Anda di halaman 1dari 28

PENGENALAN

Selain dijadikan makanan, ikan juga sesuai dipelihara untuk dijadikan


perhiasan di rumah. Ikan hiasan bukan sahaja dapat mengindahkan sudut-sudut
di dalam rumah malah dapat mencantikkan suasana persekitaraan rumah.
Dengan mengikuti keseluruhan maklumat yang akan diberikan, kita akan dapat
mengetahui dengan lebih mendalam tentang ikan hiasan.

TUJUAN MEMELIHARA IKAN HIASAN


Ikan hiasan dipelihara bertujuan untuk :
a) Mencantikkan ruang di dalam atau di luar rumah.
b) Dapat member ketenangan kepada penggemarnya.
c) Memupuk perasaan cinta akan haiwan peliharaan dan alam akuatik.

warna
warna

sisik

jantina
jantina

pergerakan

ciri
istimewa
ikan
hiasan

cara
pembiakka
n

bentuk
bentuk
badan

sirip
cara
cara
pemakana
n

1. MENGENAL PASTI BAHAGIAN LUAR IKAN

SIRIP KAUDAL

SISIK

GARISAN
LITERAL

SIRIP ANAL

SIRIP DORSAL

SIRIP PELVIK

MATA

MULUT

SIRIP
PEKTORIAL

SISIK
Badan ikan diliputi oleh sisik yang berfungsi sebagai pelindung dari
musuh, kecederaan dan penyakit .
SIRIP
Anggota ikan yang menolong untuk bergerak di dalam air ialah sirip. Sirip
terdiri dari dua jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip tidak
berpasangan ialah seperti sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal berfungsi

membantu supaya ikan bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di
dalam air. Sirip berpasangan ialah seperti sirip pektoral dan sirip pelvik berfungsi
untuk kesetabilan, berundur berpusing dan mengapung.
GARIS LATERAL
Garis lateral terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutup
insang hingga ke ekor. Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di
dalam air. Organ deria ini juga berfungsi sebagai telinga.
INSANG
Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang. Air disedut melalui mulut
nya dan keluar melalui tutup insang. Semasa air mengandungi oksigen bergerak
melalui insang oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.

MEMILIH IKAN HIASAN UNTUK DIPELIHARA.


Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikkan

kerana ikan hiasan mempunyai warna yang cantik. Melihat ikan ini berenang di
dalam akuarium akan memberi ketenangan. Lebih menarik lagi sekiranya ikan ini
dipelihara di dalam akuarium yang yang ditanam dengan pelbagai jenis
tumbuhan akuatik hidup dan hiasi dengan eksesori lain.

Ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis
ikan liar yang ditangkap dari habitat semula jadi. Ikan yang jinak dan telah sesuai
dipelihara di dalam akuarium boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau dibiakkan
sendiri. Ikan yang ditangkap dari habitat semula jadi adalah sukar dipelihara di
dalam akuarium kerana ianya belum dapat menyesuaikan diri hidup di dalam
kurungan. Ikan yang dipilih untuk dipelihara di dalam akuarium juga mestilah ikan
yang mempunyai ciri menarik seperti warna dan bentuk yang unik dan cantik.
Untuk mempunyai akuarium yang cantik pemilihan jenis ikan untuk
dipelihara adalah penting. Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu
komuniti akuarium. Ikan pemangsa mestilah dipelihara di dalam akuarium yang
hanya mengandungi jenis ikan itu sahaja kerana ia memakan ikan-ikan kecil lain
yang terdapat dalam akuarium. Hanya ikan yang boleh hidup secara komuniti
sahaja boleh dipelihara dalam akuarium mengandungi pelbagai jenis ikan.

MENGENAL PASTI SPESIS IKAN HIASAN TROPIKA


Terdapat banyak jenis ikan hiasan yang dijual di kedai. Anara yang biasa kita
dapati di kedai adalah seperti berikut :
Ikan gapi

ikan Oscar

Angelish

Ikan neon tetra

Ikan molly

Ikan bandaraya

tiger barb

ikan lampam sungai

IKAN GAPI
Gapi adalah jenis ikan
yang

memiliki

ekor

paling

indah.

