perkara negatif, menghormati
masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama
dan persefahaman. Dan akhirnya tanggungjawab
terhadap rakan sejawat dan profesion seperti mengelak
dari membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam
kegiatan yang menjejaskan kepercayaan masyarakat
serta membantu rakan sejawat.

Kementerian Pelajaran juga bercadang melaksanakan kemajuan kerja berasaskan


kecekapan dan prestasi menjelang 2016, apabila guru diberi penilaian setiap tahun oleh
pengetua masing-masing, dengan inputnya mungkin diberi rakan setugas mereka.
"Malah, guru paling baik mungkin dinaikkan pangkat daripada DG41 kepada DG54 dalam
tempoh lebih cepat berbanding tempoh kenaikan pangkat purata sedia ada iaitu 25 tahun,"
kata laporan itu.
Laporan itu seterusnya berkata guru yang menghadapi masalah untuk mencapai kualiti
minimum pula akan diberi bimbingan sokongan tambahan untuk membantu mereka kembali
berada di landasan sewajarnya.
"Guru yang sering mencatat prestasi rendah, walaupun sudah menerima sokongan
tambahan, akan diberi tugas lain yang mempunyai kaitan dengan fungsi sekolah seperti
pentadbiran, pegawai tatatertib atau pengurusan kokurikulum,"

Guru akan dijadikan profesion berprestij dan bertaraf elit, yang


hanya mengambil 30 peratus siswazah paling cemerlang di
negara ini, demikian menurut cadangan Rangka Tindakan
Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Laporan awal tentang rangka tindakan itu menyatakan bahawa
Kementerian Pelajaran akan melaksanakan dengan ketat
standard kemasukan bagi memastikan setiap pengambilan guru
pelatih memenuhi kelayakan akademik minimum yang
ditetapkan. Ini sejajar dengan satu daripada 11 anjakan yang
digariskan di dalam dokumen ke arah mentransformasikan
sistem pendidikan negara - mentransformasikan jawatan guru
agar menjadi profesion pilihan utama.
Rangka tindakan awal itu menyatakan Kementerian Pelajaran
akan berganding bahu dengan Institut Pendidikan Guru dan
Kementerian Pengajian Tinggi untuk memastikan kualiti
kurikulum dan pensyarah dinaik taraf bagi melahirkan guru
seperti yang dihasratkan.

Ia juga menyatakan bahawa mulai 2013, beban guru dalam


bidang pentadbiran akan diringankan bagi membolehkan mereka
memberi fokus terhadap tugas mengajar.
"Ini akan dicapai dengan memperkemas dan mempermudahkan
proses pengumpulan data dan pengurusan sedia ada.
Sesetengah fungsi pentadbiran juga akan dipindah kepada pusat
perkhidmatan terpusat atau kepada guru khusus pentadbiran di
peringkat sekolah," kata laporan itu.
Kementerian Pelajaran juga bercadang melaksanakan kemajuan
kerja berasaskan kecekapan dan prestasi menjelang 2016,
apabila guru diberi penilaian setiap tahun oleh pengetua masing-

masing, dengan inputnya mungkin diberi rakan setugas mereka.


"Malah, guru paling baik mungkin dinaikkan pangkat daripada
DG41 kepada DG54 dalam tempoh lebih cepat berbanding
tempoh kenaikan pangkat purata sedia ada iaitu 25 tahun," kata
laporan itu.
Laporan itu seterusnya berkata guru yang menghadapi masalah
untuk mencapai kualiti minimum pula akan diberi bimbingan
sokongan tambahan untuk membantu mereka kembali berada di
landasan sewajarnya.
"Guru yang sering mencatat prestasi rendah, walaupun sudah
menerima sokongan tambahan, akan diberi tugas lain yang
mempunyai kaitan dengan fungsi sekolah seperti pentadbiran,
pegawai tatatertib atau pengurusan kokurikulum," kata laporan
itu. - BERNAMA
Sumber: BHarian [11/09/2012]

Transformasi Profesion Keguruan


PELAKSANAAN Pakej Kerjaya Guru baru yang dicadangkan
Kementerian Pelajaran bakal melalui tiga gelombang dalam
mentransformasi keguruan menjadi profesion pilihan.
Menurut laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025, gelombang pertama (2013-2015) memberi fokus
kepada meningkatkan standard profesionalisme serta
penambahbaikan sistem sokongan dan persekitaran kerja sedia
ada.
Empat langkah yang akan diambil adalah meningkatkan standard

kemasukan, mengukur pretasi berdasarkan kecekapan,


meningkatkan jumlah peruntukan dalam pembangunan
profesionalisme berterusan dan mengurangkan bebas tugas
pentadbiran guru.
"Secara keseluruhan, langkah ini dilaksanakan bertujuan
menyediakan peluang dan sokongan yang diperlukan oleh guru
bagi menggalakkan peningkatan kemahiran dan kecemerlangan
mereka dalam pekerjaan," kata laporan awal itu.
Selain itu, bagi gelombang kedua (2016-2020) pula, Pakej
Kerjaya Guru baru akan dibina atas kejayaan gelombang
pertama dan akan menyediakan pelaksanaan laluan kerjaya
yang dimantapkan dengan tawaran pelbagai pengkhususan
bergantung kepada minat guru.
Kemajuan kerjaya yang lebih pantas disediakan untuk guru
berprestasi tinggi manakala guru yang konsisten pada prestasi
rendah diberi pilihan bagi penempatan semula.
Semua kerja awal perubahan ini perlu bermula semasa
pelaksanaan gelombang pertama bagi membolehkan inisiatif
yang dirancang dilaksanakan segera pada tahun 2016.
Bagi gelombang ketiga, menjelang tahun 2021, semua elemen
Pakej Kerjaya Guru baru diharap akan dapat dilaksanakan.
Profesion itu akan berubah apabila guru dapat menikmati
pelbagai laluan kerjaya berbeza selain menerima kesan daripada
pelan induk pembangunan profesionalisme yang dirangka khusus
serta pemberian ganjaran berdasarkan prestasi, bukannya
tempoh perkhidmatan.
Sepanjang tempoh itu, kementerian akan menumpukan kepada
usaha memastikan semua guru memanfaatkan keadaan fleksibel

dalam hal-hal profesionalisme berkaitan jadual waktu kurikulum


dan susunan pengajaran, pendekatan kaedah dan prinsip
pengajaran serta pentaksiran berasaskan sekolah.
''Kementerian berhasrat untuk mewujudkan budaya
kecemerlangan profesionalisme teladan rakan setugas, iaitu guru
membimbing satu sama lain, dan saling memberi inspirasi,
berkongsi amalan terbaik, dan memastikan rakan setugas
mengamalkan nilai kebertanggungjawaban untuk memenuhi
standard profesional.
"Kementerian juga mempertimbangkan cadangan bagi
mewujudkan skim pensijilan berdasarkan penguasaan
kecekapan keguruan seperti ditetapkan dalam gelombang
pertama selain mewujudkan jalinan bekerjasama dengan wakil
kesatuan guru untuk mencapai semua matlamat ini," kata laporan
tersebut.
Oleh ASSIM HASSAN
Sumber: Utusan
Pakej, ganjaran untuk guru
KEMENTERIAN Pelajaran akan memperkenalkan satu Pakej
Kerjaya Guru baru dalam usaha memartabatkan keguruan
sebagai profesion pilihan termasuk kaedah memberi ganjaran
sepanjang tempoh kerjaya sebagai guru.
Menurut laporan awal pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025, sistem kenaikan pangkat berasaskan tempoh
perkhidmatan 8:8:6:3 yang baru merupakan suatu
penambahbaikan yang jelas lebih baik daripada sistem
sebelumnya.

Sistem itu membolehkan guru dalam tempoh 25 tahun dinaikkan


gred daripada DG41 kepada Gred DG54.
''Bagaimanapun, terdapat kemungkinan guru kurang berusaha
untuk memperbaiki profesionalisme mereka secara berterusan
kerana sistem ini masih terikat dengan tempoh perkhidmatan dan
jangka waktu kenaikan pangkat selama 25 tahun juga terlalu
lama.
''Oleh itu, sistem ini tidak akan dapat menyelesaikan isu dan
cabaran semasa seperti kekurangan guru yang berpengalaman
untuk membimbing guru baru," kata laporan awal itu.
Cabaran lain kepada kemajuan kerjaya secara berkesan adalah
instrumen utama yang digunakan dalam penilaian guru, iaitu
Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT).
Sebagai contoh, daripada hampir 48,000 orang sampel guru
yang diambil pada tahun 2010, lebih daripada 60 peratus
responden telah digredkan dengan markah melebihi 90 peratus;
38 peratus (markah antara 70 hingga 90%) manakala dua
peratus daripada responden mendapat markah bawah daripada
70 peratus.
''Ini menyebabkan kementerian menghadapi kesukaran
menyediakan sokongan profesionalisme mengikut kumpulan
sasaran yang tepat berdasarkan prestasi mereka.
''Namun, bagi mengatasi kesukaran ini, kementerian telah
menyediakan beberapa instrumen lain seperti Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia: Standard 4 dan instrumen penilaian guru
cemerlang, untuk membantu proses penilaian," ujar laporan awal
itu.

Selain itu, tambah laporan awal berkenaan, bagi kaedah


pemilihan calon dan syarat kelayakan minimum membuktikan
sistem ambilan itu telah menghasilkan suatu anjakan penting
dalam profil guru pelatih manakala bagi bagi Kursus Perguruan
Lepasan Ijazah (KPLI) ia memperlihatkan peningkatan dari segi
tahap kemasukan.
Bagi latihan pra perkhidmatan dan pembangunan
profesionalisme berterusan, kementerian menyedari masih
terdapat kekurangan seperti latihan amali yang terhad.
''Bagi pembangunan profesionalisme berterusan pula berada di
tahap sangat baik apabila lebih daripada 90 peratus guru
mengikuti program ini 10 hari setahun berbanding tujuh hari
setahun seperti yang ditetapkan kerajaan," ujar laporan awal itu.
Kementerian juga telah meningkatkan saiz tenaga kerja keguruan
bagi mengecilkan nisbah murid-guru pada kadar 13:1 iaitu lebih
rendah secara signifikan daripada sistem yang berprestasi tinggi
seperti Singapura (16:1), Korea Selatan (20:1) malah lebih
rendah daripada purata Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan
Pembangunan (OECD) (16:1).
Bagi kualiti pengajaran, Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi
(AKEPT), telah menjalankan kajian kualitatif mengenai
pengajaran guru melalui pemerhatian terhadap 125 pengajaran di
41 buah sekolah mendapati hanya 12 peratus daripada
pengajaran disampaikan pada standard yang tinggi, 38 peratus
pada tahap memuaskan manakala 50 peratus pada tahap tidak
memuaskan.
''Pengajaran yang membosankan murid apabila guru lebih
bergantung kepada kaedah syarahan yang pasif dalam

menyampaikan kandungan mata pelajaran," menurut laporan


tersebut.

Anda mungkin juga menyukai