Anda di halaman 1dari 12

DMED1013 INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

BAHAGIAN A
1.0

PENGENALAN
Didiklah anak-anakmu mengikut zamannya, kerana mereka akan hidup pada zaman
yang berbeza dengan zamanmu. Ungkapan yang singkat namun bermakna daripada
Khalifah Umar bin Khattab ini mengajak kita untuk mendidik anak-anak sesuai
mengikut zaman mereka. Rasionalnya, setiap zaman akan berubah mengikut arus. Hal
ini dapat kita lihat dalam sistem pendidikan negara di mana bagi meningkatkan mutu
pendidikan, dasar-dasar pendidikan negara sentiasa dikaji dan diubahsuai bagi
memastikan ianya selari dengan tuntutan globalisasi.
Tuntutan globalisasi ini memerlukan kita untuk menyediakan murid selari
dengan perubahan kehendak pendidikan arus perdana dan global. Hal ini dapat dicapai
melalui penggunaan teknologi. Penggunaan teknologi dalam pendidikan dapat
membantu mempersiap dan memperkasakan modal insan yang bakal menerajui negara
pada masa yang akan datang.
Teknologi berasal daripada perkataan latin di mana techno bermaksud teknik,
cara atau kaedah. Manakala logos bermaksud kaji, belajar atau study. Dengan erti kata
lain, teknologi bermaksud kaedah, cara atau teknik untuk menghasilkan sesuatu
dengan mudah dan berkesan. Menurut Galbraith (1967), teknologi dapat ditafsirkan
sebagai keupayaan dalam menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik
atau pengetahuan lain yang tersusun (other organized knowledge) yang digunakan
secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan
sesuatu tugas. Ini beerti teknologi bukan hanya bergantung kepada alat dan mesin
sahaja malah merangkumi proses dan idea. Kekuatannya terletak pada proses dan
idea, manakala kejayaan untuk mencapai objektif terletak pada alat. Dalam erti kata
lain, dalam merancang suatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan idea
sama ada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan
proses yang terpenting (Heinich, Molenda & Russell, 1983). Manakala dalam Kamus
Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua, mendefinisikan teknologi sebagai berkaitan
dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat secara
elektronik.
Yusuf Hashim (1997) mendefinisikan teknologi pendidikan sebagai satu proses
merancang, membina, mereka bentuk, melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti
pembelajaran secara sistematik dengan tujuan meningkatkan serta memudahkan
proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Manakala menurut Persatuan Teknologi
[AUTHOR NAME]

DMED1013 INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

Pendidikan Malaysia (1988), teknologi pendidikan ialah proses yang kompleks dalam
menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan
untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber
bahan, kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses PdP.
Maksudnya, teknologi pendidikan ialah satu sistem yang merangkumi alat dan bahan
media, yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam
pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.
2.0

CABARAN UNTUK MENGINTEGRASIKAN TEKNOLOGI DALAM BILIK


DARJAH
Sistem pendidikan di Malaysia pada dekad-dekad mutakhir ini mengalami
perubahan yang pesat. Perubahan ini dirancakkan lagi dengan pengintegrasian
teknologi dalam pendidikan. Konsep integrasi teknologi dalam pendidikan boleh
didefinisikan sebagai penggabungan antara pelbagai media dalam satu suasana digital
bagi memenuhi tujuan persekitaran pembelajaran, pedagogi, reka bentuk kurikulum
dan stail pembelajaran pelajar (Halimah, 2005). Namun, masih terdapat kekangan dan
cabaran untuk mengintegrasikan teknologi dalam bilik darjah. Berikut merupakan
beberapa cabaran yang dihadapi.
2.1

Kesediaan guru
Jahangir Mahmud (2010) dalam kajiannya mentakrifkan guru berperanan

