Anda di halaman 1dari 9

Komitmen Sekolah, Guru, Ibu

bapa dan Komuniti

Akauntabiliti keguruan
Konsep keguruan

Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti


pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan
dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud
orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah
seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain,
manakala pengasuh memberi makna orang yang
memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala
keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan
dengan bidang menuntut ilmu atau tempat
mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar,
pengajaran dan pembelajaran dan sebarang
perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.

Konsep Akauntabiliti

Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan


akauntabiliti di huraikan sebagai bertangungjawab
kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap
sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep
akauntabiliti adalah satu obligasi untuk
memberikan jawapan dan penjelasan mengenai
sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang
berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan
tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai
displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi
dan menerima keberrtangungjawaban terhadap
sesuatu keputusan yang telah diambil.

Akauntabiliti keguruan.

Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab


yang harus difahami dan dilaksanakan oleh
seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga
membawa maksud berkenaan dengan
tanggungjawab guru terhadap profesionalisme
keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab
seorang guru yang dimaksudkan di atas
merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri
guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara ,
dan profesion keguruan amnya.

Akauntabiliti guru terhadap:


Pelajar

Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh


dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu
serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah
dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan
kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding halhal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil
terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor
jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru
hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah
tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka,
sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada muridmuridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses
pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian
kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus
juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini
adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh
pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga
profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang
serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya.

Diri

Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan


dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik
dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru
sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang
ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya.
Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan
kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan
dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal
menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi
masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya
terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di
galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu
pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling
melalui media massa atau elektronik supaya mudah
memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya.
Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan
aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan
guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.

3.3 Sekolah

Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas.


Oleh itu , guru juga bertangungjawab terhadap
tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran
sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah
sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap
perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal
ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah
menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai
guru displin, kaunselor, setiusaha
peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia mata
pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik
oleh pihak pentadbiran sekolah.

Masyarakat dan Negara

Sebagai seorang guru , beliau hendaklah


menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan
matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada
prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru hendaklah
Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai
dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri
pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab
sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil
bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan
masyarakat. Selain itu guru hendaklah
mengeratkan persefahaman dan kerjasama di
kalangan guru dan ibu bapa pelajar

Profesion Keguruan
Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca

pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran


yang diajar. Ini termasuklah memahami
selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran
yang diajar dan menyertai seminar pendidikan
seperti kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan
pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di
lakukan dengan merancang dan melaksanakan
strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai
objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga
hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar
murid menerima ilmu yang betul dan tepat.

Anda mungkin juga menyukai