Anda di halaman 1dari 6

Anatomi dan Fisiologi Mata

Mata adalah organ pancaindera manusia yang amat penting. Ia adalah yang kompleks dan mata
adalah satu struktur yang rumit yang melaksanakan pelbagai tugas. Ia menerima dan menghantar
beribu mesej visual dalam masa seminit, secara automatik menyesuaikan kanta kepada keadaan
cahaya yang berubah-ubah, menumpukan cahaya masuk dan menghasilkan cecair sendiri untuk
pelinciran, pembersihan dan melawan jangkitan (The New Wellness Encyclopedia, 1995).
Keupayaan manusia melihat adalah bergantung kepada beberapa struktur didalam bola mata.
Kefungsian mata adala sama seperti fungsi sebuah kamera. Setiap bahagian mata mempunyai
fungsi yang tertentu untuk membolehkan kita melihat. Imej yang yang t erhasil pada mata akan
terus dihantar ke otak untuk ditafsirkan (Norshidah Mohd Salleh, 2012).
Secara kasarnya mata adalah berbentuk sfera, bergaris pusat 25 milimeter (lebih kurang 1 inci),
berisi padu kira-kira 65 sentimeter padu dan beratnya kira-kira 7 gram. Mata manusia terletak
pada rongga tulang tengkorak iaitu dikenali juga sebagai rongga mata atau rongga orbital
(Shahrin Ismail, 1997)
Struktur mata mempunyai tiga lapisan utama iaitu lapisan luar, lapisan tengah dan lapisan dalam.
Ketiga-tiga lapisan atau tunik ini terdapat bahagian-bahagian yang penting yang saling berkait
rapat diantara satu sama lain.

Lapisan Luar berperanan untuk perlindungan bahagian bola mata yang lain daripada tekanan
dan benda keras yang boleh menyebabkan kecederaan pada mata.5/6 bahagian posteriornya
adalah berwarna putih (sklera) dan 1/6 bahagian anteriornya adalah transparen dan bentuknya
melengkung (kornea).
Kornea
Kornea adalah sebahagian daripada sklera. Ia merupakan bahagian bola mata yang paling
anterior dan juga tingkap bagi mata. Selain itu, ia juga adalah lapisan bening yang lutsinar.
Kornea membolehkan cahaya menembusi dan mempunyai kemampuan untuk membiaskan
cahaya untuk masuk ke dalam mata. Ia membantu untuk mendapatkan kadar penglihatan yang
lebih baik dan jelas kepada individu yang tidak mempunyai masalah penglihatan pada bahagian
kornea tersebut. Kerosakan kecil pada kornea boleh mnyebabkan kerosakan yang sangat serius.
Sklera
Skleraadalah mata putih yang kelihatan pada setiap mata. Ia melekat longgar pada koroid oleh
tisu areolar berpigmen tapi melekat kuat pada badan siliari. Sklera terdiri daripada tisu kolagen
yang padat. Ia kelihatan putih disebabkan oleh pembalikan cahaya banyak berlaku pada
permukaan serat yang lutsinar, walaubagaimanapun keadaan ini tidak selalunya begitu.

Lapisan Tengah terdiri daripada salur-salur darah dan otot. Lapisan ini membekalkan makanan
dan pada lapisan ini juga mengandungi iris dibahagian anteriornya dan koroid dibahagian
posteriornya.
Koroid
Koroid adalah lapisan diantara sklera dan retina. Koroid adalah bahagian terbesar dari tunik
pertengahan. Koroid bermula dari saraf optic dibahagian belakang dan bersambung ke korpus
silari di bahagian depan. Lapisan koroid merupakan lapisan berpigmen yang mengandungi
banyak kapilari darah dan bewarna gelap. Ianya berfungsi untuk membekalkan makanan dan
oksigen ke dalam retina.
Badan siliari
Badan siliari adalah bahagian paling tebal pada uvea. Ianya terdiri daripada susunan otot-otot
halus yang dikawal oleh sistem saraf automatic. Badan siliari berfungsi menarik kanta melalui
ligament gantung yang bersifat kenyal dan lutsinar. Tarikan tersebut akan menyebabkan bentuk
mata berubah dan dimodifikasikan serta diakomodasikan mengikut keperluan. Sebagai contoh
untuk melihat objek jauh dan dekat supaya dapat dilihat dengan jelas.
Iris
Iris merupakan bahagian tunik vascular mata yang paling depan. Ia adalah bahagian berwarna
pada mata dan dibasahi dengan cecair yang dinamakan aqueour humour iaitu gelemair pada
kedua-dua belah permukaan. Iris mempunyai pigmen melanin yang menentukan warna bagi
mata. Untuk orang yang berkulit putih warna mata adalah biru kerana pigmen melanin pada
bahagian iris posterior kelihatan berwarna biru. Manakala untuk orang yang gelap dan
mempunyai lebih banyak pigmen warna iris mereka akan berwarna kelabu dan coklat. Bagi
orang yang menghidap penyakit albinism, iris mereka tidak mempunyai pigmen dan mata
mereka akan kelihatan berwarna merah kerana lapisan darah didalam salur darah koroid boleh
dilihat. Iris terdiri dari otot-otot sirkular dan radial yang terdapat pada anak mata. Fungsi otot ini
adalah untuk mengawal saiz anak mata apabila cahaya masuk kedalam anak mata. Kuantiti
cahaya yang mencukupi sangat penting untuk hasilan ketajaman penglihatan.
Lapisan Dalam terdiri daripada retina yang mengandungi pigmen rodopsin (sel rod) dan
iodopsin (sel kon).
Retina
Retina adalah lapisan yang paling dalam letaknya dan lapisan tunik yang bersaraf yang dikenali
sebagai nervous tunic. Apabila kerosakan berlaku pada bahagian retina, maka kerosakan itu
akan kekal dan tidak dapat dipulihkan seperti asal. Retina adalah satu struktur penting dimana
kepekaan cahaya berlaku dan ianya adalah sebahagian sistem saraf pusat iaitu otak. Imej yang
terfokus pada retina akan dihantar dalam bentuk impuls elektrik kebahagian penglihatan otak
oleh saraf optic. Retina mempunyai sel rod dan sel kon. Sel rod adalah sel penerima untuk
penglihatan di siang hari. Ia juga dikenali sebgai penglihatan skotopik. Sel rod ini adalah sel

yang paling banyak dimata manusia. Manakala sel kon pula adalah sel yang sensitif pada cahaya
dan ianya terkumpul pada fovea. Ini adalah untuk penglihatan gelap. Ia juga dikenali sebagai
penglihatan fotopik. Sel kon juga bertanggungjawab untuk penglihatan warna. Selain daripada
yang disebutkan tadi, titik buta adalah bahagian yang tidak mempunyai sel-sel penglihatan.
Sekiranya imej terfokus pada titik ini, tiada sebarang imej akan terbentuk.
Lain-lain bahagian mata:
Kelopak mata
Kelopak mata adalah struktur yang trdapat dibahagian anterior bola mata. Ia adalah amat penting
untuk perlindungan mata dari benda tajam, peluh, benda asing dan sebagainya.. Kelopak mata
mempunyai kefungsian untuk terbuka dan tertutup. Kelopak mata atas bebas bergerak
berbanding dari kelopak mata yang bawah. Dibahagian kelopak mata ini terdapat bulu mata
dipinggirannya. Kelopak mata atas mempunyai 100 urat bulu manakala kelopak mata bawah
mempunyai 50 urat bulu. Kelopak mata ini akan tertutup setiap 16 detik untuk membasahi mata
supaya tidak kering.
Cairan Lakrima (Airmata)
Air mata terhasil dari saliran kelenjar lakrimal, salur lakrimal dan pundi lakrimal. Fungsi air
mata adalah untuk perlindungan daripada jangkitan bakteria. Lisosom dan laktoferin bertindak
sebagai antibakteria. Selain itu, fungsinya juga adalah untuk optikal. Ianya penting untuk
mempertahankan kesempurnaan permukaan kornea dan mata tidak menjadi kering.
Gelemaca (Vitreous Gel)
Glemaca adalah cecair jernih dan separuh pepejal. Ia bersifat lembut dan mengandungi gelatine
yang berkaca tanpa warna yang mengisi 4/5 bahagian rongga bola mata. Cecair glemaca ini
berfungsi untuk memelihara bola mata yang berbentuk sfera dan tetap. Selain itu, ia juga bersifat
lutsinar untuk memudahkan cahaya untuk menembusinya dan berbentuk sfera. Sekiranya berlaku
pendarahan pada bahagian ini, maka penglihatan akan terjejas dan terhalang.
Kanta Kristalin
Kanta kristalin merupakan satu struktur yang lutsinar. Pada kanta ini tidak mempunyai bekalan
darah. Bekalan oksigen datangnya dari gelemaca dan gelemair. Kanta kristalin dibentuk oleh
sejumlah lamina yang sepusat. Kanta kristalin menjadi lebih keras apabila meningkat dewasa dan
kurang kenyal. Apabila ini berlaku, keupayaan untuk melihat objek yang lebih dekat akan
berkurang. Juga, ketika meningkat usia, kanta kristalin akan menjadi kurang dan keladak akan
terbentuk yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami katarak. Selain itu, proses
akomodasi juga akan berkurang semasa usia meningkat dan keadaan ini boleh menyebabkan
individu tersebut mengalami masalah rabun yang dikenali sebagai presbiopia.
Anak Mata (Pupil)

