Anda di halaman 1dari 2

10 Ciri Pembelajaran Kelas Abad

Ke-21
CIKGU KOOL - 00:40 PDP ABAD KE 21

Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan dunia, maka sektor pendidikan haruslah seimbang
dengan perkembangan abad ke 21. Kemajuan teknologi dan juga keupayaan pelajar harus digunakan
dengan sebaik mungkin bagi mengoptimumkan penghasilan kemenjadian murid yang tinggi dalam
kalangan pelajar Malaysia. Berikut adalah 10 ciri pembelajaran abad ke 21 yang boleh dimanfaatkan.

10 Ciri Pembelajaran Kelas Abad ke 21

1. Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan

2. Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam pdp

3. Pembelajaran aktif
- penglibatn yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun penggunaan

komputer

4. Pembelajaran kendiri
- kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran

5. Persekitaran yang kondusif


- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor

6. Pelajar faham dan mematuhi arahan


- pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa berada
dalam landasan yang betul

7. Saling hormat menghormati


- perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
- guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka
- pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas

8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka


- sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih
bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka

9. Penilaian berasaskan pencapaian


- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk
ujian sahaja

10. Pembelajaran kolaboratif


- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai