Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA HARI PENDAFTARAN MURID TAHUN 1

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana dengan izinnya kami berada
dan menghadiri Program Orientasi pelajar-pelajar (NyatakanTingkatan) sesi (Tahun
Semasa) pada hari ini .
Ya Allah , Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada hari ini kami berhimpun demi keranaMu Ya Allah. Kami
berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan KeredhaanMu
Ya Allah , Tuhan Yang Maha Mengetahui ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) ,
anak didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang dan terbilang , pelajar yang
disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum
seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya
di dunia mahupun di akhirat.


Mudah-mudahan maklumat yang diberikan diminggu orientasi ini dapat memandu
kami kearah kecemerlangan diri yang lebih gemilangan . Dan jadikanlah anak didik
kami pelajar-pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa
berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi pelajaran .
Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah merupakan fardhu ain yang wajib
dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah . Janganlah Engkau jadikan pelajar
kami yang hanya berpuas hati dengan apa yang kami diperolehi dalam peperiksaan
yang lalu .

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri
kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan
indahkanlah diri kami dengan kesihatan.