Gapi

memiliki corak ekor yang indah dan berbeza-beza berdasarkan spesiesnya. Tiap
spesies memiliki corak ekor yang menjadi penanda kepada spesies tersebut.
Kelebihan gapi ialah selain corak ekor yang indah dan beragam adalah
pemeliharaan ikan ini cukup mudah dan mudah dikembangbiak.
Guppy (Poecilia reticulata), juga dikenal sebagai millionsfish yang merupakan
salah satu spesies ikan air tawar yang paling popular di dunia. Merupakan
bahagian kecil dari famili Poecilidae (panjang ikan betina 4-6 cm, jantan 23
cm) dan seperti semua anggota famili-nya, ikan ini berkembang biak dengan
melah

Ikan gapi jantan

Ikan gapi betina

TIGER BARB
Ikan Barb cantik, aktif mudah dipelihara dan dibiakkan. Ia berasal dari
kawasan Asia dan Afrika. Spesies Asia terdapat di India, Malaysia dan
sebahagian Negeri China. Terdapat beberapa spesies
dalam kumpulan Ikan Barb, iaitu Tiger Barb ( Barbus
tetrazona), Tiger barb tempatan (Barbus pentazone)
Golden Barb (Barbus schuberti), Cherry barb ( Barbus
conchonius), Black Ruby barb (barbus nigrofasciatus)
dan Rosy barb
(Barbus conchonius). Ia adalah
sejenis maserba kecuali beberapa spesies seperti Lampan
Ikan tiger barb
Sungai ( Puntius Swanenfeldii) dan Lampan Siam
(Puntius altus) ialah jenis maun.
Ikan Barb boleh menyesuaikan diri dalam semua kualiti air. Ternakan di
dalam akuarium memerlukan system penapisan dan pengudaraan. Jenis yang
biasa diternak dalam akuarium ialah jenis yang kecil. Ikan ini dapat hidup selama
2-3 tahun ia sangat cantik jika dipelihara dalam kumpulan nonospesies.

IKAN NEON TETRA

Neon tetra memiliki warna yang cerah, terdapat garis horizontal berwama
biru-hijau sepanjang kedua sisi ikan mulai dari hidung
hingga bagian depan ekor dan warna kemerah-merahan
sepanjang setengah bagian posterior bawah tubuh.
Pada malam hari warna tubuhnya akan menghilang
selama ikan beristirahat dan akan muncul kembali ketika
ikan aktif pada pagi harinya. Neon tetra dapat tumbuh
hingga 4 cm. Ikan betina memiliki perut yang sedikit agak besar dibanding
Ikan
neon
tetra
ikan jantan. Ikan neon tetra merupakan
salah
satu
jenis ikan

akuarium yang sangat dikenal dan telah

dibudidayakan dalam jumlah yang besar.


IKAN OSCAR
Ikan Oscar merupakan jenis ikan air tawar yang berasal dari sungai
Amazone,Panama, Rio-Paraguay dan Tio-Negro Amerika Selatan, serta sudapat
dikembang-biakan di Indonesia.
Ikan Oscar mempunyai bentuk dan warna yang menarik. Warna badannya
kehitam-hitaman dengan batikan berwarna kuning kemerah-merahan. Tidak
seperti ikan hias lain, ikan oscar memerlukan perlakuan sedikit khusus pada
cara perkembangbiakannya, sehingga ikan Oscar ini termasuk ikan yang
maha

Ikan oscar

IKAN ANGLE
Ikan Angel (Pterophyllum Sclare) berbentuk pipih dan hujung mulutnya
tajam. Sirip dorsal dan analnya terbuka lebar ke arah ekor. Di bahagian dada
terdapat sepasang sirip yang terjuntai menjangkau ke ekor berwarna putih.
Warna di bahagian bawah tubuhnya kelabu berkilat. Di bahagian atas kepalanya
coklat kehitaman. Ikan ini boleh membesar sehingga 15cm

Morfologinya yang
berbentuk cakera dan suka
berenang di pertengahan
akuarium menjadikan ia sangat
digemari sebagai ikan hiasan.
Ikan ini tahan lasak dan
pemakanannya mudah. Ia diberi
makan Blood worm, Daphnia
sd., Moina seperti jejentik dan pelet.

