Anda di halaman 1dari 17

1.

0 PENGENALAN
Perkataan Islam adalah merupakan kata nama kerja yang berasal daripada kata akar
tiga konsonan s-l-m, dan diterbitkan daripada kata kerja bahasa Arab iaitu Aslama,
yang membawa bermaksud "untuk merelakan, menyerah atau tunduk (kepada Tuhan)."
terdapat satu lagi perkataan yang diterbitkan daripada akar yang sama iaitu salam ()(
yang

bermaksud

'sejahtera'. Dengan

itu,

perkataan

Islam

membawa

maksud

penyerahan dan penundukan kepada Allah, dan para Muslim harus membuktikan perihal
ini dengan cara menyembah-Nya, menurut perintah-Nya, dan mengelakkan perbuatan
syirik yang dilaknat. Ayat lain menghubung islam dan din (lazimnya diterjemahkan
sebagai "agama" atau "cara hidup") iaitu "Hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu
agamamu (dn) dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan
Islam itu menjadi agama kamu." Manakala ada pula yang menggambarkan Islam
sebagai perbuatan kembali kepada Allah; lebih dari hanya penyataan pengesahan
keimanan.
Islam merupakan agama samawi yang terkandung dalam al-Quran. Setiap orang
islam iaitu muslim percaya bahawa Allah itu Esa dan tujuan hidup yang utama adalah
untuk menyembah Tuhan iaitu Allah S.W.T. Agama islam adalah universal dan syumul.
Ia meliputi segala aspek kehidupan seperti amalan hidup seharian, kehidupan
bermasyarakatan, pemakanan, perbankan, jihad, zakat, dan banyak lagi hal lainnya.
Segala garis panduan kehidupan telah dinyatakan dan terkandung di dalam kitab suci
umat islam iaitu Al-Quran. Oleh itu layaklah dikatakan bahawa islam adalah agama yang
cukup sempurna.
Islam juga merupakan agama yang paling berpengaruh di Afrika dan Timur Tengah
serta di bahagian besar Asia. Komuniti agama ini sebahagian besarnya ditemui di China,
Semenanjung Balkan di Eropah Timur, dan Rusia. Dikira sekitar 20 peratus muslim
mendiami negara-negara Arab, 25 peratus di Asia Selatan, dan 13 peratus lagi di
Indonesia iaitu negara Muslim terbesar mengikut perkiraan populasinya. Oleh kerana
terdapat sekitar 1.57 bilion orang Muslim atau 23 peratus penduduk dunia, hal ini telah
menjadikan Islam sebagai agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian dan dikira
sebagai agama yang paling pesat berkembang di dunia.

2.0 APA ITU ISLAMOPHOBIA?

Sekiranya dirujuk dan diperhatikan di dalam media massa dan saluran yang lain, istilah
lain yang hampir sama dengan Islamofobia juga digunakan bagi merujuk kepada
fenomena kebimbangan atau fobia kepada Islam. Istilah seperti Muslim radicalization,
anti-Muslim hate crime, anti-Islamic phenomena, xenophobia dan religiously based
hate crimes juga sering kali digunakan. Namun, Islamofobia masih menjadi istilah yang
lebih popular dan ianya kini diterimapakai secara meluas di akhbar, majalah, media
elektronik dan lain-lain saluran.
Hari ini, wujudnya istilah kontroversi iaitu Islamophobia yang merujuk kepada
prasangka dan diskriminasi pada umat Islam. Istilah ini telah lama digunakan tetapi kian
menjadi lebih popular setelah terjadinya insiden serangan 11 September 2001.
Perkataan Islamophobia wujud buat pertama kalinya pada tahun 1922 dalam sebuah
essai yang ditulis oleh seorang orientalis yang bernama Etienne Dinet dalam karyanya
yang berjudul LOrient vu delOccident (Muhammad Qobidl `Ainul Arif, 2012).
Kemudian, istilah itu menjadi umum yang digunakan pada tahun 1990an untuk
mendefinisikan perlakuan diskriminasi yang diterima oleh umat islam di Eropa Barat.
Badan Amanah Runnymede telah mentakrifkan Islamophobia sebagai rasa takut dan
benci terhadap agama Islam lalu mewujudkan rasa takut dan tidak suka kepada orang
Islam ataupun Muslim. Islamophobia juga merujuk kepada amalan mendiskriminasi
orang Islam dengan cara mengasingkan mereka daripada kegiatan ekonomi, sosial dan
kehidupan bermasyarakatan.
Selain itu, istilah Islamophobia juga termasuk dalam persepsi bahawa seolah-olah
Islam mempunyai nilai yang berbeza dengan budaya yang lainnya, iaitu lebih rendah
daripada

nilai

barat

dan

juga

mempunyai

ideologi

politik

yang

ganas

dan

membahayakan masyarakat yang lain. Terdapat pelbagai suara dan pendapat yang
menyatakan bahawa peningkatan kecenderungan masyarakat terhadap Islamophobia
sebahagiannya tercetus akibat daripada serangan 11 September, iaitu serangan yang
melibatkan Amerika Syarikat dengan orang Islam yang dituduh pengganas. Sementara
itu, terdapat juga pendapat yang mengaitkan islamophobia dengan kehadiran orang

Islam yang kian meningkat di negara barat.

Pada Mei 2002, European Monitoring Centre on Racism and Xenophobia (EUMC), iaitu
merupakan satu pertubuhan pemantau Kesatuan Eropah, telah mengeluarkan sebuah
laporan yang bertajuk Summary report on Islamophobia in the EU after 11 September
2001. Laporan ini telah menggambarkan peningkatan insiden yang mengaitkan perihal
Islamophobia di negara Eropah setelah berlakunya tragedi 11 September 2001. Pada
tahun 2001 juga terdapat satu forum yang mengisytiharkan satu deklarasi yang
antaranya meletakkan Islamophobia sebagai suatu perkara yang melanggar nilai-nilai
asas manusia (Wikipedia, 2015). Rasisme, diskriminasi kaum, antisematisme,
islamophobia, xenophobia, diskriminasi, keganasan dan pembunuhan berkait orientasi
seks, dan apa sahaja bentuk sikap yang tidak bertoleransi adalah dikira sebagai
melanggar nilai-nilai asas manusia dan mengancam kebebasan masyarakat.
Istilah Islamophobia ini juga sama dengan fahaman antisemitisme yang wujud pada
tahun 1881 iaitu sikap permusuhan atau syak wasangka terhadap kaum Yahudi. Kaum
ini pada ketika itu telah dianiaya dan diseksa atas nama agama, etnik, dan ras. Peristiwa
yang terkenal dalam antisemitisme adalah ideologi yang diwujudkan oleh seorang
penghasut dan wartawan yang bernama Wilhelm Marr, iaitu seorang warganegara
Jerman. Ideologi jahat ini kemudiannya dikembangkan lagi oleh Adolf Hitler sehingga
menyebabkan permusuhan yang hebat tehadap kaum Yahudi di Eropa. Xenophobia
yang bermaksud kebencian terhadap hal asing kini telah diarahkan kepada imigran
Muslim terutama di Eropa. Sentimen anti-Muslim juga telah diangkat oleh beberapa
pihak yang terlibat untuk meraih dukungan suara.
Setelah berlakunya peristiwa 11 September 2001, negara-negara Islam dan umat
Islam seluruh dunia telah dianggap berbahaya dan berkemungkinan mampu untuk
menjadi pengganas pada masa-masa yang tidak diduga. Kawalan ketat juga diwujudkan
di setiap pintu masuk Amerika Syarikat terhadap orang kebanyakkan yang beragama
islam. Kesannya lagi, pelancong yang beragama Islam yang hendak memasuki Amerika
Syarikat juga mengalami masalah sukar untuk memasuki negara tersebut kerana
disebabkan oleh sifat prasangka negara barat itu terhadap orang Islam yang telah
dilabel sebagai pengganas global.

Secara umumnya Islamofobia ini merujuk kepada rasa fobia atau kebimbangan
terhadap Islam sama ada pada penganutnya, ajarannya, budayanya dan apa sahaja yang
berkaitan dengan Islam. Menurut Pelapor Khas PBB, Islamofobia bermakna suatu
permusuhan dan ketakutan tidak berasas terhadap Islam dan akibat ketakutan atau
kebencian pada orang Islam atau majoriti daripada mereka. Pentakrifan yang hampir
sama diberikan oleh Laporan Commission on British Muslims and Islamofobia yang
menyatakan bahawa ianya merujuk kepada dread or hatred of Islam and, therefore, to
fear or dislike all or most Muslimsatau irrational fear of Islam or anti-Muslim racism
and continuation of anti-Asian and anti-Arab racism. Melalui pentakrifan ini, dapatlah
disimpulkan bahawa Islamofobia ini merujuk kepada persepsi negatif terhadap Islam
dalam bentuk diskriminasi pelbagai yang dimotivasikan oleh ketakutan dan kebimbangan
terhadap Islam atau umat Islam.
2.1 SERANGAN 11 SEPTEMBER 2001

