Anda di halaman 1dari 1

2.

0 PERYATAAN MASALAH
Tajuk Kajian ini ialah Kadar inflasi dan indeks harga pengguna sektor
pengangkutan Malaysia dari tahun 2006 higga 2012. Tujuan kajian ini adalah untuk
mengetahui arah aliran kadar inflasi sektor pengangkutan di malaysia dari tahun 2006
hingga 2012 sama ada sentiasa menigkat atau tidak konsisten. Selain itu, kajian ini
juga untuk mengenalpasti hubungan antara kadar inflasi sektor pengangkutan di
Malaysia dengan indeks harga pengguna sektor pengangkutan di Malaysia dari tahun
2006 hingga 2012.
Sebagai sebuah negara yang membangun masalah inflasi harus dikawal dengan
baik. Apabila berlaku inflasi dalam sektor pengangkutan seperti penyelarasan tingkat
harga umum petrol akan menyebabkan kuasa beli isi rumah merosot dan kos sara
hidup akan meningkat. Apabila kos sara hidup meningkat, kualiti dan kuantiti
barangan yang dimiliki semakin berkurangan dan menjejaskan taraf hidup
masyarakat. Inflasi mempunyai hubungan sonsang dengan nilai wang. Apabila kadar
inflasi tinggi, nilai wang atau kuasa beli wang akan merosot dan permintaan wang
oleh masyarakat akan bertambah untuk mengekalkan taraf hidup sebelum inflasi.
Keadaan ini cenderung menaikkan lagi tingkat harga umum dalam ekonomi. Masalah
inflasi dan kos sara hidup yang tinggi dapat dikawal apabila masyarakat bertindak
dengan bijak dalam pengurusan kewangan mereka.

Anda mungkin juga menyukai