Anda di halaman 1dari 5

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ( SJKC ), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ( SJKT ) :

Pro Negara atau Pro Bangsa?


Pro Negara dan Pro Bangsa ialah sesuatu perkara yang berbeza. Pro negara lebih kepada usaha
atau kerjasama membangunkan negara sendiri atau dengan kata lain bangga dengan negara sendiri dan
menganggap negaranya adalah yang terbaik di antara semua, manakala pro bangsa lebih kepada
perasaan perkauman. Setiap bangsa mempunyai perasaan bangga bangsa atau megah bangsa.
Perasaan ini wujud kerana adanya kesedaran bahawa anggota bangsa itu mempunyai ciri-ciri budaya
yang sama, misalnya bahasa yang sama, asal usul budaya nenek moyang yang sama, dan mungkin juga
agama yang sama.

Jadi melalui pembacaan kami, kami dapat rumuskan bahawa Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ( SJKT) adalah pro bangsa. Wujudnya
sekolah vernakular menyebabkan perpecahan kaum di Malaysia. Selain itu, ia dapat memupuk sikap
yang dapat mencetuskan perkauman seperti prasangka, diskriminasi, stereotaip, rasisme dan
entrosentrisme. Sikap ini boleh hadir dalam jiwa pelajar kerana dari awal lagi mereka dipupuk melalui
sistem persekolahan vernakular. Sifat 'rasis' atau 'rasisme' tidak sama dengan perasaan perkauman.
Setiap bangsa mempunyai perasaan 'bangga bangsa' atau 'megah bangsa'. Perasaan ini wujud kerana
adanya kesedaran bahawa anggota bangsa itu mempunyai ciri-ciri budaya dan sejarah yang sama,
misalnya bahasa yang sama, asal usul sejarah dan budaya nenek moyang yang sama, dan mungkin juga
agama yang sama. Mereka akan berasa marah sekiranya orang luar ('orang asing') menghina bangsa
mereka dan mereka akan bertindak balas jikalau bangsa asing menyerang mereka atau cuba menghina
atau memusnahkan bahasa, agama dan budaya yang telah dimiliki bersama sejak turun-temurun, sejak
nenek moyang mereka.
Ketika para pemimpin awal Malaysia bersetuju dengan kewujudan sekolah-sekolah vernakular,
terutama sekali pada pemimpin UMNO, mereka sebenarnya berharap, sikap tolak ansur tersebut
akhirnya akan membuatkan masyarakat Cina dan India sedar bahawa mereka adalah sebahagian
daripada negara Malaysia yang terasnya adalah Melayu dan Islam. Para pemimpin Melayu dan
Bumiputera Malaysia mengharapkan masyarakat Cina dan India yang merupakan kaum imigran terbuang
yang tidak diperlukan oleh Britain dan mereka pula enggan kembali ke negara asal kerana pelbagai
masalah termasuklah kesusahan dan penderitaan, akhirnya akan memilih untuk menjadi rakyat sejati
Malaysia tanpa perlu berbangga-bangga yang mereka adalah pendatang di negara ini, menerusi
perwarisan bangsa dan suku kaum mereka.
Namun, tolak ansur tersebut adalah satu kesilapan besar oleh para pemimpin UMNO dan
Bumiputera. Laporan Abdul Razak Hussein dan Laporan Rahman Talib menegaskan bahawa sekolahsekolah vernakular hanyalah wujud untuk sementara sebelum satu aliran pelajaran kebangsaan berjaya
diadakan dengan penerimaan secara menyeluruh ke atas Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
dan lingua-franca di Malaysia.

Perlembagaan Malaysia juga menegaskan bahawa sekolah-sekolah vernakular tersebut boleh


