Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENDAHULUAN
Murid pemulihan didefinisikan sebagai individu yang mempunyai masalah dalam
menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Murid pemulihan juga
bersifat negatif terhadap pembelajaran, bermasalah tingkah laku dan memiliki motivasi diri
yang rendah. Mereka lambat dalam menguasai kemahiran asas berbanding kanak-kanak
sebaya mereka. Selain itu, murid pemulihan juga mempunyai pencapaian yang lebih rendah
berbanding murid-murid arus perdana. Menurut Brennan (1974), murid pemulihan adalah
mereka yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka. Hal
ini jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak pemulihan dikelilingi dengan permasalahan
khusus yang menghalang mereka untuk memajukan diri.
Mereka turut menunjukkan simptom-simptom atau gejala kesulitan untuk menguasai
kemahiran 3M. Selain sering melakukan kesalahan dalam kerja sekolah dan memperoleh
keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan, murid-murid ini juga memperlihatkan ciriciri seperti kurang yakin, rendah diri, pasif dan bersikap negatif terhadap kegiatan
persekolahan dan mudah berputus asa, (Pusat Perkembangan Kurikulum 1984). Masalahmasalah yang dihadapi murid pemulihan pada dasarnya bukanlah kerana kerosakan pada
otak atau mental mereka, akan tetapi disebabkan faktor-faktor luar seperti keciciran, lambat
daftar sekolah atau masalah ekonomi keluarga yang menjadi gangguan kepada proses
pembelajaran di sekolah.
Murid pemulihan juga mengalami masalah pengamatan yang kronik sehingga
menjejaskan proses pembelajaran dalam bilik darjah. Sebagaimana yang kita ketahui,
kemahiran membaca, menulis atau mengira sangat berkait rapat dengan keupayaan murid
mengamati setiap abjad, nombor atau bunyi-bunyian bahasa. Marie Jean Low(1973) telah
mengkategorikan kanak-kanak lambat ini sebagai kanak-kanak yang menpunyai tahap
pengamatan yang rendah, lemah daya pemikiran abstrak dan koordinasi pancaindera
seperti penglihatan, pendengaran dan pertuturan serta tidak mampu membezakan bunyi
yang seakan-akan sama.
Kemahiran pengamatan merupakan asas kepada prabacaan, pratulisan dan mengenal
nombor murid-murid. Sekiranya mereka mengalami kelemahan dalam pengamatan, perkara
ini sudah pasti akan menjejaskan keupayaan mereka untuk maju dalam aspek pembelajaran
terutamanya dalam aspek menguasai kemahiran asas. Murid yang berjaya menguasai
kemahiran pengamatan akan cepat menguasai kemahiran membaca, menulis dan
mengira.Oleh itu, kemahiran pengamatan sangat penting bagi membolehkan murid-murid
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran guru dengan berkesan dan sebaik mungkin.

2.0 PENGENALAN KEPADA PENGAMATAN


Pengamatan merupakan satu kemahiran penting yang perlu ada pada setiap individu.
Kemahiran pengamatan membantu manusia dalam membanding beza, mengkategori atau
mengenali sesuatu objek yang berada di sekeliling. Pengamatan juga dikenali sebagai
persepsi, iaitu sesuatu yang memerlukan masa untuk dipelajari bukanlah dikuasai dalam
masa yang singkat. Pengamatan juga merupakan kefahaman seseorang terhadap sesuatu
perkara melalui proses sensori dan kederiaan masing-masing. Pengamatan yang betul,
sahih dan benar bergantung pada sejauh mana pancaindera manusia berfungsi
sepenuhnya. Ia juga tidaklah berlaku secara automatik bahkan memerlukan kita
memberikan tumpuan, mengamati dan menganalisis satu persatu bunyi atau bentuk yang
dilihat dan didengari.

Sesetengah individu sering tertarik kepada rangsangan-rangsangan yang memberi


makna kepadanya. Apa sahaja yang diamati, dedengari atau dilihat tentang keadaan
sekeliling bergantung pada keupayaan pancaindera menganalisis maklumat. Maklumat yang
diterima akan ditafsir otak melalui proses mental kemudian membentuk satu konsep baharu
atau menambah skema pada konsep lama. Mengikut pendapat Ruth Strang dalam bukunya
Reading Diagnosis and Remediation beliau mengatakan bahawa pengamatan ialah satu
proses yang bergantung kepada kognitif dan kederiaan. Proses ini penting kepada
pembelajaran terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak-kanak.
Persepsi atau pengamatan yang dibentuk kebanyakannya melalui deria-deria lima kurniaan
Allah SWT kepada manusia. Menurut para pengkaji, pengamatan melalui organ mata atau
deria penglihatanlah yang paling penting. Hal ini kerana, lazimnya manusia menumpukan
perhatian terhadap sesuatu perkara melalui penglihatan. Perkara-perkara yang dilihat akan
direkod menjadi sebuah maklumat yang berguna kepada perkembangan otak mereka.

Disebabkan itulah, kemahiran pengamatan berkait rapat dengan proses kognitif.


Perkembangan minda dan idea murid banyak diperoleh melalui aktiviti pengamatan yang
dilakukannya sepanjang kehidupan. Kemahiran ini penting dibentuk sedari awal kepada
setiap murid agar mereka dapat mengikuti sesi P&P guru dengan berkesan. Murid juga lebih
banyak meneroka dan belajar sendiri berdasarkan pengalaman. Kebanyakan rangsangan
dicetuskan melalui pengalaman-pengalaman sedia ada murid. Kemahiran ini akan
menentukan daya sensitiviti kederiaan murid-murid terhadap persekitaran persekolahannya.

