Anda di halaman 1dari 20

AEEA2311:

NASIONALISME DI
ASIA TENGGARA
SESI 2014/2015
soalan:1.Bincangkan keadaan-keadaan
dan faktor-faktor yang membawa
kepada kemunculan nasionalisme di
Asia Tenggara sepanjang 1870 hingga
1920.

PENGENALAN

Terdapat banyak takrif nationalisme antaranya


seperti perasaan cinta akan tanah air, dan semangat
benci terhadap penjajah atau anti-colonialism.
Menurut Hans Kohn, nationalism di takrifkan sebagai
satu keadaan fikirann yang menyerap masuk ke
dalam jiwa sebahagian besar rakyat.
Selain itu, nationalism ini merupakan satu aliran
idea-idea berbentuk tindakan tersendiri yang
mengandungi perasaan politik yang tertentu.
Dalam konteks Asia Tenggara, semangat nationalism
muncul akibat daripada keadaan-keadaan tertentu
dan faktor tertentu hingga semangat nasionalisme
mula muncul di Asia Tenggara.

KEADAAN YANG MENDORONG KEPADA MUNCULNYA


SEMANGAT NASIONALISME DI FILIPINA

Sebelum 1870 terdapat banyak keadaan yang mendorong


kepada wujudnya semangat nasionalisme. Lanjutan
daripada pemberontakan di Novales pada tahun 1821dan
di Toyabas pada tahun 1842.
Pada tahap kedua Nasionalisme di Filipina tertubuh
sebuah organisasi yang dinamakan Comparenismo yang
bermaksud persahabatan. Comparenismo ini ditubuhkan
pada tahun 1880 dengan tujuan memberi pendidikan
yang bersifat patriotik bagi masyarakat Filipina.
Organisasi ini banyak melahirkan kaum. Pada tahun 1892
Jose Rizal mendirikan sebuah organisasi bernama Liga
Filipina. Tujuan asal penubuhan Liga Filipina bukan
bertujuan untuk pemisahan dan kebanyakan gerakan Liga
Filipina tidak bersifat kekerasan.

Liga Filipina menjadi satu gerakan yang


menggemparkan pemerintah Spanyol di Filipina kerana
Jose Rizal sendiri juga seorang doktor, ahli sastra dan
telah mengunjungi Spanyol, Prancis, Jerman dan
Inggris. Bukunya yang berjudul Noli Metangere
(diterbitkan di Berlin,1887) atau maksudnya Jangan
Menyinggung Saya mengandungi kritikan pedas untuk
pemerintahan gereja dan pemerintah kolonial.
kemudian Jose Rizal ditangkap dan diasingkan di
Dapitan di Mindanao. Setelah itu para pemimpin
gerakan menganggap bahawa akan sukar untuk
mencapai kemerdekaan oleh itu, mereka menjalankan
pemberontakan bersenjata.
Akhirnya Jose Rizal di jatuhkan hukuman mati iaitu di
tembak oleh tentera spanyol dan kata-kata terakhir
beliau ialah "consummatum est",--it is finished. Beliau
di hukum mati kerana dituduh sebagai dalang
pemberontakan yang dilakukan oleh Andres Bonifacio

Setelah kematian Jose Rizal, telah mencetuskan satu


keadaan yang baru dimana semangat nationalism
lebih bersifat revolusi yang dipimpin oleh Andres
Bonifacio iaitu merupakan sahabat karib Jose Rizal
namun berbeza dari segi pemikiran. Andres Bonifacio
merupakan seorang mason dan turut menyertai Liga
dan pada masa yang sama beliau menubuhkan satu
pertubuhan baru iaitu Katipunan satu pertubuhan
rahsia dengan tradisi berbau masonik.
Pertubuhan ini menjalankan pemberontakan
bersenjata untuk melawan penjajah Spanyol. Namun
,pemberontakan ini gagal dalam menentang
Sepanyol. Jose Rizal yang dituduh sebagai dalang
pemberontakan ini kemudian dihukum mati pada
tanggal 30 Desember 1896. Namun Andres Banifacio
yang sebenarnya memimpin pemberontakan ini
berjaya melarikan diri.

