Anda di halaman 1dari 3

Penulisan Jurnal Minggu 1

(24/1/2016 - 28/1/2016)
Masalah
Minggu ini merupakan minggu pertama saya menjalani praktikum fasa 3 di SK
Kampung Raja. Saya telah diberi jadual untuk mengajar RBT untuk kelas
4B1,4B2,4C dan 4D manakala subjek Sejarah untuk kelas 4C dan 5B1. Sepanjang
minggu ini, saya hanya sempat masuk ke kelas 5B1 untuk mengajar subjek Sejarah
disebabkan peperiksaan TOV yang dilangsungkan dari Isnin sehingga Rabu. Kelas
5B1 merupakan kelas yang paling cemerlang dalam semua kelas Tahun 5 sekolah
ini. Ia telah mengandungi 37 orang pelajar yang mencapai keputusan cemerlang
dalam peperiksaan akhir tahun pada tahun lepas. Oleh itu, setiap orang murid dalma
kelas ini mempunyai asas yang kukuh dalam pembelajaran.
Dalam PdP ini, saya telah mengadakan sesi suai kenal dengan murid-murid
kelas ini dengan memperkenalkan diri dan juga meminta setiap orang murid untuk
berbuat demikian. Selepas itu, saya telah mengambil sedikit masa untuk membuat
ulangkaji semula topik 1 yang diajar oleh gurunya pada minggu lepas. Tujuan saya
berbuat demikian adalah untuk melihat tahap pembelajaran murid-murid kelas ini
sama ada mereka masih ingat pengajaran yang diberikan pada minggu lepas.
Melalui pemerhatian saya, saya dapati bahawa murid-murid kelas ini amat
cerdik dan cepat faham tentang apa yang disampaikan oleh guru. Mereka dapat
mengingat sesuatu perkara yang diajar dalam masa yang singkat. Selain itu, mereka
juga amat memberi tumpuan dalam kelas. Walaubagaimanapun, saya dapati muridmurid kelas ini agak pasif. Mereka jarang menyatakan pendapat mereka ataupun
menjawab soalan saya secara volunteer. Keadaan ini berlaku pada permulaan PdP
tetapi keadaan semakin berubah semasa hujung PdP. Terdapat beberapa orang
murid yang sudi menjawab soalan yang dilontarkan dan menyatakan pendapat
mereka tentang soalan tersebut. Keadaan PdP secara dua hala semakin efektif dan
meransang pemikiran murid-murid dalam kelas ini.

Analisis Masalah
Keadaan murid yang pasif semasa permulaan kelas berlaku mungkin
disebabkan oleh dua punca. Pertama, murid-murid agak takut dengan guru baru.
Mereka masih tidak berani untuk bercakap depan guru baru. Kedua, mereka
mungkin agak berasa asing dengan cara pengajaran saya hanya dengan bercakap
dan melontarkan soalan. Cara pengajaran guru mereka yang lepas mungkin
menggunakan kaedah yang lebih seronok.
Keadaan ini mempunyai sedikit perubahan semasa hujung PdP mungkin
disebabkan murid-murid sudah mula membina hubungan dengan guru baru dan
mereka sudah dapat menangkap cara pengajaran guru yang agak baru untuk
mereka. Oleh itu, mereka telah cuba untuk mengikut pengajaran guru baru tersebut.
Selepas PdP ringkas ini, saya dapati bahawa Sejarah bukan satu subjek yang
senang diajar walaupun ia tidak mempunyai peperiksaan dalam UPSR. Sejarah
memerlukan banyak kaedah pengajaran yang kreatif dan inovatif supaya dapat
menangkap hati murid-murid. Perhatian murid dalam kelas amat penting untuk
subjek ini.
Cadangan
Saya harus mencari lebih banyak teknik yang boleh digunakan di dalam
proses PdP selain daripada Chalk and Talk. Contohnya, saya boleh menayangkan
video dalam kelas untuk mengantikan slot pengajaran saya sendiri. Aktiviti ini dapat
menarik minat murid kerana mereka dapat mendengar suara orang lain selain
daripada suara saya sepanjang masa.
Saya harus lebih kreatif dalam mencari idea untuk mengajar. Hal ini supaya
saya dapat menarik perhatian pelajar di dalam kelas dan saya sendiri tidak bosan
untuk mengajar.

Saya perlu banyak membaca buku terutamanya buku tentang

perancangan pengajaran supaya dapat mencari lebih banyak idea yang kreatif
dalam PdP saya. Selain itu, saya perlu belajar cara untuk mengaplikasikan teknik
baharu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya pengaplikasian
maka kualiti PdP saya dapat ditingkatkan.

Tempoh Penyelesaian
Tempoh yang ditetapkan adalah selama seminggu iaitu : 31/1/2016 - 4/2/2016
Tindakan Susulan
Selepas ini, saya harus mempelbagaikan kaedah pengajaran saya dalam
kelas. Kaedah pengajaran saya asalnya lebih tertumpu pada pengajaran
berpusatkan guru dan murid, tetapi selepas ini saya akan mencuba untuk
menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan bahan iaitu bahan-bahan ICT, bahan
BBM dan lain-lain. Saya akan merujuk kepada guru Sejarah yang mengajar kelas ini
untuk mengubahsuai kaedah PdP saya. Saya juga akan berbincang dengan guruguru di sekolah ini supaya memberi peluang kepada saya untuk memerhatikan
proses PdP mereka di dalam kelas. Peluang ini akan membantu saya untuk
menimba sebanyak yang mungkin ilmu daripada pengalaman guru sekolah ini.
Selain itu, saya juga harus sentiasa mengubah perancangan pengajaran saya
supaya berbeza-beza dalam masa yang singkat. Aktiviti yang dirancangkan harus
berubah-ubah seperti station game, aktivtii berkumpulan ataupun pertandingan quiz.
Dengan ini, saya dapat sentiasa menarik minat murid untuk masuk ke kelas saya
dan memberi tumpuan yang sepenuhnya kerana mereka akan sentiasa menantinantikan aktiviti yang saya jalankan sepanjang PdP.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, masalah ini boleh diatasi dengan membuat
pelbagai rujukan dari pelbagai sumber. Justeru, saya juga boleh mengambil contoh
daripada guru-guru yang lebih berpengalaman dalam bidang pendidikan. Saya juga
akan memastikan saya akan mengambil persediaan yang lebih awal supaya dapat
melahirkan idea kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid
adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara pada masa
akan datang. Maka, setiap masalah yang berlaku ada penyelesaiannya, terpulanglah
kepada guru itu sendiri untuk mengatasinya. Tuntasnya, saya akan cuba
menggunakan idea yang berbeza setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.