Anda di halaman 1dari 10

Menanda aras keupayaan dalam kemahiran

membaca, matematik dan sains dengan


standard antarabangsa.
Setiap murid akan dapat menguasai dengan baik kemahiran
literasi dan numerasi, iaitu kemahiran asas untuk pembelajaran
di masa hadapan, serta dalam mata pelajaran Sains, bidang
utama bagi perkembangan ekonomi Malaysia. Murid akan diajar
mengikut kurikulum yang digubal berdasarkan standard sistem
pendidikan yang berprestasi tinggi dan tanda aras ini perlu
disahkan oleh badan bebas untuk meyakinkan ibu bapa.
Kementerian juga akan menetap dan memantau sasaran
pencapaian murid dalam pentaksiran antarabangsa PISA dan
TIMSS. Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi kualiti
lain yang relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan
apabila diterima di peringkat antarabangsa.

Isu-isu.

Implikasi

Cabaran.

Penyelesaian

Melancarkan Kurikulum Standard Sekolah


Menengah (KSSM) dan semakan semula
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
pada 2017.
Kurikulum sekolah rendah dan menengah perlu disemak untuk
mengimbangi set ilmu pengetahuan dan kemahiran seperti
pemikiran kreatif, inovasi, penyelesaian masalah, )dan
kepimpinan. Kurikulum ini memberi penekanan pada pengajaran
berpusatkan murid dan mempelbagaikan pengajaran, di samping
turut memberi lebih penekanan pada penyelesaian masalah,
tugasan berasaskan projek, memperkemaskan mata pelajaran
atau tema dan melaksanakan pentaksiran formatif. Kurikulum
baharu akan menyokong dan mempercepatkan laluan
pembelajaran untuk murid yang berprestasi tinggi menamatkan
SPM dalam tempoh empat tahun dan bukan lima tahun, dan UPSR
diduduki pada Tahun 5. Tambahan lagi, standard pembelajaran
yang jelas akan dirangka agar murid dan ibu bapa memahami
kemajuan yang dijangkakan bagi setiap tahun persekolahan.

Isu-isu

Implikasi

Cabaran

Penyelesaian