Anda di halaman 1dari 3

Kelemahan sistem pendidikan terlalu

berorientasikan peperiksaan Setiap ibu bapa pasti


mengharapkan anak mereka mendapat keputusan
yang cemerlang dalam peperiksaan supaya anak
mereka dapat meneruskan pengajian atau sebagai
tiket untuk mendapatkan pekerjaan yang baik.
Namun, kecemerlangan akademik semata-mata
belum mencukupi jika tidak disokong dengan
daya ketahanan untuk menghadapi cabaran.
Sehubungan itu, kita menyambut baik hasrat
Kementerian Pelajaran untuk mencari pendekatan
baru bagi mengurangkan sistem ujian dan
peperiksaan yang kini dianggap tidak praktikal.
Pemantauan yang dilakukan juga mendapati sistem
berorientasikan peperiksaan tidak lagi sesuai
kerana tidak menguji kemampuan sebenar pelajar,
sekaligus membebankan pelajar dan guru. Sistem
baru akan diperkenalkan secara berperingkat di
sekolah tertentu. Sistem yang dilakukan akan
dilihat akan keberkesanannya selama lima tahun,

kemudian akan ditentukan sama ada akan


diperluaskan ke semua sekolah. Dalam proses
tersebut akan dilakukan penambahbaikan
terhadap mana-mana kecacatan gara
pelaksanaannya benar-benar berkesan. Sistem
pendidikan juga memerlukan perubahan kurikulum,
buku teks dan lain-lain Pada masa ini, guru
bimbang untuk menggunakan kaedah lain kerana
takut terkeluar daripada ketetapan Kementerian
Pelajaran akibatnya, motivasi pelajar merosot
kerana dipaksa belajar mengikut jadual waktu
bukan mengikut minat mereka. Apa pun, kita
menyedari kesan nyata daripada kepincangan
sistem pendidikan negara sudah jelas iaitu
wujudnya fenomena pengangguran dalam kalangan
siswazah akibat tidak tahu memanfaatkan ilmu
yang diperoleh. Masalah itu berlaku kerana sistem
pendidikan dikekang birokrasi sehingga sukar
berubah. Jelaslah sistem pendidikan yang ada
sekarang, melahirkan pelajar yang hanya tahu

menjawab soalan tetapi tidak boleh berfikir.


Kesannya, pelajar berlumba-lumba ke kelas
tuisyen dan meninggalkan aktiviti kekeluargaan
dan kemasyarakatan. Masyarakat pula
berpandangan hanya mereka yang memperoleh A
dalam setiap pelajaran sahaja yang cemerlang dan
menganggap gagal dalam peperiksaan akan gagal
segala-galanya. Hal ini menyebabkan para pelajar
tertekan untuk memperoleh keputusan yang baik
sehinggakan hilang keseronokan belajar. Kini
terpulang kepada ahli-ahli akademik dan pemikir
pada peringkat tertinggi untuk mengenal pasti
pendekatan baru yang sesuai bagi menguasai itu.
Copy the BEST Traders and Make
Money : http://ow.ly/KNICZ

Anda mungkin juga menyukai