Anda di halaman 1dari 13

ATEA 2318

WARISAN TRADISI
ASIA TENGGARA
MASYARAKAT DI ASIA TENGGARA MEWARISI
MONUMEN-MONUMEN KEAGAMAAN YANG
AMAT TINGGI NILAI-NILAI KETAMADUNAN.
DENGAN MENGAMBIL ANGKOR WAT
SEBAGAI CONTOH BINCANGKAN
PERNYATAAN TERSEBUT

PENGENALAN

Angkor wat mula dibina ketika era pemerintahan


Suryavarman II iaitu sekitar tahun 1113-1150M
Pembinaannya dikatakan mengambil masa selama
30 tahun
Angkor Wat telah dijumpai oleh Henri Mouhot,
seorang Peranchis pada tahun 1880an

NILAI KETAMADUNAN YANG ADA


PADA ANGKOR WAT

Angkor wat mempunyai nilai ketamadunannya yang


tersendiri dan unik setanding dengan binaan
monumen barat yang sezaman dengannya.
Angkor Wat mempunyai ketinggian 130 kaki dengan
teres empat segi dan keluasannya 750 atau seluas
1km panjang dan 800m lebar.
Pembinaan ini menyerlahkan tentang keunikan
bangsa Khmer
Selain itu, Angkor Wat dikelilingi oleh parit
berukuran 200m lebar berfungsi sebagai
pertahanan ketika di serang oleh pihak musuh

Angkor Wat dikatakan merupakan kuil Khmer yang


paling luas di Asia Tenggara dan juga di dunia.
Dindingnya diukir dengan imej-imej yang tertentu
dan Ukiran-ukiran yang terdapat di dinding wat ini
menggambarkan kisah-kisah seperti yang terdapat
di dalam epik Ramanyana dan Mahabrata.
Ukiran yang terdapat pada dindingnya sangat halus
dan tinggi mutunya.
Menaranya pula disaluti emas dan ukiran timbulnya
dicat berwarna-warni.
Kuil ini begitu unik kerana berbeza daripada kuilkuil lain yang terdapat di Angkor kerana hanya
Angkor Wat sahaja yang menghadap ke barat
sedangkan kuil-kuil yang lain menghadap ke timur.

keadaan sedemikian berlaku disebabkan oleh


pembinaannya sebagai kuil yang dibina khusus
untuk tempat persemadian Suryavarman II yang
telah meninggal dunia lalu rohnya bersatu dengan
tuhan Vishnu.
Di dalam Angkor Wat terdapat galeri yang rendah
dan ruang-ruang yang terbuka dengan tiangtiangnya mengelilingi kuil tersebut
Dinding-dinding diukir lengkap dengan epik-epik
dan lagenda Hindu dan dikatakan ukiran batu yang
terpanjang di dunia serta direka dengan mengikut
pusingan arah lawan jam
Dinding-dinding dan tiang-tiangnya turut dihiasi
dengan gambar-gambar para penari sedang
menghiburkan dewa-dewa dan diukir dengan 1700
ukiran di dalam bentuk-bentuk yang berlainan

ANGKOR WAT ANTARA MONUMEN


KEAGAMAAN
DAN KEKUASAAN SESEORANG RAJA

Boleh dikatakan kesemua monumen yang ada di


Angkor merupakan monumen-monumen yang
dikhususkan untuk tujuan keagamaan
Pada awal pertemuannya ia dianggap sebagai
istana raja.
Kepercayaan agama orang Khmer boleh dilihat dari
segi arkitektur Hinduisme yang mendominasikan
pembinaan candi Angkor ini.
Kuil besar yang dibina ini tidak semata-mata
digunakan untuk tujuan penyembahan sahaja
tetapi juga dibina untuk menunjukkan kekuasaan
raja sebagai tuhan atau anak tuhan di muka bumi
ini dan dikenali dengan konsep devaraja

Menerusi konsep Devaraja ini raja akan bersama


Tuhan apabila mati
Di sebalik kepercayaan ini, wujud satu keperluan
bagi setiap raja untuk membina kuil yang direka
mengikut imejnya sendiri yang bergabung dengan
unsur-unsur ketuhanan
Semua kehidupan dan kebaikan raja tersebut
bergantung kepada keunikan hubungan Raja itu
dengan Tuhan.
Semasa hidup amalan raja berkait rapat dengan
sifat-sifat ketuhanan, di mana ia akan
menghubungkan raja terus kepada tuhannya.
Oleh itu, yang menyatukan kedua-dua hubungan ini
ialah dengan pembinaan kuil-kuil

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Angkor wat merupakan


monumen keagamaan yang amat tinggi nilainilai ketamadunannya setanding dengan binaan
di eropah yang sezaman dengannya.
Masyarakat di Asia Tenggara amatlah bertuah
mewarisi monumen yang amat unik dan
binaanya dikatakan penuh misteri dan
mempunyai keyunikannya yang tersendiri.
Hal ini membuktikan bahawa masyarakat Asia
Tenggara pada zaman ini mampu mencipta
monumen yang amat besar dengan
menggunakan teknologi sendiri

Anda mungkin juga menyukai