Mahu tidak mahu, sememangnya tidak dapat dinafikan peristiwa keruntuhan menara
Pusat Perdagangan Dunia di New York pada 11 September 2001 telah menjadi pencetus
utama kepada fenomena Islamofobia. Tambahan lagi, kejadian pembunuhan yang
melibatkan lebih 120 orang mati di Paris baru-baru ini memburukkan lagi keadaan
Islamofobia masyarakat antarabangsa kepada Islam. Peristiwa ini telah memberikan
kesempatan yang meluas kepada ramai pihak terutamanya musuh Islam untuk terus
memberikan gambaran buruk terhadap Islam. Bahkan telah terdapat gerakan secara
teratur dan dibiayai sepenuhnya oleh pihak tertentu untuk mempromosi dan dan
menyebarkan propaganda mengenai Islamofobia kepada masyarakat dunia.
14 tahun setelah tragedi 11 September 2001, masih segar diingatan mengenainya.
Peristiwa ini merupakan tragedi yang menjadi salah satu pencetus ke arah keganasankeganasan lain seperti peperangan Afganistan, Iraq, Palestin, Mesir dan lain-lain.
Serangan 11 September ataupun yang lebih dikenali sebagai 9/11 adalah merupakan

serangan udara yang terjadi ke atas World Trade Centre, Amerika Syarikat dan adalah
salah satu keganasan global yang menjadi igauan ngeri bagi penduduk dunia terutama
sekali bagi keluarga penduduk Amerika Syarikat yang telah terlibat dan terkorban dalam
serangan tersebut.
Sedikit kronologi kejadian 9/11; serangan itu telah berlaku pada awal pagi 11 September
2001. Seramai 19 orang perampas telah mengambil alih pengemudi empat buah
pesawat penumpang komersil yang sedang dalam perjalanan ke San Francisco dan Los
Angeles daripada Boston, Newark, dan Washington. (Jenayah & keganasan global,
2013). Pada detik 8:46 pagi penerbangan 11 American Airlines telah dihempaskan ke
dalam Menara Utara World Trade Centre, yang kemudiannya disusuli oleh penerbangan
175 United

Airlines yang merempuh Menara Selatan pada 9:03 pagi. Tidak cukup

dengan itu, sekumpulan lagi perampas telah menerbangkan penerbangan 77 American


Airlines ke dalam Pentagon pada 9:37 pagi, dan penerbangan 93 United Airlines telah
terhempas berhampiran dengan Shanksville, Pennysylvania pada jam 10:03 pagi.
Sasaran utama penerbangan 93 adalah sama ada bangunan Kapitol atau Rumah Putih
namun usaha untuk meruntuhkan Rumah Putih telah gagal.
Setelah dikira-kira, terdapat lebih kurang 2996 orang terbunuh iaitu termasuk 19
orang perampas dan 2977 orang mangsa. Berikut merupakan taburan korban; 246
orang di keempat-empat pesawat, 2606 orang di Bandar Raya New York, di dalam
menara berkembar dan atas tanah, dan 125 orang di bangunan Pentagon. (Jenayah &
Keganasan Global, 2013). Kesemua mangsa yang terkorban dalam kejadian ini
merupakan orang awam kecuali 55 orang kakitanan tentera yang terbunuh dalam
serangan di Pentagon. Beberapa minggu setelah peristiwa 9/11 terjadi, bilangan korban
dianggarkan melebihi 6000 orang. Namun begitu, pihak bandaraya hanya mampu untuk
mengenal pasti identiti mayat untuk 1600 mangsa di World Trade Centre. Lebih kurang
10 000 cebisan tulang dan tisu tidak dikenal pasti yang tidak dapat dipadankan dengan
senarai mangsa korban juga telah dikumpulkan oleh pejabat pemeriksa perubatan.

3.0 PANDANGAN MASYARAKAT DUNIA MENGENAI ISLAMOPHOBIA

Islamophobia sebenarnya terjadi melalui pembentukan persepsi negatif masyarakat yang


diracuni fakta yang tidak tepat atau kurang lengkap kemudian diapi-apikan pula lagi
dengan propaganda dan gerakan yang memburukkan imej Islam itu sendiri termasuklah
sikap oleh segelintir orang Muslim yang semakin meningkatkan lagi persepsi negatif
terhadap Islam. Jika dirujuk kepada kajian yang telah dijalankan, laporan dan maklumat
mengenai keganasan jenayah, persepsi umum mengatakan bahawa Muslim amat sinonim
dengan terrorism padahal ianya sangat tidak tepat. Terdapat fakta yang membuktikan
bahawa keganasan juga telah dilakukan oleh penganut agama selain daripada Islam.
Sebagai bahan bukti, Federal Bureau Investigation, United States telah menyimpan data
mengenai serangan pengganas di Amerika sepanjang tahun 1980-2005.