Setelah Andres Banifacio gagal dalam melancarkan


pemberontakan bersenjata, pertubuhan Katipunan
telah dipimpin oleh Emilio Aguinaldo yang mana
Aguinaldo melanjutkan pemberontakan tersebut
dan berjaya meghalau sepanyol keluar dari
province. Beliau di lantik sebagai ketua kerajaan
atau presiden namun tidak di setujui oleh
Bonifacio. Namun Bonifacio di bunuh oleh rakan
sepejuangannya pada 10 may 1897. sebulan selepas
itu, sepanyol berjaya merampas kembali province
itu dan Aguinaldo berundur ke utara hingga ke
Bulacan.
pada penghujung tahun itu, Aguinaldo berjaya
mendapat genjatan senjata dengan sepanyol dan
beliau bersama rakan seperjuangan di buang ke
Hong Kong.

Aguinaldo kemudian kembali ke Filipina untuk


kemerdekaan Filipina pada tahun 12 June 1898.
Beliau membentuk pakatan bersama Amerika untuk
melawan Sepanyol hingga tahun 13 ogos 1898
Manila jatuh. Melalui Perjanjian Paris 10 Desember
1898 Sepanyol menyerahkan Filipina kepada
Amerika dengan menerima wang sebanyak
$20.000.000,00. Kepergian Spanyol dari Filipina
justeru membuat Filipina dikuasai oleh Amerika dan
tidak mengakui kemerdekaan Filipina meskipun
perlembagaan dibentuk pada 1898. Perjuangan
Aguinaldo selama dua tahun ternyata belum
berjaya dan pada akhirnya beliau ditangkap.
Ahlinya yang lain kemudian melanjutkan
perjuangan dan berakhir dengan penyerahan Malvar
iaitu merupakan jeneral Aguinaldo yang terakhir
menyerah kalah pada April 1902.

FAKTOR-FAKTOR MENDORONG
KEMUNCULAN SEMANGAT KAPITALISME

Filipina
Filipina merupakan negara yang pertama
munculnya semangat nasionalism di Asia
Tenggara.
Golongan agama ini memainkan peranan
yang penting yang mendorong wujudnya
semangat nasioanlisme di Filipina kerana
mereka banyak mendidik rakyat Filipina
hingga mereka merasakan diri mereka di
jajah dan ingin bebas dari belenggu
penjajahan.

Selain itu, Bangsa Spanyol mendidik masyrakat


Filipina dengan pendidikan dan budaya Eropah.
Oleh sebab itu munculnya golongan intelektual
yang mendorong kepada wujudnya semangat
nasionalisme dan mengembangkan lagi semangat
nasionalisme tersebut. Keadaan ini secara tidak
langsung melahirkan semangat nasionalisme dalam
masyarakat Filipina. Gabenor General Primo de
Rivera pernah menulis pada 1896 menyatakan
bahawa the native priest,having the Christian
spirit,educated in the seminary, enlightened by the
friar ordinarily living with him, is probably the most
hostile and most dangerous of those who confront
us.And this is as it should be.When you instruct a
man and give him a superior education;when you
ordain him,train him in gospels that man can be
no mans servant.

DI VIETNAM

Nasionalisme di vietnam boleh dikatakan menarik.


