Anda di halaman 1dari 28

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

BIODATA PELAJAR .................................................................................................................................. I


HALAMAN PENGAKUAN ......................................................................................................................... II
PENGHARGAAN ...................................................................................................................................... III
1.0 PENGENALAN...................................................................................................................................... 1
2.0 PENGHASILAN TANAMAN SAYURAN YANG BERKUALITI................................................................2
2.1 Pemilihan Tempat.............................................................................................................................. 2
2.2 Penggemburan Tanah........................................................................................................................ 3
2.3 Menabur kapur (pengapuran)............................................................................................................ 4
2.4 Membina batas.................................................................................................................................. 5
2.5 Membubuh baja asas........................................................................................................................ 5
2.6 Meletakkan sungkupan...................................................................................................................... 7
2.7 Pemilihan Sayuran............................................................................................................................. 9
2.8 Pemilihan Biji Benih......................................................................................................................... 11
2.9 Menyemai Biji Benih........................................................................................................................ 13
2.10 Menyiram Sayuran Dengan Kaedah dan Kuantiti Yang Sesuai.....................................................14
2.11 Membuat Penjarangan Dan Menyulam..........................................................................................15
2.12 Merumput dan Membaja................................................................................................................ 16
2.13 Membaja........................................................................................................................................ 18
2.14 Mengawal perosak......................................................................................................................... 19
2.15 Pemungutan Hasil......................................................................................................................... 23
2.16 Mengendalikan Hasil Lepas Tuai................................................................................................... 24
RUJUKAN.................................................................................................................................................. 27

LAMPIRAN .................................................................................................................................

1.0 PENGENALAN

Penanaman sayuran merupakan antara aktiviti yang penting dalam negara. Secara lahiriah nya,
negara Malaysia mempunyai banyak kawasan subur yang diusahakan oleh pekebun sayur bagi
menanam sayuran. Contohnya adalah di Cameron Highlands, Pahang. Tempat ini popular
dengan penghasilan sayur-sayuran yang berkualiti.
Namun demikian, saban tahun, negara kita mengimport sayuran dari luar negara yang
bernilai jutaan ringgit. Hal ini dilakukan bagi menampung keperluan penggunaan sayuran oleh
penduduk Malaysia. Hal ini agak menyedihkan kerana negara kita sebenarnya kaya dengan
kawasan penanaman sayuran yang subur. Oleh yang demikian, kerajaan telah melancarkan
usaha yang bersungguh-sungguh bagi meningkatkan kawasan penanaman sayuran dalam
negara sekali gus mengurangkan import sayuran. (Asiah Ab. Rahman et.al. 2001)
Kita boleh menanam sayuran di kawasan rumah, kawasan sekolah, bangunanbangunan kerajaan dan juga kawasan tempat kerja. Tanaman sayuran boleh dijadikan sebagai
landskap (Edible landscape). Menghijaukan kawasan rumah dan tempat bekerja dengan
sayuran akan mengindahkan lagi kawasan selain boleh dijadikan sebagai bekalan sayuran
segar.
Terdapat juga orang menanam sayuran secara kecil-kecilan di kawasan rumah. Apabila
matang, sayuran tersebut akan mula dituai dan dijadikan sebagai sumber makanan. Lebihan
sayuran pula boleh dijual sebagai pendapatan sampingan. (Faizah Ismail etc, 2007)

2.0 PENGHASILAN TANAMAN SAYURAN YANG BERKUALITI


2.1 Pemilihan Tempat
Pemilihan kawasan menanam sayuran yang sesuai adalah penting sebelum aktiviti
menanam dijalankan. Faktor utama yang perlu diambil kira untuk kawasan menanam sayuran
adalah:

Perhubung
an

Tanah
yang subur

Pengairan

Berikut adalah beberapa ciri yang menjadi pilihan sebagai kawasan yang sesuai dengan
penanaman sayuran.
a) Kawasan tanah rata
Membuat kerja di tanah rata lebih mudah dan menjimatkan kos jika dibandingkan
dengan kawasan berbukit dan tidak rata. Kerja membuat batas dan penjagaan sayuran
lebih mudah dilakukan. Di kawasan berbukit, kerja merata dan membuat teres perlu
dilakukan.
b) Berdekatan dengan sumber air.
Sumber air adalah sangat penting dalam penanaman sayuran. Sayuran memerlukan air
yang cukup untuk hidup dengan subur seterusnya meningkatkan kualiti sayuran. Oleh
itu, sumber air digunakan untuk menyiram sayuran yang ditanam. Air juga akan
digunakan untuk kerja-kerja meracun dan membasuh sayuran yang baru dituai. Sumber
air boleh diperoleh dari bekalan air paip, parit, sungai, kolam, kawasan lombong dan
sebagainya.
c) Berhampiran dengan jalan raya
Kawasan penanaman sayur yang berdekatan dengan jalan raya akan memudahkan
kerja-kerja mengangkut sayuran yang baru lepas dituai. Hal ini akan mempercepatkan
proses pemasaran sayuran di jualan. Kebanyakan sayur perlu dijual dengan segera
kerana ia tidak tahan lama. Justeru, kualiti sayur akan dapat dijamin kerana masa
singkat yang diambil untuk membawa keluar sayuran daripada kawasan penanaman.
d) Pemilihan tanah yang subur
Tanah subur penting dalam penghasilan sayuran yang berkualiti kerana tanah yang
subur menjamin pertumbuhan sayuran secara sihat.
Tanah yang subur kaya dengan bahan organik dan nutrien yang diperlukan oleh sayuran
untuk membesar dengan sihat. Elakkan daripada tanah berbatu dan tidak subur kerana

ia kurang sesuai dijadikan kawasan penanaman. Tanah yang subur akan mengurangkan
penggunaan baja sekali gus mengurangkan kos pengeluaran.
e) Kawasan yang lapang
Sedia maklum sayuran hijau memerlukan cahaya matahari yang cukup untuk
menjalankan proses fotosintesis. Cahaya yang cukup membantu tumbesaran sayuran.
Oleh yang demikian, kawasan penanaman hendaklah tidak terlindung daripada
f)

pancaran cahaya matahari.


Kawasan tidak mudah dinaiki air
Kawasan penanaman sayuran di kawasan yang mudah dinaiki air atau menakung air
akan menyebabkan akar sayuran terendam dan menjadi reput. Perkara ini akan
menjejaskan kualiti sayuran yang dihasilkan. Oleh itu, kawasan penanaman haruslah
mempunyai sistem saliran yang baik.

2.2 Penggemburan Tanah


Penggemburan tanah dilakukan apabila kawasan penanaman sayuran telah
dibersihkan. Menggembur tanah adalah bertujuan untuk :

Mengurangkan
kepadatan tanah

Memecahkan
tanah

Membaiki
pengudaraan
tanah

Memusnah dan
membuang sakibaki tanaman dan
rumpai

Membaiki
penyerapan air
dalam tanah

Hal ini dilakukan bagi menjamin tanaman yang ditanam dapat hidup dengan keadaan
yang optimum. Sayuran yang hidup dalam persekitaran yang sihat akan menghasilkan kualiti
sayuran yang lebih baik. Menggembur tanah boleh dilakukan dengan menggunakan mesin
pembajak kecil.
Bagi petani yang hanya mempunyai modal yang sedikit, cangkul serta cangkul serampang
boleh digunakan. Kedalaman tanah yang di gembur adalah antara 20 cm hingga 30 cm sahaja.

Gambar 1: Cangkul serampang


Setelah tanah digemburkan, ia kemudiannya diratakan. Proses meratakan tanah
(penyikatan) dilakukan bagi memecahkan ketulan tanah supaya menjadi lebih halus dan
membaiki struktur tanah supaya seragam. Tanah itu kemudiannya hendaklah dibiarkan selama
seminggu sebelum penanaman. Ini bertujuan untuk mendedahkannya kepada cahaya matahari.
Pancaran cahaya matahari yang terik akan menghapuskan organisma tanah yang berpotensi
untuk merosakkan sayuran.
2.3 Menabur kapur (pengapuran)
Pengapuran dilakukan bagi mengurangkan kemasaman tanah agar ia sesuai dengan
tanaman sayuran. Majoriti sayuran hidup subur pada tanah yang mempunyai nilai pH 5.0
hingga 6.0. Bagi tanah yang mempunyai nilai pH kurang daripada 4.2, maka proses
pengapuran perlu dilakukan agar sayuran yang berkualiti dapat dihasilkan. Proses pengapuran
boleh dilakukan dengan cara menabur kapur sebelum menggembur tanah atau pun ketika
proses meratakan tanah (penyikatan). Setelah menabur kapur, tanah perlu dibiarkan selama
seminggu.