wujud tetapi tanpa bantuan daripada kerajaan persekutuan. Sebaliknya sekolah-sekolah tersebut perlu
dikendalikan dan segala pembiayaannya diambil daripada persatuan atau lembaga pengelola sekolah itu
sendiri. Bagaimanapun, atas semangat tolak-ansur dan mahu merapatkan jurang polarisasi kaum,
Kerajaan Pusat telah melakukan sesuatu yang tidak sewajarnya. Sekolah-sekolah vernakular itu telah
diberikan bantuan dalam jumlah yang sangat besar, sehinggakan menjadikan sekolah-sekolah vernakular
berkenaan, jauh lebih baik dan lebih hebat berbanding Sekolah Kebangsaan yang berada di bawah
kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia.
Para pemimpin Cina dan India sentiasa menafikan bahawa sekolah-sekolah vernakular adalah
punca kepada polarisasi kaum di negara ini. Namun mereka juga tidak dapat menafikan bahawa sekolahsekolah berkenaan hanya mewujudkan kelompok yang lebih tegar. Bandingkan sikap pelajar-pelajar yang
bersekolah di sekolah aliran kebangsaan dengan pelajar-pelajar di sekolah vernakular. Kita akan dapat
melihat perbezaan yang amat ketara. Di sekolah-sekolah aliran kebangsaan, setiap pelajar adalah
merupakan sebahagian daripada masyarakat negara ini yang berbilang kaum, berbilang bahasa dan
berbilang agama. Namun di sekolah-sekolah vernakular, lain pula ceritanya. Para pelajarnya lebih tahu
tentang bangsa mereka sendiri dari negara Malaysia di mana tempat mereka duduki sekarang.
Kesimpulannya, kerajaan perlu melakukan sesuatu agar polarisasi kaum yang bermula dari
sekolah-sekolah vernakular dapat dikurangkan. Sekiranya kerajaan yang baru diberikan mandat oleh
Melayu-Bumiputera pada tahun ini, bertindak lebih tegas dengan tidak lagi memberikan semua
kemudahan dan bantuan yang telah diberikan selama ini. Ini kerana, ada kalanya sesuatu yang hendak
diimplementasikan, tidak boleh sama sekali menggunakan kaedah tolak ansur, sebaliknya pemaksaan.
Ceritakan kronologi sistem pendidikan negara
Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu ia berbentuk bukan formal dan
tidak memberatkan perkembangan kongnitif pelajar-pelajar. Corak pendidikan yang ada pada ketika itu
berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-quran, tingkah laku, dan akhlak yang baik, pengetahuan
kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta
perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan. Seterusnya dalam perkembangan sistem
pendidikan di Tanah melayu berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris ( 1824-1957 ). Pada peringkat
ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelola, dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa
penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar pendidikan Kebangsaan. Pada
peringkat lebih teratur terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut sekolah pondok yang
ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang terkenal. Pelajar-pelajar menuntut di
madrasah agama dan tinggal di pondok yang di bina di sekelilingnya.
Pertama sekali ialah Penyata Razak (1956), Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul
Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam

sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Tujuan Penyata Razak adalah
menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di
sekolah, mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di
Tanah Melayu, mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat
dikurangkan, menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang
berdisplin, terlatih, liberal dan progresif, mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap
dan berkesan , mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , literal dan progresif, dan
memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan.
Selain daripada Laporan Barnes yang memberi tumpuan kepada sekolah-sekolah Melayu,
terdapat Laporan Fenn-Wu yang berfokuskan kepada sekolah-sekolah Cina pula. Laporan Fenn-Wu
1952 ditubuhkan untuk mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang
menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina. Laporan ini
diketuai oleh Dr. Fenn, dari Setiausaha Kerja Bersekutu Negara Cina, serta Dr. Wu dari Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu. Maka dalam Laporan Fenn-Wu 1952, terdapat beberapa cadangan yang dibuat,
kemudiannya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952). Terdapat beberapa usul-usul yang
dikemukakan dalam Laporan Fenn-Wu 1952. yang pertama ialah sekolah Cina patut dikekalkan. Malah,
sukatan pelajarannya juga hendaklah berasaskan kepada negara China tetapi bukannya Tanah Melayu.
Usul ini diwujudkan supaya tidak berlaku penghakisan budaya dan adat bangsa orang Cina. Selain
itu, sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu Melayu, Cina dan
Tamil. Malah, bahasa kebangsaan juga diadakan. Laporan Fenn-Wu 1952 juga menyatakan bahawa
sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) harus dikekalkan. Maka, sekolah-sekolah vokasional
pula terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk
pembangunan negara. Selepas Laporan Fenn-Wu 1952 dikemukakan, ia mendapat pelbagai reaksi
daripada banyak pihak. Orang-orang Melayu telah menolak laporan Fenn-Wu kerana mereka rasa syorsyor dalam laporan tersebut tidak menguntungkan mereka. Tetapi, reaksi yang diterima ini telah
membawa kepada satu pengkajian lain. Sebuah jawatankuasa khas, iaitu Jawatankuasa Pusat Penasihat
Pendidikan telah ditubuhkan untuk mengkaji laporan Fenn-Wu. Jawatankuasa Pusat Penasihat
Pendidikan ini terdiri daripada 20 orang ahli pelajaran, pegawai pemerintah dan ahli luar yang terdiri
daripada kaum Melayu, Cina dan India. Dalam jawatankuasa ini, mereka telah ditugaskan mencari jalan
tengah, bagaimana kerajaan dapat melaksanakan perakuan daripada Laporan Barnes dan FennWu. Ada di kalangan mereka berpendapat bahawa murid-murid dari sekolah rendah akan diajar Bahasa
Melayu dan Inggeris tetapi anak-anak Cina dan India akan diberikan peluang untuk mempelajari bahasa
Kuo Yu dan Tamil. Malahannya, bahasa pengantar di sekolah-sekolah pula hendaklah Bahasa Melayu
atau Bahasa Inggeris.
Sebagai kesimpulannya, setelah mengetahui segala kronologi pendidikan sejak zaman sebelum
penjajahan British hinggalah zaman selepas merdeka, kita dapat membuat kesimpulan bahawa banyak
perkembangan telah dilakukan terhadap sistem pendidikan negara. Bermula daripada sistem yang

