Anda di halaman 1dari 2

Langkah-langkah Bijak Menjelang Peperiksaan

Persediaan menjelang peperiksaan lebih merupakan persediaan minda. Kaedah pembelajaran bukan lagi menjadi persoalan
utama. Pelajar yang telah lama bersedia adalah pelajar yang beruntung manakala pelajar yang lalai hingga ke saat akhir
adalah pelajar yang merugi.
Persediaan mental menjelang peperiksaan juga amat penting kerana turut mempengaruhi prestasi semasa peperiksaan.
Persediaan mental ini tetap merupakan perjuangan para pelajar ke arah mengejar kejayaan cemerlang.
Pelbagai petua dan panduan perlu dipatuhi oleh pelajar untuk mencapai ke arah kejayaan ini.
1.Bertenang dan lapangkan fikiran, elakkan tekanan perasaan.
2.Membuat ulang-kaji bagi topik-topik yang difikirkan penting.
3.Tidur yang mencukupi. Ini bertujuan untuk memelihara tenaga yang secukupnya semasa hari peperiksaan.
4.Menjaga kesihatan diri supaya dapat mengelakkan daripada demam atau kemalangan. Badan yang tidak sihat akan
menyebabkan otak kurang cekap.
5.Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat. Hindari makanan yang boleh
melemahkan tenaga dan melembapkan minda.
6.Bangun tidur awal pada setiap pagi.
7. Perbanyakan sembahyang hajat.
8.Membaca nota-nota ringkas yang telah disediakan.
9.Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.
10.Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai. Udara yang bersih dan badan yang cergas akan menenangkan
minda dan melapangkan fikiran.
11.Hindari sebarang masalah dengan sebarang pihak sama ada rakan, keluarga atau lebih-lebih lagi guru. Jangan
bergaduh dengan rakan-rakan, atau bermusuhan dengan guru. Jangan menderhaka dengan ibu bapa dan jangan kurang
ajar dengan guru.
12.Meminta doa dan restu ibu, bapa dan guru-guru.
13.Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.
14.Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
15.Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.
16.Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. Ini membolehkan pelajar-pelajar
sempat bertemu dan berbincang dengan rakan-rakan. Ini akan dapat mengurangkan ketegangan.
17.Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan sebelum menjelang hari peperiksaan.
18.Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yang berzat supaya tenaga fizikal dan
cukup untuk menghadapi peperiksaan.
19.Memulakan peperiksaan dengan membaca Bismillah.

minda

20.Menjawab soalan yang pelajar fikirkan mudah dan betul terlebih dahulu, jangan mengambil masa yang lama untuk
satu-satu soalan yang sukar dijawab.
21.Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.
22.Berserah kepada Allah dan yakin bahawa anda akan beroleh kejayaan selepas bekerja keras.

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu
menelaah matapelajaran:




Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta
ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan
wahai Tuhan yang Maha Pengasih.

Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:

Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.

Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:

..

Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku,
ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.

Doa memohon kejayaan cemerlang:

.


Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para
syuhada, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.

Anda mungkin juga menyukai