Anda di halaman 1dari 16

Pendahuluan

Pendidikan akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Ia
merupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang yang tidak memiliki akidah
menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah swt. Ayat-ayat yang
terawal yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw di Makkah menjurus
kepada pembinaan akidah. Dengan asas pendidikan dan penghayatan akidah yang kuat dan
jelas maka Nabi Muhammad saw telah berjaya melahirkan sahabat-sahabat yang mempunyai
daya tahan yang kental dalam mempertahan dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia.
Bilal bin Rabah tidak berganjak imannya walaupun diseksa dan ditindih dengan batu besar di
tengah padang pasir yang panas terik. Demikian juga keluarga Amar bin Yasir tetap teguh
iman mereka walau berhadapan dengan ancaman maut. Dari sini kita nampak dengan jelas
bahawa pendidikan akidah amat penting dalam jiwa setiap insan muslim agar mereka dapat
mempertahan iman dan agama Islam lebih-lebih lagi di zaman globalisasi yang penuh dengan
cabaran dalam segenap penjuru terutamanya internet dan teknologi maklumat yang
berkembang dengan begitu pesat sekali.

2.0 Matlamat dan Objektif Pendidikan Akidah


2.1 Mengakui keesaan Allah swt
Matlamat utama pendidikan akidah Islam ialah mendidik manusia supaya mengakui keesaan
dan ketunggalan Allah swt sebagai tuhan yang wajib disembah. Tiada sekutu bagiNya. Ini
dijelakan oleh Allah swt dalam firmanNya yang bermaksud :

"Katakanlah (wahai Muhammad) Dia ialah Allah Yang Maha Esa. Allah menjadi tumpuan
sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak dan tidak diperanakkan.
Dan tidak ada sesiapa yang setara denganNya"
(al-Ikhlas : 1-4)
Ayat di atas mendidik manusia supaya mengaku keesaan dan kekuasaan Allah swt. Ayat ini
diturunkan di Makkah di awal perkembangan Islam. Oleh kerana akidah merupakan asas
kepada kekuatan dan pembinaan Islam sebagai al-Din maka wahyu-wahyu yang terawal yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad saw menjurus kepada pendidikan Akidah bagi menanam
keyakinan yang teguh dalam jiwa manusiatentang keesaan Allah swt.

2.2 Melahirkan manusia yang patuh dan tunduk kepada Allah swt .Pendidikan akidah juga
penting untuk mendidik manusia supaya patuh dan tunduk kepada kebesaran dan keagongan
Allah swt.
2.3 Membentuk keperibadian insan
Sebagaimana acuan dapat membentuk dan mencorakkan air kandungannya maka
demikianlah akidah dapat membentuk dan mendidik orang yang mengambilnya menepati
dengan hakikat dan tabiat kemanusiaan yang tulen dan asli seperti yang dikehendaki oleh
penciptanya. Pendidikan akidah dapat membentuk sifat-sifat nalurinya, akal fikirannya,
iradahnya dan perasaannya. Ringkasnya pendidikan akidah bermatlamat untuk membentuk
nilai akhlak dan keperibadian seseorang insan yang akan mencorakkan suluk amali atau gerak
laku amal perbuatan selaras dengan peranan dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah
Allah swt di muka bumi ini. Menurut Mohd Sulaiman Yasin (1987), Akidah Islam ialah
akidah yang bersumberkan ketuhanan (akidah Rabbaniyyah) yang tetap, syumul, menyeluruh
dan fitrah. Tabiat akidah yang demikian ialah akidah yang kukuh dan teguh. Hanya akidah
yang teguh sahaja dapat membentuk manusia yang teguh dan kukuh. Kekukuhan dan
keteguhan akidah ialah kerana kekukuhan dan keteguhan ciri-ciri yang menjadi kandungan
akidah itu, yang merangkumi segala hakikat iaitu hakikat ketuhanan, hakikat alma semesta
dan hakikat kemanusiaan serta nilai-nilai kebenaran, kebaikan dan keindahan. Kekukuhan
akidah inilah yang akhirnya menjadi sumber kekuatan Islam. Itulah hakikat kekuatan umat
Islam, kekuatan jiwa dan rohani serta peribadinya yang menjadi asas kepada kekuatan
jasmaninya. Di dalam sejarah kegemilangan umat Islam yang silam kita mendapati bahawa
umat Islam di masa itu telah dibentuk dan dididik oleh akidah yang akhirnya melahirkan
kekuatan yang sungguh kental dan luar biasa. Kita lihat sahaja kepada Bilal, bahawa akidah
telah memberikan kekuatan kepadanya. Abdul Rahman bin Auf dan Osman bin Affan
sanggup membelanjakan hartanya kerana mempertahankan Islam sehingga tiada apa lagi
yang dimiliki melainkan Allah swt dan Rasul. Ali bin Abi Talib sanggup mempertaruhkan
nyawanya kerana Rasulullah saw dan banyak lagi contoh-contoh yang ditunjukkan oleh para
sahabat Rasulullah saw hasil dari pendidikan akidah yang mantap.
2.0 Definisi Akidah
Perkataan akidah berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu "aqada yang bererti ikatan atau
simpulan. Perkataan ini juga digunakan pada sesuatu yang maknawi seperti akad nikah dan
akad jual beli. Dari ikatan atau simpulan yang maknawi ini maka lahirlah akidah iaitu ikatan
atau simpulan khusus dalam kepercayaan. Sementara dari segi istilah, akidah bermaksud
kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa seseorang sehingga tidak
mungkin tercerai atau terurai. Akidah menurut istilah syara" pula bermaksud kepercayaan
atau keimanan kepada hakikat-hakikat atau nilai-nilai yang mutlak, yang tetap dan kekal,
yang pasti dan hakiki, yang kudus dan suci seperti yang diwajibkan oleh syara" iaitu beriman
kepada Allah swt, rukun-rukun Iman, rukun-rukun Islam dan perkara-perkara ghaibiyyat.
3.2 Hakikat Iman
Dalam menjelaskan definisi akidah ada disebut perkataan kepercayaan atau keimanan. Ini
disebabkan Iman merupakan unsur utama kepada akidah. Iman ialah perkataan Arab yang
bererti percaya yang merangkumi ikrar (pengakuan) dengan lidah, membenarkan dengan hati
dan mempraktikkan dengan perbuatan. Ini adalah berdasarkan sebuah hadis yang
bermaksud : "Iman itu ialah mengaku dengan lidah, membenarkan di dalam hati dan beramal