Kesimpulannya,

pengamatan

merupakan

suatu

kemahiran

yang

dipelajari

secara

berperingkat-peringkat.dan boleh dikembang dari semasa ke semasa.

3.0 KONSEP DAN PROSES KEMAHIRAN PENGAMATAN


Proses pengamatan membantu murid memahami keadaan sekeliling dan membuat
persediaan ke atas perubahan-perubahannya. Namun bagi murid pemulihan, mereka
mempunyai masalah dalam mengamati setiap objek yang dilihat, didengar atau disentuh.
Guru pemulihan berperanan penting membantu murid menguasai kemahiran ini terlebih
dahulu agar memudahkan mereka menguasai kemahiran-kemahiran asas seperti membaca,
menulis dan mengira. Asas permulaan kepada membaca dan menulis adalah membuat
persepsi dan membentuk konsep melalui pengamatan. Perkara ini disokong oleh Fred.J.
Schnell menyatakan bahawa hanya orang yang mempunyai pengamatan dan
pendengaran yang boleh membaca dengan baik. Murid akan mengingat bentuk-bentuk
abjad, mengecam bunyi-bunyi bahasa dan merekodnya dalam ingatan. Ia bukan sahaja
melibatkan deria penglihatan namun keseluruhan deria akan bekerja bagi memperoleh
maklumat. Sebagai contoh, murid akan melihat sambil menyentuh bongkah objek. Maklumat
akan diterima dan disimpan sebagai ingatan.

Pengamatan melibatkan proses penghantaran maklumat dari deria kepada otak.


Maklumat yang diterima akan disusan semula kemudian diterjemahkan kepada pengalaman
yang bermakna. Hal ini bermaksud setiap apa yang ditafsirkan deria-deria manusia akan
dibentuk menjadi pengalaman sedia ada. Guru boleh menggunakan pembelajaran jenis
kontekstual kerana ia melibatkan kaedah pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar.
Murid akan terdedah kepada persekitaran sekeliling dan kemahiran pengamatan mereka
dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Kebanyakan murid belajar melalui
pemerhatian terhadap sekeliling. Sememangnya deria penglihatan banyak memainkan
peranan dalam membantu murid belajar. Menurut teori Gestalt, individu akan mendaftarkan
objek yang dilihat dalam dua kategori iaitu sebagai gambar utama dan latar. Sekiranya
mereka memilih untuk melihat gambar utama makan gambar yang kedua akan menjadi latar
dan begitulah sebaliknya.

4.0 MASALAH PENGAMATAN MURID PEMULIHAN


Kemahiran pengamatan terbahagi kepada tiga jenis iaitu pengamatan penglihatan,
pengamatan pendengaran dan pengamatan taktil dan kinestetik. Kebanyakan orang
menganggap bahawa kemahiran pengamatan hanya berlaku pada organ mata dan deria
penglihatan sahaja. Namun sebenarnya pendengaran dan sentuhan juga merupakan salah
satu cara murid mengamati pelbagai perkara untuk menimba ilmu. Dalam erti kata yang
sama, pengamatan meliputi keseluruhan proses pancaindera manusia. Murid-murid yang
dikategorikan sebagai murid keciciran dalam persekolahan biasanya mengalami masalah
pengamatan kerana mereka tidak didedahkan kepada asas awal pembelajaran. Pada tahap
satu, murid-murid inilah yang akan dimasukkan ke kelas pemulihan sebagai inisiatif untuk
membantu mereka menguasai kemahiran asas 3M.
Pengamatan penglihatan ialah kefahaman murid terhadap sesuatu perkara atau situasi
melalui pancaindera mata. Contohnya perubahan saiz, perbezaan warna, persamaan
bentuk dan sebagainya. Manakala masalah pengamatan penglihatan pula bermaksud
kesukaran murid membezakan abjad, perkataan dan bermasalah untuk mengecam angka,
nombor atau bentuk yang dilihat mereka. Mereka sering kali mengalami masalah
membezakan bentuk-bentuk huruf atau nombor yang seakan sama. Beginilah situasi yang
dialami oleh murid pemulihan. Meskipun setiap mereka diuji dengan objek yang sama pada
penglihatan normal, tetapi keputusan persepsi akan bergantung pada daya kecerdasan
kognitif masing-masing Kelemahan pengamatan penglihatan juga menimbulkan masalah
membaca dan menulis. Mereka akan selalu melakukan kesilapan dalam menulis perkataan
atau ayat. Namun demikian, kemahiran pengamatan boleh dipelajari dan dilatih. Justeru,
sebagai guru pemulihan tidak boleh berputus asa membantu murid-murid supaya berjaya
menguasai kemahiran ini.
Masalah pengamatan penglihatan biasanya dialami oleh kanak-kanak disleksia. Murid
disleksia terdiri daripada mereka yang menghadapi kecelaruan dalam mengecam bentukbentuk bahasa dan aritmetik serta menghadapi kesukaran yang tinggi dalam menguasai
kemahiran membaca, mengeja dan menulis. Terdapat beberapa aspek yang menjadi
komponen dalam pengamatan penglihatan antaranya ialah aspek diskriminasi, turutan, ingat
kembali, kedudukan, keserupaan, kesinambungan, bentuk mengatasi latar, kelengkapan
atau litupan serta pertalian jarak dan kedekatan. Bagi aspek diskriminasi, murid pemulihan
biasanya mengalami kesukaran dalam membezakan dua bentuk abjad yang hampir sama
dari segi rupa seperti huruf b dan d atau huruf m dan n. Murid pemulihan sering tertukar
huruf ketika mengeja sehingga menjadikan maksud sesuatu perkataan itu berubah.

