Anda di halaman 1dari 7

Definisi dan Konsep Prabacaan

Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru perlulah
menyediakan pengalaman bahasa iaitu mengenal dan mengecam huruf. Murid perlu
didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong murid-murid dalam
mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Ia perlu bagi membentuk
kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.
Kemahiran Prabacaan merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap kanakkanak sebelum mempersiapkan diri untuk membaca. Sepertimana kita memanaskan
badan sebelum memulakan sebarang aktiviti bersukan, maka begitu juga halnya
dengan kemahiran prabacaan. Kemahiran prabacaan ibarat sesi memanaskan badan
sebelum kanak-kanak dapat membaca. Kanak-kanak perlu disediakan mindanya untuk
membaca. Proses Prabacaan merupakan langkah penyediaan minda kanak-kanak
untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran mereka untuk membaca.
Semasa proses prabacaan, guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa , iaitu
mengenal dan mengecam huruf. Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh
mendorong murid-murid dalam mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan
pendengaran. Prabacaan perlu dimulakan di peringkat awal kerana seorang kanakkanak mampu membaca di peringkat awal sekiranya diberi pendedahan lebih awal.
Kebanyakan kemahiran Prabacaan diperolehi oleh kanak-kanak secara tidak langsung
sepanjang tempoh perkembangan mereka.
Menurut Laporan Profil Membaca Rakyat Malaysia 1996, didapati 79% kanak-kanak 5-9
tahun boleh membaca. Ini menjadi bukti yang kanak-kanak boleh membaca di peringkat
awal. Menurut Donahue (1992), kanak-kanak yang berumur tiga hingga enam tahun
perlu diberi galakan mengembangkan bahasa mereka melalui aktiviti lisan, cerita dan
nyanyian. Selain dari itu, mereka juga memerlukan bimbingan dalam kemahiran pratulis
dan prabacaan.

Kepentingan Prabacaan
Prabacaan merupakan langkah kesediaan murid untuk membaca. Pada peringkat
awalnya, kesediaan membaca ditakrifkan sebagai satu peringkat bagi menyediakan
kanak-kanak untuk bacaan awal atau bacaan asas. Pada tahap ini, murid didedahkan
kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman
penglihatan dan pendengaran. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi
pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap
kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan.

Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti prabacaan perlu diterjemahkan


kepada aktiviti yang meliputi pengajaran dan pembelajaran seperti mengecam
persamaan dan perbezaan bunyi, mendengar dan membezakan nama huruf,
mengecam dan mengajuk persamaan dan perbezaan bunyi huruf, membina suku kata,
membaca perkataan dan diikuti dengan membaca ayat mudah dan rangkai kata. Selain
daripada itu, aktiviti permainan huruf, suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan lagi
kemahiran tersebut. Guru hendaklah menjalankan aktiviti melukis garisan-garisan
tertentu yang menyerupai huruf. Garisan-garisan ini hendaklah dimulakan dengan
garisan lurus atau bentuk-bentuk yang seimbas dengan huruf yang diperkenalkan
kepada murid.
Kandungan objektif pengajaran prabacaan mempunyai kesamaan dengan aktiviti
kesediaan membaca (Aukerman, 1971). Beliau telah mengenal pasti enam program
yang spesifik untuk menggalakkan kesediaan membaca iaitu mengenal nama huruf,
belajar bunyi huruf dan membaca seluruh perkataan, mendapatkan pengalaman
membaca, kemahiran berkomunikasi dan mendengar puisi.
Kesediaan Membaca
Kesediaan membaca merujuk kepada kemahiran membaca pada peringkat awal kanakkanak. Penyelidik-penyelidik dalam bidang ini menerangkan aspek kesediaan membaca
melalui istilah yang berbeza seperti kemunculan bacaan atau emergent literacy
(Sulzby, 1991), kesediaan membaca (Downing & Thackray, 1975; Fortson, L. R. & Reiff,
J. C., 1995; Yeo 2004, 2006, etc.), teachable moment perihal membaca (Dechant
(1991), dan kesediaan bersekolah (Kagan, 1992). Biar apa sekalipun istilahnya,
kesediaan membaca pada dasarnya dikaitkan dengan kemampuan dan keupayaan
membaca dalam kalangan murid-murid prasekolah, iaitu peringkat sebelum memasuki
alam persekolahan.
Kata orang bijak pandai, Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada
pembacaan dan penulisan. Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis
sejak dari usia tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan
kebanggaan kepada keluarga. Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan
keupayaan mereka berbahasa. Secara umumnya, kanak-kanak boleh membaca
dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai
satu hobi yang menarik. Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi. Aktiviti
prabacaan perlu dimulakan di peringkat yang lebih awal sepertimana puisi lama yang
menyebut:
Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap

Belum tumbuh gigi


Dah pandai baca kitab
Puisi ini jelas menunjukkan bahawa seseorang kanak-kanak itu perlu didedahkan
dengan aktiviti prabacaan di peringkat awal, diibaratkan seperti sebelum bayi tumbuh
gigi lagi. Itulah gambaran positif masyarakat Melayu yang menekankan kepentingan
membaca perlu dimulakan di peringkat awal. Puisi ini jelas menyokong bahawa
kesediaan membaca adalah bermula di peringkat kanak-kanak masih bayi lagi.
Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua, iaitu
peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran
pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan peglihatan, aktviti koordinasi
psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat
bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat.
Menurut Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly, Chong (1992) pula, tahap prabacaan
merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Dengan kata lain, makna
istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. Pada tahap ini, murid
didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan
ketajaman penglihatan dan pendengaran.
Bagaimanapun setiap kanak-kanak mempunyai tahap kesediaan membaca masingmasing. Sebagai guru dan ibu bapa, kita perlu sedar bahawa tahap kesediaan
membaca bagi setiap kanak-kanak adalah tidak sama. Kesediaan membaca bagi
kanak-kanak adalah di pengaruhi oleh beberapa faktor. Secara khusus, untuk kanakkanak yang belum didedahkan dengan sebarang aktiviti bacaan, kesediaan membaca
merangkumi kebolehan fizikal, emosi dan mentalnya untuk menerima pengajaran
bacaan asas.
Syed Abu Bakar Syed Akil dalam bukunya Panduan Mengajar Kemahiran Membaca
(1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat penting.
Menurutnya, Jika tahap ini tidak dicapai terlebih dahulu, usaha untuk mengajarkan
kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh menimbulkan kesan yang amat
buruk kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru.
Beliau berpendapat, konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan semula
jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh mereka.
Umpamanya sebelum mereka boleh berjalan, mereka perlu meniarap, merangkak dan
berdiri terlebih dahulu. Kebolehan menggerakkan otot-otot tertentu mengikut urutan
sebelum berjalan dapat dianggap sebagai pecahan kemahiran berjalan. Keadaan yang
sama berlaku untuk kemahiran membaca, cuma bentuknya berbeza.

2.6 Aktiviti Kesediaan Membaca


Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua, iaitu
peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran
pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi
psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat
bacaan meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat.
Menurut Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly Chong (1992) pula, tahap prabacaan
merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Dengan kata lain, makna
istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. Pada tahap ini murid
didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang mendorong mereka mempertingkatkan
ketajaman penglihatan dan pendengaran. Penekanan juga perlu diberi kepada
pengalaman yang membolehkan murid membentuk kelaziman membaca dari kiri ke
kanan dan dari atas ke bawah : Untuk mencapai tujuan ini, aktiviti-aktiviti yang terdapat
dalam Buku Sumber Bahasa Malaysia Tahun 1 (1983) dapat dimanfaatkan oleh para
guru. Tiga kategori aktiviti disediakan, iaitu pengamatan penglihatan, pengamatan
pendengaran, dan pergerakan tangan dan mata.

AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN


Aktiviti Pengamatan Penglihatan 1
Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis, warna dan saiz.
Bahan:
Pelbagai gambar kereta, baju, lain-lain.
Aktiviti Murid:
Murid melaksanakan gambar yang telah dicampuradukkan oleh guru. Aktiviti ini
dilaksanakan secara individu, kelas dan kumpulan.
Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2
Menggunting dan menampal berbagai-bagai gambar mengikut tajuk di papan
kenyataan atau di buku skrap kelas.
Bahan:

Gambar benda hidup, benda bukan hidup, benda yang boleh dimakan, benda yang
tidak boleh dimakan, pakaian, dan alat tulis-menulis.
Aktiviti Guru/Murid:
1. Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda bukan hidup.
2. Murid menyebut benda hidup atau benda bukan hidup sebagai respons terhadap
kad benda yang diimbaskan oleh guru.
3. Guru member murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di papan kenyataan
mengikut tajuknya seperti benda hidup, pakaian, alat tulis-menulis dan lain-lain.
4. Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku skrap mengikut tajuk
tertentu.

AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN


Aktiviti Pengamatan Pendengaran 1
Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam
perbezaan bunyinya.
Bahan:
Paku, tin, batang kayu, meja, tempurung, batu.
Aktiviti Guru/Murid:
1. Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi seperti tin, paku,
tempurung, batang kayu, meja dan batu.
2. Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid mendengarnya.
3. Guru mengetuk dua benda yang berlainan. Murid menyatakan sama ada bunyi
benda itu sama atau tidak.
4. Murid menyanyi lagu Mari Bergembira dengan meniru nyanyian daripada pita
rakaman atau nyanyian atau nyanyian guru sendiri.
Aktiviti Pengamatan Pendengaran 2
Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti bunyi air mengalir, air
menitik, angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak.
Bahan:

Pita rakaman yang mengandungi bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang, angin
menderu, petir, hujan lebat, dan ombak. Beberapa gambar carta yang dapat
disesuaikan dengan bunyi-bunyi yang diperdengarkan.
Aktiviti Guru/Murid:
1. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman.
2. Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan murid menyatakan jenis
bunyi itu.
3. Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan bunyi yang dinyatakan.

AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATA


Aktiviti pergerakan Tangan dan Mata 1
Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain.
Bahan:
Plastisin, tanah liat, dan bubur kertas.
Aktiviti Guru/Murid:
1. Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh.
2. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda atau model yang
disukainya.
3. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka.

Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2


Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari atas ke
bawah untuk membolehkan membentuk huruf.
Bahan:
Lembaran kerja, benda maujud (dulang berpasir, model pokok, model tiang bendera,
bola, manik, cawan, air), kertas pendua yang mengandungi perjalanan atau arah yang
dibuat dengan garisan putus-putus.
Aktiviti Murid:

1. Menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri ke kanan dan
sebagainya.
2. Murid memegang cawan plastic yang penuh dengan air dengan tangan kanan dan
menggerak-gerakkan tangan kanan mereka ke kiri ke kanan dan sebaliknya. Teknik
memegang cawan dipelbagaikan.
3. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang bendera.

Anda mungkin juga menyukai