dengan anggota".
(al-Hadis)
Walaupun iman itu merupakan peranan hati yang tidak diketahui oleh orang lain selain dari
dirinya sendiri dan Allah swt namun dapat diketahui oleh orang melalui bukti-bukti amalan.
Iman tidak pernah berkompromi atau bersekongkol dengan kejahatan dan maksiat.
Sebaliknya iman yang mantap di dada merupakan pendorong ke arah kerja-kerja yang sesuai
dan secucuk dengan kehendak dan tuntutan iman itu sendiri.
Firman Allah swt yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang mukmin yang beriman kepada Allah swt dan RasulNya
kemudian mereka tidak ragu-ragu".
(al-Hujurat : 15)
Firman Allah swt lagi yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu apabila disebut nama Allah swt maka terasa
gerunlah hati mereka dan apabila dibaca kepada mereka ayat-ayat Allah swt, bertambahlah
iman mereka dan kepada tuhan sahaja mereka bertawakkal. Mereka mendirikan solat,
membelanjakan daripada apa yang kami beri rezki kepada mereka. Mereka itulah orangorang yang beriman dengan sebenar-benarnya".
(al-Anfal : 2-4)
Perkara yang menjadi asas atau pokok keimanan dalam Islam juga dikenali sebagai rukunrukun Iman iaitu sebanyak enam perkara :

Pertama : Beriman kepada Allah swt.

Kedua : Beriman kepada Malaikat.

Ketiga : Beriman kepada kitab-kitab.

Keempat : Beriman kepada Rasul-Rasul.

Kelima : Beriman kepada Hari Kiamat.

Keenam : Beriman kepada Qada" dan Qadar.

Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah saw dalam hadisnya yang bermaksud :
"Iman itu bahawa kamu mempercayai kepada Allah swt, malaikatNya, kitab-kitabNya, para
RasulNya, hari kumudian dan kamu beriman kepada takdir baik dan buruknya".
(Riwayat Muslim)
3.3 Hubungan Iman dan Islam
Iman dengan makna tasdiq juga dinamakan akidah di mana rahsianya tidak diketahui sesiapa
melainkan orang berkenaan dan Allah swt. Namun demikian manusia mempunyai sifat-sifat
lahiriah yang dapat dilihat melalui tingkah laku manusia sama ada melalui percakapan atau
perbuatan. Inilah yang menjadi ukuran keimanan seseorang. Adapun segala yang tersirat di
dalam hatinya terserah kepada Allah swt. Iman yang melahirkan penyerahan diri kepada
Allah itu juga disebut sebagai Islam. Ini bermaksud seseorang yang beriman hendaklah
menyerah diri kepada Allah swt dengan menerima segala hukum dan syariat yang diturunkan
Ilahi. Penyerahan dan penerimaan ini berlaku dengan dua perkara iaitu
(i) dengan kepercayaan dan pegangan hati yang dinamakan Iman (akidah) dan
(ii) melalui sifat-sifat lahiriah iaitu melalui perkataan dan perbuatan (amalan) dinamakan
Islam. Nabi Muhammad saw telah juga menunjukkan penggunaan kalimah Iman dalam
pengertian amal sebagaimana sabdanya yang bermaksud : "Iman terbahagi lebih enam puluh
bahagian, yang paling tinggi ialah mengucap kalimah "Lailahaillallah" dan yang paling
rendah ialah membunag benda-benda yang boleh menyakitkan orang di jalan".
(Riwayat Muslim)
Oleh yang demikian jelas di sini Iman dan Islam mempunyai hubungan yang rapat dan tidak
mungkin dipisahkan. Islam umpama pohon sementara Iman umpama akar sesepohon kayu.
Kesuburan dan kekuatan akar pokok tersebut dapat dilihat dengan kesuburan pokok pada
daun, ranting dan dahannya. Dalam menjelaskan tentang hubungan Iman dan Islam ini kita
petik sebuah hadis sabda Nabi saw kepada rombongan Abdul Qias yang bermaksud:
"Aku menyuruh kamu beriman kepada Allah swt yang Maha Esa. Apakah kamu mengerti apa
dia yang dikatakan beriman kepada Allah swt yang Maha Esa ". Iaitu penyaksian bahawa
tiada tuhan yang disembah melainkan Allah swt yang Maha Esa, tiada sekutu baginya,
mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan menunaikan satu perlima daripada harta

rampasan perang".
(Muttafaqun "alaih)
Hadis di atas menjelaskan betapa adanya hubungan yang erat di antara iman dan Islam di
mana Islam itu menjadi salah satu daripada perinsip Iman dan Iman pula dilahirkan melalui
Islam secara amali, dengan iqrar syahadah dan melaksanakan hukum syariat dalam segala
amalan. Sekiranya berlaku iqrar syahadah dan menunaikan fardhu sedangkan hatinya tidak
yakin atau tidak percaya serta ragu-ragu terhadap hukum hakam Allah swt maka seseorang
itu dihukum tidak beriman walaupun masih dinamakan Islam sebagaimana yang berlaku
kepada sesetengah orang-orang Badwi di zaman Rasulullah saw.
Firman Allah swt yang bermaksud

"Orang Arab berkata : Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad) : Kamu belum
beriman (janganlah berkata demikian, tetapi sementara Iman belum lagi meresap masuk ke
dalam hati kamu) berkatalah sahaja : Kami telah Islam". (al-Hujurat : 14)
Kesimpulannya Iman itu melambangkan sesuatu yang batin sementara Islam melambangkan
sesuatu yang zahir. Oleh itu iman dan Islam tidak boleh dipisahkan. Islam umpama pokok
sementara Iman umpama akar. Ibadat solat merupakan batang kepada pokok itu sementara
beriman kepada Allah swt merupakan akar tunjangnya di mana ia menjadi teras keimanan
seseorang. Pemisahan Iman dan Islam samalah kita memisahkan pokok dari akarnya.
3.4 Konsep Ihsan dan Hubungannya dengan Iman dan Islam
Ihsan bermaksud bekerja dengan baik dan tekun. Dari segi syara" bermaksud mengelokkan
perbuatan zahir dengan ibadat dan mengelokkan perbuatan batin dengan ikhlas. Menurut
kamus bahasa, Ihsan bermaksud membuat sesuatu yang baik. Al-quran menerangkan dengan
meluas ciri-ciri Ihsan dan mereka yang bersifat muhsinin (berbuat kebaikan).
Antaranya firman Allah swt yang bermaksud :

"Jika kamu berbuat kebaikan, maka faedah kebaikan yang kamu lakukan ialah untuk diri
kamu dan jika kamu berbuat kejahatan maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri
kamu juga".
(al-Isra" : 7)
Kedudukan Ihsan adalah tinggi di sisi Islam dalam konteks melengkapkan ciri-ciri keimanan
dan keislaman individu dan masyarakat Islam seluruhnya. Al-Quran menerangkan bahawa
Ihsan wajib menjadi tabiat manusia. Allah swt telah memberi ni"mat kepada manusia dengan
IhsanNya, maka manusia perlu Ihsan dengan ni"mat ini kepada makhluk.
Firman allah swt yang bermaksud :
"Dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah swt) sebagaimana Allah swt berbuat baik
kepadamu (dengan pemberian ni"matNya yang melimpah-limpah".
(al-Qasas : 77)

Seseorang yang melakukan Ihsan akan merasa tenang yang tidak dapat dirasakan oleh orang
lain dan orang yang menerima Ihsan itu sendiri merasa senang. Kasih sayang kepada pelaku
Ihsan akan memberi kebahagiaan jiwa. Mereka yang membuat keburukan tidak akan
mendapat ketenangan hidup. Oleh itu Allah swt telah memberi galakan supaya berbuat Ihsan
sebagaimana firmanNya yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah swt menyuruh kamu berlaku adil, dan berbuat ihsan (kebaikan), serta
memberi bantuan kepada kaum karabat dan melarang daripada melakukan perbuatanperbuatan keji dan mungkar serta zalim".
(al-Nahl : 90)

Al-Quran mengangkat martabat Ihsan dengan begitu tinggi lebih-lebih lagi jika turut
disertakan dengan ikhlas kepada Allah swt dan kedua-dua ini dianggap sebagai sifat yang
paling tinggi dan mulia yang patut ada pada diri setiap muslim. Kesimpulannya kalau Iman
itu umpama akar, Islam umpama pokok maka Ihsan pula umpama buah yang baik.
Demikianlah hubungan di antara Iman, Islam dan Ihsan.
3.5 Peringkat-peringkat Iman

Iman itu boleh bertambah dan berkurang. Malah Iman seseorang boleh dihinggapi penyakit.
Ada Iman sentiasa bertambah iaitu Iman para Nabi dan Rasul. Ada Iman yang tidak
bertambah atau berkurang iaitu Iman para Malaikat. Ada Iman yang kadang-kadang
bertambah dan ada ketikanya menurun iaitu Iman kebanyakan orang mukmin. Terdapat juga
jenis Iman yang jarang-jarang bertambah tetapi banyak menurun iaitu Iman orang-orang yang
fasik lagi jahat.
Iman terbahagi kepada lima peringkat:

Iman Taqlid iaitu Iman ikutan. Orang yang beriman secara taqlid beramal sematamata mengikut orang lain. Iman jenis ini merbahaya dan terdedah kepada kesesatan.

Iman Ilmu iaitu Iman yang berdasarkan semata-mata kepada ilmu dan fikiran sematamata dan ia tidak terpahat di dalam hati. Iman pada tahap ini juga terdedah kepada
bahaya dan penyelewengan.

Iman A'yan iaitu Iman yang dapat dihayati sehingga ke lubuk hati. Iman pada tahap
ini dimiliki oleh orang-orang soleh. Seseorang yang beriman pada tahap ini
amalannya bertolak dari hati yang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt. Iman
kita juga sekurang-kurangnya berada pada tahap ini.

Iman Hak iaitu Iman yang hakiki yang terlepas dari godaan nafsu dan syaitan. Iman
pada tahap ini dimiliki oleh golongan muqarrabin. Iman Hakikat iaitu Iman peringkat
yang paling tinggi yang boleh dicapai oleh manusia. Mereka yang memiliki Iman
pada tahap ini hidup semata-mata untuk Allah swt.

3.6 Rukun Iman


Perkara yang menjadi asas atau pokok keimanan dalam Islam dikenali sebagai rukun-rukun
Iman ialah enam perkara sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud:

"Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga
orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah swt, Malaikat-MalaikatNya, KitabKitabNya dan Rasul-RasulNya".
(al-Baqarah : 285)

