1954 Mohd Hoessein Enas, Idris Salam, Zakariah Noor dan kumpulan telah membentuk Majlis
Kesenian Melayu. Kumpulan ini telah menghasilkan karya-karya yang menonjolkan imej figuratif
Melayu. Kumpulan ini akhirnya dikenali dengan Angkatan Pelukis SeMalaysia
The Thursday Art Group ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun 1957 dengan tujuan
memeprkenalkan konsep-konsep baru, mengadakan kelas-kelas melukis, sesi perbincangan
dan pameran
The Penang Art Teachers Council yang ditubuhkan pada tahun 1952, dihidupkan semula oleh
Tay Hooi Keat dan nama kumpulan ditukar kapada The Penang Art Teachers Circle (1965)
Majlis Kesenian yang ditubuhkan pada 1952 memberi sokongan, menjaga, dan menggiatkan
aktiviti-aktiviti dalam pelbagai bidang seni dengan bantuan kerajaan.
Kumpulan-kumpulan dan organisasi seni yang ditubuhkan dalam tahun 1950-an memainkan
peranan yang penting dalam proses perkembangan seni lukis Malaysia pada peringkat
permulaannya
Menjelang kemerdekaan seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan kaum di
Malaysia. Persepsi masyarakat terhadap seni telah mula berubah: Seni daripada taraf rendah
(kedaerahan) meningkat ke peringkat antarabangsa.
Hasil pembangunan dan kesedaran tentang pendidikan, di tahun-tahun kebelakangan ramai
pelukis-pelukis tanah air menerima pendidikan seni secara formal di dalam dan luar Negara
1958 Balai Seni Lukis di tubuhkan. Ianya memberi sokongan amat bermakna daripada
kerajaan kepada pelukis-pelukis menambahkan keyakinan mereka.
1960 Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) ditubuhkan. Guru-guru berminat di bidangn seni
diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui kursus sepenuh masa selama satu tahun. Mereka
yang menunjukkan bakat yang besar dihantar untuk berkursus penuh masa / melanjutkan
pengajian di luar negara. Usaha kerajaan telah melahirkan sekumpulan guru seni yang lebih
mahir dan luas pengetahuannya di bidang pendidikan seni.
Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat
tahun 1960-an
Kakitangan akedemik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti syed Ahmad
Jamal, Yeoh Jin Leng, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong laitong, Jolly Koh dan lain-lain
memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini
Mereka telah membuka jalan untuk deria baru mengenai kebebasan sikap pengajaran seni
lukis di sekolah, memberi kebebasan kepada daya ciptaan, dan mengadakan keharusan untuk
pemikiran.
Gaya catan pelukis-pelukis 1950-an hingga 1960-an beranika; dari aliran realism kepada
impresionisme, ekspresionis ke abstrak ekspresionisme terpulang kepada pengaruh dan
pendedahan pelukis-pelukis. Pilihan subjek catan juga berbagai-bagai
Seni lukis aliran utama 1960-an dengan nilai-nilai mistikal dan semesta telah menarik perhatian
audien untuk menghayatinya kerana mempunyai kelainan. Demikian juga dengan adanya
tradisi seni khat telah membentuk satu pengucapan gambaran yang tersendiri
Nilai-nilai gerak berus (brush stroke) dalam karya mereka mempunayi peresamaan dengan
seni tulils tradisional warisan kebudayaan kaum Melayu dan China telah menjadi satu bahasa
visual yang difahami serta dihayati oleh keseluruhan rakyat Malaysia.
Tahun 1960-an melahirkan pandangan yang kritikal terhadap seni lukis. Pelbagai aktiviti
dijalankan melalui saluran media massa. Antaranya ialah perbincangan, ceramah, syarahan,
laporan, pameran dan sebagainya. Acara-acara seni lukis telah menjadi acara gemilang yang
dihadiri oleh pelukis-pelukis, pencinta seni di samping ahli-ahli politik dan diplomat
Karya-karya yang lebih matang dan bermutu tinggi telah muncul melalui usaha ini
Pameran seni sering dibuka dengna resmi oleh para menteri atau orang kenamaan kerana
telah dianggap antara akltiviti kebudayaan yang penting. Liputan yang meluas media-massa
seperti surat khabar, radio dan televisyen.
Penghujung tahun 1960-an pelukis-pelukis Malaysia terlibat dengan intisari mengunakan
bahan-bahan tempatan dan suasana alam sekitar sebagai ramuan gambaran tampak
Mereka telah memasuki era baru kesedaran, menyiasat ke alam pemikiran; menghubungi
suasana sosial, dan warisan kebudayaan. Banyak peluang pameran di peringkat antarabangsa
yang diadakan di seberang laut yang telah disertai oleh pelukis-pelukis Malaysia
Penubuhan Institut Teknologi Mara pada tahun 1967 telah melahirkan sekumpulan tenaga
baru pendidik seni di Negara dan juga usahawan-usahawan Melayu dalam bidang-bidang seni
tertentu.
Awal tahun 1970-an pensyarah-pensyarah Institut Teknologi Mara telah mengambil alilh
tempat avan-garde. Mereka terdiri dari kumpulan New Scene ialah Redza Piyadasa, Sulaiman
Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan lain-lain. Kumpulan ini telah
mendebarkan keadaan seni lukis tempatan dengan ungkapan-ungkapan yang mencabar
Pendekatan gaya catan mereka berasaskan kepada optik dan maklumat telah mengejutkan
pelukis-pelukis tempatan dan juga masyarakat umum.
Pelukis-pelukis bukan sahaja berkarya dalam bidang minimal, pop, op dan lain-lain alliran
semasa tetapi juag mula menyarankan seni melibatkan kepintaran, nilai-nilai mistika dan
metafisika, maklumat dan ilmu yang luar dari bidang catan
Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopor oleh Chong
Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck Kan telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970an
1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baru di kalangan ahli-ahli
muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan serpihan Angkatan Pelukis
SeMalaysia
Persatuan Pelukis Malaysia ditubuhkan pada tahun 1980 dengan hasrat untuk mewujudkan
sebuah badan yang yang betul-betul mewakili pelukis, memperbaiki kedudukan pelukis dan
berkerjasama denngan kerajaan mengenai hal-hal yang berkait dengan seni lukis di Malaysia
dan luar Negara
Penubuhan Pusat Seni di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1984 telah melahirkan guruguru pemegang ijazah bagi institut, maktab, dan sekolah-sekolah serta para profesional yang
lebih maju dan mahir dalam bidang seni halus
Institut dan akademi seni swasta yang ditubuhkan di sekitar Negara juga telah memberi