Anda di halaman 1dari 18

KURSUS :

OLAHRAGA ( CSP 2071 )

TAJUK :
LOMPAT JAUH DAN MEREJAM LEMBING

NAMA PELAJAR :
SYED MOHAMED FAREED BIN SYED HUSSIN

NO. MATRIK :
D20151071789

NAMA PENSYARAH :
ROSHDAN BIN AHMAD

ISI KANDUNGAN
BIL
1.0

KANDUNGAN
LOMPAT JAUH
1.1 Pengenalan
1.2 Sejarah Lompat Jauh
1.3 Peraturan Lompat Jauh
1.4 Bahagian Otot Yang Terlibat Ketika Aktiviti Lompat Jauh
1.5 Faktor Perancangan Pemakanan Atlet

2.0

MEREJAM LEMBING
2.1 Pengenalan Dan Sejarah Merejam Lembing
2.2 Bahagian-Bahagian Lembing
2.3 Prinsip Asas Merejam Lembing
2.4 Teknik Dalam Merejam Lembing
2.5 Kawasan Rejaman Lembing

HALAMAN

1.0 LOMPAT JAUH


1.1 PENGENALAN LOMPAT JAUH
Lompat jauh merupakan sejenis acara olahraga di mana seseorang atlit cuba
melompat dan mendarat sejauh yang boleh dari tempat mula melompat. Mereka yang
bertanding akan berlari di laluan (pada tahap elit, biasanya mempunyai permukaan yang sama
dengan trek larian) dan melompat sejauh yang boleh dengan memijak sepintas pada papan
kayu mula, ke bahagian yang diisi pasir atau tanah yang bertindak bagi menyerap lompatan
dan juga sebagai penanda tempat jatuh. Jika seseorang itu memulakan lompatannya dengan
mana-mana bahagian kakinya di depan atau melebihi papan (satu lapisan plastisin diletakkan
tepat di depan papan untuk mengesan ketepatan ini), lompatannya diisytiharkan salah atau
batal dan tiada jarak akan direkodkan. Format sebenar pertandingan ini berbeza, tetapi secara
amnya peserta akan mendapat beberapa kali cubaan untuk membuat lompatan dan hanya
lompatan yang terpanjang akan dikira sebagai keputusan. Peserta dengan lompatan sah yang
paling jauh pada akhir pertandingan akan dikira sebagai juara. Kelajuan semasa berlari dan
tinggi lonjakan merupakan kunci lompatan yang jauh. Oleh itu tidak hairanlah jika atlet lari
pecut turut bertanding dan memenangi acara ini.
Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik. Acara ini
juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam sebarang acara
balapan dan padang. Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak
dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston. Lompat jauh adalah salah satu daripada acara
Olimpik pada Yunani Purba. Seseorang atlit akan memegang beban pada kedua-dua tangan
yang dipanggil halteres. Beban ini akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlet
melompat untuk menambah momentum dan dibaling ke belakang apabila berada di udara
untuk menolaknya ke hadapan. Paling dingati dalam acara purba adalah seorang lelaki
dipanggil Chionis di mana pada Olimpik 656 SM mencatatkan lompatan sejauh 7 m 5 cm.