Vietnam mula di jajah oleh Perancis setelah perjanjian
protectorate tahun 1884 di tandatangani oleh raja
vietnam dan sudah tentu raja vietnam dipaksa untuk
menurunkan tandatangan mengakui kekuasaan Perancis.
Kejatuhan Vietnam ke tangan perancis telah
melemahkan kepimpinan tradisional vietnam yang
selama ini tertumpu kepada raja dan golongan mandrin.
Selain itu berlaku perpecahan dalam kepimpinan selepas
tahun 1884 apabila muncul 2 kumpulan bertentangan
pendapat di istana Hue iaitu mereka yang bekerjasama
dengan Perancis dan mereka yang menentang dasar
kerjasama

Golongan kedua ini dipimpin oleh Regent Thuyet


telah melancarkan serangan bagi mengusir keluar
perancis dalam bulan julai 1885 tetapi berjaya di
patahkan oleh Perancis.
Kegagalan ini telah menyebabkan Thuyet dan Raja
Ham Nghi melarikan diri ke Annam utara
membolehkan perancis melantik seorang Raja baru
Vietnam atau lebih tepat lagi boneka Perancis iaitu
Dong Khan
Kegiatan menentang perancis telah diteruskan oleh
golongan cendikiawan yang melancarkan
pemberontakan golongan cendikiawan yang
berterusan hingga 1888 apabila tertangkapnya bekas
raja Ham Nghi dan pemergian Thuyet ke China
Pemberontakan golongan cendikiawan ini berakhir
dalam tahun 1895 apabila kematian pemimpin mereka
Pham Dinh Phuong.

KEADAAN YANG MENDORONG KEPADA


MUNCULNYA SEMANGAT NASIONALISME DI
VIETNAM

kekalahan golongan cendikiawan menentang


perancis mempunyai makna besar dalam
nasionalisme vietnam.
Penentangan golongan mandarin terhadap Perancis
mulai Reda di kalangan pemimpin di Istana Hue dan
telah mula menerima kehadiran Perancis.
Institusi raja dan raja itu sendiri sudah hilang
prestigenya sebagai sebuah institusi di hormati
dan simbol perpaduan negara.
Pengaruh sekolah Kung Fu Tze mulai menurun
malah orang-orang Vietnam sendiri sudah mula
mendekati sekolah-sekolah Perancis.

Keadaan yang mana institusi raja dan raja itu


sendiri mulai hilang prestigenya telah memberikan
satu peluang kepada orang vietnam untuk berfikir
idea-idea baru dan tercetuslah idea-idea
nasionalisme hasil daripada pendidikan barat oleh
golongan intelektual.
Selain itu, akibat kelemahan institusi raja juga ideaidea dari luar seperti di china dan eropah telah
mula masuk kedalam pemikiran orang vietnam.
China selatan merupakan pusat kegiatan antiManchu orang-orang China juga menjadi tempat
tumpuan pelarian-pelarian Vietnam. Pemimpinpemimpin pelarian ini memandang ke arah China
sebagai satu model yang patut diikuti oleh
nasionalis-nasionalis vietnam dalam perjuangan
menentang perancis.

Kebangkitan China merupakan satu keadaan yang


mendorong munculnya semangat nasionalisme di
vietnam yang mana Idea-idea reformis China
seperti Kang-yu wei,Liang ki Tchou ataupun
pemimpin republican seperti Sut yan sen
mendapat sambutan di kalangan Cendikiawan
Vietnam seperti Phan Boi Chau.
Phan Boi Chau memulakan Phase baru dalam
perjuangan orang-orang Vietnam iaitu perjuangan
orang-orang Pelarian dan Kongsi gelap.
Kemenangan jepun dalam perang dengan Russia
tahun 1905 banyak mempengaruhi nasionalis
vietnam
Phan Boi Chau telah pulang ke Vietnam secara
senyap selepas kemenangan Jepun. Beliau
mengumpul tenaga untuk menentang Perancis

Phan Boi Chau mendapat sokongan dari Phan Chu


Trinh Da seorang keluarga di raja dan Cuong De.
Cuong De kemudian pergi ke Jepun dan
menubuhkan satu persatuan Viet-Nam Duy Tan Hoi
iaitu persatuan memodenisasikan Vietnam.
Persatuan ini ditubuhkan bertujuan untuk
membebaskan Vietnam dari penjajah Perancis,
kembalikan semula tahta kerajaan Vietnam kepada
yang berhak dan pembentukan Perlembagaan
seperti di Jepun.
Ini menunjukan satu keadaa yang mana Kesediaan
golongan cendikiawan menerima perubahanperubahan baru dalam aliran nasionalisme Vietnam
Mereka lebih rasional dan mula meninggalkan
prasangka mereka terhadap pembaharuan.

Mereka mula melihat pembebasan Vietnam


mestilah dijalankan melalui penggabungan
Objektif-objektif Politik dan Ekonomi.
Satu krisis politik telah berlaku di Istana Hue tahun
1908 telah memberikan peluang di tunggu-tunggu
oleh para nasionalis Vietnam.
Krisis ini melibatkan penurunan tahkta Raja Thanh
Thai di ganti dengan anaknya yang pada ketika ini
berumur 7 tahun.
Keadaan ini menyebabkan berlakunya beberapa siri
pemberontakan di Faifo,Annam tengah dan di hanoi
tetapi berjaya di patahkan oleh Perancis

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA


KEMUNCULAN NASIONALISME DI VIETNAM

Kelemahan institusi di raja yang mana kedudukan


raja telah hilang prestigenya membukasatu
peluang kepada orang vietnam untuk berfikir ideaidea baru dan tercetuslah idea-idea nasionalisme.
Jika sebelum ini orang-orang Vietnam di pengaruhi
oleh pentadbiran tradisi telah menghalang mereka
daripada berfikiran haluan kiri kerana mungkin
bercanggah dengan konsep raja dan mungkin akan
di bunuh.
Tetapi setelah Perancis datang menjajah, institusi
di raja telah mula lemah dan menjadi faktor utama
kepada tercetusnya nasionalisme di Vietnam

Pada saat ini Institusi diraja mulai lemah dan mula


menerima kehadiran Perancis menyebabkan orang
Vietnam sudah mula hilang kepercayaan terhadap Raja
mereka sendiri dan menjadi salah satu faktor dalaman
yang mencetuskan semangat Nasionalisme di Vietnam.
Faktor kedua Pendidikan Perancis.
Orang-orang Vietnam mula mendekati sekolah-sekolah
Perancis dan menerima pendidikan dari perancis.
Seperti kita sedia maklum, perancis terkenal dengan
pelbagai revolusi antara yang paling popular ialah
revolusi perancis meruntuhkan institusi moranki di
Perancis.
Walaubagaimanapun, perancis tidak menggalakan
orang-orang Vietnam mempelajari idea-idea
revolusioner akan tetapi idea-idea ini telah mula
meresap masuk ke Vietnam melalui terjemahanterjemahan dari Bahasa-bahasa China

SITUASI DI LUAR

Situasi di luar turut menjadi faktor utama kepada


tercetusnya semangat Nasionalisme di Vietnam.
Antaranya seperti situasi di China, dimana
kebangkitan China melalui gerakan Anti-Manchu
orang-orang china di selatan China telah menjadi
faktor yang menyumbang kepada idea-idea
nasionalisme di Vietnam. Idea-idea ini mula meresap
dan diguna pakai oleh orang Vietnam untuk bangkit
menentang Perancis.
Selain daripada kebangkitan China, faktor
kemenangan jepun menentang Rusia menjadi
pemangkin kepada semangat nasionalisme di
Vietnam.

KESIMPULAN

Nasionalisme di Asia Tenggara ini dapat ditafirkan


dalam pelbagai pendapat. Keadaan yang tertentu
telah menjadi titik perubahan kepada munculnya
idea-idea nasionalisme di Asia Tenggara.
Selain itu, terdapat banyak lagi keadaan dan
faktor-faktor yang mencetuskan nasionalisme
selepas 1920.

Anda mungkin juga menyukai