Anda di halaman 1dari 5

Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga

DEFINISI
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan
secara sopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni
CARA MEWUJUDKAN KELUARGA BAHAGIA
Berinteraksi dengan baik antara satu sama lain
Saling menghormati
Peka terhadap keperluan dan perasaan keluarga
Patuh kepada arahan anggota keluarga
Mengadakan perbincangan keluarga untuk selesaikan konflik
KEPENTINGAN KELUARGA HARMONI KEPADA NEGARA
Membentuk generasi yang penyayang
Mewujudkan generasi yang hormat dan taat setia kepada negara
Melahirkan bakal pemimpin yang berkualiti
CARA MEMBALAS JASA IBU BAPA
Belajar bersungguh-sungguh
Menjaga maruah keluarga
Mendengar nasihat dan teguran
Memberi hadiah
Menjaga keperluan seperti makan minum mereka
KEPENTINGAN AMALAN HORMAT-MENGHORMATI ANTARA ANGGOTA
KELUARGA
Mengeratkan hubungan kasih sayang
Mengelakkan konflik atau masalah
Mewujudkan keluarga yang harmoni
Memudahkan penyelesaian masalah melalui perbincangan sesama keluarga
KESIMPULAN
Pelbagai perkara yang kita boleh lakukan sebagai menghormati semua ahli
keluarga kita. apabila kita saling menghormati maka kita dapat mengelakkan
daripada berlakunya konflik kekeluargaan

KEPENTINGAN AMALAN MENGHORMATI

Memupuk hubungan mesra dan kasih sayang antara anggota keluarga


Wujudkan keluarga bahagia
Elakkan perselisihan antara anggota keluarga
CARA MENGHORMATI ANGGOTA KELUARGA
Bertegur sapa.
Ucap selamat
Terima dan dengar nasihat serta teguran anggota lebih tua
Taat kepada ibubapa.
Tidak keluarkan pertkataan yang boleh menyinggung perasaan.
CARA MENGHINDARI KONFLIK
Berkelakuan baik
Mematuhi arahan ibubapa atau keluarga yang lebih tua
Menghormati pendapat dan pandangan anggota keluarga
Faham dan peka akan minat anggota keluarga.

Kasih Sayang terhadap Keluarga


DEFINISI
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam terhadap keluarga.
TANGGUNGJAWAB IBU BAPA KEPADA KELUARGA
Ibu bertanggungjawab melahirkan anak, mengasuh dan mendidik anak-anak serta
menyediakan keperluan rumah tangga.
Bapa pula merupakan ketua keluarga dan bertanggungjawab mencari nafkah untuk menyara
keluarga serta membiayai pendidikan anak-anak.

BENTUK KEPERLUAN YANG DISEDIAKAN OLEH IBU BAPA UNTUK ANAK-ANAK


Fizikal Intelek Rohani Emosi
Fizikal : Menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal
Emosi : Mendengar masalah anak-anak dan membantu mencari jalan penyelesaian
Intelek : Menyediakan pendidikan yang sempurna
Rohani : Memberi didikan agama yang secukupnya
CARA SEORANG ANAK MENGHARGAI PENGORBANAN IBU BAPA
Membelikan hadiah untuk ibu bapa pada hari-hari istimewa
Makan malam bersama ibu bapa pada waktu perayaan
Membawa ibu bapa melancong di dalam atau luar negara
Membantu ibu bapa membuat kerja rumah
CONTOH HARI ISTIMEWA YANG DIRAIKAN BERSAMA-SAMA KELUARGA
Hari Ibu dan Hari Bapa
Hari ulangtahun perkahwinan ibu bapa
Hari perayaan kaum dan agama
PERLAKUAN TIDAK SOPAN TERHADAP IBU BAPA
Menggunakan kata-kata kesat
Menjadikan ibu bapa seperti orang gaji
Menghantar ibu bapa yang tua dan uzur ke rumah orang tua
KESAN NEGATIFTERHADAP REMAJA YANG TIDAK MENGAMALKAN NILAI KASIH
SAYANG
Tidak diberkati Tuhan
Kehidupan tidak tenteram dan sentiasa bermasalah
Mendapat balasan Tuhan di neraka
KESIMPULAN
Kasih sayang yang mendalam terhadap keluarga akan menjamin hubungan kesejahteraan
sesama keluarga.

Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan


DEFINISI
Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang
diwarisi sejak turun-temurun dalam keluarga
KEPENTINGAN MENGEKALKAN TRADISI KEKELUARGAAN
Mengeratkan hubungan antara anggota keluarga
Menyatupadukan anggota keluarga
Menaikkan imej keluarga
Mengelakkan tradisi hilang ditelan zaman
Mengekalkan identiti setiap kaum
TANGUNGGJAWAB SETIAP ANGGOTA KELUARGA UNTUK MENGEKALKAN TRADISI
Amalkan tradisi dalam kehidupan seharian Ambil berat terhadap anggota keluarga yang
abaikan tradisi
Menyambut perayaan di kampung
Menjelaskan kepentingan mengamalkan tradisi kepada anak cucu
CONTOH AMALAN
Aidilfitri - Bersalaman, ziarah pusara
Deepavali - Mandi minyak, pasang pelita
Tahun Baru Cina- Makan bersama-sama
Krismas- Tukar hadiah dan hias pokok Krismas
AMALAN TRADISI YANG DIKONGSI PELBAGAI KAUM SEMASA PERAYAAN
Pulang ke kampung halaman
Memberi duit raya
Mengadakan rumah terbuka
KESAN NEGATIF PENGABAIAN TRADISI KEKELUARGAAN
Kehilangan identiti kaum
Tradisi turun temurun pupus
Hubungan kekeluargaan menjadi renggang
Peningkatan masalah sosial
KESIMPULAN
Tradisi kekeluargaan sepatutnya menjadi amalan kita.
Hal ini demikian kerana tradisi ini akan menjadi serta melambangkan identiti kaum kita.

Tanggungjawab Terhadap Keluarga


DEFINISI
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk
melahirkan keluarga serta meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.
TANGGUNGJAWAB BAPA TERHADAP KELUARGA
Menjadi pendidik dan memupuk disiplin dalam diri anak-anak
Melindungi keselamatan semua anggota keluarga
Memimpin keluarga ke jalan yang benar
Berusaha memenuhi keperluan keluarga

TANGGUNGJAWAB IBU TERHADAP KELUARGA


Mentaati arahan suami
Menguruskan kerja rumah tangga
Mengasuh dan memberi kasih sayang kepada anak-anak
TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP KELUARGA
Menghormati ibu bapa dengan mendengar nasihat atau arahan mereka
Membantu ibu bapa melakukan kerja rumah
Berbudi pekerti mulia
Saling menyayangi antara adik-beradik
Belajar bersungguh-sungguh
Menggunakan kata-kata yang sopan
CARA MENYELESAIKAN MASALAH DALAM KELUARGA
Berbincang masalah yang dihadapi
Memberi peluang untuk membetulkan kesilapan
Memberi nasihat
KESAN NEGATIF PENGABAIAN TANGGUNGJAWAB OLEH ANGGOTA KELUARGA
Keperluan anak-anak akan terabai dari segi pelajaran dan keperluan asas
Perselisihan faham antara ibu bapa
Anak-anak ketandusan kasih sayang
KESIMPULAN
Setiap anggota keluarga hendaklah menjalankan tanggungjawab masing-masing. Bagi
melahirkan keluarga yang bahagia sekaligus bagi menjaga imej keluarga kita.

Anda mungkin juga menyukai