berorientasikan kepada bangsa dan agama sendiri kepada sistem pendidikan yang menitik beratkan
aspek pendidikan berteknologi tinggi. Walaupun banyak perubahan yang telah dijanakan oleh kerajaan,
namun aspek etika tidak pernah ditinggalkan begitu sahaja. Setiap perancangan akan mengambil kira
etika moral dan disiplin setiap individu pelajar untuk menjadikan mereka insan yang berguna kepada
agama, bangsa dan negara. Namun, di sebalik usaha-usaha murni tersebut, tersembunyi beberapa
kelemahan yang secara tidak langsungnya akan menyebabkan barah yang lebih besar sekiranya tidak
ditangani secara total oleh pihak kerajaan. Usaha menyembuhkan barah ini memerlukan pengorbanan
daripada seluruh rakyat yang mengaku dirinya seorang warganegara yang berdisiplin dan berhemah
tinggi. Hanya dengan cara ini sajalah perkembangan pendidikan akan selaras dengan perkembangan
etika para pelajar yang semestinya perlu diberi didikan yang sempurna demi mencapai taraf individu yang
berjaya.
Bagaimana cara sekolah-sekolah pelbagai bangsa ini memupuk semangat taat setia kepada
negara.
Pemupukan dan penghayatan nilai-nilai patriotism telah bermula sejak daripada sekolah rendah.
Menurut Buku Panduan Pemupukan Patriotisme Di Sekolah Rendah (Kementrian Pendidikan ; 1994)
nilai-nilai patriotisme perlu diterapkan melalui kurikulum dan ko-kurikulum. Oleh itu subjek seperti Bahasa
Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Kajian Tempatan dan lain-lain
subjek sekolah rendah, perlu diterapkan nilai-nilai patriotism yang disepadukan melalui topik yang diajar.
Begitu juga melalui ko-kurikulum seperti aktiviti sukan, lawatan sambil belajar dan sebagainya. Manakala
di peringkat menengah pula, penerapan nilai-nilai patriotism dibuat melalui subjek Sejarah, Pendidikan
Moral, Geografi, Pendidikan Islam dan subjek-subjek lain. Walau bagaimanapun, setelah melalui proses
pendidikan selama 13 tahun, ternyata

penghayatan semangat patriotism di kalangan pelajar masih

longgar dan berada pada tahap sederhana Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran alQuran dan pengetahuan asas membaca, menulis dan mengira(3M). Pendidikan Melayu diadakan hanya
diperingkat rendah sahaja. Anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin melanjutkan pelajaran
terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar. Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu
diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 ialah untuk membolehkan anak-anak Melayu terus
kekal di desa, mewarisi kemiskinan keluarga. Oleh itu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa
melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad. Pendidikan
Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak
di kalangan masyarakat melayu.
Dasar terbuka dan tidak campur tangan Inggeris dalam hal ehwal sosial kaum pendatang
menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah cina dan tamil. Sekolah-sekolah ini dikendalikan oleh
masyarakat masing-masing tanpa bantuan daripada lnggeris hinggalah tahun 1920-an selaras dengan
tradisi mengutamakan pelajaran dan mengekalkan kebudayaan serta identiti bangsa masyarakat Cina

