Anda di halaman 1dari 1

Autoritarian

Ibu bapa autoritarian mempunyai harapan yang tinggi terhadap anak-anak mereka
dan menetapkan peraturan yang ketat serta menjangka anak-anak mereka akan
mengikutinya tanpa syarat. Gaya keibubapaan ini sering menggunakan hukuman
dan bukannya disiplin, tetapi ada kalanya tidak menjelaskan alasan di sebalik
peraturan mereka.
Ciri-ciri ibubapa yang menggunakan pendekatan autoritarian adalah :
1.
2.
3.
4.
5.

Mempunyai peraturan dan harapan yang ketat.


Sangat mencabar, tetapi tidak responsif.
Kurang menunjukkan luahan perasaan .
Menggunakan hukuman tetapi kurang penjelasan atau tiada langsung.
Tidak memberi anak-anak pilihan

Kesan Pendekatan Keibubapaan Autoritarian kepada kanak-kanak :


Oleh kerana ibubapa autoritarian sering mengharapkan ketaatan daripada anakanak mereka, kadang kala kanak-kanak yang autoritarian menunjukkan sikap yang
baik pada keadaan tertentu. Walau bagaimanapun, mereka mungkin kurang disiplin
diri kerana mereka kurang mendapat galakan untuk meneroka dan bertindak secara
bebas . Sesetengah kanak-kanak memaparkan tingkah laku yang lebih agresif di
luar rumah, bertindak terlalu penakut atau terlalu pemalu dengan orang lain .
Kebiasaannya mereka menunjukkan sikap yang taat dan menurut perintah tetapi
mempunyai harga diri yang rendah dan sukar berinteraksi dalam situasi sosial.