Anda di halaman 1dari 3

PENGANTAR KEPADA PERUNDANGAN ISLAM (UUUK1113)

NAMA

: ANIS HANINI BINTI ABDULLAH

NO MATRIK : A154242

Soalan 1
Apakah yang dimaksudkan dengan tabiin dan bilakah zaman tabiin ini
berlangsung?
Tabiin merupakan golongan yang pernah hidup bersama para sahabat Nabi
Muhammad saw namun mereka tidak pernah hidup sezaman degan Nabi
Muhammad saw. Mereka mendapat pendedahan ilmu dan didikan secara langsung
daripada para sahabat. Keadaan sewaktu zaman tabiin adalah kurang stabil kerana
berlakunya perpecahan umat Islam dan pada zaman tabiin ini jugalah bermulanya
pemerintahan Bani Umayyah.
Zaman Tabiin bermula sesudah jatuhnya zaman Khulafa Ar-Rasyidin. Pada zaman
Khulafa Ar-Rasyidin, sudah berlaku perpecahan umat Islam bermula daripada
peristiwa pemilihan siapa yang lebih layak untuk menjadi khulafa di antara Saidina
Ali dan Muawiyah. Pada ketika itu, umat Islam terbahagi kepada dua puak iaitu puak
khawarij iaitu golongan yang tidak bersetuju dengan keputusan Saidina Ali untuk
menerima Majlis Tahkim, dan puak syiah iaitu golongan yang kekal menyokong
Saidina Ali. Pada ketika ini, pegangan puak Syiah masih lagi tidak berlawanan
dengan golongan Jumhur.
Pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin berakhir dengan berakhirnya pemerintahan
Khalifah keempat iaitu Saidina Ali. Kemudian, pemerintahan Bani Umayyah telah
diasaskan oleh Muawiyah bin Abi Sufyan selepas Saidina Hasan menyerahkan
jawatan khalifah kepada Muawiyah pada tahun 41 Hijrah. Pada zaman ini timbul
banyak puak yang berbeza pandangan politik dan akibat daripada perbezaan politik
ini telah membawa kepada perbezaan cara mengistinbat hokum dalam masalahmasalah fiqh yang baharu.

Soalan 2
Apakah kesan akibat peralihan kuasa dari Khulafa Ar-Rasyidin kepada Bani
Umayyah dari aspek perkembangan perundangan Islam?
Peralihan kuasa dari Khulafa Ar-Rasyidin kepada Bani Umayyah telah
meninggalkan kesan dari aspek perkembangan perundangan Islam. Pada zaman ini,
kerajaan Bani Umayyah kurang mengambil perhatian mengenai pembinaan syariat
dan perundangan Islam. Mereka lebih menitik beratkan kuasa politik kerana pada
zaman ini orang Islam telah berpecah belah. Oleh kerana itu, mereka lebih banyak
mengeluarkan ijtihad sendiri sekalipun ijtihad tersebut bertentangan dengan
pendapat para ahli fiqh dari kalangan Tabiin.
Golongan Tabiin yang menyokong Khulafa Ar-Rasyidin lebih menumpukan
perhatian kepada pembinaan ilmu-ilmu Islam. Ramai antara mereka yang enggan
member ketaatan kepada beberapa orang khalifah Bani Umayyah yang dianggap
tidak mempunyai kelayakan untuk memimpin umat Islam. Lebih-lebih lagi ada pula
dalam kalangan khalifah Bani Umayyah yang menggunakan kekerasan terhadap
para ulama yang tidak member kesetiaan kepada pemerintah seperti peristiwa
pembunuhan Said bin Jubayr oleh Khalifah Hajjaj. Jadi, di sini, terbinanya jurang
yang memisahkan antara golongan ulama dan golongan pemerintah.

Soalan 3
Apakah aliran yang timbul pada zaman ini dan terangkan tentang aliran ini
secara ringkas.
Pada zaman ini, dek kerana perpecahan umat yang berlaku, dua aliran telah
terbentuk iaitu ahli Al-Hadith dan Ahli Ar-Rayi. Ada sahabat pada zaman ini yang
kekal tinggal di Madinah dan ada yang berhijrah ke luar Madinah. Perbezaan tahap
penerimaan hadith dalam kalangan sahabat dan tabiin telah member kesan kepada
proses pembuatan hokum.
Ahli Al-Hadith adalah golongan yang lebih banyak berpegang kepada hadis dan
sunnah Rasulullah saw berbanding dengan logik akal. Mereka menggunakan nas
daripada al-Quran dan sunnah untuk menetapkan hukumdan cuba mengelak
daripada menggunakan logic akal selagi mana terdapat hadis yang boleh dirujuk.
Kewujudan madrasah ahli al-hadis bertitik tolak daripada kewujudan para sahabat di
Mekah dan Madinah.
Ahli Ar-Rayi pula adalah golongan yang lebih banyak berpegang dengan logic akal
dalam mengistinbat hokum berbanding hadith. Mereka lebih banyak bersandar
kepada ijtihad dan mengambil kira kemaslahatan awam dalam penetapan hokum
bagi perkara yang tiada dalil yang jelas daripada al-Quran atau sunnah.

Anda mungkin juga menyukai