Gambar 2 : Menabur kapur

2.4 Membina batas


Batas dibina selepas kerja penggemburan tanah selesai. Batas dibina agar
memudahkan penjagaan sayuran seperti merumput, mengawal perosak dan proses
penyiraman. Selain itu, batas juga dibina bagi memudahkan pengudaraan dan pengaliran air
dalam tanah. Hal ini dilakukan bagi menjamin penghasilan sayuran yang berkualiti.

Gambar 3: Membina batas

2.5 Membubuh baja asas


Membubuh baja asas ialah menabur baja pada batas dan menggaulkan nya ke dalam
tanah. Membubuh baja asas juga dikenali sebagai pembajaan awal. Tujuan membubuh baja
asas adalah untuk menambahkan kandungan nutrien dalam tanah. Justeru, ia dilakukan
sebelum penanaman dilakukan.

Gambar 3: Membubuh baja asas

Pembajaan awal lazimnya menggunakan baja organik atau baja kompos. Baja organik
adalah benda reput dari benda hidup seperti najis haiwan dan tumbuhan. Baja organik yang
sering digunakan adalah najis ayam, najis lembu dan najis kambing. Jika menggunakan najis
lembu atau kambing, pastikan ianya benar-benar reput. Najis lembu dan kambing yang baru
mengandungi biji benih rumpai yang belum mereput, oleh itu ia akan menyebabkan rumpai dan
kulat tumbuh dengan lebih cepat.

Gambar 4: Baja Organik

Baja kompos pula adalah bahan-bahan organik yang telah mengalami proses
penguraian dan pereputan. Baja ini terhasil sendiri tetapi memakan masa yang lama. Ia juga
boleh dibuat dengan cara tertentu. Sayur yang telah rosak, daun kering, rumput, jerami, ranting
dan najis haiwan dan lain-lain boleh dijadikan kompos. Kosnya adalah sangat minimum kerana
hanya menggunakan bahan terbuang. Ia juga terdapat dijual di pasaran dan harganya murah.

Gambar 5: Baja Kompos

2.6 Meletakkan sungkupan


Tujuan sungkupan dilakukan adalah untuk mengurangkan masalah:

1. Hakisan tanah di batas


2. Rumpai
3. Kehilangan air dalam tanah
4. Kenaikan suhu tanah

Bahan yang biasa digunakan untuk membuat sungkupan ialah:

1. Plastik
2. Pelepah kelapa
3.Daun pisang
4. Jerami padi

Gambar 6: Sungkupan menggunakan plastik

Gambar 7: Sungkupan daun pisang (menggantikan pelepah kelapa)


2.7 Pemilihan Sayuran
Sebelum proses menanam sayuran, tinjauan perlu dilakukan bagi memilih sayuran
yang bakal ditanam mengikut kepada permintaan yang tinggi selain penjagaan yang mudah.

Sayura

Sayura

daun

buah

Sayura
n jenis
ubi/aka
r

Sayura
n jenis
kekaca
ng

Sayuran di dunia ini dapat


kepada empat jenis,
ndibahagikan
jenis
n iaitu;
jenis

Walau bagaimanapun, sayuran yang menjadi pilihan saya untuk ditanam adalah dari
jenis daun. Hal ini kerana sayuran ini menjadi kegemaran atau menu utama dalam hidangan
makanan rakyat Malaysia. Sebagai contoh, kailan dan kangkung acap kali di dengar dalam
menu masakan di gerai-gerai restoran pada waktu malam. Menu sayuran berkenaan yang
dimasak bersama belacan, ikan masin, dan goreng begitu sedap sehingga menjadi kegemaran
ramai. Selain dipasarkan, sayuran ini juga bakal saya gunakan sebagai santapan sehari-hari
saya. Tambah pula, sayuran jenis daun juga adalah sayur kegemaran saya sekeluarga
Sayuran jenis daun ini merupakan sayuran yang diambil dan dimakan pada bahagian
daunnya. Batang sayuran ini lazimnya mempunyai batang yang lembut. Contoh kepada
sayuran ini adalah;

Sawi

Bayam

Kangkung

2.8 Pemilihan Biji Benih


Pemilihan biji benih sayuran ini penting supaya kadar pertumbuhan biji benih adalah
tinggi. Antara sifat biji benih yang baik adalah;

i) Cukup matang
Biji benih yang matang diambil daripada buah yang
cukup matang.

ii) Bernas

Biji benih yang cukup berisi untuk percambahan anak


benih.

iii) Bebas daripada penyakit

Biji benih sihat dan tidak ada tanda penyakit.

iv) Bebas daripada perosak


Tidak ada tanda perosak seperti biji benih berlubang
atau berulat.
Sayuran dari jenis daun mempunyai biji benih jenis yang halus. Jenis biji benih ini
membezakannya dengan cara penyemaiannya.

