Anda di halaman 1dari 8

kaDalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu

rumah. Tugasnya adalah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri
di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah s.a.w. tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar
jawapan salam isterinya. Pada saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
Hikmat ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis:
1. Barang siapa membaca ayat al-Kursi ketika berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT
mewakilkan dua malaikat memeliharanya hingga subuh.
2. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir setiap sembahyang fardu, dia akan
berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir tiap sembahyang, dia akan masuk
syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara
rumahnya dan rumah-rumah di sekitarnya.
4. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir tiap-tiap shalat fardu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang
benar, pahala nabi-nabi, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.
5. Barang siapa membaca ayat al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan
mendoakan baginya.
6. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir sembahyang, Allah SWT akan
mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang
bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan, nescaya Allah
SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: "Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat..."
Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Duniamu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT
untuk Akhiratmu. Yang baik daripada Allah, yang tidak elok atau kurang tepat,
kelemahan saya jua. Harap dimaaf jika ada kesilapan. lanh

Mengikut satu riwayat datang serombongan dari Najran, iaitu satu kabilah kabilah Arab
yang menganut Kristian.
Mengikut satu riwayat lain, mereka ini dari Najran datang mendengar Nabi s.a.w.
membaca ayat al-Quran lalu mereka menangis dan kemudiannya memeluk Islam.
Mengikut satu riwayat yang lain, Ja'afar bin Ab Talib r.a. sendiri pulang ke Madinah
bersama-sama dengan 70 orang. Di kalangan mereka disertai 62 orang dari Habasyah
serta lapan orang Nasrani (Kristian) dari negeri Syam.
Antaranya Buhairo' Ar-Rohib, seorang Rohib yang beribadat, Idris, Asyraf, Abrahah,
Sumamah, Fusam, Duraid dan Aiman. Riwayat ini menyebut nama mereka yang datang
dari negeri Syam secara satu persatu.
Mereka mendengar Rasulullah s.a.w. membaca ayat daripada Surah Yasin daripada awal
sehingga akhirnya.
Apabila mereka mendengar surah Yasin mereka menangis seraya berkata, "alangkah
serupanya ini (ayat-ayat yang dibaca itu)dengan apa yang telah diturunkan kepada
Nabi Isa a.s." Lalu mereka memeluk Islam dan Allah menurunkan ayat ini.
Sementara itu diriwayatkan oleh as-Suddi, seorang ulama tafsir bahawa Raja Habasyah,
Najasyi, menjawab surat Rasulullah s.a.w. dan dia hendak berhijrah ke Madinah.
Mengikut riwayat As-Suddi, dia mahu berhijrah tetapi mati di tengah jalan.
Mengikut satu riwayat yang lain, Najasyi telah menjawab surat Rasululah s.a.w. dan
mengatakan kepada Rasulullah s.a.w. bahawa dia sendiri mahu berhijrah ke Madinah
untuk menemui Rasulullah s.a.w.
Sekiranya Rasulullah s.a.w. menyuruhnya berjalan kaki nescaya dia akan berjalan kaki
untuk menemui baginda s.a.w. walaupun dia seorang raja yang memerintah negeri
Habasyah. Ini menunjukkan tawaduknya Najasyi terhadap baginda s.a.w.
Bagaimanapun Najasyi telah meninggal dunia di Habasyah belum sempat bertemu
dengan Rasulullah s.a.w.
Peristiwa kematiannya diberitahu oleh Malaikat Jibril kepada Nabi s.a.w. lalu Nabi s.a.w.
memberitahu kepada para sahabatnya bahawa pada hari Najasyi telah meninggal dunia
dan dia adalah seorang yang beriman.
Al-Quran diturunkan untuk menceritakan bagaimana kemuliaan hatinya. Nabi s.a.w.
bangun seraya mengajak para sahabatnya bersembahyang ghaib untuk Najasyi.
Ini adalah sunnah ataupun ajaran Nabi s.a.w.yang berkait dengan sembahyang ghaib
(sembahyang kepada jenazah yang jauh).

Diberitakan terdapat di kalangan rakyatnya yang memberontak tetapi Najasyi berjaya


menentang pemberontakan itu serta mengalahkan mereka. Najasyi meninggal dunia
sebagai seorang yang beriman.
Allah Ta'ala menurunkan ayat ini bersebab daripada peristiwa-peristiwa tersebut. Allah
berfirman yang bermaksud, "engkau akan dapati (wahai Muhammad s.a.w.) manusia
yang paling bermusuh dengan orang yang beriman itu adalah orang-orang Yahudi dan
Musyrikin." (Surah al-Maidah: 82)
Dua golongan ini paling jahat dan paling bermusuh dengan orang Islam serta orang
beriman. Mereka ini termasuk orang Yahudi yang terkenal dengan sifat jahat dan dengki
mereka terhadap orang beriman. Mereka juga terkenal dengan sejarah, membunuh nabinabi dan rasul-rasul a.s. di samping membunuh para ulama serta menghina mereka.
Ini adalah kerja orang-orang Yahudi termasuk menghina Nabi Muhammad s.a.w.
Merekalah yang menasihatkan orang-orang Quraisy supaya membentuk tentera Ahzab
bagi memerangi Rasulullah s.a.w.
Apabila mereka ditanya oleh orang-orang musyrikin kerana mereka (orang-orang Yahudi)
terdiri daripada kalangan ahlil kitab, "manakah yang benar sama ada ajaran kami atau
ajaran Muhammad?"
Lalu orang Yahudi menyembunyikan kitab. Mereka memberitahu kepada orang
musyrikin, "kamulah yang betul manakala Muhammad adalah sesat."
Mereka mendorong orang-orang musyrikin memusuhi orang Islam yang dipimpin oleh
Rasulullah s.a.w.
Sifat orang-orang Yahudi ini berpanjangan sehingga hari ini. Mereka paling bermusuh
dengan orang Islam sampai sekarang sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah dan
sebagaimana yang diberitahu oleh Rasulullah s.a.w.
Di kalangan merekalah yang merancang untuk meletakkan racun ke dalam makanan
Rasulullah s.a.w. sehingga membawa kepada sakit dan wafatnya baginda s.a.w

lmu dikurniakan di kalangan mereka yang hina. Yang dimaksudkan dengan ilmu di
kalangan orang yang hina adalah ilmu di kalangan orang yang fasik.
Orang yang fasik bercakap tentang ilmu bersandarkan ayat al-Quran dan hadis Nabi
s.a.w.Apabila keadaan ini berlaku menjelaskan bahawa inilah penyakit yang melanda
umat zaman dahulu.
Menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran tidak berjalan kerana orang
yang fasik mempunyai sifat penakut kerana rohnya tidak kuat dan mereka pula takut
kepada dosanya.
Mereka sedar bahawa mereka mempunyai ilmu dan dosa. Mereka sedar bahawa mereka
mempunyai perasaan takut mati. Orang sedemikian rupa mendapat ilmu dalam perkara
agama.
Apabila berlaku keadaan demikian, maka menyuruh kepada yang baik dan mencegah
kemungkaran ditinggalkan, tidak dilaksanakan dengan jayanya.
Seterusnya Allah Taala berfirman yang bermaksud, "Engkau melihat kebanyakan
daripada mereka itu berwalikan kepada orang-orang yang kafir." (Surah al-Maidah: 80)
Kebanyakan daripada mereka itu (orang kafir dari ahlil kitab) berwalikan kepada orangorang kafir. Yang dimaksudkan dengan berwalikan dengan orang kafir di sini adalah
berwalikan kepada orang kafir musyrikin seperti orang kafir Makkah.
Inilah kawan mereka, tidak menjadi pengikut Nabi Muhammad s.a.w. pada hal mereka
mengetahui isi kandungan kitab Allah.
Sesetengah ulama lain menyatakan yang dimaksudkan dengan ayat ini adalah orangorang munafik. Dia mengaku beriman sedangkan hatinya tidak beriman. Antara dalilnya
adalah berwalikan kepada orang kafir dengan sebab itulah mereka tidak menjalankan
perintah Allah dengan cara yang betul dan sesungguhnya.
Firman Allah yang bermaksud, "Alangkah buruknya apa yang mereka kemukakan untuk
diri mereka." (Surah al-Maidah: 80)
Kalau itulah amalan mereka maka itulah amalan yang buruk, tidak boleh menjadi bekalan
pada hari kiamat.
Firman Allah yang bermaksud, "bahawa Allah memurkai mereka itu." (Surah al-Maidah:
80)
Allah Taala memurkai golongan seperti ini kerana tidak mencegah kemungkaran, reda
kepada perkara tersebut dan berwalikan kepada orang kafir.

Firman Allah lagi yang bermaksud, "Dan di dalam azab neraka mereka kekal selamalamanya." (Surah al-Maidah: 80)
Apabila mereka menjadi kufur kepada perintah Allah sudah pasti mereka kekal di dalam
neraka.
Firman Allah yang bermaksud, "Kalaulah sekiranya mereka itu benar-benar beriman
kepada Allah dan kepada Nabi s.a.w. dan kepada apa yang diturunkan kepadanya (alQuran), tidaklah mereka itu menjadikan orang kafir itu sebagai wali mereka.
"Dan kebanyakan daripada mereka itu adalah orang-orang yang fasik (keluar daripada
taat kepada Allah dan rasul-Nya s.a.w.)" (Surah al-Maidah: 81)
Mereka tidak taat kepada Allah dan Rasul-Nya sekali gus menolak al-Quran sebagai kitab
panduan kehidupan mereka di dunia ini.
Firman Allah yang bermaksud, "Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad s.a.w.)
akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman
adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.
"Dan demi sesungguhnya engkau dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya
kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang berkata, "bahawa kami ini
ialah orang-orang Nasara.
"Yang demikian itu disebabkan ada antara mereka pendita-pendita dan ahli ibadat dan
kerana mereka tidak pula berlaku sombong." (Surah al-Maidah: 82)
Para ulama membincangkan sebab turunnya ayat ini. Al-Qurtubi dan Ibnu Kathir serta
ulama-ulama tafsir yang lain telah menyebut beberapa peristiwa yang berkait dengan ayat
ini dan mereka mengatakan bahawa peristiwa-peristiwa ini adalah sebab kepada Allah
SWT menurunkan ayat ini untuk menjadi pengajaran kepada orang-orang yang beriman.
Yang pertama ayat ini diturunkan bersempena dengan Raja Najasyi (Raja Habasyah),
pembesar-pembesar dan pengikut-pengikutnya, apabila tiba kepada mereka orang-orang
Islam yang berhijrah dalam peristiwa hijrah yang pertama sebelum daripada berhijrah ke
Al-Madinatil Munawwarah

10 Sebab Wanita diseksa di akhirat


Berkata Ali r.a.: "Saya dan Fatimah telah pergi ke
rumah Rasulullah a.a...w, Apabila kami masuk ke rumah
baginda maka kami melihat Rasulullah s.a.w Sedang
menangis, maka saya bertanya kepada Rasulullah: 'Ya
Rasulullah Mengapa Rasulullah menanggis?"
Rasulullah bersabda: "Aku melihat 10 jenis seksaan bagi wanita antaranya:
1. Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya dan
otak di kepalanya mendidih.
2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya dan
tangannya dikeluarkan dari punggungnya dan minyak
dituangkan ke dalam kerongkongnya.
3... Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya
dari arah punggungnya dan air kayu zakum dituangkan kedalam kerongkongnya.
4. Orang perempuan yang digantung dan diikat dua
kakinya beserta dua tangannya sampai ubun-ubunnya dan
di belit dengan beberapa ular dan kala jengking.
5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri dan di
bawahnya terdapat api yang menyala-nyala.
6. Orang perempuan yang memotong badannya sendiri
dengan gunting daripada neraka.
7. Orang perempuan yang berwajah hitam dan dia makanusus-ususnya sendiri.
8. Orang perempuan yang tuli, buta, dan bisu di dalam
peti daripada neraka sedang darahnya mengalir dari
lubang bahagian badannya sepertti hidungnya, telinga,
dan mulut. Badannya pula berbau busuk sebab penyakitkulit dan penyakit lepra.
9. Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi
dan badannya pula seperti keldai, mereka mendapatseksaan sejuta macam seksaan
10. Orang perempuan yang berbentuk anjing danbeberapa
ekor ular dan kala jenking masuk ke dalam mulutnya dan
keluar melalui diburnya dan para malaikat memukuli
kepalanya dengan palu mereka dari neraka.
Sebaik saja Fatimah r.a mendengar kata-kata ayahnya

itu maka Fatimah pun berkata "wahai ayahku,


ceritakanlah padaku apakah amal-amal yang telah
dilakukan oleh wanita-wanita tersebut.
Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda "wahai anakkuFatimah, adapun :
Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya,
kerana dia tidak mahu Menutupi (melindungi) rambutnya
daripada dilihat oleh lelaki lain. Iaitu tidak mahumenutup auratnya.
Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya
adalah keranadia suka menyakiti hati suaminya dengan
kata-katanya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda
"sesaorang wanita yang menyakiti suaminya dangan
kata-katanya maka Allah SWT akan melebarkan lidahnya
di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat
di belakang lehernya. Sesaorang perempuan yang
menyeksa suaminya dengan kata-katanya maka Allah SWT
melaknatinya mmaka para malaikat juga melaknatinya."
Dari Utsman r.a. berkata "sesaorang perempuan yang
mengatakan kepada suamminya dengan berkata "Aku belum
pernah melihat kebaikanmu" maka Allah SWT akan
menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun,
walaupun dia berpuasa pada siang hari dan mengerjakansolat pada malam hari.
Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya,
adalah kerana dia menyusui anak orang lain tanpamendapat izin suaminya.
Orang perempuan yang diikat dengan kakinya adalah
kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya terlebih
dahulu dan tidak mandi hadas besar. Yakni mereka yang
tidak mandi bagi membersihkan diri setelah kedatanganhaid dan nifas.
Orang perempuan makan badannya sendiri adalah kerana
berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang
suka membicarakan aib orang lain.
Orang perempuan yang memotong-motong badannya
sendiri dengan gunting dari neraka adalah kerana dia
memsyhurkan dirinya dikalangan orang ramai, dengan
bermaksuk supaya orang melihat akan perhiasannya. Dan
setiap orang yang melihatnya akan tertarik kepadanya
sebab perhiasan yang dia pakai. Orang perempuan yangdiikat kedua-dua kaki dan
tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya dan
dibelit dengan beberapa ular dan kala jenking adalah
kerana dia itu bolih bersolat, puasa tetapi tidak mahu
mengambil wuduk dan ia tidak mahu mengerjakan solat
dan tidak mahu juga mandi junub.
Orang perempuan kepalanya seperti kepala babi, dan
badannya seperti kaldai, adalah kerana dia suka
mengadu domba dan sangat suka sangat berdusta.
Orang perempuan yang berbentuk seperti anjng adalah
kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepadasuaminya

Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w.


telah bersabda bahawa: "Kalaulah semua yang ada di
bumi ini berupa emas dan perak, kemudian dibawa olih
seorang perempuan ke rumah suaminya, maka satu hari
dengan bangganya dia berkata: 'Awak ini siapa, semua
harta yang ada di sini adalah milik aku, engkau tidak
mempunyai harta apa-apa pun' .Maka sesungguhnya Allah
SWT akan menghapuskan semua amal baiknya walaupun amalitu banyak".
Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah
bersabda: "Seseorang perempuan yang keluar dari
rumahnya tanpa izin suaminya, sesungguhnya dia dikutuk
olih segala yang disinari matahari dan bulan sehingga
dia kembali ke rumah suaminya"
Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah
bersabda: "Apabila seseorang perempuan itu keluaar
dari rumahnya dengan memperhiaskan dirinya dan memakai
wangi-wangian yang harum dan si suami pula
membenarkannya, makasesungguhnya Allah SWT akan
membangunkan kepadanya setiap langkah isterinya itusatu rumah dalam neraka"
Thalhah bin Abdullah berkata bahawa dia mendengar
Rasulullah bersabda: "Apabila seseorang perempuan itu
sentiasa bermasam muka terhadap suaminya dan
menyebabkan suaminya itu susah hati maka sesungguhnya
Allah memurkainya sehingga dia tidak lagi bolih
tertawa dihadapan suaminya atau pun menggembirakansuaminya itu".
Wallahualam... ..
Harap dapat di panjangkan kepada rakan anda yang se
ugama, semoga mendapat rahmat darinya

Anda mungkin juga menyukai