Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Umur
Deskripsi
akan membina
perasaan tidak
percaya.
Autonomi lawan Sangsi/rasa malu
18 bulan lawan 3
tahun.
Tenaga kanak-kanak
diarah untuk membina
kemahiran fizikal
termasuk belajar
berjalan dan
memegang benda.
Kanak-kanak belajar
mengawal diri jika
tidak dapat ditangani
dengan baik ia akan
membina perasaan
malu dan sangsi.
3-6 tahun
Kanak-kanak terus
menjadi lebih asertif
dan berinisiatif tetapi
jika terlalu tertekan
akan merasa
bersalah.
Jadual 6.1
Selain daripada konflik yang berlaku di tahap perkembangan, masalah juga timbul
daripada punca luaran contohnya seperti berikut:
(a) Ibu memberi tekanan kepada anak kerana tugasan keibubapaan adalah
bukan kerja sukarela dan ibu bapa juga kurang persediaan dan panduan menjadi
ibu bapa. Ibu bapa menggunakan strategi mendidik anak mengikut cara mereka
dididik semasa kecil tanpa pengetahuan khusus dalam kemahiran keibubapaan.
(b) Ramai orang berpendapat dan percaya bahawa seorang ibu yang mempunyai
anak telah tahu bagaimana menjadi ibu tetapi bukan semua bapa tahu menjadi
bapa. Ini adalah satu stereotype umum terhadap tanggungjawab ibu bapa. Ibu
bapa perlu tahu tanggungjawab masing-masing supaya semua punca masalah
anak-anak dapat diselesaikan dengan sempurna.
(c)Bapa juga menghadapi permasalahan seperti menyediakan tempat tinggal,
mencari nafkah makanan dan pakaian untuk anak isteri, memberi pelajaran
agama dan persekolahan untuk anak serta menjamin keselamatan kepada anak
dan isteri. Ini juga menyebabkan bapa juga memberi masalah kepada anak
kerana kesan tekanan yang dihadapinya.
Implikasi
Selalu ubah
aktiviti.
Mudah terganggu.
Pastikan
gangguan minima
semasa
pembelajaran.
Pemahaman sedikit
dan penggunaan
4ymbol.
Asas pengetahuan
terhad untuk
menginterpretasi
pengalaman baru.
Menyediakan
pengalaman
pelbagai seperti
lawatan ke tempattempat tertentu
seperti bomba,
perpustakaan, zoo
dan lain-lain untuk
memperkayakan
asas pengalaman
kanak-kanak.
Jadual 6.2
Peperiksaan teliti tentang kebolehan kognitif ini diperoleh terutamanya melalui aktiviti
bermain kerana bermain adalah satu pembelajaran kepada kanak-kanak.
Rajah 6.3
Cara kanak-kanak menyelesai masalah dilihat daripada sudut bagaimana kanakkanak berfikir dan seterusnya menyelesaikan masalah. Pada peringkat praoperasi
perkembangan kognitif, kanak-kanak menggunakan simbol. Ini meningkatkan
kebolehan kanak-kanak mengambil kira pengalaman masa lalu dan masa akan
datang untuk meramal hasil tindakan dan berfikir secara fleksibel.
Berfikir pada peringkat preoperasi boleh dijelaskan menggunakan tugas perbualan
yang dilakukan kanak-kanak. Melalui tugasan ini kanak-kanak didapati boleh
diperbodohkan melalui rupa bentuk benda-benda yang cantik lebih menarik minat
kanak-kanak. Kanak-kanak prasekolah cenderong berfikir berpusatkan ego sendiri
dengan mengandaikan perspektif orang lain sama dengan perspektif diri mereka.
Kanak-kanak mempunyai daya ingatan yang pendek kerana lebih mudah terganggu,
tidak menggunakan strategi ingatan secara konsisten dan kurang memantau
prestasi mereka.
Kanak-kanak cenderong membina ingatan yang baik jika ingatan itu berdasarkan
pengalaman signifikan yang selalu dialami. Kanak-kanak mudah keliru antara situasi
sebenar dan yang berpura-pura. Perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi
oleh pengasuh mereka yang selalu memberi maklumat budaya dan mengarah
pengalaman belajar kanak-kanak. Kanak-kanak akhirnya mengarah tindakannya
melalui pertuturan sama seperti yang ditunjukkan oleh pengasuhnya. Kanak-kanak
boleh membina kemahiran kognitif melalui pendedahan kepada program prasekolah
dan televisyen pendidikan.
Proses penyelesaian masalah terbahagi kepada beberapa tahap iaitu:
(a) mengambil orientasi penyelesaian masalah;
(b) mendefinisi masalah dan menetapkan matlamat;
Rajah 6.4
(a) Tahap 1: Mengambil Orientasi Penyelesaian Masalah
Adalah penting kanak-kanak mengenalpasti masalahnya dan mengambil
tindakan sewajarnya untuk mencari alternatif kepada penyelesaian masalah
tersebut.
(b) Tahap 2: Mendefinisi Masalah dan Menetapkan Matlamat
Kanak-kanak perlu diberi peluang berfikir untuk mendefinisi masalahnya dan
menetapkan serta mengambil keputusan untuk mencari penyelesaian
masalahnya.
(c) Tahap 3: Mencari Alternatif Penyelesaian Masalah
Pada tahap ini kanak-kanak diajak mencari alternatif kepada penyelesaian
masalah berdasarkan tahap pemikirannya dengan dibantu oleh orang dewasa
seperti guru dan ibu bapa.
(d) Tahap 4: Membuat Keputusan Tentang Penyelesaian Terbaik
Keputusan memilih penyelesaian terbaik adalah boleh dilihat dari kesan
keputusan yang dibuat. Apakah kesan jangka pendek dan jangka panjang
kepada kanak-kanak dan orang di sekelilingnya.
(e) Tahap 5: Melaksanakan Penyelesaian dan Menilai Kesannya