Gambar 8: Biji benih sayur kailan yang elok

Gambar 9: Biji benih yang rosak

Gambar 10: Biji benih sawi yang elok

2.9 Menyemai Biji Benih


Biji benih yang berbeza jenis mempunyai cara penyemaian yang juga berlainan. Berikut
adalah cara penyemaian biji benih halus dalam menghasilkan sayuran berkualiti tinggi.

i) Buat alur di permukaan batas. Jarak antara alur ialah 10cm hingga 20cm dan
dalamnya 2 hingga 3 cm.

ii) Campurkan biji benih dengan pasir halus dengan nisbah 2:7 atau 1:5 (2 bahagian
biji benih dan 7 bahagian pasir halus.

iii) Tabur biji benih yang telah dicampur dengan pasir halus pada alur batas.

iv) Timbus dengan sedikit medium.

v) Tutup batas dengan sungkupan.

vi) Siram hingga lembap.

Gambar 11: Menyemai biji benih

2.10 Menyiram Sayuran Dengan Kaedah dan Kuantiti Yang Sesuai


Sayuran jenis daun yang telah ditanam perlukan air mencukupi untuk membesar dengan
subur dan sihat. Penyiraman air dalam kuantiti yang cukup serta kaedah yang tepat akan
menjamin kepada penghasilan sayuran berkualiti tinggi. Oleh itu, sayuran yang telah ditanam ini
perlu disiram secukupnya. Penyiraman dilakukan bertujuan untuk;
1. Melembapkan tanah supaya akar tidak rosak dengan
haba panas.
2. Melarutkan nutrien supaya mudah diserap oleh akar
sayuran.

3. Memastikan sayuran mendapat air yang secukupnya.

Menyiram hendaklah dilakukan sebanyak 2 hingga 3 kali sehari. Jika cuaca terik dan
panas, siraman dilakukan sebanyak 3 kali. Sebenarnya, ia bergantung kepada cuaca pada hari
tersebut. Lazimnya, siraman 2 kali akan dilakukan iaitu pada waktu pagi dan petang. Jika hari
hujan, pokok sayuran tidak perlu disiram. Air yang berlebihan dikhuatiri akan menyebabkan
kepada pembiakan kulat.
Alat penyiraman yang digunakan juga perlulah sesuai. Ia mesti mempunyai muncung
yang halus bagi mengawal kawalan air yang keluar. Air yang terlalu kuat akan menyebabkan
sayuran menjadi rosak, tercabut atau baja terkeluar daripada batas.
Siraman yang dilakukan juga mestilah cukup bagi memastikan air sampai ke bahagian
akar pokok. Jika siraman kurang, sayuran akan tidak subur dan akan menjadi layu. Hal ini pasti
akan menjejaskan kualiti sayuran tersebut.

Gambar 12: Menyiram tanaman

2.11 Membuat Penjarangan Dan Menyulam


Biji benih yang disemai akan bercambah menjadi anak benih. Pertumbuhan anak benih
ini mungkin ada yang jarang dan ada juga yang terlalu rapat. Anak benih yang tumbuh terlalu
rapat perlu dilakukan penjarangan.
Penjarangan ialah mencabut atau mengubah kedudukan anak benih yang tidak
dikehendaki agar tumbuh tidak terlalu rapat. Anak benih yang tidak dikehendaki dan perlu
dicabut adalah kerana;

i) Kurang
subur

ii) Berpenyakit

iii) Tumbuh
terlalu rapat

Penjarangan akan menjamin pokok sayuran yang hidup mendapat nutrien, cahaya
matahari, air dan ruang cukup untuk hidup dengan subur. Keadaan pertumbuhan sayuran yang
optimum akan menghasilkan sayuran yang berkualiti.
Menyulam pula adalah proses menggantikan anak benih yang rosak, mati atau tidak
sihat dengan anak benih yang lebih sihat dan subur. Biji benih yang tidak bercambah juga perlu
disulam dengan anak benih yang baharu. Sekiranya proses menyulam anak benih yang tidak
subur dan mati tidak dilakukan, ia akan mengurangkan hasil kerana sayuran mati, sayuran yang

dihasilkan tidak bermutu kerana tidak subur serta merugikan penggunaan batas kerana
terdapat ruang yang kosong yang tidak ditanam.
2.12 Merumput dan Membaja
Proses merumput dilakukan bertujuan membuang atau membersihkan rumpai pada
batas tanaman. Sedia maklum, pertumbuhan rumpai akan menggunakan nutrien yang
diperlukan oleh sayuran di atas batas. Akibatnya sayuran akan tumbuh tidak subur kerana
terpaksa bersaing dengan rumpai dalam mendapatkan nutrien.
Tujuan merumput adalah:

1) Mengelakkan persaingan antara rumput dengan tanaman sayuran.