1.2 SEJARAH LOMPAT JAUH

Lompat jauh merupakan salah satu aktiviti pengembangan akan kemampuan daya
gerak yang dilakukan, dari satu tempat ke tempat lainnya. Lompat jauh ini salah satu jenis
olahraga yang dipertandingkan di pelbagai kejuaraan olahraga baik di peringkat nasional,
negara, mahupun dunia. Dalam lompat jauh terdapat tiga macam gaya iaitu lompat jauh gaya
Jongkok (tuck), gaya menggantung (hang style), dan gaya jalan di udara (walking in the air).
Gaya-gaya lompat jauh mengatur sikap badan sewaktu melayang di udara. Oleh kerana itu,
teknik lompat jauh sering disebut juga gaya lompat jauh. Sejarah permulaan acara lompat
jauh dapat dikesan seawal tahun 708 sebelum Masihi iaitu dalam Sukan Olimpik Kuno di
Greece. Menurut catatan tersebut, lompatan sejauh 7.05 meter telah dibuat oleh Chionis,
peserta Sparta. Bagaimanapun, teknik dan cara lompatan yang dibuat amat berlainan daripada
lompatan yang dibuat kini. Berdasarkan bukti-bukti lukisan yang terdapat pada tembikar yang
dibuat pada zaman itu, lompatan dibuat secara berkali-kali sama ada lompatan dalam
bentuk multiple, double-triple atau quin-triple.
Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang atlit cuba melompat dan
mendarat sejauh yang boleh dari tempat mula melompat. Mereka yang bertanding akan
berlari di laluan (pada tahap elit, biasanya mempunyai permukaan yang sama dengan trek
larian) dan melompat sejauh yang boleh dengan memijak sepintas pada papan kayu mula, ke
bahagian yang diisi pasir atau tanah yang bertindak bagi menyerap lompatan dan juga sebagai
penanda tempat jatuh. Jarak minimum dari papan ke tanda yang dibuat oleh atlit pada pasir
diukur. Jika seseorang itu memulakan lompatannya dengan mana-mana bahagian kakinya di
depan atau melebihi papan (satu lapisan plastisin diletakkan tepat di depan papan untuk
mengesan ketepatan ini), lompatannya diisytiharkan salah atau batal dan tiada jarak akan
direkodkan.
Format sebenar pertandingan ini berbeza, tetapi secara amnya peserta akan mendapat
beberapa kali cubaan untuk membuat lompatan dan hanya lompatan yang terpanjang akan
dikira sebagai keputusan. Peserta dengan lompatan sah yang paling jauh pada akhir
pertandingan akan dikira sebagai juara.

Kelajuan semasa berlari dan tinggi lonjakan merupakan kunci lompatan yang jauh. Oleh itu
tidak hairanlah jika atlet lari pecut turut bertanding dan memenangi acara ini. Lompat jauh
telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik. Acara ini juga dicatat sebagai
dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam sebarang acara balapan dan padang.
Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh
Ralph Boston. Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik pada Yunani Purba.
Seseorang atlit akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang dipanggil halteres. Beban
ini akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlet melompat untuk menambah momentum
dan dibaling ke belakang apabila berada di udara untuk menolaknya ke hadapan. Paling
dingati dalam acara purba adalah seorang lelaki dipanggil Chionis di mana pada Olimpik 656
SM mencatatkan lompatan sejauh 7 m 5 cm.

1.3 PERATURAN LOMPAT JAUH


Dalam pertandingan lompat jauh, ia yang melibatkan 8 orang peserta dan 3 percubaan
dibenarkan dahulu bagi setiap seorang peserta. Selepas ini 8 peserta terbaik dipilih untuk
membuat 3 lagi lompatan. Sebaliknya jika bilangan peserta ialah 8 orang atau kurang, 6
percubaan diberi. Pembatalan berlaku apabila kaki menyentuh kawasan melepasi papan
lonjak dan peserta melonjak di luar kawasan papan lonjak semasa mendarat, berjalan keluar
melalui bahagian terdekat dari titik pendaratan.
Cara mengukur jarak adalah ukuran jarak terdekat dari kesan mendarat ke bahagian
papan lonjakan yang terdekat dengan kawasan mendarat. Kemudian jarak tersebut
direkodkan kepada meter terdekat iaitu 0.01 m di bawah ketinggian yang diukur. Ini bererti
bahagian kurang daripada 1 cm diabaikan.

1.3.1 Gaya Lompatan

Pada amnya terdapat tiga gaya lompatan iaitu Gaya tendang kayuh, gaya layar dan
gaya gantung. Gaya tending kayuh, seperti yang ditunjukkan dalam gambar pertama hanya
digunakan oleh pakar lompat jauh sahaja. Gaya kedua adalah gaya layar iaitu biasanya
digunakan oleh pelompat yang baru menceburkan diri dalam acara ini. Gaya gantung pula
digunakan oleh novis dan juga pakar. Secara keseluruhan gaya dalam lompat jauh ini, dapat
disimpulkan bahawa gaya-gaya ini bergantung kepada keselesaan peserta untuk melakukan
lompatan.