Ikan angle

Ikan ini sesuai diternak secara berkumpulan. Ikan jantan mempunyai


badan lebih besar daripada ikan betina. Jika dipandang dari atas kelihatan
perutnya pipih dan kepalanya lebih besar. Bahagian atas antara mulut dan sirip
dorsal (dahi) berbentuk cembung. Warnanya lebih terang. Liang genitalnya kecil
panjang dan berbentuk 'V'.

IKAN BANDARAYA
ikan bandaraya adalah sekelompok ikan air tawar yang berasal dari
Amerika tropis yang termasuk dalam famili Loricariidae, namun tidak semua
anggota Loricariidae adalah sapu-sapu. Ikan ini dikenal sebagai pemakan
alga/"lumut" dan sangat populer sebagai ikan pembersih akuarium. Dalam
perdagangan

ikan

internasional

ia

dikenal

sebagai

plecostomus

atau

singkatannya, plecos dan plecs. Di Malaysia orang menyebutnya "ikan


bandaraya" karena fungsinya seperti petugas pembersih kota ("bandar")

IKAN
LAMPAM
Lampam
Sungai merupakan ikan
tempatan,nama inggeris tinfoil barb. nama sintifik ialah
Barbus Schawanenfeldi. badan sisik perak, sirip dan
ekor berwarna merah berbelang hitam... terdapat spesis
hibrid

berwarna

kuning

utk

industri

ikan

akuarium.dikenali sebagai lampam emas.golden tinfoil


barb
MENGENAL DAN MEMILIH JENIS MAKANAN IKAN HIASAN
Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang
mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti
ikan Swordtail, Guppy atau Angel. Makanan tenggelam pula sesuai untuk
diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke bawah
seperti ikan Corydoras atau Loach.
3.1

PEMAKANAN IKAN HIASAN


Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama

berdasarkan jenis permakanannya.

herbivo
r

karnivo
r

jenis
pemakan
an ikan

omnivo
r

pemak
an
plankto
n

a. IKAN KARNIVOR
Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan
lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa
bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan
ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan
karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar dan ikan Arowana.
b. IKAN PEMAKAN PLANKTON (organisma mikro di dalam air)
Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan
pemakan plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan
kebanyakan jenis ikan semasa peringkat anak.
c. IKAN HERBIVOR

Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai


herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam
tumbuhan akuatik. Contoh ikan herbivor ialah ikan Lampam dan Tiger Barb.
d. IKAN OMNIVOR
Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti
plankton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan
hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di
dalam tangki. Contoh ikan omnivor ialah ikan Pelaga, Oscar, dan cichlid.
3.2

PEMAKANAN IKAN HIASAN DI DALAM AKUARIUM


Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau

makanan kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain
bergantung kepada jenis ikan yang dipelihara.
Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan
ikan hiasan juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara.
Kebanyakan ikan yang dipelihara di dalam akuarium pula telah lama
menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki, pemakanannya juga banyak
dipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan hiasan akan memakan apa sahaja makanan
yang diberikan kepada terutamanya apabila ikan telah lapar.
3.3

Makanan ikan hiasan boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan :

Makanan hidup

Makanan kering

Makanan basah

Makanan rumusan.

makan
an
hidup

makan
an
rumusa
n

makan
an ikan

makan
an
kering

makan
an
basah
a.

MAKANAN HIDUP

Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam
air, cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan
sebagainya.

b.

Blood worm

Ulat roti

Plankton

Plankton

MAKANAN KERING

Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti.
c.

MAKANAN BASAH

Makanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau
bayam.
d.

MAKANAN RUMUSAN

Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia
diproses oleh kilang membuat makanan. Iannya yang boleh dibeli dari kedai ikan
hiasan atau pembekal makanan haiwan.

3.4

PEMBIAKAN IKAN

Ikan membiak dengan cara bertelur atau beranak ikan bertelur dan telurnya
menetas di dalam air. Ada sesetengah ikan menjaga telurnya sehingga menetas

dan sebahagiannya akan meninggalkan telurnya tanpa penjagaan. Ikan beranak


anak melahirkan anak yang telur sempurna sifatnya dapat hidup dengan sendiri.

Makanan pallet

Makanan emping

MENGENAL PASTI DAN MEMILIH TUMBUHAN AKUATIK UNTUK HIASAN


DALAM AKUARIUM
Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di
dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman
akuarium.

Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap


bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi

makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan
perkumuhan akan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium dan
menjadi baja kepada tumbuhan akuatik.

Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses


fotosistisis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses
pernafasan.

Tumbuhan akuatik juga berdungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung


dari ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan
tempat berehat.

4.2

Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.


Keperluan penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium

baja

karbon
dioksida
a.

cahaya

KARBON DIOKSIDA

Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses


fotosintisis sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk
pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada
tumbuhan melalui gas karbon dioksida yang khusus dan ada dijual di
kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan masih boleh
hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui
pernafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.

b.

BAJA

Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses


pembesaran tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu
ditambahkan dari masa ke semasa menggunakan baja yang boleh dibeli
di pasaran mengikut kaedah yang dicadangkan.
c.

CAHAYA

Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium


mesti dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap
hari.

CONTOH TUMBUHAN AKUATIK

4.3 Cara memasukkan ikan ke dalam akuarium

1. Letakkan beg ikan ke dalam tangki akuarium selama 20 hingga 30 minit.


2. Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik dan
air di dalam akuarium.
3. Buka beg plastik dan biarkan ikan keluar dengan sendirinya bersama air
daripada beg plastik.

5.

CARA MENJAGA AKUARIUM

Penjagaan akuarium yang mengandungi ikan hiasan kecil dan tumbuhan akuatik
sebagai hiasan adalah mudah.
5.1

Penjagaan harian
Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi
apabila dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit.

Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal


atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing,
terdapat kecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan
tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan.

Ikan yang mati perlu dibuang.

Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi


dengan baik.

Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida
menggunakan alat yang disediakan.

5.2

Penjagaan mingguan
Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti
sebanyak atau bahagian dari isipadu tangki.

Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi

Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki.

Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat
sementara waktu.

Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki.

Cucikan kapas penapis dengan air bersih.

Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal.

Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum


bercuti pada hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi
makanan selama beberapa hari sebaliknya akan lebih mebahayakan ikan
sekiranya diberi makan dengan berlebihan.

6. MENGENAL PASTI MUTU AIR AKUARIUM


a. pH air
pH air ialah kadar kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 hingga 14.
Nilai 1 ialah paling masam atau asidik dan nilai 14 merupakan
keadaan yang paling alkali. pH air akuarium yang paling sesuai aialah
6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral. Untuk menentukan nilai pH boleh
menggunakan kertas litmus. Nilai pH air perlu dipastikan dari masa ke
semasa untuk mengelakkan ianya terlalu asidik.
b. Suhu
Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26 o hingga 27oC.
Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan
mati. Suhu yang sejuk di bawah 26oC menyebabkan ikan mudah
dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan suhu dan iklim di negara kita
tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim sejuk. Suhu bilik
adalah cukup sesuai untuk ikan hidup dengan baik.
b. Bahan beracun
Bahan beracun yang wujud di dalam air ternakan ialah ammonia
dan nitrate. Ianya terhasil dari proses perkumuhan ikan yang dipelihara
iaitu bahan buangan urin dan najis. Oleh kerana sistem tangki kita
adalah sistem yang seimbang, bahan beracun ini tidak akan memberi
kesan kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada
bahan makanan dan baja yang berguna untuk tumbuhan akuatik di
dalam akuarium. Proses penukaran bahan beracun ammonia dan
nitrat kepada baja dilakukan oleh tindakan bakteria di dalam penapis
pasir di dasar akuarium (rujuk edaran nitrogen).

KELENGKAPAN YANG DIPERLUKAN OLEH IKAN HIASAN

Akuarium
Pemanas/Lampu
Termometer
Pam air dan penapis
Latar belakang
Batu-batuan aksasori
tambahan
Earator

AKUARIUM ATAU BEKAS


akuarium adalah komponen utama dalam pemeliharaan ikan hiasan.
Fungsi utama akuarium adalah untuk takungan
air sebagai medium kehidupan ikan supaya ikan
boleh hidup, berkembang dan
membesar.Secara umumnya akuarium boleh
dibahagikan kepada dua jenis, iaitu akuarium
berbentuk bersegi dan akuarium yang tidak
bersegi. Akuarium bersegibiasanya mempunyai
sudut-sudut yang jelas seperti bentuk segiempat
panjang, segiempat tepat, prisma segi enam
dan prisma segi lapan. Manakala akuarium tidak
bersegi pula selalunya berbentuk bulat atau
bujur.
Biasanya, akuarium bersegi lebih disukai oleh para penggemar
berbanding dengan akuarium tidak bersegi. Bentuk akuarium ini dapat
menampilkan keindahan ikan dan mempermudahkan susun atur taman hiasan
dalamannya secara maksimum.
Ukuran akuarium boleh dibuat pelbagai saiz tetapi
apa yang harus diperhatikan dalam pembuatan
akuarium ini adalah ketebalan kacanya. Ketebalan
kaca yang digunakan haruslah sesuai dengan ukuran
akuarium yang dibuat
agar mampu
menampung tekanan
air dari dalam supaya akuarium tidak pecah.
Akuarium bersegi berukuran 100 x 40 x 40 cm atau
90 x 40 x 35
AERATOR

Terdapat pelbagai bentuk aerator atau alat getaran dengan harga yang
berlainan. Cara aerator berfungsi adalah cukup mudah, iaitu tekanan udara yang
dihasilkan di dalam motor digunakan untuk menggerakkan

air di

dalam akuarium sehingga terhasilnya penyebaran


oksigen. Jadi, jika sebelum ini ada yang
menganggap aerator boleh memasukkanoksigen ke
dalam akuarium, tentu sahaja ia tidak benar kerana
yang masuk ke dalam air dan kelihatan gelembunggelembung udara yang terhasil itu hanyalah udara
biasa yang masih bercampur dengan gas-gas lain.
TERMOMETER
Termometer berfungsi untuk mengetahui keadaan suhu air di

dalam

akuarium. Dengan mengetahui suhu air, kita akan mudah


mengatasi masalah atau kekurangan di dalam akuarium.
Termometer yang biasa digunakan di Malaysia biasanya

berskala

celcius.

LAMPU
Lampu berfungsi sebagai penerang untuk mencantikkan suasana di dalam
akuarium. Terdapat pelbagai jenis-jenis lampu. Harganya juga turut berbeza
mengikut jenisnya. Lampu neon berwarna ungu atau yang
berwarna hijau mampu memberi pesona tersendiri terhadap

ikan dan

boleh memperindahkan lagi dekorasi akuarium pada waktu malam.


LATAR BELAKANG
Penggunaan latar belakang digunakan supaya hiasan dalaman akuarium
kelihatan lebih cantik dan menarik. Latar belakang yang biasa digunakan adalah
gambar tumbuhan, pemandangan laut dan batu-batuan.

BATU-BATUAN
Aksesori akuarium lain yang boleh mencantikkan lagi akuarium adalah batubatuan seperti batu karang dan batu
berwarna. Batu karang adalah
bunga karang yang telah mati..
Karang yang digunakan untuk
aksesori akuarium air tawar
haruslah yang benar-benar sudah
mati. Karang yang masih hidup
boleh menjadi sensitif kepada ikan
atau boleh mencemari air akuarium.
Sementara itu, batu berwarna juga
adalah sangat bervariasi, dari yang bersaiz kecil hinggalah agak besar dengan
pelbagai warna seperti merah, biru, hijau dan kuning
PAM DAN PENAPIS

Pam air dan penapis biasanya digunakan untuk menapis


udara dan air daripada kotoran di dalam akuarium. Pam air
berfungsi untuk mengitar kitaran air yang terdapat dalam
akuarium penapis yang asas biasanya dibuat daripada hentian
kapas. Kotoran seperti habuk dan keladak biasanya
akan terperangkap di dalam kapas tersebut.

AKSESORI TAMBAHAN
Kehadiran aksesori tambahan dalam akuarium menambahkan suasana yang
lebih hidup di dalam akuarium. Contoh aksesori tambahan yang biasa digunakan
penggemar di antaranya adalah ikan-ikan plastik, jaring ikan, bekas makanan
dan meja akuarium.