Anda di halaman 1dari 11

“DUNIAKU DAKWAHKU”

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SK DATUK AKHIR ZAMAN RANTAU, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA PROGRAM BULAN DAKWAH 2016 PERINGKAT SK DATUK AKHIR ZAMAN

  • 1.0 Mukadimah

Pelajar merupakan golongan yang boleh diibaratkan sebagai tunjang negara yang dilihat sebagai peneraju dan penyambung kepada tampuk pemerintahan yang akan datang. Dalam hal ini untuk memastikan wawasan negara tercapai mengikut acuan dan aspirasi yang dikehendaki, maka persiapan dari aspek rohani, jasmani dan ilmu pengetahuan perlu dimantapkan untuk melahirkan pelajar yang lebih disifatkan sebagai golongan yang menjadi pemangkin kepada pembangunan negara seterusnya mampu membawa masyarakat ke arah situasi yang lebih baik lagi. Bertitik tolak daripada usaha untuk memantapkan sahsiah pelajar, meninggikan martabat ilmu, memupuk semangat muhibbah dan ukhuwwah, maka satu ahli jawatankuasa telah dibentuk bagi menjayakan program Bulan Dakwah ini.

  • 2.0 Objektif

    • 2.1 Melahirkan pelajar yang serba boleh dan berwibawa dalam kehidupan.

    • 2.2 Memberi peluang kepada pelajar menyertai aktiviti-aktiviti dakwah yang menjadi platform utama dalam membentuk jiwa dan semangat pendakwah dalam diri pelajar.

    • 2.3 Melatih pelajar dalam pengurusan berorganisasi dan membentuk nilai-nilai murni sebagai generasi yang bakal menerajui pucuk pimpinan dimasa hadapan

    • 2.4 Memberi peluang kepada pelajar menunjukkan bakat dan kebolehan yang dimiliki untuk perkembangan jasmani rohani intelek dan sosial (JARIS).

    • 2.5 Menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai idola dan contoh tauladan.

    • 2.6 Berkolaborasi dengan kelas agama petang dalam program Maulid ar-Rasul.

SK DATUK AKHIR ZAMAN

“DUNIAKU DAKWAHKU”

  • 3.0 Tema

 

“Duniaku Dakwahku”

  • 4.0 Anjuran

Panitia Pendidikan Islam dan Persatuan Pendidikan Islam dengan kerjasama Kelas Agama Petang (KAP) SK Datuk Akhir Zaman, Rantau.

  • 5.0 Perasmi

5.1 Perasmian Pembukaan ,Perasmian Penutupan dan penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Pn. Maznah Binti Hassan (Guru Besar SK Datuk Akhir Zaman)

  • 6.0 Tarikh

Program ini akan diadakan selama sebulan dari 2 Februari 2016 hingga 29 Februari 2016

  • 7.0 Tempat

Program ini akan diadakan di SK Datuk Akhir Zaman, Rantau, Negeri Sembilan.

  • 8.0 Sasaran

Program ini mensasarkan murid pra sekolah hingga tahun 6 SK Datuk Akhir Zaman.

SK DATUK AKHIR ZAMAN

  • 9.0 Perisian Program

    • 9.1 Kuiz Pendidikan Islam

“DUNIAKU DAKWAHKU”

Pertandingan ini melibatkan murid tahap I dan tahap II. Soalan kuiz akan dibaca dan dilekatkan di dalam kelas dan pelajar hanya perlu mengisi jawapan di dalam kertas jawapan yang disediakan. Masa yang diberikan adalah selama 4 hari dan pelajar diboleh mencari jawapan samada melalui rujukan di perpustakaan dan lain-lain kaedah.

  • 9.2 Kuiz Bahasa Arab Pertandingan ini sama dengan pertandingan kuiz Pendidikan Islam seperti mana di atas.

  • 9.3 Pertandingan Melaungkan Azan Pertandingan ini melibatkan murid tahap II sahaja dan had peserta adalah seramai 4 orang murid bagi setiap kelas.

  • 9.4 Pertandingan Tulisan Khat Pertandingan tulisan khat melibatkan muird tahap II di mana pelajar hanya perlu menulis tulisan khat seperti mana yang terdapat di dalam kertas yang diberikan.

  • 9.5 Pertandingan Mewarna Pertandingan ini hanya melibatkan murid tahap 1, prasekolah dan PPKI sahaja. Peserta hanya perlu mewarna gambar yang diberikan.

  • 9.6 Da’ie Cilik

Melibatkan penyertaan murid Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6). Guru akan menjalankan saringan untuk memilih murid yang akan menyampaikan tazkirah / bercerita. Murid yang terpilih akan

membuat persembahan pada waktu perhimpunan hari Isnin atau jumaat . Peruntukan masa adalah 3 hingga 5 minit sahaja.

SK DATUK AKHIR ZAMAN

  • 10.0 Struktur Organisasi

(Sila lihat lampiran A)

  • 11.0 Aturcara Program

(Sila lihat lampiran B)

  • 12.0 Anggaran Belanjawan (Sila lihat lampiran C)

  • 13.0 Penutup

“DUNIAKU DAKWAHKU”

Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh,

____________________ (NOOR YUZLIN BINTI YUSUF) Penyelaras Program Bulan Dakwah, Panitia Pendidikan Islam SK Datuk Akhir Zaman, Rantau

Disahkan oleh,

____________________ (MAZNAH BINTI HASSAN) Guru Besar, SK Datuk Akhir Zaman, Rantau

SK DATUK AKHIR ZAMAN

Lampiran A

“DUNIAKU DAKWAHKU”

JAWATANKUASA INDUK BULAN DAKWAH PANITIA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2016

PENGERUSI

PN. MAZNAH BINTI HASSAN

TIMB. PENGERUSI

PN. KHADIJAH BT MASROM

NAIB PENGERUSI

PN. NUR SARAH BT. ABDULLAH EN. HISHAMUDIN BIN MUDA PN. NORSIYAH BT. KASIM

PENYELARAS PROGRAM

EN. MOHAMAD SUKRI BIN ABDUL SALAM

SETIAUSAHA

NOOR YUZLIN BINTI YUSUF

BENDAHARI

PN. MAZLINA BT. ABDUL RAHMAN

JAWATANKUASA KERJA BULAN DAKWAH 2016

JAWATANKUASA KERJA

TUGAS

 
  • 1.1 Menyediakan Teks Doa

BACAAN DOA

  • 1.2 Membaca Doa

  • 1. En. Mohamad Sukri bin Abdul Salam

JURUACARA

  • 1.1 Menyediakan teks

1. Pn. Noor Yuzlin bt Yusuf

  • 1.2 Mengendali dan memastikan perjalanan majlis teratur

GIMIK PELANCARAN

  • 1.1 Menyediakan bahan-bahan

1. Pn. Mazlina bt Abdul Rahman (K)

untuk gimik pelancaran.

2. Pn. Noor Yuzlin bt. Yusuf

BUKU PROGRAM

  • 1.1 Menyediakan buku program

  • 1. Pn. Salmah Bt. Jusoh

  • 1.2 Mengedarkan buku program kepada semua guru dan jemputan

SK DATUK AKHIR ZAMAN

“DUNIAKU DAKWAHKU”

SIARAYA

  • 1.1 Menyedia dan

  • 1. En. Mohamad Sukri b. Abd Salam (K)

memastikan peralatan P.A sistem dalam keadaan baik sepanjang

2. En. Mohd ’Azam b. Abd Malek

majlis berlangsung.

DISIPLIN

  • 1.1 Memastikan murid beratur masuk ke dewan.

  • 1. Guru Bertugas Mingguan

  • 1.2 Menyusun murid mengikut kelas dalam kedudukan

  • 1.3 Memastikan murid dalam

  • 2. Guru-guru Kelas

murid lelaki di hadapan,

murid perempuan di belakang.

keadaan teratur dan senyap ketika berada di dewan.

HADIAH & CENDERAMATA

  • 1.1 Mengurus penyediaan

  • 1.2 Mengurus penyerahan

  • 1. Pn. Rusni binti Alias (K)

  • 2. Pn. Mazlina Bt. Abdul Rahman

hadiah dan cenderamata

  • 3. Pn. Noor Yuzlin bt. Yusuf

hadiah kepada para pemenang.

PENYEDIAAN SOALAN KUIZ (TAHAP 1&2)

1.1 Menyediakan soalan-soalan

  • 1. Pn. Nur Raihan bt Hj Kamari – Kuiz Pendidikan Islam

kuiz 1.2 Memilih pemenang.

  • 2. Pn. Salmah bt Jusoh – Kuiz Bahasa Arab

PERTANDINGAN MEWARNA (TAHAP 1)

  • 1.1 Menyediakan bahan

  • 1. Pn. Noor Yuzlin Bt. Yusuf

  • 1.2 Memilih pemenang

PERTANDINGAN TULISAN KHAT JAWI

  • 1.1 Menyediakan bahan

(TAHAP 2)

  • 1.2 Memilih pemenang

  • 1. Pn. Rusni bt Alias

PERTANDINGAN AZAN (TAHAP 2)

  • 1.1 Menyediakan para peserta

  • 1. En. Mohamad Sukri b. Abd Salam

  • 1.2 Memilih pemenang

PERTANDINGAN HAFAZAN (TAHAP 1 & 2)

  • 1.1 Menyediakan para peserta

  • 1. Guru KAFA SKDAZ

  • 1.2 Memilih pemenang

DA’IE CILIK (TAHAP 2)

  • 1.1 Memilih dan menyediakan

  • 1. Pn. Hanisah bt. Abdul Aziz

peserta

  • 2. Pn. Suraya bt. Hj. Shafiee

  • 1.2 Menyediakan teks

  • 1.3 Melatih murid

SK DATUK AKHIR ZAMAN

“DUNIAKU DAKWAHKU”

BACKDROP

  • 1.1 Menyediakan backdrop

  • 1.2 Menyediakan hiasan pentas

  • 1. Pn. Suraya bt Hj Sahfiee (K)

  • 2. Pn. Nur Raihan bt Hj Kamari

  • 1.3 Menyimpan dan mengemas semula selepas tamat majlis

JEMPUTAN PENCERAMAH

1.1 Menguruskan jemputan

  • 1. En. Mohamad Sukri b. Abdul Salam

penceramah

DOKUMENTASI / RAKAMAN / GAMBAR

  • 1.1 Merakam dan mengambil

  • 1. Pn. Hanisah bt. Abdul Aziz (K)

gambar perjalanan

  • 2. Pn. Nur Raihan bt Hj Kamari

Majlis \ pertandingan.

  • 1.2 Menyediakan dokumentasi yang lengkap.

SK DATUK AKHIR ZAMAN

Lampiran B

“DUNIAKU DAKWAHKU”

Tentatif Program Bulan Dakwah 2016

Bil

Aktiviti

Tarikh

Masa

Tindakan

1

Majlis Pelancaran Bulan Dakwah

5.2.2016

8.15

pagi

Guru PI

(Jumaat)

 

2

Ceramah Maulidur Rasul 1437 H

5.2.2016

8.45

- 10.30 pagi

Guru PI

(Jumaat)

 

3

Pertandingan Tulisan Khat

15.2.2016

Waktu PdP

Guru PI

(Tahap 2)

hingga

Pendidikan Islam

19.2.2016

4

Kuiz Bahasa Arab

15.2.2016

 

Guru Bahasa

hingga

 

-

Arab

18.2.2016

 

5

Kuiz Pendidikan Islam

15.2.2016

 

Guru PI

Hingga

 

-

18.2.2016

 

6

Pertandingan Hafazan Al-Quran

22.2.2016

Waktu KAFA

Guru KAFA

(Huffaz Cilik)

Hingga

(Tahap 1 dan Tahap 2)

25.2.2016

7

Pertandingan Azan

22.2.2016

Waktu KAFA

Guru KAFA

(Tahap 2)

Hingga

25.2.2016

8

Pertandingan Mewarna

22.2.2016

Waktu PdP

Guru PI /

(Tahap 1)

Hingga

Pendidikan Islam

Guru Pra

25.2.2016

9

Pertandingan Dai’e Cilik

10.2.2016

Waktu

Guru PI

(Tahap 2)

Hingga

Perhimpunan pagi

26.2.2016

SK DATUK AKHIR ZAMAN

“DUNIAKU DAKWAHKU”

Aturcara Majlis Pelancaran Bulan Dakwah dan Sambutan Maulidur Rasul 1437H 5 Februari 2016 ( Jumaat )

  • 7.30 : Majlis Bacaan Yasin : Bacaan Doa : Ucapan Pengerusi Majlis : Ucapan Guru Besar / wakil Pelancaran Gimik Bulan Dakwah Panitia Pendidikan Islam

pagi

  • 8.10 : Persembahan murid : Selawat (Ust Mohamad Sukri)

pagi

  • 8.40 pagi

: Ceramah Maulidur Rasul oleh :

Pencetus Ummah : Ust. Azman Shah b. Hj. Alias

  • 10.15 : Penyampaian saguhati

pagi

  • 10.20 : Bersurai / Rehat

pagi

Aturcara Majlis Perasmian Penutupan Dan Penyampaian Hadiah Bulan Dakwah 29 Februari 2016 ( Isnin )

  • 7.30 : Semua murid dan guru mengambil tempat : Bacaan Doa : Nyanyian Lagu Negaraku : Nyanyian Lagu N.Sembilan : Nyanyian Lagu Sekolah : Nasyid Asma’Al-Husna : Ucapan aluan daripada pengerusi majlis : Ucapan Guru Besar perasmi penutup majlis : Acara penyampaian hadiah kepada pemenang Bulan Dakwah

pagi

  • 8.10 : Majlis bersurai

pagi

SK DATUK AKHIR ZAMAN

LAMPIRAN C

ANGGARAN SUMBER KEWANGAN

“DUNIAKU DAKWAHKU”

Sumbangan PIBG

 

RM

300.00

Lain-lain Sumber

RM

754.00

JUMLAH KESELURUHAN

 

RM

1054.00

     

ANGGARAN PERBELANJAAN

 

Publisiti

 

Gimik Pelancaran \ Kain Rentang

 

RM

100.00

Hadiah peserta:

 
 

Kuiz Bahasa Arab

 

:18 pemenang, 6 saguhati

 

Kuiz P.Islam

:18 pemenang, 6 saguhati

P.

Melaungkan Azan

: 9 pemenang, 3 saguhati

P.

Tulisan Khat

: 9 pemenang, 3 saguhati

P.

Mewarna

: 9 pemenang, 3 saguhati

Da’ie Cilik

 

: 3 pemenang, 1 saguhati

Hafazan

:18 pemenang, 6 saguhati

Pemenang (Tempat Pertama, Kedua & Ketiga)

: 84 x RM 5.00

RM

420.00

Saguhati

 

: 28 x RM 3.00

RM

84.00

Penceramah

 

:

RM

350.00

Banner

 

:

RM

100.00

JUMLAH KESELURUHAN

 

RM

1054.00

SK DATUK AKHIR ZAMAN

“DUNIAKU DAKWAHKU”

“DUNIAKU DAKWAHKU” SK DATUK AKHIR ZAMAN

SK DATUK AKHIR ZAMAN