Anak mata merupakan lubang yang terdapat diselaput iris. Anak mata adalah sangat penting
kerana ia membolehkan cahaya masuk ke dalam bola mata secara reflex. Saiz anak mata akan
berubah-ubah mengikut keperluan dan situasi. Bagi situasi gelap, akan mata akan membesar dan
akan mengecil untuk situasi yang terang. Perubahan anak mata ini adalah sangat penting dalam
diagnosis klinikal. Tindakan anak mata membesar dan mengecil adalah tindakan spontan dan
automatik mengikut keadaan sekitaran dan situasi penglihatan digunakan.

Otot Mata
Terdapat tujuh otot ekstrinsik yang ada diluar bola mata. Antaranya ialah rektus medial, rektus
lateral, rektus superior, rekrus inferior, oblik inferior, oblik superior dan levator palpebrae
superioris. Otot oblik adalah otot yang terpendek dan berfungsi untuk elevasi. Manakala otot
superior pula adalah otot paling panjang. Sekiranya berlaku kerosakan pada otot-otot ini, orang
tersebut akan mengalami masalah juling dan proses untuk fokus akan terganggu dan tidak boleh
melihat objek dengan jelas.
Saraf Optik
Saraf optik merupakan kumpulan saraf yang bersambung ke otak. Ada dua saraf optik yang
menyalurkan maklumat penglihatan dari mata ke otak. Dua saraf tersebut bertemu dan
membentuk optic chiasma dibahagian otak. Fungsi saraf optic adalah untuk menghantar
maklumat kepada otak mengenai dengan objek yang dilihat. Walaubagaimanapun, jika ada
kerosakan berlaku pada satu bahagian mata maka mata tidak akan dapat berfungsi dengan baik
dan saraf optik tidak boleh menghantar maklumat ke otak.
Penglihatan malam (bahasa Inggris: night vision) adalah kemampuan untuk melihat baik dalam
arti dengan kemampuan biologis atau teknologi dalam lingkungan gelap. Kemampuan
penglihatan malam dapat dicapai dengan menggunakan dua pendekatan yaitu meningkatkan
batas spektrum gelombang yang dapat dilihat atau meningkatkan kemampuan untuk melihat
intensitas cahaya yang kurang. Pada pendekatan pertama, kemampuan penglihatan mata manusia
dibatasi hanya pada batasan tertentu dalam gelombang elektromagnetik yang disebut cahaya
tampak. Dengan meningkatkan batas spektrum gelombang cahaya yang dapat dilihat, pengamat
dapat melihat sumber-sumber cahaya tidak tampak seperti gelombang inframerah atau ultraungu.
Pendekatan yang kedua, pengamat diberi kemampuang untuk melihat cahaya walaupun dalam
intensitas kecil. Hal ini dapat dicapai dengan menggunakan teknologi image intensifier.
Mata adalah alat indra kompleks yang berevolusi dari bintik-bintik peka sinar primitive
pada permukaan golongan invertebrate. Dalam bungkus pelindungnya, mata memilki lapisan
reseptor, system lensa yang membiaskan cahaya ke reseptor tersebut, dan system saraf yang
menghantarkan impuls dari reseptor ke otak.
Sebelum kita membahas tentang mekanisme penglihatan, sebaiknya kita sudah memahami
bagian-bagian dari organ mata ini yaitu :

Struktur-struktur utama pada mata dapat dilihat pada gambar di atas. Membrane mukosa yang
transparan dan tipis yang membungkus permukaan posterior kelopak mata (konjungtiva
palpebralis) dan permukaan anterior sclera (konjungtiva bulbaris) adalah konjungtiva.
Konjuntiva bersambungan dengan kulit pada tepi kelopak (persambungan mukokutan) dan
dengan epital kornea di limbus. Lapisan pelindung luar bola mata, yaitu sclera, di modifikasi di
bagian anterior untuk membentuk kornea yang tembus pandang, dan akan dilalui berkas sinar
yang akan masuk ke mata berfungsi memfokuskan benda dengan cara refraksi dengan tebal
0,5mm. Di bagian dalam sclera terdapat koroid, lapisan yang banyak mengandung banyak
pembuluh darah yang memberi makan struktur-struktur dalam bola mata. Lapisan di dua pertiga
posterior koroid adalah retina, jaringan saraf yang mengandung sel-sel reseptoryang peka
terhadap cahaya, yaitu sel batang dan kerucut; fungsi sel batang terutama untuk penglihatan
dalam gelap dan sel kerucut terutama untuk penglihatan warna. Di sekitarnya terdapat daerah
cekung yang berukuran 0,25 mm yaitu fovea sentralis yang ditengah-tengahnya terdapat macula
lutea (bintik kuning).
Lensa kristalina adalah suatu struktur tembus pandang yang mempunyai dua permukaan dengan
jari-jari kelengkungan 7,8mm, berfungsi memfokuskan objek pada berbagai jarak. Lensa
difiksasi oleh ligamentum sirkular lensa (zonula zinii). Zonula melekat di bagian anterior koroid
yang menebal, yang di sebut korpus siliaris. Korpus siliaris mengandung serat-serat otot
melingkar dan lungitodinal yang melekat dekat dengan batas korneosklera. Di depan lensa
terdapat iris yang berpigmen dan tidak tembus pandang, yaitu bagian mata yang berwarna. Iris
mengndung serat-serat radial yang melebarkan pupil. Perubahan garis tengah pupil dapat

mengakibatkan perubahan sampai 5 kali lipat dari jumlah cahaya yang mencapai retina jadi
fungsinya mengatur cahaya yang masuk. Apabila cahaya terang pupil menguncup dan
sebaliknya.
Ruang antara lensa dan retina sebagian besar terisi oleh zat gelatinosa jernih yang disebut korpus
vitreus ( vitreous humor ). Aqueous humor, suatu cairan jernih yang memberi makan kornea dan
lensa, dihasilkan di korpus siliaris melalui proses difusi dan transport aktif dari plasma. Cairan
ini mengalir melalui pupil untuk mengisi kamera okuli anterior (ruang anterior mata). Dalam
keadaan normal, cairan ini diserap kembali melalui jaringan trabekula masuk kedalam kanalis
schlemm, suatu saluran venosa di batas antara iris dan kornea. Mata dalam penjalaran listrik nya
ke otak disampaikan olen nervus opticus.

Anda mungkin juga menyukai