sebagai pengurus, fasilitator, ahli psikologi, pakar rujuk, inovator, penilai, agen
perubahan dan pemimpin. Dengan erti kata lain, peranan guru bukan sahaja mengajar
malah guru adalah nadi dalam sistem pendidikan. Tanpa penglibatan guru secara aktif,
sistem pendidikan akan pincang. Ini kerana gurulah yang akan melaksanakan setiap
inovasi dalam dasar pendidikan negara di peringkat akar umbi. Sebagai seorang agen
transformasi, guru haruslah sentiasa bersiap sedia dan beradaptasi dengan situasi
semasa. Maizun Binti Jamil (2009) dalam kajiannya, sependapat dengan Steer &
Black (1994) iaitu, persediaan mental, pengetahuan dan kemahiran dalam ahli adalah
penting ke arah sesuatu perubahan dalam sesebuah organisasi.
Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Terdapat segelintir guru yang
sudah berasa selesa dan berpuas hati dengan apa yang mereka biasa lakukan. Justeru,
mereka cenderung untuk menentang sebarang perubahan. Sifat inersia ini berlaku
apabila mereka berasa kurang selamat dan tidak yakin untuk menukar amalan sedia
ada kepada amalan yang baru. Dari segi psikologi pula, tidak dinafikan masih ramai
yang technophobia. Golongan ini berasa bimbang dan ragu untuk menggunakan alatan
[AUTHOR NAME]

DMED1013 INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

canggih seperti alatan elektronik dan juga teknologi komputer dan telekomunikasi
(Roslee Talip et al, 2012). Mereka lebih cenderung menggunakan kaedah pengajaran
konvensional dan tidak bersedia untuk berubah dan mengintegrasikan teknologi dalam
bilik darjah.
Kejayaan dan kegagalan pengintegrasian teknologi dalam bilik darjah
bergantung kepada kesediaan guru. Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa
integrasi teknologi dalam PdP memerlukan seorang guru yang bersedia dan fleksibel
dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran
yang diajar. Akan tetapi, mempelajari komputer sahaja belum cukup membolehkan
guru menggabungkan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut
Mohamad Rusydi (2012), elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah
pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.
Faktor lain yang menyumbang kepada kesediaan guru adalah kompetensi.
Kompetensi merujuk kepada pengetahuan, kemahiran, dan ciri-ciri peribadi atau
personality traits bagi menyempurnakan sesuatu tugas atau tanggungjawab.
Menurut Kamus Dwibahasa Dewan, kompetensi merupakan istilah Bahasa Inggeris,
iaitu competence yang bermaksud kelayakan, kemampuan, kesanggupan dan
kecekapan untuk melakukan sesuatu tugas (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999). Daud
Ibrahim

(2003)

dalam

kajiannya

pula

mendefinisikan

kompetensi

sebagai

competence, proficiency, skilful and skill. Kompetensi ditakrifkan sebagai gabungan


aspek pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu dimiliki serta
diamalkan bagi menjayakan sesuatu tugasan. Dengan erti kata lain, kesediaan guru
untuk mengintegrasikan teknologi dalam bilik darjah akan meningkat sekiranya
mempunyai kompetensi yang diperlukan untuk melaksanakan tugas. Hasilnya, PdP
akan lebih berkesan dan memberi impak kepada pencapaian prestasi.
Bagi meningkatkan kompetensi, guru perlulah mengikuti latihan yang
berkaitan dengan tugas. Ini disokong oleh Gan (2000), yang menyatakan bahawa
kekurangan latihan merupakan satu faktor penghalang penggunaan teknologi dalam
PdP. Merujuk kepada beberapa kajian di luar negara, antaranya School Investment in
Instructional Technology yang dijalankan oleh Office of Technology Assessment,
pada tahun 1995, (dalam Pricilla & Karin, 2003), terdapat perkaitan yang relatif di
antara perbelanjaan ke atas perisian dengan keperluan latihan professional dalam
kalangan guru. Dapatan menyimpulkan, tanpa perhatian yang mendalam terhadap
keperluan mempertingkatkan kualiti latihan guru dan peningkatan kemahiran dalam
[AUTHOR NAME]

DMED1013 INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

teknologi pengajaran, maka pihak sekolah akan mengalami kesukaran untuk


memperluaskan potensi penggunaan teknologi terkini dalam PdP. Dapatan ini
disokong oleh Visscher & Selwood (2007) dalam kajiannya mendapati bahawa tahap
latihan dalaman dan luaran, serta kefahaman pengurusan sekolah untuk mencapai
matlamat inovasi adalah faktor kritikal untuk mencapai kejayaan pelaksanaan sains
dan teknologi di Belanda.
2.2

Prasarana Pendidikan
Cabaran pada masa kini dan dekad yang akan datang dalam sektor pendidikan

ialah penyediaan prasarana yang lengkap untuk kaedah PdP secara menyeluruh ke
semua sekolah. Anderson dan Dexter (2005) berpendirian bahawa infrastruktur
merupakan faktor penting dalam mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) di sekolah. Pengkaji juga berpendapat bahawa perkembangan
teknologi menuntut pentadbir dan pemimpin sekolah mempersiapkan organisasi
mereka dengan peralatan, perkakasan, perisian, jaringan dan sumber manusia yang
mencukupi dalam mengintegrasikan TMK di sekolah. Ini kerana kelengkapan
infrastruktur di sekolah menjadi pemangkin kepada kemenjadian pelajar yang lebih
berdisiplin dan seterusnya mampu meningkatkan prestasi akademik mereka. Hal ini
juga turut diakui oleh Olson dan Kellum (2003) dalam kajian mereka. Dapatan
menjelaskan bahawa sekolah-sekolah yang mempunyai kualiti infrastruktur yang baik
akan meningkatkan pencapaian pelajar.
Menurut Kamus Dewan (2005), prasarana bermaksud keseluruhan kemudahan
dan perkhidmatan asas bagi tujuan kemajuan dan pembangunan, manakala pendidikan
pula bermaksud perihal mendidik.

Dengan erti kata lain, prasarana pendidikan

merujuk kepada segala kemudahan fizikal yang terdapat di dalam bilik darjah dan
juga bilik-bilik khas yang digunakan untuk proses PdP.

Prasarana pendidikan

terbahagi kepada dua kategori iaitu prasarana dari segi infrastruktur dan infrostruktur.
Infrastruktur merujuk kepada kemudahan fizikal di sekolah bagi menyokong
penterjemahan dan pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan, bermakna
dan menyeronokkan. Manakala infrostruktur pula merujuk kepada kemudahan sekolah
dalam mendapatkan maklumat dan ilmu melalui pemilihan dan penggunaan media
massa sama ada media cetak atau elektronik, serta teknologi maklumat dan
komunikasi secara berkesan, menerusi jaringan dalaman dan luaran serta
perkhidmatan pusat sumber (Norazuan, 2013).
[AUTHOR NAME]

DMED1013 INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

Walau bagaimanapun, bukanlah sesuatu yang mudah untuk menyediakan


prasarana yang lengkap di sekolah.

Realitinya di peringkat sekolah, kemudahan

seperti komputer tidak mencukupi untuk kegunaan semua murid dan warga pendidik.
Noraini et el. (2015) dalam kajiannya mendapati bahawa peralatan TMK seperti
komputer riba, LCD, pengimbas (scanner) dan pencetak (printer) memang terhad di
sekolah. Bahkan, warga pendidik terpaksa membeli sendiri komputer riba untuk
kegunaan PdP dalam kelas. Selain daripada kekurangan peralatan TMK, prasarana
yang tidak kondusif menjadi suatu masalah dalam mengintegrasikan teknologi dalam
bilik darjah. Sebagai contoh, untuk menggunakan LCD bagi tujuan tayangan, bilik
yang terang tidak sesuai digunakan. Oleh itu, pihak sekolah perlu menyediakan bilikbilik khas yang dilengkapi dengan langsir gelap untuk tujuan tersebut. Adalah
mustahil bagi pihak sekolah untuk menyediakan langsir gelap di setiap bilik darjah
kerana ia memerlukan kos yang sangat tinggi.
Tiada peruntukan untuk penyelenggaraan peralatan TMK juga menjadi
masalah. Pihak sekolah tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi
membiayai pelbagai kos penggunaan teknologi terutamanya untuk penyelenggaraan
alatan. Sekiranya berlaku kerosakan, pihak sekolah perlu menghantar semula kepada
pembekal dan terpaksa menunggu dalam jangka masa yang lama untuk mendapatkan
peralatan yang telah dibaiki. Keadaan ini membantutkan proses mengintegrasikan
teknologi dalam bilik darjah.
Bagi masalah capaian internet pula, kerosakan server (server down)
mengganggu keseronokan proses PdP di dalam bilik darjah di mana guru dan pelajar
terpaksa menunggu dengan agak lama. Jika tidak bernasib baik, keadaan ini akan
berterusan sehingga tamat waktu PdP. Natijahnya, objektif pada hari itu tidak tercapai.
Permasalahan yang seterusnya, berkaitan dengan penyediaan internet melalui jalur
lebar. Kajian yang dijalankan oleh Sani (2008), mendapati bahawa penyediaan
internet melalui jalur lebar seperti Schoolnet di sekolah kurang mendapat perhatian
dan sambutan seluruh warga sekolah. Mereka tidak menyedari perkhidmatan
Schoolnet membolehkan warga sekolah mengakses internet seluas mungkin
melangkaui bilik darjah.

Kementerian Pendidikan Malaysia seharusnya mewar-

warkan kelebihan Schoolnet kepada pihak sekolah dan menggalakkan penggunaannya.


Hamzah et al. (2009), melaporkan kemudahan teknologi dan peralatan yang
terhad, akses internet yang bermasalah, kekurangaan masa dan beban pelajaran yang
dihadapi oleh pelajar-pelajar sekolah di Malaysia menyebabkan penguasaan pelajar
[AUTHOR NAME]

DMED1013 INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

terhadap penggunaan sains dan teknologi adalah pada tahap yang sederhana. Hal ini
disokong oleh Yusof dan Sani (2011) dalam kajiannya mendapati bahawa bilangan
makmal, bengkel dan komputer adalah tidak mencukupi di sekolah di samping
masalah mesin cetak dan komputer yang selalu rosak. Hal ini jelas menunjukkan
bahawa usaha mengintegrasikan teknologi dalam bilik darjah masih kurang berjaya.
2.3

Pemimpin Teknologi
Seiring dengan cabaran abad ke-21, kerajaan Malaysia berhasrat melaksanakan

transformasi dalam sistem pendidikan bagi melahirkan modal insan yang mampu
bersaing di peringkat global. Katia dan Mary (2000) dalam kajiannya berpendapat
bahawa sistem pendidikan bertanggungjawab untuk melatih generasi baru untuk
menghadapi salah satu keperluan yang paling asas dalam mana-mana masyarakat
yang bertamadun. Sains dan teknologi bukan sahaja menjadi tulang belakang kepada
masyarakat, tetapi juga merupakan pemangkin dan alat untuk mendorong inovasi
pendidikan yang mengubah gaya pembelajaran pelajar (Zhou, 2009). Maka, untuk
mencapai hasrat tersebut, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah
menggariskan anjakan yang ke-7 iaitu memanfaatkan TMK bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia. Namun, cabaran utama untuk melaksanakannya adalah
untuk menganjak paradigma warga pendidik ke arah perubahan kaedah PdP serta
pengurusan sekolah terkini menggunakan komputer dan kemudahan TMK sebagai
pendekatan alternatif.
Kepimpinan pentadbir sekolah yang cekap dapat menentukan kualiti
pembangunan sekolah dan pencapaian (Sim, 2011). Golongan pentadbir yang
merupakan pemimpin teknologi memainkan peranan yang sangat penting dalam
membentuk budaya menggunakan teknologi di sekolah mereka. Mereka bukan sahaja
perlu memberi sokongan dari segi kewangan malah menjadi model sebagai pengguna
teknologi dalam pentadbiran dan memberi respons kepada perubahan. Izham dan
Norazah (2007) berpendapat bahawa pelaksanaan TMK di sekolah perlu bermula
daripada keprihatinan dan tindakan pentadbir sekolah itu sendiri. Oleh hal yang
demikian, pemimpin sekolah perlu merangka dan merancang segala perubahan
budaya positif dan teknologi yang berasaskan TMK di sekolah. Untuk mencorak
budaya penggunaan teknologi di sekolah, kerangka polisi TMK perlu diwujudkan
berdasarkan beberapa pandangan seperti berdasarkan kepada matlamat dan
perancagan sekolah, pandangan daripada ibu bapa dan komuniti, polisi Pejabat

[AUTHOR NAME]

DMED1013 INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

Pendidikan Daerah, polisi rasional penyelidikan tentang PdP yang efektif dan
perkembangan teknologi (Mohammed Sani dan Mohd Jasmy, 2002).
Keengganan pemimpin teknologi untuk bergerak seiring dengan arus
pemodenan boleh mengakibatkan sekolah tertinggal dari arus perubahan perdana yang
berlaku. Menurut Rossafri dan Balakrishnan (2007), kebanyakan pemimpin di sekolah
berada pada tahap rendah berkaitan pengetahuan dan kemahiran tentang TMK dan
mereka merasakan tidak selesa menjadi pemimpin dalam bidang teknologi, ataupun
mereka

tidak

pasti

tentang

keberkesanan

kepimpinan

teknologi

untuk

mempertingkatkan proses PdP. Hal ini dapat kita lihat di beberapa buah sekolah di
mana pentadbir kurang memberikan galakan dan kerjasama kepada guru-guru di
bawah seliaannya untuk mengintegrasikan teknologi di bilik darjah. Ini kerana mereka
tidak yakin dengan kemampuan teknologi untuk menjadikan proses PdP menjadi lebih
bermakna dan menyeronokkan.
2.4

Kekangan masa
Profesion keguruan

merupakan

profesion

yang

sungguh

mencabar

memandangkan tugasnya yang begitu banyak dan tanggungjawab yang begitu berat.
Beban tugas yang banyak menimbulkan kerumitan, ketidakpuasan hati dan keletihan
emosi. Ramai yang beranggapan bahawa tugas seorang guru amat mudah dan
mempunyai banyak cuti berbanding profesion lain. Pelaksanaan transformasi dalam
pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru lebih mencabar.
Menurut laporan kaji selidik Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP),
(Berita Minggu 8 Januari 2007) mendapati bahawa beban tugas guru semakin berat,
termasuk menjadi kerani, setiausaha, bendahari, juru jual koperasi, jurutaip dan
juruhias.
Kekangan masa yang dihadapi oleh guru-guru dalam menghabiskan silibus
menghalang para guru mengintegrasikan teknologi dalam bilik darjah. Keadaan ini
wujud kerana guru terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyelenggara
peralatan dan kadang kala menghadapi kesukaran melayari internet. Hal ini selari
dengan hasil kajian Syakira et el. (2014), di mana dapatan mendapati bahawa guru
mengakui tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menyusun atur media
elektronik di dalam kelas, tidak mempunyai masa melayari internet dan menghadapi
masalah talian internet tidak yang memuaskan. Selain itu, faktor guru yang kurang
berkemahiran dalam menggunakan peralatan dan perisian TMK akan mengambil
masa yang agak lama untuk membuat persediaan. Justeru, hal ini menjadi salah satu
[AUTHOR NAME]

DMED1013 INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

penghalang untuk mendorong guru bersikap positif dan bermotivasi dalam


melaksanakan PdP menggunakan teknologi seperti yang diharapkan.
2.5

Pendidikan abad ke-21


Selari dengan arus globalisasi dan ledakan multimedia, sistem pendidikan di

negara turut terkena tempiasnya. Kaedah PdP konvensional seperti chalk and talk
dikatakan tidak lagi relevan dengan generasi abad ke-21. Generasi ini lebih tertarik
dengan kaedah yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang
sesuai dengan perkembangan semasa atau dengan erti kata lain berpusatkan pelajar.
Hal ini turut diakui oleh Norazura, Juliza Adira dan Siti Hazwani (2010), dalam kajian
mereka mendapati bahawa pelajar sukar memberikan perhatian kepada proses PdP
yang berpusatkan guru semata-mata. Akan tetapi, masih terdapat kalangan guru yang
masih gagal melakukan perubahan terhadap kaedah pengajaran mereka. Menurut
Azrina Sazali (dalam Yusop Hashim 2015), guru-guru masih menggemari amalan
chalk and talk dan menggunakan kaedah pembelajaran kolaboratif hanya pada
sesetengah pengajaran mereka sahaja. Menurut Norliza Hussin, Mohamad Sattar
Rasul dan Roseamnah Abd. Rauf (dalam Syed Najmudin, Ab. Halim, Isahak & Mohd
Sabri, 2008), mendapati bahawa guru kurang kreatif dalam pengurusan kelas
terutamanya dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran. Ini menyebabkan pendidikan
abad ke-21 sukar diintegrasikan di dalam kelas.
Cabaran pendidikan abad ke-21 yang seterusnya adalah untuk mempersiapkan
pembelajaran yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). KBAT
merupakan keupayaan menerapkan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat
penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan
membuat pembaharuan (Mohd. Abaidi Mohd Noh,2014). KBAT adalah salah satu
daripada enam (6) ciri utama yang diperlukan oleh setiap pelajar untuk bersaing di
peringkat global (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025). Bagi
memastikan pembelajaran secara KBAT ini berjaya dilakssanakan, kedua-dua pihak
guru dan pelajar harus berubah dan saling bekerjasama. Guru memainkan peranan
penting dalam mendokong kepada pembentukan masyarakat yang berpemikiran aras
tinggi. Guru terlebih dahulu perlu kompeten menggunakan KBAT. Apabila guru
melaksanakan PdP yang berunsur KBAT, secara tidak langsung membantu
meningkatkan pemahaman dan pencapaian pelajar terhadap unsur KBAT. Namun,
menurut laporan terkini oleh Perunding Kestrel Education daripada England dan 21 st
Century School daripada Amerika Syarikat pada 2011 (dalam Nooriza Kassim, n.d)
[AUTHOR NAME]

DMED1013 INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

mendapati bahawa pemikiran aras tinggi dalam kalangan guru dan pelajar di Malaysia
masih rendah. Hal ini boleh kita kaitkan dengan kesediaan guru dalam
mengintegrasikan KBAT dalam mata pelajaran di sekolah. Terdapat kajian lepas yang
mengkaji tahap kesediaan guru mengintegrasikan KBAT dalam PdP. Antara punca
yang dikenalpasti adalah guru belum bersedia dari aspek ilmu pengetahuan,
kemahiran pedagogi dan sikap untuk mengajar KBAT (Rajendran, 2001). Natijahnya,
guru tidak tahu bagaimana menerapkan KBAT dalam PdP.
Pembelajaran berasaskan projek pula merupakan salah satu pendekatan
pendidikan abad ke-21 yang semakin mendapat tempat dalam arena pendidikan
negara. Pembelajaran berasaskan projek merupakan proses pembelajaran kolaboratif
yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik dalam jangka masa tertentu. Ia
bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam sesuatu
bidang topik di samping menjana keupayaan pelajar dalam mengeluarkan idea dan
kemahiran baru (Md. Baharuddin Hj. Abd. Rahman & Hairul Nizam Ismail, 2011).
Pelajar akan diberikan tugasan di mana pelajar perlu mencari, mengumpul dan
menganalisis data untuk membuat laporan. Pelajar perlu bijak memilih sumber untuk
dirujuk di internet kerana terdapat lambakan maklumat yang tidak dapat dipastikan
kesahihan dan kualitinya (Mohd. Zaki, n.d). Pemilihan maklumat yang sesuai perlu
dititikeratkan kerana ia membantu pelajar menyiapkan projek yang berkualiti. Dalam
usaha pemilihan maklumat di internet pelajar akan menghadapi masalah memahami
bahan. Ini kerana kebanyakan sumber maklumat yang terdapat di internet adalah
berbahasa Inggeris. Menurut Inktomi, 2000 (dalam Mohd. Zaki, n.d) terdapat 86.55
peratus bahan di internet berbahasa Inggeris berbanding 2.36 peratus berbahasa
Perancis dan 0.54 peratus berbahasa Belanda. Bahan-bahan dalam Bahasa Melayu
pula masih kecil jumlahnya. Tahap pemahaman Bahasa Inggeris yang lemah
membatasi pelajar untuk memahami sumber seterusnya menyiapkan tugasan.
3.0

Kesimpulan
Teknologi mengubah cara kita berfikir, belajar, mengajar, merangka dan mengurus
PdP. Keberkesanan penggunaan teknologi dalam proses PdP memang tidak dapat
disangkal. Ia dapat membantu memperbaiki keberkesanan proses PdP di samping
dapat merangsang minat pelajar. Oleh yang demikian, pentadbir, guru dan pelajar
perlu bergerak seiring dan bekerjasama dalam usaha untuk mengintegrasikan
teknologi dalam bilik darjah, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun
Abdul Razak (1997) di dalam ucapannya pernah menyatakan bahawa sama ada kita
[AUTHOR NAME]

DMED1013 INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

setuju atau tidak, proses pendidikan di negara kita menjelang abad ke-21 tidak dapat
lari daripada mendedahkan pelajar kepada teknologi maklumat dan multimedia.
Ledakan multimedia sedang berlaku dengan pesatnya. Di seluruh dunia, negara maju
telahpun melaksanakannya dalam prasarana pembangunan sumber manusia dengan
tujuan melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berketrampilan dalam
bidang teknologi digital menjelang abad akan datang.

Rujukan
Buletin Anjakan (2015). Buletin Transformasi Pendidikan Malaysia. Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025, Bil 4/2015(1).
Ian Selwood & Adrie J. Visscher (2007). Government and Performance of Education System:
The Potential of School Information Systems for Enhancing School Improvement. (pp.
269-288). Netherlands: Springer Netherlands.
Katia Passerini & Mary J. Granger (2000). A developmental model for distance learning
using the Internet. Computers and Education, 34 (1), 1-15.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025(Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Anjakan 7. Memanfaatkan
ICT

bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia, E18- E22.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025(Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Anjakan 1. Menyediakan
Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa, E19-E21

[AUTHOR NAME]

1
0

DMED1013 INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

Md. Baharuddin bin Hj. Abdul Rahman & Hairul Nizam Ismail (2011). Pembelajaran
Berasaskan Projek (PBL) @ Project Based Learning (PjBL): Scribd. Dperoleh dari:
https://www.scribd.com/doc/49449994/Apa-Itu-Pembelajaran-Berasaskan-Projeks
Mohamad Rusydi (2012). Integrasi Teknologi Pendidikan dalam Pengajaran &
Pembelajaran Pendidikan

Jasmani

dan

Kesihatan

(PJK).

Diperoleh

dari:

http://mohdrusydirozali.blogspot.my/2012/12/integrasi-teknologi-pendidikandalam.html
Mohd Abaidi Mohd Noh (2014). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)/ HOTS. Diperoleh
dari: http://abaidi.blogspot.my/2014/04/kemahiran-berfikir-aras-tinggi-kbathots.html
Mohd. Zaki bin Awang Mat (n.d). Penilaian dan Pemilihan Sumber Maklumat di Internet.
Diperoleh dari: http://www.bmspm.net/nilaiweb.htm
Nooriza Kassim dan Effandi Zakaria (n.d). Integrasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Matematik: Analisis Keperluan Guru. Persidangan
Serantau Siswazah Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noraini Abdullah, Hamidon Khalid & Mohd. Izham Mohd. Hamzah (2015). Peranan
Pengetua

sebagai Pemimpin Teknologi di Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia:

Universiti Kebangsaan Malaysia.


Norazura Tukiran, Juliza Adira Mohd @ Ariffin & Siti Hazwani Mohamed Rozi (2010). Teori
Kecerdasan Pelbagai untuk Meningkatkan Penglibatan Aktif Pelajar di dalam Kelas.
Guru pelatih DPLI UKM.
Norliza Hussin, Mohamad Sattar Rasul Roseamnah Abd. Rauf (2013). Penggunaan Laman
Web sebagai Transformasi dalamPengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam:
The Online Journal of Islamic Education. Vol 1 Issue 2: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Nurazuan Bin Razali (2013). Tahap Prasarana Pendidikan dan Persekitaran Pembelajaran
di

Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi: Universiti Teknologi Malaysia.

Rajendran, N. (2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru


Mengendalikan Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Kertas kerja dibentang pada
Seminar Projek KBKK: Poster Warisan- Pendidikan- Wawasan 2001.
[AUTHOR NAME]

1
1

DMED1013 INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

Roslee Talip, Mohd. Yusof Abdullah, Baharom Mohamad, Abdul Said Ambotang, Shukri Zain
dan Muhamad Suhaimi Taat (2012). Guru sebagai Agen Transformasi dalam Inovasi
Kurikulum: Utusan Borneo.
Sani (2008). Penggunaan Makmal Komputer Dalam Kalangan Guru-Guru Kebangsaan Zon
Jementah, Daerah Segamat Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran: Satu Tinjauan. Eprints UTM.
Sathiamoorthy Kannan (n.d). Kepimpinan Teknologi Pengetua: Institut Kepimpinan
Pendidikan Universiti Malaya.
Siti Nurhafizah Anual (2014). Persepsi Pelajar Terhadap Perbezaan Kemudahan Prasarana
Dalam Membantu Pembudayaan Sains dan Teknologi Pelajar di Kolej Vokasional
Zon

Selatan: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Syakhira Husna Illias (n.d). Cabaran Penggunaan Media Elektronik dan ICT sebagai Alat
Bantu Mengajar di SK Ulu Geruntum, Gopeng Perak: Universiti Pendidikan Sultan
Idris.

[AUTHOR NAME]

1
2