1.3.2 Fasa Lompat Jauh

Lompat jauh boleh dibahagikan kepada empat fasa seperti fasa penujuan (approach), fasa
lonjakan (take off), fasa penerbangan/layangan (flight) dan fasa pendaratan (landing).

Pertama adalah fasa penujuan (approach). Terdapat beberapa cara untuk memulakan
fasa ini iaitu fasa berlari dari tempat permulaan ke papan lonjak. Seorang atlet mula berdiri
dengan kaki segaris atau kaki depan belakang. Perkara yang paling penting ialah langkah

pertama dari titik permulan mestilah bermula dengan kaki melonjak. Bilangan langkah ke
papan lonjak berbeza, 11-15 langkah untuk pelompat novis, 17-19 langkah untuk pelompat
wanita pakar dan 23 langkah untuk pelompat lelaki pakar.
Seterusnya adalah fasa lonjakan (take off). Setibanya di papan lonjak, pelompat
pelompat seharusnya mencapai kelajuan larian maksimum. Bila kaki memijak papan lonjak,
badan direndahkan sedikit untuk memberi keanjalan dari papan lonjakan itu. Kemudian
badan ditegakkan dengan mengangkat dada ke atas.
Pada fasa penerbangan atau layangan (flight), pelompat tidak ada peluang untuk
meningkatkan kederasan. Pelompat menggerakkan kaki dan tangan ke belakang. Untuk gaya
tendang kayuh kaki digerakkan seperti mengayuh basikal.
Akhir sekali adalah fasa pendaratan (landing) iaitu apabila badan mula jatuh, tangan
dan kaki dirapatkan kemudian tangan dan kaki digerakkan ke hadapan. Bila tumit mula
mencecah tanah, tangan digerakkan ke belakang dan kemudian ke hadapan. Ukuran akan
dibuat ditempat peserta menjatuhkan kakinya.

1.3.3 Latihan Ansur Maju


Setiap peserta atau individu yang terlibat dalam olahraga lompat jauh perlu mengikuti latihan
ansur maju bagi menentukan kaki lonjakan. Pelompat berlari perlahan dan melompat ke
tempat mendarat secara berulang. Ini akan menentukan kaki yang kuat untuk membuat
lonjakan. Latihan ini melibatkan latihan lonjakan dan latihan mendarat serta mengukur
penujuan.

1. Latihan Lonjakan
- Pelompat perlu berlari dan melonjak dengan mengangkat lutut kaki yang melonjak seberapa
tinggi yang boleh.
- Pelompat perlu berlari dan melonjak melepasi halangan selepas papan lonjak.
- Pelompat perlu berlari 3 dan 5 langkah dan melompat.
- Pelompat berlari 3 langkah dan menanduk objek yang digantung.

2. Latihan Mendarat
- Lompat jauh berdiri ke kawasan mendarat menggunakan kaki lonjakan.
- Lompat (dengan kaki lonjakan) dan mendarat dari peti lombol (atau peti kayu) atau papan
anjal dan mendarat ke dalam kawasan mendarat.
- Lompat berdiri melepasi timbunan pasir (berbeza ketinggian).

3. Mengukur Penujuan
-Pelompat membelakangkan tempat mendarat dan dengan kaki bukan untuk lonjakan di atas
papan lonjak (hujung kaki sama dengan sisi papan). Pelompat mula langkah pertama dengan
kaki lonjakan dan mengira sehingga 7 langkah dan menanda titik tersebut.
-Selepas ini pelompat menghadap tempat mendarat dan meletak tapak kaki bukan lonjakan di
atas tanda dan mula melangkah langkah pertama dengan kaki lonjakan.
-Ulang dengan 9, 11 dan 13 langkah.