Bagi aspek ingat kembali pula bermaksud keupayaan murid mengingat kembali apa
yang diamati. Namun bagi murid pemulihan, mengingat sesuatu perkara merupakan antara
kelemahan terbesar mereka. Sebagaimana yang kita tahu, murid pemulihan mempunyai
daya ingatan yang rendah. Mereka sangat mudah lupa perkara yang penting meskipun baru
sahaja dipelajari. Hal inilah yang menjadikan mereka lambat menguasai kemahirankemnahiran tertentu. Guru mengambil masa yang agak lama untuk mengajarkan sesuatu
kemahiran kepada mereka. Contoh aktiviti aspek ingat kembali ialah aktiviti pandang dan
tulis. Dalam aktiviti ini, guru akan memperlihatkan gambar abjad kepada murid dan meminta
mereka mengingatinya. Kemudian menyuruh mereka menulis semula di atas kertas kosong.
Seterusnya ialah pengamatan penglihatan dari aspek turutan. Murid yang gagal
menguasai aspek ini akan mengalami ketidakbolehan dalam mengingat turutan nombor atau
huruf yang dipelajari. Sebagai contoh, membaca 26 abjad secara tunggang terbalik seperti
a, b, c, d, f, i, g, j, h, t,. Manakala masalah aspek keserupaan pula, murid pemulihan
biasanya akan sukar mengkategorikan objek-objek yang sama dalam satu kelompok.
Contohnya, saiz, bentuk atau warna yang sama. Mereka memerlukan bantuan guru untuk
menunjukkan objek tersebut secara maujud barulah mereka mampu melakukan proses
pengelompokkan benda yang sama.
Selain itu, bagi aspek koordinasi motor pula, murid pemulihan biasanya menghadapi
masalah untuk menyelaraskan pergerakan motor mata dan tangan. Ketidakupayaan
tersebut akan menjejaskan kebolehan mereka menulis dan mengeja dengan baik.
Koordinasi motor, mata dan tangan amat penting kerana murid menggunakan mata untuk
mengamati apa yang dilihat kemudian menyelaraskan pergerakan tangan untuk menulis
kembali apa yang dipelajari. Oleh sebab itu, setiap masalah yang dihadapi murid, guru-guru
pemulihan harus berusaha untuk mencari jalan penyelesaiannya.
Dalam konteks yang sama, pengamatan pendengaran juga adalah satu proses yang
sangat penting untuk semua murid mendapatkan input baharu. Deria pendengaran banyak
digunakan untuk mendengar arahan, menerima maklumat, memahami sesuatu perkara atau
menentukan arah sesuatu objek. Sekiranya murid mengalami kerosakan deria pendengaran
ini

sekali

gus

akan

menjejaskan

keupayaan

pengamatan

pendengaran

mereka.

Pengamatan pendengaran didefinisikan sebagai kebolehan murid mengecam bunyi,


membezakan bunyi dan menentukan bunyi seperti jarak, arah atau jenis bunyi. Pengamatan
ini juga dikenali sebagai pengamatan auditori kerana melibatkan deria pendengaran dan
organ telinga manusia. Terdapat beberapa komponen dalam pengamatan pendengaran
antaranya ialah aspek diskriminasi, turutan dan ingat kembali.

Murid pemulihan selalunya mempunyai masalah pendengaran. Ketidakfungsian deria


pendengaran secara sempurna akan membantutkan keupayaan mereka mengamati setiap
bunyi yang didengar. Oleh itu, masalah lambat menguasai pembelajaran dalam bilik darjah
bukanlah sepenuhnya berpunca daripada faktor kelembaman otak mereka akan tetapi
kemungkinan besar turut dipengaruhi oleh faktor kekurangan fizikal iaitu kerosakan organorgan pendengaran seperti gegendang pendengaran atau saraf telinga. Masalah
pengamatan auditori juga menjadikan mereka sukar memahami maklumat yang
disampaikan guru sehingga menjejaskan kelancaran mereka untuk belajar.
Masalah aspek diskriminasi pendengaran membawa maksud ketidakupayaan murid
membezakan setiap bunyi yang didengari. Lazimnya murid sukar membezakan bunyi yang
hampir sama tetapi sebenarnya berbeza seperti bunyi itik dan ayam. Kedua-dua haiwan ini
mengeluarkan bunyi yang seakan sama. Disebabkan itulah, murid sering tersalah teka. Bagi
aspek turutan pula, murid biasanya gagal mengenal pasti kronologi sesuatu peristiwa.
Sebagai contoh, guru memberikan lembaran kerja bergambar tentang turutan peristiwa
hujan turun. Kemudian guru akan memperdengarkan bunyi yang terlibat seperti bunyi angin
bertiup kencang, guruh sambar menyambar dan bunyi rintik-rintik hujan. Murid yang
mempunyai pengamatan pendengaran yang baik akan mampu menyusun kronologi dengan
betul dan murid yang lemah akan melakukan sebaliknya. Akhir sekali ialah aspek ingat
kembali. Ia melibatkan kebolehan murid mengingat semula bunyi yang diamati. Contohnya,
guru memperdengarkan bunyi haiwan sebanyak dua kali sambil memperkenalkan nama
haiwan tersebut. Setelah itu, murid diuji sekali lagi dengan bertanya nama haiwan
berdasarkan bunyi yang dipasangkan semula.
Jenis pengamatan yang terakhir ialah pengamatan taktil dan kinestetik. Pengamatan ini
juga dikenali sebagai pengamatan Sensori-motor. Pengamatan taktil dan kinestetik
melibatkan pergerakan tubuh badan seseorang yang bertindak balas terhadap sesuatu
rangsangan atau aktiviti. Antara komponen yang terdapat dalam pengamatan taktil dan
kinestetik ialah haptic, motor kasar, motor halus dan psikomotor iaitu lateraliti dan dominan.
Murid-murid pemulihan lazimnya mempunyai kefungsian tubuh badan yang agak terbatas.
Mereka menghadapi kesukaran untuk mengkoordinasikan tubuh badan dengan sebaik
mungkin disebabkan beberapa faktor seperti kecatatan dan sebagainya. Contohnya kanakkanak yang spastik. Kanak-kanak spastik ialah mereka yang mempunyai kesukaran
melakukan pergerakkan normal dan tidak berupaya mengekalkan keseimbangan badan
seperti murid-murid biasa. Antara masalah kanak-kanak spastik ialah kecacatan jenis
cerebral palsy iaitu cacat anggota tubuh badan. Mereka mengalami kerosakan pada
bahagian otak iaitu cerebral cortex yang bertindak mengawal keseimbangan dan postur
koordinasi badan individu.
6

Haptic ialah kebolehan seseorang menggabungkan pengamatan taktil dan kinestetik


melalui pergerakan seperti bermain bola baling, bola tampar dan bola jaring. Permainan ini
melibatkan sentuhan deria dan koordinasi tubuh badan yang tepat. Bagi murid pemulihan
yang lemah kemahiran haptic selalunya akan mengalami masalah untuk menjaringkan bola
dengan betul. Mereka biasanya akan membaling secara tersasar atau terkeluar daripada
garisan. Dalam aspek pembelajaran pula, biasanya murid ini akan melakukan kesalahan
menulis perkataan keluar daripada garisan buku yang ditetapkan. Seterusnya ialah motor
kasar dan motor halus. Pergerakan motor kasar melibatkan pergerakan anggota tubuh
badan yang besar seperti menendang bola, melompat, memanjat atau berlari. Manakala
motor halus pula ialah pergerakan melibatkan aktiviti seperti memasukkan benang ke dalam
jarum, menganyam, membuat kolaj, menggunting dan mewarna.
Akhir sekali ialah aspek psikomotor iaitu literaliti dan dominan. Lateraliti ialah gabungan
pergerakan motor kasar dan motor halus seseorang. Contohnya ialah aktiviti melompat
sambil menjaringkan bola dan berjalan sambil membaling bola. Manakala dominan pula
merupakan penguasaan satu bahagian otak sama ada hemisfera kiri atau hemisfera kanan.
Penguasaan bahagian otak-otak tertentu ini pula akan menentukan dominan anggota badan
seseorang sama ada bahagian kanan atau kiri. Hal ini dapat kita lihat apabila terdapat
individu yang dominan menulis tangan kanan atau dominan tangan kiri iaitu kidal. Aspek
lateraliti dan dominan ini mempunyai kaitan dan saling pengaruh-mempengaruhi antara satu
sama lain. Ia akan membantu seseorang memaksimumkan pergerakan untuk melakukan
sesuatu aktiviti dengan berkesan.
Kesimpulannya, murid pemulihan ialah individu yang mbukan sahaja menghadapi
masalah dalam menguasai kemahiran asas 3M, tetapi juga mempunyai daya pengamatan
yang sangat lemah. Meskipun murid pemulihan berhadapan dengan pelbagai masalah
pengamatan sebagaimana yang dijelaskan seperti di atas, namun ia pasti dapat diatasi
sekiranya guru kreatif dan bijak merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang
boleh menyelesaikan masalah ini. Guru haruslah bersiap sedia untuk membantu
memulihkan

kelemahan

murid-muridnya.

Guru

boleh

menggunakan

bahan-bahan

pengajaran yang sesuai dengan kelemahan murid. Hal ini kerana, setiap murid mempunyai
masalah yang berbeza-beza, justeru BBM dan strategi P&P yang sesuai pasti dapat
menghasilkan proses pembelajaran yang berkesan kepada mereka. Selain itu, guru juga
boleh menyediakan satu rancangan pengajaran individu sebagai salah satu inisiatif berfokus
untuk membantu muri-murid tersebut agar pencapaian mereka dalam aspek akademik
dapat ditingkatkan setaraf dengan murid-murid arus perdana.

5.0 PUNCA DAN FAKTOR MASALAH PENGAMATAN


Pendidikan pemulihan adalah sejenis perkhidmatan yang dijalankan untuk membantu
murid-murid yang lambat dalam menguasai kemahiran pembelajaran di sekolah agar
mereka tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring
dengan murid-murid arus perdana. Antara tujuan lain Kementerian Pendidikan Malaysia
mengadakan pendidikan pemulihan ini supaya kanak-kanak dapat mengikis sikap-sikap
negatif terhadap pembelajaran dan memulihkan kelemahan-kelemahan yang terdapat pada
mereka. Oleh yang demikian, pendidikan pemulihan amat diperlukan untuk membantu
kanak-kanak yang lemah, lembam dan mempunyai masalah yang serius dalam mengikuti
pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa.
Dalam konteks murid pemulihan, mereka sering mengalami masalah pengamatan yang
sangat serius. Murid yang sudah pandai membaca, mengeja dan menulis biasanya sudah
berjaya menguasai kemahiran pengamatan dengan sebaik mungkin. Berbanding dengan
murid-murid pemulihan, kebanyakan daripada mereka gagal menguasai kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira adalah disebabkan gagalnya mereka menguasai kemahiran
pengamatan. Justeru guru perlu mengenal pasti punca dan faktor-faktor yang menyebabkan
terjadinya masalah pengamatan yang dialami murid pemulihan.
Terdapat beberapa punca yang mengakibatkan seseoarang menghadapi masalah
pengamatan. Antaranya ialah punca congenital. Congenital bermaksud bawaan atau baka
keturunan seseorang sejak lahir. Masalah pengamatan mungkin disebabkan oleh bawaan
baka seseorang. Contohnya, ibu bapa murid tersebut juga pernah mengalami masalah
pengamatan yang serius semasa kecil dahulu. Oleh itu, semasa mengandungkan bayi
genetik tersebut diwarisi sehingga proses pelahiran. Kesukaran dalam pengamatan juga
mungkin disebabkan faktor jangkitan kuman pada sistem saraf otak bayi semasa dalam
rahim. Serangan kuman pada otak biasanya terjadi pada bayi yang mengalami kelahiran
lambat melebihi 5 hari. Bayi tersebut lambat dikeluarkan menyebabkannya terminum cecair
dalam badan Ibu yang mengandungi baktiria berbahaya.
Selain itu, sejarah kesihatan seperti penyakit demam panas juga boleh mengakibatkan
kerosakan pada bahagian otak. Hal ini kerana, kuman yang terdapat padanya telah
bertindak menyerang otak sekiranya ibu bapa gagal mendapatkan rawatan segera untuk
anak mereka. Sistem saraf otak yang diserang akan mengakibatkan kelumpuhan atau
kecacatan pada bahagian-bahagian kefungsian badan manusia. Dalam hal yang sama,
sekiranya murid tersebut pernah mengalami kemalangan yang menyebabkan kecederaan
teruk juga boleh menjadikan kemahiran pengamatan mereka terjejas.

Faktor seterusnya ialah perolehan. Perolehan mempunyai kaitan dengan proses


penerimaan murid sepanjang tumbesarannya berlaku. Proses ini wujud apabila individu
tersebut mengalami fasa mature atau proses kedewansaan. Contohnya pemerolehan
bahasa kanak-kanak. Dalam mempelajari bahasa, murid dipengaruhi oleh faktor
persekitaran sekeliling tempat mereka membesar. Persekitaran yang baik membantu murid
menguasai bahasa dengan lebih cepat. Misalnya, individu yang tinggal d bandar dan di
kawasan pedalaman. Kita dapat melihat perbezaan perkembangan bahasa dalam kalangan
mereka. Murid yang tinggal di kawasan pedalaman berkemungkinan mendapat pendedahan
bahasa yang sangat kurang berbanding murid-murid yang tinggal di kawasan bandar yang
lebih tersedia dengan kemajuan-kemajuan informasi yang boleh mereka perolehi dengan
cepat.
Masalah pemerolehan bahasa juga wujud apabila berlakunya gangguan pada pusat
bahasa di otak kanak-kanak. Gangguan bahasa biasanya berlaku berkesinambungan
daripada faktor sejarah penyakit mereka sewaktu bayi seperti yang disebutkan iaitu demam
panas, kecederaan akibat kemalangan dan sebagainya. Kesukaran dalam berbahasa yang
kronik boleh menyebabkan terbantutnya proses minda seseorang. Murid akan menjadi
terhalang untuk memberikan idea atau menyatakan pendapat kerana kelemahan yang
dialaminya. Oleh itu, guru perlu mempelbagaikan aktiviti pengajaran yang boleh
merangsang perkembangan bahasa murid-murid dengan lebih cepat.
Punca terakhir berlakunya masalah pengamatan ialah faktor perkembangan. Peristiwaperistiwa yang berlaku sepanjang perkembangan murid memainkan peranan penting untuk
mengetahui punca spesifik masalah pengamatan mereka. Perkembangan sejak kecil
sehinggalah

besar

yang

baik

boleh

mengelakkan

mereka

daripada

bermasalah

pengamatan. Sebagai contoh, pengalaman pahit, penjagaan kesihatan dan kesempurnaan


keperluan terpenuhi atau sebaliknya. Murid yang datang daripada keluarga berpendapatan
rendah biasanya mempunyai masalah pengamatan. Hal ini berpunca daripada keperluan
asas pembelajaran tidak dapat dipenuhi sebaiknya. Murid SES rendah juga kurang
mendapat penjagaan makanan yang baik. Mereka kekurangan zat dan vitamin menjadikan
mereka lambat mengikuti proses pembelajaran. Tubuh badan murid pemulihan kelihatan
lemah dan tidak bermaya disebabkan kekurangan nutrisi yang diperlukan badan.
Pengalaman pahit seperti pernah dimarahi guru juga menjadi faktor mengapa mereka gagal
menguasai kemahiran pengamatan dan kemahiran-kemahiran asas yang lain. Hal ini
menyebabkan perasaan kemurungan, fobia dan ketakutan menghalang mereka untuk
memajukan diri. Akibatnya murid akan selalu tidak datang ke sekolah sehingga menjadikan
guru sukar untuk menyelesaikan masalah tersebut. Faktor-faktor seepeti yang disebutkan di
ataslah yang menjadi punca utama mengapa murid pemulihan menguasai kemahiran
9

pengamatan seperti murid-murid normal yang lainnya. Oleh itu, guru harus bertindak
dengan segera bagi menangani masalah ini daripada berterusan.