Fakta yang

disimpan rapi oleh pihak FBI ini telah mengesahkan bahawa serangan pengganas di
Amerika telah didominasikan oleh golongan Latino ataupun nama lainnya pengganas
daripada Amerika Selatan seperti Mexico, Colombia, dan lain-lain iaitu 42% diikuti oleh
Extreme Left Wing Groups 24% dan lain-lain 16% (Zulkifli Hasan, 2013).
Bahkan pengganas Yahudi telah mewakili 7% yang menunjukkan golongan yahudi
adalah golongan yang lebih ramai melakukan keganasan berbanding dengan Muslim.
Data ini secara jelasnya membuktikan bahawa diskriminasi dan fenomena Islamophobia
yang berlaku di dunia ini hanyalah berdasarkan persepsi semata-mata dan bukanlah
realiti. Tambahan pula Muslim hanya mewakili sekelompok kecil pengganas dan adalah
tidak signifikan berbanding dengan pengganas yang lainnya. Menurut kajian yang
dijalankan oleh The Pew Forum on Religion and Public Life mengenai Islamophobia di
Amerika, fenomena diskriminasi terhadap Muslim adalah sangat tinggi. Didapati bahawa
enam daripada sepuluh iaitu sebanyak 58% telah bersetuju bahawa diskriminasi yang
telah dilakukan ke atas Muslim mempunyai kebarangkalian yang amat tinggi. Hal ini

telah disahkan oleh kajian yang dijalankan oleh USA Today Gallup Poll dan telah
mendapati bahawa rakyat Amerika mengakui mereka mempunyai prejudis kepada orang
Muslim iaitu kira-kira empat daripada sepuluh atau 39%. Maka dapat dikatakan bahawa
berdasarkan fakta ini telah terbuktilah bahawa persepsi yang mengatakan bahawa Islam
itu mempromosikan keganasan dan amat sinonim dengan jenayah awam adalah sangat
tidak tepat serta bercanggah dengan fakta dan realiti yang jelas terpamer.
3.1 ISLAMOPHOBIA DI EROPA
Islamophobia sangat memberi kesan terhadap kehidupan umat Islam khususnya
terhadap mereka yang menetap di benua Eropa dan Amerika. Umat Islam disana tidak
dapat menjalankan kewajiban yang telah ditetapkan ke atas mereka dengan selamat
dan selesa sepertimana yang dialami oleh umat Islam di negara yang lain. Pellbagai
halangan dan dugaan yang tertimpa ke atas umat Islam seperti larangan memakai hijab
atau tudung di kepala bagi wanita Muslim di Perancis pada tahun 2004 dengan alasan
melanggar undang-undang negara iaitu larangan penggunaan simbol agama di tempattempat awam. Selain itu, umat Islam juga disukarkan lagi kehidupan mereka dengan
cara diabaikan ketika hendak mendapatkan kebenaran untuk pembangunan tempat
ibadah seperti masjid atau surau sehingga menyebabkan kekurangan bangunan dan
kelengkapan ibadah mereka, apatah lagi masjid merupakan tempat berkumpul utama
bagi umat Islam untuk solat berjemaah, memberi ceramah agama, dan mengaji alQuran. Seorang Duta besar Uni Eropa untuk Indonesia dan Brunei iaitu Julian Wilson
mengatakan bahawa sebuah kajian telah dilakukan pada Mei 2009 dan hasilnya
menunjukkan bahawa setiap seorang daripada tiga responden Muslim mengalami
diskriminasi yang berkait dengan Islamophobia.
Hari ini, detik ini Islam sedang berkembang dengan sangat pesat di negara Eropa,
namun begitu pesatnya perkembangan Islam diikuti dengan perkembangan ideologi
Islamophobia yang tidak kurang pesatnya. Setelah pelbagai tragedi dan hasutan, kini
Islam telah menjadi sebuah agama yang ditakuti oleh orang barat. Islam juga telah
dilabel sebagai agama yang berhaluan kiri dan segelintir Muslim dianggap sebagai
terroris yang berbahaya. Tidak kurang itu, Islam juga dikatakan sebagai satu agama
yang gemar akan peperangan dan kekejaman. Padahal apabila dilihat dari sudut
pandang ajaran Islam, peperangan hanya diperbolehkan dengan tujuan membela diri

dan agama. Setelah rakyat Switzerland bersepakat dan membuang undi untuk
mengharamkan

pembinaan

sebarang

masjid

di

negara

Eropa

itu,

sentimen

Islamophobia dinegara-negara Eropa yang lain mulai menunjukkan taringnya. Bermula


dengan kejutan yang dilakukan oleh Wilders yang terlibat dalam pembuatan filem antiIslam berjudul Fitna. Filem itu telah melakukan banyak fitnah dan tohmahan tidak
berasas terhadap Islam. Kemudian, Wilders tidak berhenti hanya pada filem Fitna
namun terus membuat agenda anti-Islam yang lain.
Gelombang anti-Islam dan sikap tidak bertoleransi terhadap agama kini semakin
meningkat dan memburuk di Eropa terutama sekali di Jerman dan Perancis. Hal ini
kerana, terdapat kumpulan yang cuba untuk menghangatkan lagi perasaan benci
terhadap Islam. Parti politik berhaluan kanan di Eropa terus-terusan mengeksploitasi
pelbagai isu berkaitan Islam sehingga mencetuskan konflik agama di beberapa negara
di benua tersebut. (AgendaDaily, 2016)
Bukan itu sahaja, para pemimpin negara Eropah seperti Perancis, Belgium,
Sepanyol, Belanda, dan Switzerland dikhabarkan sudah sekian lama mengamalkan
sikap diskriminasi secara terang-terangan terhadap penduduk Islam di sana. Kemudian,
sentimen Islamophobia semakin meluas apabila berlakunya serangan bom dan
tembakan rambang yang dilancarkan oleh pelampau berhaluan kanan iaitu Anders
Behring Breivik yang telah meragut lebih kurang 80 nyawa mereka yang tidak bersalah
di Oslo, Norway pada Julai 2011. Tinjauan yang telah dilakukan ke atas beberapa
negara di Eropah juga telah menunjukkan bahawa kebanyakan responden dan pihak
media memberikan tanggapan negatif terhadap kebudayaan dan orang Islam.
Pertubuhan

Hak

Asasi

Manusia

Antarabangsa,

Amnesty

International

pernah

mendedahkan beberapa kesan diskriminasi terhadap orang Islam melalui laporan


Choice and Prejudice; Discrimination Againts Muslims in Europe pada 2012
(AgendaDaily, 2016).
Pakar isu diskriminasi Amnesty, Marco Perolini telah melaporkan bahawa wanita
Islam tidak mendapat pekerjaan kemudian kanak-kanak perempuan tidak dibenarkan
sama sekali untuk menghadiri sekolah hanya kerana mereka memakai hijab dikepala
sebagai lambang keagamaan dan menutup aurat. Selain itu, pekerja lelaki yang
berjanggut juga telah dipecat sewenang-wenangnya hanya kerana penampilan

seumpama itu telah dikatakan mewakili umat Islam yang beriman dengan agamanya.
Tambah Marco Perolini lagi Perancis, Belgium dan Belanda telah gagal melaksanakan
undang-undang yang tepat untuk melarang sebarang bentuk diskriminasi dalam sektor
pekerjaan yang telah melibatkan ramai orang tidak bersalah terutamanya mereka yang
beragama Islam (AgendaDaily, 2016). Sehingga hari ini, penindasan ke atas penduduk
Islam di Eropah terus-terusan berleluasa dan media Barat pula sering mengambil
kesempatan untuk memburukkan lagi imej Islam yang sememangnya semakin
memburuk serta mengaitkan Islam dengan keganasan sehingga kesemua orang Islam
dianggap terroris yang cintai keganasan dan peperangan walhal dalam Islam
peperangan tidak dibolehkan kecuali untuk mempertahankan agama dan maruah.

3.2 ISLAMOPHOBIA DI MALAYSIA


Walaupun Malaysia adalah negara Islam yang majoriti penduduknya adalah beragama
Islam, namun Islamophobia tetap berlaku dalam kalangan masyarakat ini. Hal ini
membuktikan bahawa Islamophobia mampu berkembang dengan suburnya tidak kira
tempat selagi ia tidak diatasi dan dibendung melalui program-program yang berkesan
merawat persepsi negatif tersebut. Islamofobia di Malaysia berlaku dalam pelbagai
bentuk yang kadang kala sangat halus sehingga tidak mampu dikesan oleh masyarakat.
Sebagai contoh, parti politik DAP sedang bekerjasama dengan parti PAS namun masih
tetap tidak bersetuju dengan cadangan perlaksanaan hukum hudud yang dibawa oleh
ajaran Islam. Hal ini diperkuat lagi dengan kenyataan keras daripada Dato Seri Chua Soi
Lek yang secara terang-terangan menghina undang-undang Islam (Zulkifli Hasan, 2013).
Bukan itu sahaja, terdapat juga pemimpin agama lain yang telah menghina Islam iaitu
dengan cara menganggap undang-undang Islam iaitu hudud adalah sangat kuno dan
bodoh. Selain itu, beberapa akhbar tempatan harian juga pernah bersikap kurang hormat
terhadap Islam iaitu dengan cara menerbitkan gambar yang sangat sensitif kepada umat
Islam contohnya seperti masakan daging khinzir dalam Ramadhan Delights di akhbar
The Star.
Selain itu, terdapat juga kes-kes penghinaan terhadap Islam melalui media sosial
seperti Facebook dan Twitter yang semakin hari semakin menjadi-jadi sehingga sukar

dibendung. Islamophobia di Malaysia juga turut dizahirkan dalam bentuk lain iaitu
dengan cara menafikan hak berpakaian muslim dalam pertandingan renang di sebuah
kompleks sukan di Selangor. Kes lain adalah kes yang melibatkan kakitangan sebuah
hotel terkemuka di tanah air yang ditamatkan perkhidmatannya hanya kerana beliau
memakai tudung dan menutup aurat. Beberapa insiden seperti ini boleh diklasifikasikan
sebagai Islamophobia.

4.0 FAKTOR-FAKTOR WUJUDNYA ISLAMOPHOBIA


Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan terjadinya salah faham terhadap agama
islam sehingga dianggap sebagai agama yang kejam dan terdiri daripada orang-orang
ganas yang diistilahkan sebagai terroris. Sebuah kajian telah dilakukan oleh Henk
Dekker dan Jolanda van der Noll yang bertajuk Islamophobia and Its Origins; A study
Among Dutch Youth terhadap 580 orang remaja di Belanda pada tahun 2006 lalu telah
mengesahkan

bahawa

terdapat

54%

daripada

responden

adalah

mempunyai

pandangan negatif mengenai Islam dan Muslim. Kajian ini telah mendapati bahawa
terdapat faktor luaran dan faktor dalaman yang telah menyebabkan persepsi negatif
bukan Islam dan seterusnya meningkatkan rasa bimbang atau benci terhadap Islam
atau umat Islam.

4.1 FAKTOR LUARAN


4.1.1 PENGHIJRAHAN
Penghijrahan orang Islam ke negara majoriti bukan Islam merupakan antara faktor
terjadinya Islamofobia. Kemunduran ekonomi dan masalah kesempitan hidup di negara
asal memaksa ramai umat Islam untuk berhijrah ke negara maju lain untuk mendapatkan
hidup yang lebih selesa dan selamat. Situasi ini telah menyebabkan persaingan peluang
pekerjaan kepada rakyat yang mendiami negara itu dan juga telah menyebabkan mereka
merasa taraf ekonomi mereka telah tergugat. Tambahan pula, terdapat segelintir umat

10

Islam yang berhijrah ke negara itu telah melakukan pelbagai jenayah dan tidak
menghormati budaya negara itu. Ini adalah antara faktor yang menyebabkan masyarakat
di negara itu telah memandang serong kepada orang Islam sehingga akhirnya memandang
imej Islam sebagai sesuatu yang sangat negatif dan berbahaya.
4.1.2 KURANG ILMU PENGETAHUAN DAN PENDEDAHAN ISLAM
Selain itu, kejahilan dan kurang pengetahuan orang bukan Islam juga dilihat antara punca
Islamofobia. Hal ini terjadi kerana sistem pendidikan yang sedia ada tidak mempunyai
aspek khusus untuk mendedahkan masyarakat dengan sebarang ajaran Islam. Oleh itu,
dengan kekurangan ilmu mengenai ajaran Islam seawal peringkat kanak-kanak sehingga
remaja dan dewasa, ia akhirnya menyebabkan Islam dilihat sebagai sesuatu yang
menggugat gaya hidup masyarakat lain dan Islam adalah ajaran yang ganas termasuklah
mempromosikan ketidakadilan terutama apabila ia melibatkan hak-hak kaum wanita.
Masyarakat lain memandang ketetapan hukum wajib dalam memakai pakaian menutup
aurat itu sebagai ketidakadilan kepada wanita kerana wanita Muslim akhirnya tidak dapat
mempamerkan kecantikan diri dan tubuh badan di khalayak ramai serta terpaksa
kelihatan kolot berbanding penganut agama lain.
4.1.3 PENGARUH MEDIA DAN GERAKAN ISLAMOPHOBIA
Media massa sememangnya membawa pengaruh yang amat kuat dalam membentuk
persepsi masyarakat. Apatah lagi kebanyakkan media telah dikuasai oleh pihak yang
bersifat prejudis kepada Islam. Sudah pasti mereka akan menggunakan saluran ini untuk
menanamkan perasaan bimbang dan benci terhadap Islam dan Muslim. Perasaan ini
diapi-apikan lagi dengan wujudnya gerakan Islamophobia yang telah mendapat
pembiayaan lumayan oleh pihak-pihak tertentu. The Center for American Progress
melaporkan terdapat tujuh yayasan yang telah membayar sebanyak USD42 juta untuk
menanamkan ketakutan dan kebimbangan serta kebencian kepada Muslim di Amerika. Di
antara badan yang membiayai gerakan Islamofobia ini ialah Donors Capital Fund,
Richard Mellon Scaife Foundations, Lynde and Harry Bradley Foundation, Newton
D. dan Rochelle F. Becker Foundations and Charitable Trust, Russell Berrie

11

Foundation, Anchorage Charitable Fund, William Rosenwald Family Fund and


Fairbrook Foundation (Zulkifli Hasan, 2013). Dilaporkan juga bahawa Salman Rushdie
telah dibayar sejumlah 850 ribu pound sterling untuk menghasilkan buku Satanic Verses
yang diterbitkan oleh penerbitan Viking.
4.2 FAKTOR DALAMAN
Berbeza dengan faktor luaran, faktor dalaman lebih merujuk kepada Islamofobia yang
berpunca daripada sikap, amalan, budaya, perlakuan umat Islam itu sendiri. Kelemahan
dan kesilapan serta keganasan yang dilakukan segelintir umat Islam juga telah
menyebabkan persepsi masyarakat yang serong terhadap Islam.

4.2.1 KELEMAHAN PENYEBARAN MAKLUMAT


Antara punca terjadinya Islamophobia adalah disebabkan kelemahan dan kurangnya
penyebaran maklumat yang jelas mengenai Islam. Kebanyakkan media yang ada telah
dimiliki oleh bukan Islam dan sering kali Islam disalah tafsir oleh masyarakat kerana
media telah memberikan liputan yang negatif. Bukan itu sahaja, didapati juga bahawa
media tidak memiliki maklumat yang tepat mengenai keganasan yang dilakukan oleh
agama lain bahkan mereka juga tidak mempunyai data yang lengkap mengenai negara
Islam yang menjadi mangsa keganasan akibat daripada Islamophobia. Terdapat juga
beberapa media yang dimiliki oleh institut Islam tetapi pada hakikatnya mereka kurang
efisyen dan kurang berjaya menampilkan tayangan-tayangan dan program-program yang
mampu memperbetulkan persepsi negatif masyarakat terhadap Islam.
5.0 LANGKAH MENGATASI ISLAMOPHOBIA
Islamophobia tidak boleh didiamkan begitu sahaja. Isu ini perlu diselesaikan dan
ditangani dengan segera. Namun, langkah yang diambil harus dengan sangat berhati-

12

hati kerana cara yang salah boleh menyebabkan Islam lebih dilihat sebagai agama yang
ekstrim dan radikal. Penyelesaiannya bukan dengan cara memberontak, demonstrasi di
sana sini, keganasan, dan menangkap golongan yang tidak bersalah sebagai tebusan.
Penyelesaiannya juga bukanlah dengan cara melakukan pengeboman berani mati
terhadap pihak-pihak yang tidak terlibat dengan isu Islamophobia seperti yang banyak
telah berlaku di negara-negara luar. Isu Islamophobia harus diatasi dengan cara yang
berdiplomasi. Orang Islam perlu memperkenalkan kepada masyarakat umum mengenai
Islam. Hal ini kerana, Islamophobia lahir dek kerana kebencian dan kejahilan barat
kepada Islam. Prinsip kebebasan bersuara dan melahirkan pendapat yang diagungagungkan oleh mereka juga menambahkan lagi kebencian tersebut.
Kesemua orang Islam perlu tampil ke hadapan sehingga mampu dipandang oleh
masyarakat dunia dan bersuara untuk menjelaskan kebenaran yang jelas agar
kebencian dan kejahilan mereka dapat dikalahkan. Para cendekiawan Islam dari agama
Islam itu sendiri harus bersuara dan melakukan penjelasan yang teliti dan menyeluruh
dalam bidang agama ini. Penulisan artikel-artikel dan buku-buku bidang agama oleh
para cerdik pandai agama juga patut ditingkatkan lagi. Jangan biarkan Bernard Lewis,
Philip K. Hitti, William Montgomery Watt, Maxime Rodinson dan Karen Armstrong yang
mempengaruhi dunia Islam. Orang Islam sendiri perlu lebih pro-aktif di dalam membuat
penjelasan tentang Islam. Islam memerlukan lebih ramai lagi cerdik pandai Islam yang
lantang bersuara seperti Dr. Yusuf al-Qaradawi, Dr. Bilal Philips, Dr. Ingrid Mattson,
Yvonne

Ridley

dan

Tariq

Ramadan

(Banafsaj

Sibawaih,

2009).

Kemudian, kaedah menangani Islamophobia yang seterrusnya adalah dengan cara


mengadakan dialog terbuka yang menerangkan bahawa al-Quran bukanlah kitab yang
mengandungi ayat-ayat mengenai peperangan semata-mata tetapi terdapat berbagai
ayat lain yang terkandung di dalamnya. Maksud-maksud ayat al-Quran yang menyentuh
mengenai jihad juga perlu diberi penjelasan khusus agar golongan bukan Islam tidak
terus menerus menakuti agama dan orang Islam.
Selain itu, masalah ekstremisme agama juga perlu dikawal dan diselesaikan. Hal ini
tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ia boleh menjadi racun yang mampu
membunuh umat Islam yang lainnya. Ia perlulah dilakukan dengan cara membasmi
salah faham terhadap maksud dari ayat-ayat al-Quran yang berkenaan dengan perang

13

dan jihad. Penjelasan yang mendalam tentang tafsir ayat-ayat tersebut mestilah
ditekankan kepada masyarakat Islam. Ajaran dan kepercayaan itu sendiri bukanlah
sesuatu yang membahayakan namun apa yang lebih membahayakan ialah cara
bagaimana ianya boleh disalahgunakan oleh sesetengah pihak untuk kepentingan
mereka sendiri contohnya seperti pemimpin-pemimpin yang melihat kekerasan sebagai
satu alternatif yang mudah atau oleh orang-orang terdesak yang tidak dapat melihat
cara

lain

lagi

yang

(Kamarulzaman

dapat

digunakan

untuk

menyelesaikan

masalah

Askandar,

2006).

Pemupukan semangat mencintai kedamaian, saling bertolak ansur sesama manusia


dan saling kasih mengasihi juga harus ditanam di dalam jiwa masyarakat Islam. Hal ini
kerana agama Islam adalah merupakan agama yang sangat menitikberatkan
kedamaian, keamanan dan toleransi. Islam telah sekian lama mengajarkan kita agar
sentiasa bertoleransi terhadap mereka yang bukan beragama islam apatah lagi kepada
mereka yang beragama Islam iaitu saudara kita sendiri. Islam mengajarkan toleransi
dalam semua peringkat: peringkat individu, kumpulan dan negara (Muzammil Siddiqi,
2006).

6.0 Kesimpulan
Islamofobia bukanlah fenomena baru di alaf ini. Islamofobia telah lama berlaku sejak
zaman awal perkembangan Islam di mana pada waktu itu Islam dipandang sebagai
sesuatu ajaran yang asing bagi penduduk Mekah. Fakta ini disokong oleh sepotong hadis
Rasullulah Sallallahualaihiwasallam diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud:
Islam bermula sebagai (sesuatu yang) asing dan akan kembali menjadi (sesuatu yang)
asing seperti awalnya. Maka berbahagialah orang-orang yang asing itu. (Sahih Muslim,
Hadis 145, Bab Iman)
Hadis ini secara jelas membuktikan bahawa Islam juga akan digambarkan dengan
pelbagai perkara yang negatif sepertimana ianya terjadi ketika awal dakwah Rasulullah.
Persepsi melihat Islam sebagai ajaran yang asing dan tidak sesuai dengan budaya, hak

14

asasi manusia dan nilai-nilai murni adalah perkara yang telah dijangkakan oleh
Rasulullah. Hadis ini memberikan tanggungjawab kepada umat Islam untuk berusaha
memperbetulkan persepsi ini dan seterusnya meletakkan Islam itu di tempat yang
sepatutnya serta difahami oleh masyarakat.
Berdasarkan kepada manifestasi dan implikasi Islamofobia kepada kehidupan,
mental, fizikal dan sosio ekonomi umat Islam, usaha-usaha ke arah menangani isu ini
perlu digembleng secara berhikmah dan berterusan. Inisiatif bersepadu melalui kerjasama
di setiap peringkat menerusi jaringan kerja yang mantap akan dapat memastikan usaha
mengatasi Islamofobia dapat dicapai. Segala gerakan, usaha, inisiatif dan program ini
merupakan salah satu cabang jihad demi menegakkan Islam di muka bumi ini. Bagi
memastikan setiap usaha dakwah ini mencapai matlamatnya, istiqamah, iltizam dan itqan
merupakan konsep yang sewajarnya dijadikan teras utama.

7.0 REFLEKSI
Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Tamadun Islam dan Tamadun Asia
(TITAS) ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya
sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama
rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang sejarah tamaduntamadun asia dan islam secara terperinci lagi. Saya juga mula merasai kepentingan
matapelajaran TITAS ini terhadap diri saya kerana saya dapatbelajar asal usul serta
perkembangan tamadun agama saya sendiri. Contohnya melalui pencarian maklumat
berkaitan dengan TITAS dalam sub tajuk sumbangan tamadun, saya begitu teruja dalam
meneliti dan membaca setiap ilmu yang bagi saya amat bernilai ini. Melalui segala
pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin Allah s.w.t, saya

15

akan praktikan sebaik mungkin dan akan saya turunkan ilmu ini kepada para pelajar
nanti.
Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan
terus bermanfaat kepada para pelajar. Selain itu, melalui proses membuat tugasan kerja
kursus pendek ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan
hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi, bekerjasa sama, dan
disiplin antara pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat di tingkatkan melaui
proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan
sahsiah

rakan-rakan

dan

cara

pengajaran

pensyarah

dan

hal

ini

sekaligus

mengukuhkan hubungan dua hala kami. Tambahan pula, pengalaman berinteraksi


bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakantugasan ini membolehkan saya
memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat
melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untukmenjadi
seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah
dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya
memperbaikikelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi
pada masa hadapan.
Selain itu, saya juga telah mendapat ilmu baru mengenai islamophobia yang
sebenarnya sudah lama menapak dalam pemikiran manusia yang telah tersalah anggap
mengenai islam. Jika sebelum mendapat tugasan ini saya tidak terlalu mengambil kisah
mengenai isu ini, sekarang saya sudah mengambil tahu mengenainya. Saya menjadi
tertarik dengan kisah-kisah yang menyebabkan wujudnya islamophobia. Banyak laman
web dan buku telah saya rujuk untuk membuat pembacaan lanjut. Akhirnya, saya suka
untuk mengkaji mengenai hal ini untuk mendapatkan jawapan bagi setiap persoalan
yang muncul di fikiran saya.
Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek
TITAS ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih
mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk
menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan
sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

16

17