Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Sejarah seni adalah satu rakaman ataupun catatan peristiwa yang telah
berlaku pada masyarakat terdahulu.Ianya melibatkan kehidupan, budaya, aktiviti,
tempat, situasi dan masa. Dalam proses mempelajari sejarah seni ini ianya tidak
akan lari daripada melibatkan faktor-faktor uatam seperti masa, budaya, tempat
dan situasi. Selain daripada faktor-faktor tersebut, sudah semestinya melibatkan
tokoh dan karya yang telah mereka hasilkan. Michelenglo misalnya terkenal
dengan hasil karyanya seperti Madonna and Child, Adam Creation dan banyak
lagi hasil seninya yang masih lagi menjadi rujukan sejarah dan juga pelukis serta
pereka pada masa kini.
Dalam
proses
mempelajari
sejarah
seni
pengetahuan
tentang
Zaman Pra Sejarah ini terbahagi kepada 3 zaman yang utama iaitu
Zaman Peleolitik(35 000- 8000 sebelum Masihi), Zaman Mesolitik (25 000-8000
sebelum Masihi) dan Zaman Neolitik (1500-6000 sebelum Masihi).
ZAMAN PALEOLITIK
Pada zaman Paleolitik, mereka sudah mula menghasilkan hiasan diri
dengan menggunakan tebukan pada tulang serta di pasang tali untuk
digantungkan di leher dan di telinga.
Di samping itu juga mereka juga mula melakar dan melukis di dindingdinding gua batu sebagai ritual kepercayaan dan amalan yang mendorong
kepada aktiviti pemburuan. Sebagai contoh catan gua yang dipercayai terawal
ditemui adalah di Gua Lascaux berhampiran dengan bandar Montignac di
bahagian Selatan Perancis. Selain daripada Gua Lascaux catan gua yang
terawal ditemui juga di Gua Altamira di Utara Sepanyol.
Subjek-subjek utama yang menjadi hiasan catan gua pada zaman ini ialah
bison, mammoth, ibex dan kuda. Terdapat juga imej figura manusia digunakan
tetapi sebagai imej sampingan yang dilukis bersaiz kecil sahaja berbanding
dengan subjek-subjek utama. Selain daripada catan pada zaman ini juga
terdapat arca-arca yang telah mereka hasilkan dengan menggunakan batu-batu
dan juga tulang-tulang binatang.Contoh arca yang terawal ditemui ialah Venus
of Villendorf.
ZAMAN MESOLITIK
Pada zaman Mesolitik,mereka juga menghasilkan catan di dalam gua
yang mereka dialami. Subjek-subjek yang digunakan juga hamper sama dengan
zaman Paleolitik iaitu seperti imej-imej bison dan ibex.
ZAMAN NEOLITIK
Pada zaman Neolitik juga menghasilkan hasil seni yang berbentuk catan
namun terdapat sedikit perbezaan berbanding zaman-zaman sebelumnya.
Catan-catan yang
ZAMAN KLASIKAL
Pada zama Klasikal merupakan zaman kesempurnaan dalam penghasilan
seni arca.Seni catan kurang menyerlah pada zaman ini.Di mana zaman ini arca
yang dihasilkan adalah lebih sempurna dari segi anatomi dan ketepatan bentuk
manusia. Kebanyakan arca-arca yang dihasilkan adalah lebih ideal dan natural
berbanding dengan zaman Arkaik dimana pengarca kurang memberi penekanan
kepada yang teliti pada bentuk dan anatomi figura. Sebagai contoh Warrior
adalah salah satu contoh arca berbentuk figura manusia yang dihasilkan begitu
ideal dan sempurna sekali. Arca ini dihasilkan dengan menggunakan tembaga.
Kebanyakan pengarca pada zaman klasikal ini menggunakan tembaga dan batu
marmar unutk menghasilkan karya-karya mereka. Seperi juga zaman Arkaik,
arca-arca yang dihasilkan bertemakan figura manusia yang berbogel. Pada
zaman ini, terdapat pengarca yang sangat terkenal iaitu Myron,Polyclitus dan
Phidias.
ZAMAN HELLENISTIK
Pada zaman Hellenistik, bermulanya isu nilai-nilai estetika yang
diperkatakan oleh golongan cerdik pandai. The Laocoon Group adalah arca
yang terkenal pada zaman ini. Pengarca dan pelukis pada zaman ini
menghasilkan karya berdasarkan aktiviti harian, sejarah, mitos, juga potret yang
menjadi lambing kemegahan dan kebanggaan golongan bangsawan.Secara
keseluruhannya boleh dikatakan pada zaman Hellenistik adalah zaman
kesempurnaan dan ideal dalam herarki zaman Yunani, Ia juga menunjukkan
tentang hasil seni dan seni binanya adalah dinamik dan lebih menyerlah
berbanding dengan zaman Arkaik dan zaman Klasikal sebelum ini.
sedikit
sebanyak
ini.Kebanyakan
mempengaruhi
arca-arca
yang
penghasilan
dihasilkan
adalah
arca
pada
zaman
bermotifkan
potret
pada
zaman
Roman
ini
begitu
mementingkan
mutu
penghasilannya, ini jelas sekali boleh dilihat pada arca yang berjudul Female
Potrait yang menggunakan batu marmar dan bersaiz sebenar. Seni bina adalah
pencapaian terbaik pada zaman roman ini.Rata-rata reka bentuk binaan
bangunannya adalah banyak dipengaruhi dan didominasikan oleh gaya seni bina
zaman
Yunani.
berkonsepkan
Kebanyakan
rugu
peringatan
bangunan-bangunan
sebagai
tanda
yang
dibina
adalah
kekuatan,kebesaran
dan
bahagian luar bangunan ini terdapat banyak kolum-kolum lurus dibina bagi
menyokong struktur binaannya. Kolum-kolum ini bercirikan pada zaman Yunani.
Ampiteater ini juga boleh menampung penonton sehingga 50000 orang.Di
bahagian dalamnya terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu Arena, Porodium,
dan Cavea.
RENAISSANCE
Renaissanse membawa maksud kebangkitan dan kelahiran semula seni
dari zaman Yunani dan zaman Rumawi. Seni dari zaman Renaissanse ini juga
merupakan reaksi dan juga tindak balas terhadap Zaman Pertengahan.
Kebanyakan karya yang dihasilkan pada zaman ini melibatkan tema-tema
keagamaan yang terdapat dalam Bibble (keagamaan), mitologi, sejarah, potret
dan juga tubuh badan manusia.Seni zaman Renaissane terbahagi kepada tiga
zaman
utama
iaitu
Zaman
Awal
Renaissance,
Zaman
Kegemilangan
tingkah
laku
manusia.
Di
dalam
karya-karyanya
beliau
banyak
menggunakan unsur cahaya, ruang, mood suasana semula jadi yang realistik.
Dalam karyanya yang berjudul Lantation yang dilukiskan pada dinding di
Padua Arena Chapel, Itali pada sekitar tahun 1305. Dia menggunakan fresco.
Mural yang dihasilkan ini bertemakan keagamaan. Pelukis lain yang terkenal
pada era ini ialah Allessandro di Mariano di Vanni Filipepi ataupun dikenali
sebagai Sandro Botticelli.Beliau juga dikenali sebagai Master of Mythology .Di
antara karyanya yang terkenal ialah The Birth of Venus yang dihasilkan
menggunakan bahan tempera dan bahantaranya adalah kanvas linen.
Pada zaman Kegemilangan Renaissance inilah merupakan zaman
kemuncak seni di Itali. Pada zaman ini, corak persembahan hasil karya adalah
sama dengan zaman kebangkitannya. Namun,pada zaman ini, pengkaryanya
begitu memberatkan nilai-nilai estetika yang keterlaluan dan mementingkan
kesempurnaan.
antara
arcanya
adalah
bertajuk
David
yang
sebahagian
daripada
masyarakat
dan
menjadi
jurucakap
serta
ERA NEO-KLASIK
Era Neo-Klasik ini bermula serentak dengan zaman Revolusi Perancis
yang bermula pada tahun 1789. Era ini merupakan permulaan kepada revolusi
perubahan dalam gaya penghasilan karya seni barat. Era ini juga bermula di
peringkat permulaan revolusi di Perancis.Revolusi ini bermula dengan agresif
sekali sehinggalah ianya diarahkan berhenti oleh mahkamah dengan serta merta
tanpa diberikan sebab-sebab munasabab.
Salah seorang daripada pelukis terkenal dan juga ketua revolusinya
adalah Jacques Louis David. Beliau berpendapat bahawa antara seni dan
revolusi adalah dua perkara yang utama dalam memperjuangkan demokrasi di
Perancis.Dengan nada yang penuh semangat perjuangan beliau menolak sistem
pemerintahan cara aristocratic gaya Rocco pada masa itu. Dalam karyanya
yang berjudul Oath of The Horath beliau menggunakan gaya penjimatan yang
dipanggil Neo-Klasikal.Sarah P dan Duane dalam buku mereka Artform
mentakrifkan Neo Klasik sebagai merujuk kepada gabungan di antara dua gaya
dari Zaman Klasikal Greek dan Zaman Rome.Kebanyakan subjek yang
digambarkan adalah merujuk kepada zaman pemerintahan dan kegemilangan
empayar Rom. Dalam catan ini juga David mengambarkan tentang keberanian
dan kesanggupan untuk bekorban demi memperjuangkan keadilan.Beliau
mengambarkan bagaimana tiga bersaudara sedang menerima tiga bilah pedang
daripada bapa mereka sebagai senjata untuk berperang bagi mempertahankan
Empayar Rom. Dalam catan ini juga David mengambarkan tiga bersaudara itu
sebagai symbol bagi mewakili masyarakat Perancis yang bersatu-padu berjuang
untuk mempertahankan penindasan dan demokrasi.
Komposisi
secara
Geometrik
Berstruktur
pada
imej
figura
yang
memegang pedang menjelaskan lagi bahawa catan ini begitu kuat sekali
dipengaruhi oleh catan zaman klasik Greek-Rom. Pada catan ini David
menggunakan satu arah cahaya yang kontras bagi menunjukkan kontras
ERA ROMANTISME
Bertolak dari kesedaran dan kuasa manusia, maka lahirlah era
Romantisme. Era ini adalah merupakan era yang dikenali sebagai era ekspresi
emosi.Era ini bermula dari tahun 1825 hingga tahun 1850.Osborne (1970) di
dalam bukunya mentalrifkan bahawa Romanticism itu adalah bermula dari
perkataan Romances yang mana ia adalah istilah yang popular dari cerita epik
percintaan di kalangan penduduk setempat.Romantisme ini juga merujuk kepada
sikap pada seseorang pengkarya itu,di mana perasaan dan emosi adalah lebih
penting berbanding dengan alas an kenapa sesuatu karya dihasilkan.
Kebanyakan hasil karya yang dihasilkan pada era ini lebih bertemakan
pada kebebasan bersuara hak individu. Subjek-subjek utama yang menjadi
pilihan untuk pengkarya adalah keindahan alam semula jadi, kehidupan
masyarakat luar bandar, masyarakat bawahan, figura-figura yang erotik dan juga
sumber-sumber peninggalan sejarah. Sebagai contoh, Francisco Goya adalah
seorang daripada pelukis yang terkenal pada era ini.Dalam catannya yang
bertajuk The Third of May 1808 yang dihasilkan pada 1814 dengan
menggunakan cat minyak di atas kanvas dan berukuran 89 x 134.
Catan ini adalah gambaran semula secara visual tentang peristiwa
kekejaman dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera
Napeleon di Puerto del Sol, Sepanyol. Peristiwa pembunuhan dan kekejaman ini
berlaku 2 hari bulan 3 bulan Mei tahun 1808 di mana Napeleon telah
mengarahkan askar-askarnya menembak setiap rakyat tempatan yang berada di
atas jalan raya.
Goya menghasilkan catan ini dengan menggunakan teknik cerah dan
gelap bagi menimbulkan mood yang dramatic. Beliau mengambarkan bagaimana
askar-askar yang ganas dan kejam. Manakala imej igura yang memakai baju
putih di tengah-tengah rakyat Sepanyol yang ditembak itu pula ialah pemimpin
dan juga ketu kepada kumpulan pemberontak. Catan ini adalah antara catan
yang banyak meninggalkan kesan kepada rakyat Sepanyol terhadap kekejaman
dan penindasan yang dilakukan oleh tentera Napeoleon terhadap mereka.
Selain daripada Goya, seorang lagi pelukis yang terkenal pada era ini
adalah John Constable. Beliau menghasilkan catan yang bertemakan alam
semula jadi. Di antara catan yang terkenal ialah The Hay Wain.Catan ini
dihasilkan dengan menggunakan cat minyak di atas kanvas. Karya tersebut
mengambarkan tentang landskap dan keindahan alam semula jadi England pada
sekitar tahun 1800an.
ERA REALISME
Orvirk (1994) dalam catannya menulis Realisme ini bermaksud hasil seni
yang dihasilkan berdasarkan ideology,erotik dan juga nostalgia.Ia juga dihasilkan
berdasarkan kepada pengalaman dan pemerhatian sebenar.Era ini adalah
merupakan lanjutan era Romantisme,Cuma yang menbezakan diantara kedua
zaman ini adalah pelukis sudah berani mempamerkan hasil-hasil kerja mereka
telah dihasilkan untuk berkongsi pengalaman dan idea dengan masyarakat
setempat.Gustave Courbet adalah merupakan seorang pelukis yang terkenal
pada era ini.Beliau berbangsa Perancis.Dalam karyanya yang berjudul The
Stone Breaker. Catan ini dihasilkan dengan menggunakan cat minyak di atas
permukaan kanvas. Dalam catan ini Courbet dengan terang dan jelas sekali
menolak prinsip-prinsip serta formula yang di praktik oleh pelukis dari era NeoKlasikal. Beliau tidak lagi berkarya serta terikat dengan subjek sejarah dan juga
keagamaan tetapi sebaliknya dalam catan ini beliau mengambarkan bagaiman
golongan bawahan bekerja keras membanting tulang empat kerat untuk mencari
rezeki seharian.
Saiz yang digambarkan dalam catan ini adalah bersaiz sebenar bagi
mendapatkan impak yang maksimum dan juga penggunaan warna yang gelap
dan suram yang mana bertujuan untuk adalah bagi menimbulkan mood sebenar
suasana tapak kuari.Beliau juga merupakan pelukis yang pertama menyiapkan
catan secara merujuk suasana sebenar dari permulaan catan ini dihasilkan
sehinggalah catan ini siap sepenuhnya,Courbet juga percaya dengamerujuk
terus kepasa suasana sebenar kita akan mendapat merakamkan suasana yang
natural dan bersahaja berbanding dengan pelukis yang melukis di dalam studio
yang bergantung sepenuhnya pada lakaran kasar yang telah dibut sebelum itu.
ERA IMPRESSIONISME
Era ini adalah merupakan satu era yang paling besar perubahannya pada
pelukis yang menghasilkan catan khususnya. Impressionisme bermakan hasil
catan yang dihasilkan adalah berdasarkan pada apa yang sebenar dilihat depan
mata bukannya apa yang ditafsirkan oleh minda yang penuh dengan imaginasi.
Pada
zaman
ini
pelukis
menghasilkan
catan
berdasarkan
pada
pengamatan dan pemerhatian secara terus pada suasana ataupun pada objek
yang
sebenarnya
tanpa
melakukan
sebarang
penambahan
serta
pengubahsuaian.
Subjek utama ang dilukis yang digambarkan dalam catan adalah landskap
dan alam semulajadi. Bagi mereka cahaya merupakan unsur penting sekali bagi
menimbulkan mood dan suasana pada suatu keindahan, Pegangan teguh para
impressionisme ialah iaitu cahaya adalah penentu kepada sesuatu keadaan dan
suasana, iaitu tanpa cahaya juga tidak akan wujud hari yang terang dan gelap.
Di antara pelukis yang terkenal pada era ini ialah Cloude Monet.Beliau
dilahirkan pada tahun 840,di bandar pelabuhan,Le Havre di bahagian Utara
Perancis.Di antara catannya yang terkenal adalah Impression Sunrise.Dalam
catan Monet tersebut beliau menggunakan warna yang sangat minimum dan
sapuan berus yang agak spontan dan kasar bagi menunjukkan latar depan,latar
tengah dan latar belakang di samping merakamkan suasana ketika matahari
sedang terbit.Selain daripada Monet, Pierre-Auguste juga merupakan salah
seorang pelukis yang penting dalam era ini.Contohnya catan beliau yang
bertajuk The Luncheon Of The Boating Party yang dihasilkan pada tahun 1881
dengan menggunakan cat minyak di atas kanvas yang bertemakan tentang
aktiviti berparti di kalangan masyarakat Perancis di dalam sebuah bot di dalam
Sungai Seine.
ERA POST-IMPRESSIONISME
Zaman Post-impressionist adalah merupakan zaman lanjutan daripada
zaman Impre ssionisme.Seorang pelukis dan juga pengkritik berbangsa Inggeris
yang bernama Roger Fry,telah pun menggelarkan kumpulan pelukis zaman ini
seba gai Post-Impressionisme.Istilah Post ini diambil sempena dengan nama
satu kumpulan pengkarya yang bergiat secara aktif pada akhir abad ke 18.
Daripada catatan yang dibuat oleh Roger Fry,Post-Impressionisme ini
bermaksud pelukis tidak membuat peniruan tetapi sebaliknya mereka mencipta
bentuk.Mereka tidak meniru sesuatu objek yang hidup tetapi mereka mencari
persamaan dengan objek yang hidup.
Di dalam proses catan mereka,imej-imej yang digambarkan adalah secara
logic dan nyata.Catan-catan mereka berupaya menarik daya imaginasi dan
pengamatan dan sebagaimana objek-objek dari kehidupan yang sebenar
mempengaruhi aktiviti-aktiviti seharian kita.
Subjek-subjek utama yang menjadi tumpuan para pelukis era ini ialah
landskap,figura
manusia,alam
semulajadi
dan
aktiviti-aktiviti
seharian
ERA FAUVES
Seni era Fauves ini bermula pada awal abad ke 19.Ianya bermula di
Perancis.Karya-karya daripada era ini banyak dipengaruhi oleh karya daripada
zaman
Post-Impressionisme.Ianya
merupakan
aliran
seni
yang
sangat
ERA EKPRESSIONISME
Menurut Orvirk (1994) Ekpressionisme adalah satu bentuk luahan
perasaan dan ketidakpuasan hati seseorang pelukis itu dan kemudiannya
perasaan itu diterjemahkan dalam bentuk visual untuk dikongsi bersama-sama
dengan masyarakat.
Pada era ini pelukis menghasilkan karya dengan meluahkan perasaan
yang terdapat dalam diri mereka.Mereka juga berkarya mewakili perasaan
masyarakat tentang ketidakpuasan hati,rasuah,penindasan, kemiski nan dan
juga keganasan.Era Ekpressionisme bermula dan berkembang secara aktif di
Jerman.Pelukis dari aliran ini terbahagi kepada du kumpulan yang pertama
kumpulan yang digelar The Bridge (die Brucke).
Pelukis Ekpressionis daripada kumpulan ini menghasilkan karya dengan
mengenetepikan dan menidakkan peraturan akademik.Mereka percaya dengan
berkarya secara demikian mereka telah Berjaya menghasilkan satu gaya dan
aliran yang baru.Di antara pelukis yang terkenal dari kumpulan ini ialah
Street,Berlin.Catan ini menggunakan susunan figura secara menegak dan
menggunakan warna-warna gelap bagi mengambarkan suasana suram dan
sedih serta penggunaan sapuan berus yang kasar menunjukkan masyarakat
pinggir bandar mewah dan berkuasa.
Kumpulan
yang
kedua
digelar
The
Blue
Rider(der
blaue
ERA KUBISME
Era Kubisme ini adalah merupakan era yang banyakmempengaruhi dan
menjadi rujukan pelukis pada awal abad ke 20.dalam menghasilkan karya.Era ini
bermula pada tahun 1902.Danial Kahnweiler seorang pelukis Jerman merupakan
peneraju
utama
era
ini.Menurut
Sheppard
(1987),Kubisme
bermaksud
pemecahan imej ataupun bentuk asal kepada bentuk kiub yang dipermudahkan
kepada abstrak.
Era ini bermula selepas era Fauvism.era Kubism ini juga dikenali sebagai
iu kepada semua jenis seni abstrak.Ianya adalah penggantian kesan visual
imressionis dengan penukaran objek kea rah bentuk dan warna yang
berkonsepkan intelektual.Konsep Kubism ini adalah untuk membebaskan bentuk
daripada rupa semulajadi mengubahnya kepada satah-satah dari pelbagai sudut
pandangan.
Terdapat tiga ciri yang utama dalam konsep Kubism ini iaitu cahaya
terang,konsep permukaan atau latar belakang objek dari sudut pelbagai panda
ngan dan pengamatan dan mengambarkan bahagian yang terlindung.Era
Kubism ini terdiri juga daripada empat peringkat yang utama iaitu pertama,ProtoCiubsm (1908-1908).
Pada peringkat ini adalah peringkat awal bermulanya era Kubisme di
mana catan yang dihasilkan oleh Picasso da Georges Braque banyak
dipengaruhi oleh karya dan gaya Cezzanne dan Mattise.Bentuk dan imej yang
digunakan dalam penghasilan catan telah dipermudahkan.
Pada peringkat yang kedua ialah Analitik (analytic) Cubisme (19081911).Pada peringkat ini bentuk asal imej telah dipecahkan kepada satah-satah
berbentuk geometric.Sudut pandangan 360 darjah pada objek telah di
gambarkan di samping penggunaan warna monochromatic.Pada peringkat Kolaj
(1902-1912),iaitu peringkat ke tiga ini pelukis menjadikan alam benda sebagai
beliau
Guernica.Arca
menghasilkan
daripada
mural.Contoh
bahan-bahan
mural
buangan
yang
juga
terkenal
ialah
dihasilkan.Selain
Picasso,Georges Braque juga pelukis terkenal pada zaman ini yang mana
merupakan anak didik Picasso.
ERA FUTURISME
Era Futurism adalah merupakan kesinambungan dari era Kubism.Subjek
dan tema yang digunakan oleh pelukis pada era ini adalah pergerakan manusia
dan mesin.Mereka juga menggambarkan kembali tentang keindahan dan
kecanggihan teknologi.Diantara pelukis yang terkenal pada zaman ini ialah
Giocomo Balla yang berasal dari Itali.Dalam catannya yang berjudul Dynamism
of Dog on a Leash,beliau menggambarkan pergerakan yang begitu ketara dan
terserlah sekali pada subjek yang digunakan.
Catan ini dihasilkan dengan menggunakan cat minya di atas permukaan
kanvas yang dihasilkan pada tahun 1912.Dalam catan ini Balla menghasilkan
catan yang menunjukkan pergerakan pada imej dan objek yang digunakan.Pada
era kini pelukis tidak lansung mempedulikan tentang penggunaan warna dalam
proses penghasilan catan.Bagi mereka,perkara yang paling penting adalah
gambaran pergerakan berbanding dengan elemen-elemen seni visual yang
lain.Pelukis lain yang terkenal pada era ini ialah Marcel Duchamp,Umberto
Boccioni dan Etienne-Jules Marey.
Seni abad ke 20 ini adalah merupakan kesinambungan penambahan dan
perkembangan aliran era seni daripada abad ke 19 di negara-negara Barat dan
juga negara-negara Eropah.Di abad ini jugalah pelukis,penulis,jurugambar
bergabung bagi menyuarakan bantahan dan menyalurkan ketidakpuasan hati
kepada pemerintahan.Mereka menjadi orang perantaraan di antara masyarakat
bawahan dan golongan pemerintah.Seni pada abad ke 20 ini terdiri daripada era
Dadaism,era Surrealism,era Seni Pop dan era Minimilisme.Kebanyakan catan
yang dihasilkan pada zaman ini adalah bertemakan kearah protes,kritikan serta
luahan ketidakpuasan pada
kebebasan serta demokrasi.
ERA DADAISM E
Era Dadaisme ini adalah merupakan permulaan kepada catan yang
dihasilkan untuk tujuan memprotes secara terbuka terhadap kekejaman yang
berlaku semasa perang dunia pertama. Da,Da bermaksud Ya,Ya (yes,yes).
Pelukis pada era ini meluahkan apa yang mereka rasa bukannya gaya individu
seperti era sebelumnya.Menurut Janco,M Dadasime ini bukannya satu tempat di
mana para pengkarya belajar untuk menghasilkan catan,tetapi ianya adalah satu
era yang memberikan amaran yang tegas di sampingmenidakkan unsur-unsur
nilai yang menidakkan kebiasaan serta spekulasi.Ianya adalah satu bentuk
luahan protes yang digambarkan melalui semua bentuk seni.Pada era Dadaisme
ini juga pelukisnya menolak semua unsur-unsur di sekeliling.Mereka cuma
menerima nilai-nilai estetik sahaja.Di antara subjek yang digunakan bagi
menghasilkan karya pada era ini adalah figura manusia dan alam benda.Di
antara pelukis yang terkenal pada zaman ini ialah Marchel Duchamp.Karya yang
berjudul L.H.O.O.Q.,dihasilkan berdasarkan pada catan Monalisa yang
dihasilkan oleh Leonardo Da Vinci.
Catan ini merupakan pandangan dan luahan rasa beliau terhadap hasil
seni.Beliau menghasilkan karya tersebut seolah mempersendakan potret
Monalisa dengan menambahkan misaim dan janggut pada potret tersebut
seolah-olah ia satu penghinaan terhadap karya agung Leonardo.Duchamp
berpendapatbahawa itulah cara baginya untuk menghargai sebuah potret yang
teragung.Teknik photomontage yang dicetuskan pada era Kubism telah
diterokai dan dikembangkangkan dengan kreatif sekali oleh Hannah Hoch dalam
catan-catannya kemudian.Beliau adalah merupakan seorang pelukis yang
terkenal dengan karya yang bertemakan pada sindiran terhadap isu-isu
masyarakat sekeliling.Teknik ini adalah merupakan gabungan di antara gambar
foto dengan penambahan objek lain pada gambar tersebut.
ERA SURREALISM
Era ini merupakan pecahan serta lanjutan daripada era Dadaism.Pada
tahun 1920 sekumpulan penulis dan pelukis telah berkumpul serta mengadakan
satu seminar tentang minda dan pemikiran di bawah sedar.Bertolak dari situlah
wujudnya era Surrelisme ini.Mereka mengadakan satu perdebatan tentang
minda di bawah sedar dan imaginasi.
Mereka telah mengambil kira pendapat Singmund Freud,seorang ahli
psikologi dan falsafah yang menulis berkenaan minda bawah sedar ini.Bertolak
daripada situlah pada tahun 1942 mereka telah bersetuju untuk melancarkan era
Surrelisme ini di Paris.Manifesto era ini adalah setiap catan yang dihasilkan
adalah berdasarkan pada idea dan pemikiran di bawah sedar di alam mimpi dan
juga di alam fantasi.
Di antara pelukis yang terkenal pada era ini ialah Salvador Dali dan Joan
Miro.Kedua pelukis ini berasal dari Sepanyol.Kedua-dua orang pelukis ini
mempunyai pendekatan dan gaya individu yang berbeza.Di antara catan yang
terkenal pada era ini ialah berjudul The Persistence of Memory yang dihasilkan
oleh Salvador Dali.
Ianya dihasilkan pada tahun 1931 dengan menggunakan cat minyak di
atas kanvas.Catan ini adalah gambaran Dali tentang ruang dalaman dan ruang
ilusi beliau tentang pentingnya masa dan nostalgia masa lampaunya.Imej jam
lembut dan hampir cair mewakili masa dan juga pengalaman lampaunya.Beliau
juga menggambarkan alam semula jadi di bahagian belakang nagi menunjukkan
ruang dalaman yang jelas dalam catan ini.
Di samping itu juga menggunakan gabungan warna panas di bahagian
latar belakang dan warna sejuk di bahagian latar depan bagi menunjukkan
perbezaan ruang hadapan dan ruang belakang.
menggunakan
pendekatan
yang
dikenali
sebagai
abstraj
popular,Transient,Expendable,Low-
cost,Mass-Produced,Yong,Witty,Sexy,Gimmicky,Glamorous
dan
Big
Bussiness.
Dalam catannya yang berjudul Just What Is It That Make Todays Home
So Different,So Appealing? Yang dihasilkan dengan menggunakan teknik
collage.Catan ini menggunakan imej-imej yang diambil dari budaya popular
dalam masyarakat seharian.Penggunaan imej figura manusia lelaki serta wanita
yang berkeadaan seksi dengan gaya fesyen semasa,tanda-tanda iklan dan
potret presiden Amerika yang tergantung di situ.Keseluruhan imej yang
digunakan adalah merupakan gambaran terhadap masyarakat dan corak
kehidupan social masyarakat Amerika ketika itu.Penggunaan ski warna-warna
yang cerah juga merupakan ciri-ciri lain yang terdapat pada catan era seni pop
ini.Di samping itu seni pop ini juga merangkumi hasil karya berbentuk
komik,jenama barangan yang terkenal,papan tanda iklan,surat khabar,wayang
dan juga televisyen lagi pelukis yang terkenal pada zaman kemuncak
kegemilangan era ini ialh Andy Warthol.
Hasil karya yang dihasilkan oleh beliau masih lagi popular
sehingga
ERA MINIMILISME
Era seni minilisme ini adalah merupakan era di mana penggiat seni
menghasilkan karya mereka dengan mengurangkan dan mengecilkan saiz imej
utama yang mereka gambarkan.Kebanyakan catan yang dihasilkan tidak
memetingkan imej yang digunakan sebaliknya mereka lebih memetingkan unsur
psikologi dan symbol.Era ini pada awal tahun 1960an.Penggunaan skim warna
juga sangat terhad pada era ini.Di antara pelukis yang popular pada zaman ini
ialah Frank Stella,Donald Judd dan Kasmir Malevich.Malevich adalah di antara
pelukis yang Berjaya mencipta nama standing dengan Van Gogh dan juga
Jackson Pollock.Di antara karyanya