Anda di halaman 1dari 18

IQRA

Oleh : Mohd Azhar Mhd


Rashid

Isi pembentangan

Ayat 1 hingga 5 Surah al-Alaq: pg.3


Kefahaman ayat 1 hingga 5 Surah al-Alaq: pg.4
Faedah membaca: pg.6
Tips menambahkan minat membaca: pg.8
Teknik-teknik membaca: pg.9
Langkah-langkah dalam pembacaan: pg.12

Ayat 1 hingga 5 Surah al-Alaq

Kefahaman ayat 1 hingga 5


Surah al -Alaq
Ayat ini dimulakan dengan bacalah, yang merupakan kata
kerja perintah (fiil amar). Ia memberi maksud arahan dan
perintah supaya umat Islam sentiasa membaca.
Ayat ini mengajar kita supaya bacaan pertama adalah
dengan kalimah Allah. Dengan kata lain, seolah-olah bacaan
yang terpimpin dan baik dapat membawa kepada mengenal
Allah melalui tanda-tanda kebesaran-Nya dan mengenali
dalil-dalil dari-Nya.
Ayat pertama ini didahului dengan perintah membaca dan
bukannya ibadat-ibadat yang lain. Memberi kefahaman
kepada kita yang membaca itu adalah keistimewaan manusia

Membaca menjadi kunci ilmu dan permulaan


memperoleh pengetahuan. Allah menganugerahkan
ilmu kepada manusia, tetapi bersyaratkan sebabsebab. Antaranya melalui pembacaan.
Baca sesuatu yang diredhai oleh Allah serta elakkan
membaca sesuatu yang dimurkai-Nya. Membaca perlu
didasari dengan niat kerana Allah.

Faedah membaca
1.Mendapat dunia dan akhirat. Kata Imam al-Syafie, Sekiranya
kamu inginkan dunia, hendaklah dengan ilmu. Sekiranya
kamu inginkan akhirat, hendaklah dengan ilmu. Dan
Sekiranya kamu inginkan keduanya, hendaklah dengan ilmu.
2.Membaca adalah jalan menuju kepada Allah. Iman al-Ghazali
menyatakan, perjalanan seorang hamba menuju kepada Allah
adalah tahap ilmu. Kamudian baru menyusul tahap taubat.
3.Bagi mendapat ilmu, sudah semestinya perlu membaca. Ini
kerana dengan ilmu, akan tersingkap tabir kejahilan yang
membelenggu akal dan jiwa manusia daripada mengenal
Allah.

4. Melalui membaca kita dapat :


a. Mengasah fikiran
b. Menyedarkan diri daripada
kelalaian
c. Menghibur dalam kesepian
d. Mengangkat kejahilan
e. Memperoleh pengalaman
f. Menghilangkan rasa jemu
g. Membuang kebosanan
h. Menguatkan ingatan
i. Melapangkan dada
j. Memfasihkan lidah
k. Menzahirkan hujah
l. Mangambil faedah
daripadanya

m. Membetulkan
kesalahan
n. Mencegah daripada
kekosongan
o. Memelihara daripada
penyelewengan
p. Memahami hikmah
q. Menghibur daripada
kehilangan
r. Meringankan kesakitan
s. Mencegah daripada
dosa
t. Menarik pengajaran

Tips menambahkan minat


membaca
1. Memahami yang membaca adalah satu daripada
tuntutan Islam.
2. Membina perpustakaan mini di rumah.
3. Selalu mengunjungi perpustakaan/ kedai-kedai buku/
gedung ilmu
4. Pembinaan suasana pembacaan, sama ada di rumah,
dalam majlis, tempat terbuka dan lain-lain.
5. Menjadikan bahan bacaan sebagai hadiah, walaupun
untuk majlis perkahwinan sekalipun.
6. Memilih rakan taulan yang mempunyai minat
membaca.

Teknik-teknik membaca
1.
2.
3.
4.

Previewing
Scanning
Skimming
word to word

Teknik-teknik membaca
1. Previewing :
. membaca sepintas lalu bagi mendapatkan gambaran umum.
. contoh bahagian yang di-preview : judul buku, genre buku,
kata penerbit / pendahuluan, isi kandungan / indeks, jadual,
foto, ilustrasi, lampiran, jumlah muka surat.
2. Scanning :
. Teknik ini digunakan bagi mencari maklumat yang diiginkan.
Sering kali pembaca sudah tahu apa yang mereka kehendaki
sehingga fikiran pembaca terfokus pada penemuan jawapan.
. menggerakkan mata dengan cepat pada setiap muka surat.
. Bacaan secara melompat-lompat dan melibatkan perkaitan
serta imiginasi/ gambaran.
. Tidak seluruh isi atau perkataan dibaca. Biasanya kata-kata
kunci sahaja yang menjadi perhatian.

3. Skimming :
. Teknik ini digunakn apabila banyak bahan bacaan yang perlu
dibaca dalam masa yang terhad.
. Skimming ialah teknik membaca cepat secara garis kasar
sekilas lalu.
. Kelajuan membaca adalah tiga hingga empat kali lebih cepat
daripada kelajuan biasa.
. Penekanan pemahaman diberikan kepada ayat pertama atau
terakhir setiap perenggan. Ini kerana idea pokok biasanya
ada di situ.
4. Membaca word to word :
. Membaca jenis ini dipanggil pembacaan cermat.
. Ia memerlukan ketekunan dan pemahaman yang mendalam.
. Proses ini memerlukan masa yang panjang untuk sesuatu
sesi pembacaan.

Langkah-langkah dalam
pembacaan
1. Timbulkan minat yang tinggi
2. Hilangkan gangguan daripada hati
3. Gunakan jari sebagai penunjuk
4. Terus maju
5. Kepentingan idea
6. Melangkau topik yang tidak menarik
7. Waktu senggang
8. Guna hihglighter

Latihan : membaca dan


mengingat
Sila baca 7 ayat yang akan diberikan
Hafal ayat yang diberikan itu
Tulis kembali 7 ayat yang dihafal

Latihan : membaca dan mengingat

Latihan : membaca dan mengingat

Tamat Sudah..

Anda mungkin juga menyukai