mula bergiat menubuhkan sekolah Cina sejak awal abad ke 19. Keadaan ini serupa di Sabah dan
Serawak. Dasar tidak campur tangan lnggeris dalam pendidikan vernakular menyebabkan perkembangan
politik dan ekonomi negeri Cina mempengaruhi sistem pendidikan masyarakat Cina di Semenanjung
Tanah Melayu, Sabah Dan Sarawak. Kurikulumnya berorientasikan negeri Cina, dan buku-buku teks
serta guru-guru juga dibawa masuk dari sana. Isi kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam bidang
3M iaitu membaca, mengira dan menulis serta lukisan, Bahasa Inggeris, Ilmu Alam, Sejarah, Kraftangan
dan pengetahuan am. Pada tahun 1920-an pengaruh kuat sekolah Cina telah menyedarkan Kerajaan
Inggeris tentang bahaya pertumbuhan sekolah Cina tanpa kawalan. Oleh itu pentadbiran lnggeris mula
memperkenalkan satu undang- undang pada tahun 1920 iaitu Enakmen Pendaftaran Sekolah
diwujudkan.
Akhir sekali ialah pendidikan tamil, sekolah-sekolah Tamil didirikan di ladang-ladang getah yang
sebahagian besar kaum keturunan India ditempatkan, seperti sekolah- sekolah Cina, sekolah Tamil juga
didirikan dan dikelolakan oleh masyarakat India sendiri. Pihak Kerajaan atau majikan ladang getah tidak
memberi bantuan sama ada dari segi fizikal, kewangan dan pedagogi. Oleh itu sekolah sekolah Tamil
yang didirikan di ladang ladang getah menghadapi beberapa kekurangan dari segi isi kandungan
kurikulum, tenaga pengajar dan pedagogi. Sekolah ini adalah tidak berfungsi dan bersifat cul- de- suc
iaitu sebahagian besar pelajarnya akan kekal di ladang getah menjadi buruh kasar. Pada tahun 1923,
negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan satu rang undang-undang. Satu peruntukan telah
dimasukkan ke dalam ordinan ini iaitu majikan ladang getah diwajibkan membina sekolah bagi anak-anak
pekerja mereka. Kurikulumnya nya menegaskan pengetahuan dalam kemahiran asas 3M membaca,
mengira, dan menulis karangan, ilmu alam dan kebersihan diri sebelum perang dunia kedua, program
latihan guru kelas normal, selama 3 tahun telah dimulakan untuk guru-guru sekolah Tamil. Pendidikan di
sekolah Tamil juga terhad di peringkat rendah sahaja
Kesimpulannya, semangat patriotisme di kalangan pelajar dilihat semakin berkurangan akibat
keselesaan keamanan dan kemerdekaan negara. Pada masa dahulu, semangat patriotisme di kalangan
pelajar sangat menebal kerana semua rakyat ingin bebas dari cengkaman penjajah. Oleh hal yang
demikian, semua rakyat tidak mengira kaum berusaha bersungguh-sungguh untuk membebaskan negara
dari cengkaman penjajah. Perasaan cinta akan tanah air itu dan semangat mempertahankan tanah air
bukan sahaja ada dalam diri polis atau tentera malahan rakyat biasa juga. Hal ini kerana semangat
patriotisme dapat membantu dalam pembangunan masyarakat dan ekonomi. Pelaksanaan dasar-dasar
kerajaan kerajaan dapat dilakukan dengan lebih mudah kerana masing-masing mempunyai inisiatif untuk
membangunkan negara dan dengan adanya semangat patriotisme juga negara boleh mengorak langkah
yang lebih jauh untuk mencapai negara maju. Namun begitu, semangat patriotisme dalam diri
masyarakat majmuk sekarang semakin pudar. Oleh hal yang demikian usaha-usaha tersebut perlu
dilaksanakan untuk memastikan semangat patriotisme terus subur dalam diri semua rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai