Anda di halaman 1dari 1

___________________________

___________________________

5 Mei 2014

___________________________
Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN WANG TUNAI / BERBENTUK BARANGAN UNTUK TEMASYA
SUKAN TAHUNAN SEK KEB BANGSAR KALI KE 50 TAHUN 2014
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa jawatankuasa ko-kurikulum Sekolah Kebangsaan Bangsar akan
mengadakan temasya tersebut seperti ketetapan berikut :
Tarikh
Masa
Penglibatan

: 21 Jun 2014 (Sabtu)


: 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Guru : 120 orang
Murid : Tahun Satu hingga Tahun Enam (1648 orang)

3.
Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon agar pihak tuan dapat memberi sumbangan wang
tunai atau barangan untuk guru dan murid-murid yang terlibat sepertimana yang tertera di atas.
4.
Bagi membalas jasa dan keprihatinan pihak tuan, pihak jawatankuasa akan mencetak dan
memaparkan identiti/barangan syarikat tuan dalam buku program dan kain rentang yang akan dipamerkan
pada temasya tersebut.
5.
Sebarang pertanyaan berhubung Temasya Sukan Tahunan, pihak puan boleh menghubungi Cik
Nur Hafizah Azman, Setiausaha Sukan SK Bangsar di talian 012-2297816 atau En Mohd Haniff Anas,
Penyelaras di talian 012-3534195.
6.
Segala sokongan dan pertimbangan daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih. Semoga dengan sumbangan yang dihulurkan akan dapat menjayakan temasya
sukan pada kali ini demi pembangunan dan pertumbuhan fizikal murid.
Sekian, terima kasih.
KECEMERLANGAN DIRI MELALUI KO-KURIKULUM
Saya yang menurut perintah,
____________________________
(
)

Anda mungkin juga menyukai