4. Latihan Gaya Lompatan Berbeza


- Berlari 9 langkah dan melompat menggunakan gaya bebas.
- Melonjak dari peti lombol atau kotak dengan gaya yang berbeza (layar, gantung, tendang
kayuh).
- Berlari dan melompat dari papan anjal menggunakan gaya laayar, gaya gantung dan gaya
tendang kayuh.

1.3.4

PERALATAN DAN KELENGKAPAN

i.

Pita pengukur

Pita ini digunakan untuk mengukur jarak lompatan. Jarak lompatan diukur dari hujung yang
terdekat dengan papan pelepas ke hujung terdekat tempat pendaratan dalam kawasan
pendaratan. Dalam kejohanan dunia, pita pengukur telah digantikan dengan alat pengukur
elektronik dan menjadikan pengukuran lebih mudah serta cepat dilakukan.

ii.

Kasut berpaku (spike)

Kasut yang sesuai adalah penting untuk larian dan sebagai perlindungan. Kasut yang berpaku
dan bertumit plastik sesuai digunakan dalam lompat jauh.

iii.

Bendera isyarat

Bendera yang digunakan oleh pengadil adalah untuk mengawasi lompatan. Terdapat dua jenis
bendera iaitu bendera putih dan merah. Bendera putih untuk lompatan yang sah dan bendera
merah untuk lompatan yang batal.

iv.

Lorong larian

Lorong larian yang sesuai adalah penting untuk melakukan pecutan, larian dan lompatan.
Jarak standard lorong larian adalah 45 meter x 1.22 meter.

v.

Papan pelepas

Papan pelepas digunakan sebagai petanda dan permulaan lompatan. Papan pelepas yang
standard adalah bersaiz 1.22 meter panjang dan 20 meter lebar. Papan ini diletakkan satu
meter dari hujung yang terdekat dengan kawasan pendaratan dan biasanya diwarnakan
dengan warna putih.

vi.

Kawasan pendaratan

Ia digunakan untuk mendarat dalam satu-satu lompatan. Kawasan ini penting dan merupakan
peralatan utama dalam acara lompat jauh. Ia disikan dengan pasir halus dan dilembapkan.
Saiz standard kawasan pendaratan adalah 9 meter panjang dan 2.75 meter lebar.

vii.

Pengukur halaju angin

Alat ini digunakan untuk mengukur halaju angin ketika lompatan dilakukan. Ia penting untuk
menentukan sama ada lompatan tersebut dibantu oleh angin atau tidak. Alat pengukur ini
tidak digunakan dalam kejohanan peringkat sekolah atau kelab.

1.4 BAHAGIAN OTOT YANG TERLIBAT SEWAKTU AKTIVITI


LOMPAT JAUH
Pergerakan dalam acara lompat jauh lebih tertumpu kepada bahagian bawah anggota badan.
Walau bagaimanapun bahagian lain badan turut berperanan untuk menghasilkan lompatan
yang baik terutamanya ketika fasa penujuan dan layangan.
1. Fasa Penujuan
(approach)
-Otot Kuadrisep,

2. Fasa Lonjakan
(take off)
- Otot kuadrisep.

Otot triseps dan


biseps.

-Otot di bahagian

3. Fasa Layangan

4. Fasa pendaratan

(flight)
-Otot Kuadrisep,

(landing)
-Otot Kuadrisep,

Otot triseps dan

gluteus medius,

biseps.

gluteus Maximus

betis seperti
-Otot yang terdapat

Fibularis Longus

-Bantu kayuhan

-Calcaneal,

diantara tendon dan

(Fibula), Tibialis

sewaktu berada di

Metatarsal, gluteus

patella.

anterior (Tibia)

udara.

medius, gluteus

Gastrocnemius,

Maximus

-Vastus lateralis,
vastus intermedius,
vastus medialis dan
rectus femoris
(femur).

Calcaneal

1.5 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERANCANGAN


PEMAKANAN ATLET.
Perancangan pemakanan atlet yang ideal perlu mengambil kira pelbagai aspek yang
mempengaruhinya bagi memastikan prestasi atlit dapat dipertingkatkan ke tahap optimum.
Faktor yang mempengaruhinya antaranya ialah lokasi latihan / pertandingan di altitude, suhu
sejuk, suhu panas dan humiditi, intensity latihan, saiz badan atlet, jangka masa latihan /
pertandingan, tahap kecergasan atlet, pemakanan mengikut fasa pertandingan.
Pemakanan peserta perlu diambil berat mengikut fasa pertandingan :
1. Fasa Pra Musim
Penggunaan kalori amat tinggi pada fasa ini. Kehilangan berat badan kerap terjadi akibat
dehidrasi dan perubahan bentuk latihan. Atlit seharusnya minum lebih banyak iaitu tambahan
500 ml air sehari bagi setiap penurunan 420 gram berat badan.
2. Fasa Pra Pertandingan.
Penyediaan diet seharusnya berasaskan individu. Setiap individu seharusnya mengambil kira
aspek - aspek yang mempengaruhi pemakanan. Rancang program pemakanan (karboloading )
seminggu sebelum pertandingan.
3. Fasa Pos Pertandingan
Kebanyakan atlit mengalami pertambahan berat badan ketika fasa ini. Ini berlaku akibat
aktiviti yang rendah intensitinya serta amalan pemakanan yang tidak menentu. Atlit boleh
mengamalkan cara merekod pengambilan makanan mereka.

2.0 MEREJAM LEMBING


2.1 PENGENALAN DAN SEJARAH MEREJAM LEMBING
Mengikut catatan sejarah, acara merejam lembing adalah acara rejaman yang tertua
dalam sejarah sukan olahraga. Acara ini mula dipertandingkan buat pertama kali di dalam
Sukan Olimpik pada tahun 1896. Kini, ia merupakan salah satu acara padang yang penting di
dalam sukan olahraga. Acara ini dipertandingkan mengikut kategori lelaki dan wanita. Sejak
itu, acara merejam lembing merupakan satu acara balingan dalam semua acara sukan dunia.
Acara ini juga dipertandingkan di peringkat negeri, daerah atau sekolah. Kini, ia merupakan
salah satu acara padang yang penting di dalam sukan olahraga. Acara ini dipertandingkan
mengikut kategori lelaki dan wanita. Matlamat acara ini ialah merejam lembing sejauh yang
dapat dilakukan dengan mengikut peraturan dan di dalam kawasan yang telah ditetapkan.
Para pemenang akan ditentukan menerusi rejaman atau balingan yang paling jauh. Peralatan
yang perlu bagi atlet acara ini ialah lembing dan kawasan membuat rejaman iaitu padang.

2.2 BAHAGIAN-BAHAGIAN LEMBING


Lembing biasanya diperbuat daripada besi atau logam campuran. Bahagian-bahagian lembing
terdiri daripada kepala, grip dan ekor. Terdapat dua jenis gaya rejaman yang boleh digunakan
oleh perejam lembing. Kedua-dua gaya ini sering digunakan oleh perejam-perejam amatur
mahupun professional.

2.3 PRINSIP ASAS MEREJAM LEMBING


Merejam lembing berbeza daripada aktiviti membaling yang lain seperti melontar
peluru dan melempar cakera. Ini kerana terdapat perbezaan di antara bentuk alatan yang
digunakan dan juga kawasan untuk bergerak bagi ketiga-tiga acara sukan itu. Dalam acara
merejam lembing, pelatih menggunakan aksi membaling yang lebih kurang sama dengan
tindakan membaling sebiji batu atau bola tenis.
Selain itu, pelatih hendaklah mempelajari teknik menggunakan keseluruhan badan
mereka untuk menghasilkan tindakan yang berkesan semasa merejam lembing. Latihan ansur
maju hendaklah dimulakan dengan mengajar para pelatih tentang cara memegang lembing,
berlari dengan lembing, merejam dengan cara berdiri dan seterusnya sehingga mereka dapat
berlari sambil merejam lembing. Butiran seperti pentingnya meleding badan sebelum
merejam, langkah larian yang licin, keadaan tangan yang lurus semasa membawa lembing
dan tindakan tumit untuk membantu pergerakan badan adalah perlu kepada para pelatih.
Keselamatan para pelatih amat dititik beratkan semasa menjalankan aktiviti ini.
Semasa membawa lembing, individu tidak dibenarkan berlari dan mata lembing biarlah
menghadap ke bawah atau tanah untuk memastikan tiada kecederaan sekiranya berlaku

perlanggaran. Semasa latihan, pelatih perlu memastikan tidak ada orang di kawasan merejam
dan perlu memerhatikan pergerakan orang lain di sekitar kawasan. Para pelatih lain yang
masih menunggu giliran mereka mestilah berada di kawasan yang telah ditetapkan oleh
jurulatih. Susunan dan organisasi kelas hendaklah diatur rapi bagi membolehkan penyertaan
setiap pelajar secara maksimum.

2.4 TEKNIK DALAM MEREJAM LEMBING


2.4.1 Gaya Memegang Lembing
Terdapat tiga teknik asas memegang lembing iaitu gaya Amerika, gaya Finnish, dan gaya
Pegangan-U.
1. Gaya Amerika

Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari yang lain.

2. Gaya Finnish

Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari tengah.

3. Gaya Pegangan-U

Lembing dipegang di antara jari telunjuk dan jari tengah.

2.4.2 Gaya Rejaman Lembing


Terdapat dua gaya rejaman lembing iaitu gaya rejaman dari atas bahu dan gaya rejaman dari
bawah bahu :

Gaya rejaman dari atas bahu

Gaya rejaman dari bawah bahu

2.4.3 Teknik Rejaman Lembing


Teknik rejaman lembing terdiri daripada empat fasa utama iaitu fasa persediaan, fasa lari
landas, fasa rejaman dan fasa ikut lajak.
1. Fasa persediaan
Fasa ini memberi fokus kepada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan
menentukan kedudukan lembing serta persediaan mental. Perkara yang perlu diberi perhatian
ialah perejam perlu berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan selesa dan pegang
lembing mengikut gaya pegangan yang dipilih dengan kemas dan selesa. Lembing mestilah
berada pada aras kepala dalam keadaan bersudut 40 darjah. Bahagian kepala lembing
hendaklah menghala ke arah kawasan rejaman dan seterusnya perejam perlu memandang kea
rah kawasan rejaman.

2. Fasa lari landas


Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kelajuan yang maksimum dan dalam keadaan
terkawal. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah perejam memulakan larian sambil
memegang lembing pada aras kepala, tingkatkan kelajuan mewujudkan daya pecut secara
terkawal dan langkah terakhir lebih besar daripada langkah langkah sebelumnya. Tumit
kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan larian supaya kuasa larian
dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman.

3. Fasa rejaman
Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke lembing untuk memberi
kelajuan yang maksimum pada rejaman. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah perejam
berada dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan ke tanah, kilaskan badan ke sisi. Kilaskan
badan ke sisi dan belakang dengan menggunakan tangan bebas dan kuasa rotasi pinggang.
Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan ke hadapan untuk melancarkan lembing.
Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di belakang untuk menambahkan
kuasa rejaman.

4. Fasa ikut lajak


Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan selepas merejam adalah penting. Perkara
yang perlu diberi perhatian ialah sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapak ke
hadapan dan mendarat dengan sebelah kaki. Perejam perlu mengimbangkan badan dengan
kaki yang sebelah lagi. Rendahkan badan bagi mengimbang dan menstabilkan kedudukan
badan. Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan lengkungan bulatan.

2.5 KAWASAN REJAMAN LEMBING


Kawasan rejaman hendaklah bebas daripada sebarang gangguan atau halangan serta
tidak membahayakan keselamatan orang ramai. Panjang kawasan larian tidak melebihi 36.5
m dan lebar 4 m, manakala kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut 29 30 darjah
mempunyai jarak 8 m dari pusat lengkungan ke titik sudut. Panjang kawasan ini tidak
mempunyai had asalkan bersesuaian dengan taraf atau prestasi peserta.

Anda mungkin juga menyukai