6.0 CARA MENGATASI MASALAH PENGAMATAN


Guru

bertanggungjawab

sepenuhnya

untuk

membantu

murid-murid

pemulihan

mengatasi setiap masalah pembelajaran yang dihadapi mereka termasuklah kelemahan


menguasai kemahiran pengamatan. Guru perlu bijak dan kreatif dalam membina
kepelbagaian bahan-bahan pengajaran supaya minat murid dapat dikekalkan dan
menggalakkan

mereka

untuk

terus

semangat

mengikuti

proses

pengajaran

dan

pembelajaran yang dijalankan guru. Tambahan pula, guru juga perlu memberikan bimbingan
yang teratur agar murid mudah melaksanakan aktiviti yang dirancang guru. Justeru,
pelbagai kaedah atau cara boleh diaplikasikan guru untuk membantu murid-murid
pemulihan yang bermasalah dalam menguasai kemahiran pengamatan.

Antaranya ialah memberikan latihan intensif secara berterusan. Murid yang


bermasalah pengamatan sebenarnya kurang melakukan latihan-latihan bantuan. Natijahya,
deria-deria pengamatan mereka jarang dilatih sehingga menyebabkan mereka jauh
kebelakang berbanding murid-murid arus perdana yang lainnya. Latihan intensif boleh
diberikan guru untuk membantu mengasah daya pengamatan murid agar lebih fokus
terhadap sesuatu benda yang diamati. Bentuk latihan intensif ialah melaksanakan aktiviti
psikomotor kasar dan motor halus seperti latihan jari, pergelangan tangan dan otot-otot
besar seperti kaki, tangan dan keseluruhannya. Latihan intensif boleh dilaksanakan dalam
bentuk permainan. Hal ini untuk menarik minat murid supaya tidak bosan di samping
memberikan perasaan seronok terhadap pembelajaran. Antara aktiviti dalam latihan intensif
seperti melompat sambil membaca suku kata, menjaringkan bola ke dalam bakul berabjad,
melukis pemandangan, mewarna gambar-gambar kartun dan membuat kolaj . Dengan cara
ini, kemahiran pengamatan murid dapat dilatih berpandukan kepada perancangan aktiviti
guru yang tidak terlalu rigid.

Seterusnya, guru juga boleh memperbanyakkan aktiviti pembelajaran outdoor iaitu diluar
bilik darjah. Tujuannya adalah untuk menggalakkan murid memerhati alam sekeliling dan
membuat latihan pengamatan mereka secara tidak langsung. Pembelajaran yang
berterusan di dalam kelas akan menimbulkan kebosanan murid. Justeru guru boleh
menggabungjalinkan mata pelajaran seperti subjek Bahasa Melayu dan Dunia Sains Dan
10

Teknologi dengan membawa murid ke pusat-pusat sains negara atau lawatan ke zoo.
Caranya, guru memberikan tugasan kepada setiap murid. Mereka akan diminta mencatat
sekurang-kurangnya lima jenis haiwan yang dilihat dan membuat simulasi pergerakan
haiwan. Aktiviti ini akan merangsang dua deria pengamatan sekali gus iaitu pengamatan
penglihatan melalui aktiviti memerhatikan haiwan dan juga pengamatan taktil dan kinestetik
melalui aktiviti mencatat nota.

Sebagaimana yang kita ketahui, murid pemulihan mempunyai daya koordinasi tangan,
mata dan anggota badan yang seimbang. Bagi mengatasi masalah pengamatan yang
dihadapi mereka, kaedah terapi dalam pendidikan khas boleh diaplikasikan. Antara terapi
yang berkesan untuk membantu memulihkan masalah murid ialah terapi pasir. Terapi ini
menggalakkan sensori motor murid bergerak. Guru boleh mengajar membentuk huruf dan
nombor atau membina perkataan menggunakan pasir. Aktiviti menulis huruf atas pasir yang
disediakan guru boleh membantu melenturkan kekerasan jari-jari dan pergelangan tangan
mereka. Ia juga akan menjadi langkah permulaan kepada asas menulis.

Selain itu, terapi nyanyian dan muzik juga boleh digunakan guru untuk melatih
pengamatan pendengaran. Aktiviti bermain alat-alat muzik sambil menyanyi. Guru boleh
menggunakan kaedah main peranan iaitu setiap murid akan diberikan peranan memainkan
alatan muzik tersebut dalam berkumpulan. Bunyi-bunyian yang dihasilkan dapat
merangsang deria pendengaran mereka supaya peka terhadap sesuatu bunyi. Tambahan
lagi, nilai-nilai murni seperti bekerjasama, toleransi dan bantu-membantu dapat dipupuk
dalam kalangan murid-murid pemulihan. Seterunya ialah menggunakan aktiviti terapi main.
Contohnya aktiviti bermain batu seremban. Aktiviti bermain batu seremban dapat
menyelaraskan koordinasi mata dan tangan murid. Murid dapat merasa objek-objek batu
yang digunakan, ini kan meningkatkan kefungsian deria sentuhan mereka. Dalam hal yang
sama, murid akan belajar cara persaingan yang sihat dan mendapat keseronokan untuk
belajar.

11

7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kemahiran pengamatan sangat penting dikuasai oleh setiap murid bagi
memberikan asas yang kukuh kepada mereka sebelum boleh membaca, mengeja dan
menulis. Hal ini kerana, individu yang mempunyai masalah pengamatan akan berhadapan
masalah pembelajaran di dalam bilik darjah bahkan akan menghadapi kesukaran dalam
menjalani aktiviti seharian. Untuk mendapatkan suatu pengamatan yang betul dan tepat,
pelajar mestilah dibekalkan pengalaman pertama sebanyak yang boleh. Aktiviti hands-on,
bahan-bahan maujud dan sebagainya sangat berguna dan membantu dalam pembelajaran
pengamatan.
Guru perlu bertindak dengan segera mengatasi masalah mereka supaya tidak
berlanjutan sehingga menjejaskan aspek akademik di persekolahan. Sebagaimana yang
menjadi prinsip dalam Pendidikan Pemulihan Khas iaitu menyelesaikan masalah seawal
mungkin. Oleh itu, guru mestilah melaksanakan aktiviti pengajaran yang sesuai dengan
tahap dan masalah murid. Bimbingan yang bersepadu daripada guru dalam melakukan
aktiviti pemerhatian juga penting supaya pengamatan pelajar menjadi tepat dan sempurna.
Natijahnya, pelajar dapat bertindak balas dengan aktif kepada semua pembelajaran yang
melibatkan rangsangan deria menggunakan proses mental yang lebih tinggi.

12

8.0 LAPORAN ANALISIS MASALAH PENGAMATAN MURID (PBS)


Tugasan Pemerhatian Pemerhatian Berasaskan Sekolah (PBS) fasa kedua ini saya
lakukan di SK Tagaroh, Kota Marudu, Sabah. Sepanjang melaksanakan PBS saya telah
menjalankan satu kajian ringkas ke atas dua orang murid pemulihan berkenaan masalah
muid dalam menguasai kemahiran pengamatan. Murid kajian yang saya pilih ialah
Mohammad Azmi dan Ederiyl yang sekarang sedang menduduki kelas tahun 2 Wira. Di
sekolah tersebut terdapat tiga buah kelas bagi murid-murid tahun dua iaitu kelas rangking
pertama ialah Putera, kedua ialah Satria dan kelas ketiga ialah Wira. Jadi, kedua-dua murid
pemulihan ini ditempatkan di kelas yang terakhir iaitu darjah 2 Wira.
Justifikasi saya memilih murid ini berdasarkan maklum balas yang diterima oleh guru
pemulihan mereka iaitu Puan Zuniza binti Mohamad Nawi yang juga merupakan guru
pembimbing saya sepanjang ber-PBS di sana. Puan Zuniza mengatakan bahawa keduadua murid ini telah dikesan mengalami masalah pembelajaran seawal tahun 1 lagi ketika
Ujian Saringan LINUS dijalankan. Oleh itu, mereka telah dicalonkan ke kelas pemulihan
seawal tahun 2015 iaitu pada darjah dua tahun ini. Beberapa masalah yang dapat dikesan
pada murid-murid tersebut ialah gagal mengenal abjad keseluruhannya dan juga belum lagi
mampu menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengeja sebagaimana yang
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025) iaitu semua murid wajib menguasai kemahiran 3M seawal tahap satu
apabila telah masuk ke dunia persekolahan.
Setelah mereka menduduki kelas pemulihan selama dua bulan, didapati kedua-dua
murid tersebut masih belum dapat menguasai kemahiran 3M iaitu membaca menulis dan
mengeja. Bahkan menguasai kemahiran mengenal abjad ABC juga masih tidak dapat
berbanding mruid-murid pemulihan yang lain. Menurut Puan Zuniza, jika dibandingkan murid
pemulihan yang lain, Mohammad Azmil dan Ederil menunjukkan perkembangan yang terlalu
lambat daripada murid-murid yang lain. Apabila diajar mengingat huruf, beberapa minit
sahaja jika disoal mereka akan terus lupa. Hal ini menyebabkan guru perlu mengambil masa
yang lama untuk mengajar mereka.
Justeru, tindakan susulan telah dijalankan ke atas murid-murid tersebut untuk mengesan
kelemahan spesifik mereka. Ujian Diagnostik telah dilaksanakan ke atas Mohammad Azmi
dan juga Ederil pada penghujung pertengahan Februari. Hasil daripada Ujian tersebut
didapati kedua-dua murid tidak melepasi konstruk 1 dan 2 pemulihan. Selain itu, murid juga
dikesan menghadapi masalah pengamatan yang serius apabila beberapa ujian pengamatan
diadakan ke atas mereka dan mereka juga gagal melepasinya.

13

Saya telah menjalankan sedikit ujian ke atas murid-murid berdasarkan tugasan PKP
3043 yang diamanahkan pensyarah untuk diselesaikan. Beberapa lembaran kerja berkaitan
pengamatan saya berikan kepada mereka. Kertas ujian diagnostik tersebut keseluruhannya
berkaitan pengamatan penglihatan dan pengamatan taktil dan kinestetik murid. Saya juga
telah menjalankan senarai semak kemahiran pembelajaran yang sudah dikuasai mereka
sebagaimana yang saya lampirkan pada bahagian lampiran kerja kursus. Ia mengandungi
penilaian ke atas murid-murid tersebut.
Berdasarkan pemerhatian saya, bagi Mohamad Azmil saya dapati beliau masih sukar
membuat diskriminasi antara huruf kecil a dan q. Mohamad Azmil tetap membulatkan
huruf q juga walaupun arahan soalan jelas menyuruh membulatkan huruf a sahaja. Selain
itu, semasa ujian kedua iaitu ujian kemahiran koordinasi mata dan tangan Mohamad Azmil
kelihatan kekok memegang pensel. Tangannya sedikit keras dan cara memegang pensel
juga tidak betul sehingga menyebabkan garisan yang dibuatnya sedikit tersasar dari yang
ditetapkan. Bagi Ederil pula, dia kelihatan sedikit maju berbanding Mohammad Azmil. Dia
membuat kurang kesalahan dalam membulatkan huruf a dan q iaitu hanya sebanyak 3
sahaja berbanding Mohamad Azmil iaitu sebanyak 5.
Berdasarkan dapatan kajian, saya mendapati bahawa beberapa punca yang
menyebabkan masalah pengamatan kronik terhadap kedua-dua murid ini ialah faktor
keciciran persekolahan. Bagi Mohamad Azmil, dia langsung tidak pernah mempunyai
pengalaman bersekolah kerana beliau tidak didaftarkan ke Prasekolah yang berdekatan. Hal
ini menyebabkan dia pernah mendapatkan asas-asas pembelajaran seperti memegang
pensel, mengenal huruf, dan mengenal nombor-nombor. Manakala Ederil pula, meskipun
mempunyai asas awal Prasekolah, namun beliau lambat mendaftar kelas tahun satu. Beliau
telah ketinggalan dalam mengikuti selama sebulan proses pembelajaran. Keciciran ini turut
menyumbang kepada terbantutnya kemahiran pengamatan mereka sehingga menyebabkan
kesukaran menguasai aktiviti pelajaran yang seterusnya.
Faktor yang kedua pula ialah, sara ekonomi keluarga yang sangat rendah. Perkerjaan
bapa Mohamad Azmil ialah buruh kasar, manakala ibunya hanyalah suri rumah sepenuh
masa dengan bilangan tanggungan seramai 7 orang. Azmil ialah anak ketiga daripada 5
orang adik-beradik, hal ini menyebabkan keperluan asas pembelajaran diutamakan kepada
adik-adiknya yang lain. Berdasarkan rekod kedatangan yang dicatat guru juga, dalam
seminggu dia akan tidak hadir ke sekolah atas sebab-sebab tertentu. Adakalanya, Mohamad
Azmil tidak datang ke kelas pemulihan pada masa subjek Bahasa Melayu atau Matematik.
Meskipun telah dinasihati guru, namun dia tetap melakukan perkara yang sama.

14

Manakala bagi Ederil pula, meskipun tahap ekonomi keluarganya baik berbanding
Mohamad Azmil kerana ibu dan bapanya bekerja untuk menanggung kehidupan seharian
mereka. Namun, ia lebih kepada masalah sikap murid tersebut. Ederil juga sering ponteng
ke sekolah atau tidak datang ke kelas pemulihan. Justeru, gurulah yang harus memainkan
peranan penting dalam membantu murid mengatasi masalah-masalah sikap yang jika
dibiarkan berterusan akan menjejaskan lagi pencapaian akademik mereka di dalam bilik
darjah.
Faktor yang lain ialah sikap ibu bapa yang leka dan tidak ambil peduli terhadap
perkembangan pendidikan anak-anak mereka. Sebagai contoh, bagi ibu bapa Mohammad
Azmil mereka sepatutnya peka terhadap keperluan persekolahan anak-anak. Mereka harus
menghantar anak-anak ke prasekolah untuk mendapatkan kemahiran asas belajar seperti
yang telah disebutkan. Kelalaian ibu bapa menghantar anak merupakan satu kesalahan di
sisi undang-undang. Ibu bapa boleh didakwa sekiranya gagal menyekolahkan anak mereka.
Selain itu, kita juga dapat melihat ada ibu bapa yang kurang memberikan perhatian terhadap
perkembangan anak-anak. Buktinya, mereka kurang menegaskan bahawa wajib ke sekolah
sehingga sikap ponteng sekolah kedua-dua murid tersebut tidak berkurangan. Ini
menunjukkan ibu bapa kurang peka terhadap anak-anak mereka.
Kesimpulannya saya melihat, kedua-dua murid ini perlu diberikan galakan dan sokongan
yang lebih daripada semua pihak. Mereka memerlukan bimbingan yang konsisten daripada
semua guru-guru di SK Tagaroh termasuklah sokongan pihak pentadbiran. Program
Pemulihan perlu diperbanyakkan untuk mengatasi masalah pengamatan mereka. Latih tubi
dan kaedah terapi juga boleh diaplikasikan guru pemulihan untuk mengasah pelbagai
kemahiran yang lain. Namun, sekali lagi dinyatakan bahawa kemahiran pengamatan amat
penting untuk dikuasai murid terlebih dahulu. Hal ini kerana, kemahiran pengamatan sangat
berkait rapat dengan penguasaan kemahiran membaca, mengeja dan menulis murid-murid.
Murid yang gagal menguasai kemahiran pengamatan dengan baik, pasti akan mengalami
masalah pembelajaran terutamanya dalam kemahiran 3M bahkan bermasalah dalam
menjalani kehidupan seharian dengan normal.

15