Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PERTANDINGAN MEMASAK

TKRS SK RUNGKUP
Pendahuluan
Pertandingan memasak bagi Unit Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) ini
adalah satu gerak kerja Kokurikulum yang dijalankan di luar bilik darjah dan bertujuan untuk
pengukuhan dan pengkayaan pembelajaran secara tidak langsung. Melalui aktiviti memasak,
murid akan diajar bekerjasama, berdikari, berdisiplin, berkepimpinan, perpaduan dan daya tahan
fizikal dan mental bagi membentuk insan berketrampilan di zaman siber ini.
Selain itu, aktiviti ini bertujuan menguji kecekapan mereka dalam menyediakan unggun
api, mengemas, membersih dan menghias masakan.
Rasional

Salah satu cara untuk menentukan pencapaian pelajar dalam unit beruniform yang
diceburi

Meningkatkan kreativiti, inovasi dan mengembangkan idea, konsep dan aktiviti unit
beruniform.

Menggalakkan murid supaya sentiasa berusaha membaiki diri untuk mencapai prestasi
terbaik.

Melatih murid dalam membuat perancangan dan melaksanakan aktiviti dengan teratur
dan sistematik.

Objektif dan Matlamat

Mencungkil, membentuk dan memperkembangkan potensi dan keyakinan diri murid.

Memupuk semangat setiakawan dan bekerjasama.

Memperkaya daya komunikasi dan interaksi melalui aktiviti perkhemahan dan aktivitiaktiviti lain yang dijalankan.

Mewujudkan budaya saing yang sihat dikalangan murid.

Memperkasakan dan mempraktikan kemahiran yang telah dipelajari dalam unit


beruniform dan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang lain.

Tarikh dan Tempat

25 Mei 2011 / 3.30 petang 5.30 petang

Garaj Basikal Sekolah Kebangsaan Rungkup

Sasaran
Murid- murid tahun 3 - 6 anggota TKRS seramai 75 orang
Bersama-sama pegawai/jurulatih seramai 5 orang.

KERTAS KERJA PERTANDINGAN MEMASAK


TKRS SK RUNGKUP
Bidangan / Kemahiran

Pemilihan menu makanan yang sesuai

Kemahiran menghidupkan unggun api

Rasa masakan

Kreativiti dalam menyediakan dan menghias masakan

Mengemas dan membersih semasa dan selepas memasak

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


PERTANDINGAN MEMASAK UNIT BERUNIFORM SK RUNGKUP
2011
Penaung

: En. Zainal Abiddin Bin Osman


( Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak )

Penasihat

: En. Rahman Bin Saari


( Timbalan PPD Sekolah Rendah )
(Penyelia Kokurikulum PPD Hilir Perak )

Penasihat

: En. Mohd Karim Bin Badu Ariff


(Guru Besar, SK Rungkup)

Pengerusi

: En. Kamarul Izam Bin Abdul Kadir


(Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SK Rungkup)

Naib Pengerusi (1)

: Tn. Hj. Mohd Bajuri Bin Hj.Ghazali


(Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Rungkup)

Naib Pengerusi (2)

: Pn. Normala Bt Ismail


(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Rungkup)

Setiausaha

: Pn. Nurhuda Bt Kamaruddin

Bendahari

: Cik Cathrin a/p Peter Francis

Pegawai Komandan

: En. Abdullah Syukur Bin Mohd Nadzri


: En. Ahmad Athori Bin Abdullah
: En. Mohd Khuzaimi Bin Mat Shah

Hakim Pertandingan Memasak

Pn. Sharifah Bt Ahmad

En. Mohd Shahir Bin Ibrahim

KERTAS KERJA PERTANDINGAN MEMASAK


TKRS SK RUNGKUP

Anggaran Perbelanjaan
Perkara
Hadiah Peserta
1) Hadiah pertandingan
memasak

Kuantiti

Nilai

Jumlah

5 bungkus hamper
- Johan
- Naib Johan
- Ketiga

RM 18.00
RM 16.00
RM 14.00

RM 18.00
RM 16.00
RM 14.00

- Saguhati

RM 12.00 x 2

RM 24.00

Jumlah Besar

RM 72.00

Sumber Kewangan
Bil
1.
2.

Perkara
Tabung Kokurikulum
Sumbangan
Jumlah Besar

Kuantiti
RM 84.00
RM -

Jumlah
RM 72.00
RM RM 72.00

Penutup
Pertandingan Memasak Unit Beruniform TKRS ini adalah satu aktiviti yang sangat
penting bagi memperkasa dan mempraktikkan kemahiran yang telah dipelajari dalam unit
beruniform berkenaan. Di samping mengukuhkan lagi semangat setiakawan dan kerjasama.
Pertandingan ini juga membolehkan murid-murid menyemai semangat berdikari dalam
melaksanakan setiap aktiviti yang telah dirancang.
Oleh itu, melalui pertandingan ini diharap murid dapat mempraktikkan kemahiran yang
sedia ada bagi mencapai objektif yang telah digariskan oleh Unit Kokurikulum Sekolah
Kebangsaan Rungkup dengan jayanya.

Disediakan Oleh,

Disahkan Oleh,

-------------------------------------------------

-------------------------------------------

(PN. NURHUDA BT KAMARUDDIN)

(MOHD KARIM BIN BADU ARIFF)

Setiausaha,

Guru Besar,

KERTAS KERJA PERTANDINGAN MEMASAK


TKRS SK RUNGKUP
Pertandingan Memasak Unit Beruniform,

SK Rungkup

SK Rungkup 2011

Anda mungkin juga menyukai