2) Memusnahkan tempat pembiakan perosak.
3) Menjadikan kawasan batas sentiasa bersih.
4) Mengawal pertumbuhan rumpai.
Memastikan sayuran mendapat nutrien, air dan cahaya matahari yang
cukup.

Gambar 13: Contoh aktiviti


merumput

Gambar 14: Kawasan tanaman dipenuhi rumpai

Gambar 15: Kawasan batas yang bersih

2.13 Membaja
Membaja bertujuan untuk membekalkan nutrien kepada pokok sebagai makanan. Baja
yang mencukupi akan membolehkan pokok hidup subur dan akan mengeluarkan hasil yang

banyak. Di samping hasil yang banyak, kualiti sayur juga bermutu. Baja yang sering digunakan
adalah baja organik dan baja kimia (bukan organik).
Baja organik adalah hasil daripada reputan benda hidup seperti sisa tumbuhan atau
najis haiwan yang reput. Contoh baja organik yang boleh digunakan ialah najis ayam, najis
kambing, najis lembu dan najis arnab. Baja organik juga boleh diperoleh dalam bentuk cecair.

Gambar 16: Baja najis kambing

Gambar 17: Baja cecair organik


Baja kimia pula selalunya disebut sebagai baja N.P.K. Baja ini dirujuk sebagai N.P.K
kerana mengandungi unsur nitrogen, fosforus dan kalium. Juga disebut sebagai baja sebatian.
Baja ini adalah baja yang lengkap untuk tumbesaran sayur-sayuran bagi menghasilkan sayuran
berkualiti. Walaupun ia adalah baja yang paling baik, namun penggunaannya dalam jangka
masa yang panjang akan menyebabkan kesan buruk kepada alam sekitar. Oleh itu, saya lebih

untuk memilih baja jenis organik kerana ia natural dan lebih selamat berbanding penggunaan
baja N.P.K.

Gambar 18: Baja N.P.K


2.14 Mengawal perosak
Sepanjang proses tumbesaran sayuran, sudah pasti akan ada halangan yang perlu
ditempuhi. Halangan yang dimaksudkan adalah serangan daripada haiwan perosak dan juga
penyakit. Serangan haiwan perosak dan penyakit akan menjejaskan kualiti dan kuantiti sayuran
yang dihasilkan.
Lazimnya, perosak akan menyerang bahagian akar, daun, batang, pucuk dan beberapa
bahagian lain. Serangan perosak dapat dikenal pasti apabila terdapat daun-daun sayuran yang
berlubang-lubang. Jenis perosak yang menyerang sayuran jenis daun yang ditanam ialah:

Ulat Plutella ulat jalur

Ulat ratus

Gambar : Kesan serangan perosak pada daun sayuran

Gambar 19: Serangan ulat pada daun sayuran

Cara untuk mengawal haiwan perosak yang merosakkan sayuran jenis daun ini iaitu
dari jenis ulat adalah dengan:

1) Kutip

2) Memusnah

3) Menyembur
racun

Gambar 20: Mengutip serangga perosak

Gambar 21: Menyembur racun pengawal haiwan perosak

Selain haiwan perosak, penyakit juga menyumbang kepada tahap kualiti sayuran yang
rendah. Tanaman yang terkena penyakit akan rosak seterusnya mati. Antara penyakit yang
menyerang ialah:
Penyakit
1) Reput akar
2) Lecuh anak benih

Pengawalan
- Menggunakan benih yang tahan penyakit.
- Mengurangkan siraman dan menyembur

3) Bintik daun

racun kulat.
- Menyembur racun kulat, membuat tanaman
bergilir

dan

memusnahkan

terkena penyakit.

pokok

yang

Gambar 22: Sayuran diserang penyakit reput akar

Gambar 23: Sayur diserang penyakit bintik daun

2.15 Pemungutan Hasil


Pemungutan hasil dilakukan apabila sayuran telah mencapai tahap kematangannya.
Peringkat kematangan sayuran jenis daun yang hendak ditanam berbeza antara satu sama lain.
Biasanya kematangan sayuran ditentukan berdasarkan rupa bentuk, ciri fizikal dan pengiraan
hari dari mula ditanam. Walau bagaimanapun, penentuan peringkat matang sayuran

berdasarkan pengiraan hari akan menjadi pilihan kerana ia dering dijadikan panduan dalam
proses memungut hasil sayuran.
Berikut merupakan jadual pemungutan hasil sayuran jenis daun yang hendak ditanam:
Sayuran
1) Sawi hijau
2) Sawi putih
3) Kailan
4) Bayam
5) Salad
6) Pak Choy

Tempoh Matang (Hari)


30-35
30.35
45-50
25-30
30-35
30-35

1) Pengumpulan
Sayuran yang dipungut akan dikumpulkan di tempat yang sesuai.

2) Pemilihan / membuat pengasingan


Proses mengasingkan sayuran rosak, layu dan busuk daripada sayuran yang baik.

3) Membersih dan membasuh


Sayuran jenis daun perlu dibersihkan dengan air bersih. Jangan rendam terlalu lama.

4) Pengeringan
Dilakukan selepas proses membasuh bagi mengeluarkan lebihan air di permukaan.
2.16 Mengendalikan Hasil Lepas Tuai
5) Penggredan.
Mengendalikan hasil lepas tuai perlu dijalankan dengan berhati-hati dan teratur untuk

Digred
elakkan
sayuran
daripada
Proses
mengendalikan
hasil lepas
mengikut
ruparosak.
bentuk,
warna,
kematangan, besar,
berattuai
danadalah:
sebagainya. Memudahkan
pemasaran.
6) Menimbang dan membungkus
Sayuran dibungkus untuk mengelakkan rosak ketika diangkut. Membungkus dengan plastik
atau surat khabar mengelakkan sayuran bergeser dengan bekas.
Penyimpanan
Penyimpanan yang betul akan dapat mengekalkan mutu sayuran dalam jangka masa panjang.
Disimpan di tempat khas dengan suhu tertentu.

Gambar
24: Proses
pemilihan
dan pengasingan
Gambar
25: Proses
membungkus
sayuran sayuran

Gambar 26: Sayuran yang sudah siap dibungkus

RUJUKAN
Asiah Ab. Rahman, Faizah Bt. Ismail & Daud Bin Kamsany. (2006). Kemahiran Hidup Tahun 5;
Panduan Guru, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Anne Novelle. (2008). Baja Organik Baja Mesra Alam. Diakses pada 9 Ogos 2014 di URL
http://bajaorganikzie.blogspot.com/.

Faizah Binti Ismail. (2007). Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Tahun 6. Kuala Lumpur;
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Iskandar Ab. Rashid. (2012). Makhluk Perosak Ulat Sawi dan Kawalan Biologi. Diakses pada 5
Ogos 2014 di URL http://www.tanamsendiri.com/2012/01/makhluk-perosak-ulat-sawidan-kawalan.html.
jeBateja. (2010). Jom Membuat Baja Organik ( HomeMade )... Diakses pada 9 Ogos 2014 di
URL http://jebateja.blogspot.com/2010/12/jom-membuat-baja-organik-homemade.html.
Krulz.

(2010).

Malaysia

Best

Farm.

Diakses

pada

Ogos

2014

di

URL

http://malaysiabestfarm.blogspot.com/2010/07/projek-cili-merah-king-kulai-salam.html.
M

Anem.

(2012).

Penyakit

Sawi.

Diakses

pada

Ogos

2014

di

URL

http://animhosnan.blogspot.com/2012/08/penyakit-sawi.html.
Neeja Zawawi. (2012). Mini Kebun In Da Making. Diakses pada 7 Ogos 2014 di URL
http://neejashamiza.blogspot.com/2012/04/mini-kebun-in-da-making.html.
Noor Liyana. (2013). Teknik-teknik Penjagaan Tanaman Hidup Subur. Diakses pada 4 Ogos
2014

di

URL

http://seribupilihan.blogspot.com/2013/02/teknik-teknik-penjagaan-

tanaman-hidup.html.
Yaakub Amir. (1991). Kemahiran Hidup Bersepadu Elektif Tingkatan 1. Kuala Lumpur; Tropical
Press Sdn. Bhd.
Zubir Yaakob. (2012). 6.3 Penjagaan Anak Pokok. Diakses pada 11 Ogos 2014 di URL
http://kht1k1.wordpress.com/nota-pembelajaran/bab-6-tanaman-hiasan/penjagaananak-pokok-2/.

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai