Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara. "
FALSAFAH SEKOLAH
Mendapat pendidikan ialah hak seorang pelajar. Mereka boleh dididik dan diajar serta boleh mencapai
kejayaan. Sekolah bertanggungjawab untuk mendidik, mengajar, mengasuh dan memupuk mereka untuk
menjadi insan yang seimbang dan harmoni ( intelek, rohani, emosi dan jasmani). Matlamat ini dicapai
melalui penyuburan potensi pelajar daripada pengembelengan tenaga para guru secara bersepadu dan
memahami bahawa mendidik, mengajar dan belajar adalah satu ibadah.
Excellence
Pengetahuan
Latihan
Usaha
Semangat Sepasukan
Kami komited untuk memberi pendidikan kepada pelajar melaluipendekatan bersepadu untuk melahirkan
pelajar yang cemerlang sepertimana yang dihasratkan oleh falsafah pendidikan negara
Visi Sekolah
Ke arah Melonjakkan kecemerlangan sebagai sekolah aliran perdana menjelang tahun 2015.
Moto Sekolah
BERILMU, BERAMAL, BERAKHLAK
Budaya Sekolah 5 S
Intergriti
Ketetapan masa
Bertanggungjawab
Keterampilan diri
Profesionalisme
MATLAMAT
1.
2.
3.
4.
Melahirkan pelajar yang cemerlang, berkualiti, berwawasan, berwibawa dan taat serta bersatu
padu
Melahirkan generasi yang berilmu Pengewtahuan , beriman, beraklak mulia,berketrampilan, sihat
mental dan jasmani serta bersemangat patriotic.
Mewujudkan suasana persekitaran sekolah serta bilik darjah yang kondusif.
Memupuk semangat kekitaan di kalangan warga sekolah.
KPI SEKOLAH
1. Meningkatkan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran untuk melonjakkan
pencapaian GPS pelajar 2.8 untuk peperiksaan PMR dan 5.3 bagi peperiksaan
SPM.
2. Meningkatkan Pengurusan HEM untuk melonjakkan kehadiran ke tahap 89 %.
3. Meningkatkan Pengurusan Kokurikulum untuk melonjakkan semua pelajar berada
di skala 6 keatas dalam markah kokurikulum 10 % Kementerian Malaysia.
4. Memastikan semua guru dan staf mencapai markah 85 % dalam prestasi tahunan.
5. Memastikan pengurusan kewangan sekolah diauditkan dengan audit tanpa syarat
dan dikategorikan dalam keadaan baik.
6. Me4mastikan pengurusan pejabat diuruskan dengan berkesan, mesra pelanggan
dan sifar aduan.
7.
8.
Guru :
1.
2.
3.
4.
5.
Memastikan guru-guru mencapai setiap KPI yang ditetapkan di dalam perancangan strategik.
Memastikan guru dapat membuat satu atau lebih penambahbaikan dalam kerjaya baik dalam
bentuk iktisas perguruan /prestasi tahunan/dan perjawatan.
Memastikan guru diselia dua kali dalam setahun.
Mengadakan sesi perkembangan staf sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
Memastikan minit mesyuarat disiap dalam tempoh seminggu untuk diedarkan kepada guru.
Ibu bapa:
1. Aduan dan rayuan secara bertulis akan diproses dalam masa 2 minggu.
2. Memastikan ibu bapa atau waris mendapat maklumat terkini tentang pencapaian
akademik, sahsiah dan kokurikulum.
3. memastikan penglibatan ibu bapa atau waris dalam pembangunan dan
perkembangan diri pelajar.
4. Memastikan layanan mesra sekolah kepada ibu bapa yang berurusan di kaunter
sekolah.
Komuniti :
1. Berkerjasama erat dengan semua ahli komuniti Bandar PERDA dalam semua
aktiviti kemasyarakatan setempat.
LAGU SEKOLAH
Kami warga SMK
Bandar Baru PERDA yang tercinta
Bersatu kita majukan
Demi capai kejayaanBersama melafazkan
Ikrar sumpah taat dan setia
Hormati segala usaha murni
Menjadi Insan yang disanjungi
Berilmu berlandaskan obor
Menerangi kegelapan
Beriman jadikan pedoman
Panduan dalam kehidupan
Beramal seikhlas hati
Bertekad curahkan bakti
Berakhlak sifat yang terpuji
Oh Tuhan Berkatilah usaha kami
Impian dan wawasan
Pastikan dalam genggaman
Kecemerlangan kegemilangan
Tanggungjawab kita semua
SMK Bandar Baru PERDA
Kebanggaan kita