Sabda Nabi saw yang bermaksud: "Iman itu ialah kamu beriman kepada Allah swt, MalaikatMalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat, Qadar baik dan buruk".
(Riwayat Muslim)
3.6.1 Beriman kepada Allah swt
Beriman kepada Allah swt bermaksud mengetahui, percaya dan beri"tikad dengan teguh,
perkara-perkara yang wajib, mustahi dan harus bagi Allah swt. Seseorang itu hendaklah
beri"tikad secara ijmal dan sungguh-gungguh bahawa Allah swt bersifat dengan sifat-sifat
yang sumpurna dan sesuai dengan ketuhananNya. Mustahil Allah swt bersifat dengan sifatsifat kekurangan dan harus bagi Allah swt melakukan semua perkara atau meninggalkannya.
Iman dan tauhid kepada Allah swt tegak di atas dua asas iaitu
Tauhid Rububiyyah
Tauhid Rububiyyah bermaksud mengimani dan yakin bahawa Allah swt sahaja Tuhan
yang mencipta alam ini. Mentauhidkan Allah swt sebagai pencipta, pengurus,
pentadbir, pengatur, pemerintah, pendidik, pemelihara dan pengasuh sekelian alam.
Banyak ayat-ayat al-Quran yang menyebut tentang tauhid Uluhiyah ini. Antaranya
firman Allah yang bermaksud:





"Tidakkah engkau perhatikan bahawa Allah swt menciptakan langit dan bumi dengan
sebenarnya". Jika ia mengkehendaki, kamu dimusnahkanNya dan digantiNya dengan
makhluk yang baru".
(Ibrahim 14 : 19)
Firman Allah swt lagi yang bermaksud:






"Dia menciptakan beberapa langit tanpa tiang yang kamu lihat, dan Dia mengadakan
gunung-ganang di muka bumi supaya jangan ia bergoyang-goyang bersama kamu dan
Dia menyebarkan di muka bumi bermacam-macam haiwan. Kami turunkan air hujan

dari langit lalu Kami tumbuhkan di muka bumi bermacam-macam tumbuhan yang
baik".
(Luqman 31:10)
Dalam beberapa ayat yang lain Allah swt menyebut bahawa orang-orang kafir juga
percaya kepada Rububiyah Allah swt dengan mengaku bahawa Allah swt adalah
pencipta langit dan bumi. Firman Allah swt yang bermaksud:


"Dan jika kamu bertanya kepada mereka (orang-orang kafir yang menyembah berhala
itu) siapa yang menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab: Allah swt! maka
bagaimanakah mereka dapat dipalingkan".
(al-Zukhruf : 87)
Maksud firman Allah swt lagi:





"Dan jika kamu menanyakan kepada mereka : Siapakah yang menurunkan air dari
langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya". Tentulah mereka
akan menjawab : Allah swt".
(al-Ankabut : 63)
Tauhid Uluhiyyah
Beriman kepada Uluhiyyah Allah swt bermaksud yakin bahawa Allah swt sahaja
Tuhan yang patut disembah, dipohon segala doa, dipatuhi, dicintai, ditakuti, dan
tawakkal kepadaNya. Seterusnya mnerima segala hukumNya dengan yakin dan redha.
Ringkasnya Tauhid Uluhiyyah ini menuntut seseorang meyakini kemutlakan
kekuasaan Allah swt yang menjadi tempat tumpuan segala makhluk sama ada dari
segi sembahan atau memohon segala doa dan hajat. Keyakinan ini menetapkan
bahawa hanya Allah swt sahaja yang berkah menentukan hukum dan peraturan bagi
seluruh makhluk di alam ini. Di antara ayat al-Quran yang membicarakan tentang
Uluhiyyah Allah swt adalah seperti berikut. Firman Allah swt yang bermaksud:


"Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami
memohon pertolongan"
(al-Fatihah : 5)
Firman Allah lagi yang bermaksud:

"Katakanlah (wahai Muhammad) Dialah Allah swt yang Maha Esa. Allah swt
tempat meminta (tumpuan). Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak
ada sesuatupun yang meneyrupaiNya".
(al-Ikhlas : 1-4)
Firman Allah swt lagi yang bermaksud:
"Engkaulah yang memasukkan malam ke dalam siang dan siang ke dalam malam.
Engkau juga mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati
dari yang hidup. Engkau jugalah yang memberi rezki kepada sesiapa yang
dikehendaki dengan tiada hitungan hisab".
(Al-Imran : 27)



Sesungguhnya kebanyakan manusia sejak dahulu hingga kini mengakui Tauhid
Rububiyyah Allah swt dengan mengakui bahawa Allah swt menciptakan langit dan
bumi serta sekelian alam ini. Tetapi mereka ingkar secara perkataan dan perbuatan
terhadap Uluhiyyah Allah swt seperti beribadat kepada yang lain dari Allah swt serta
tidak melaksanakan syariat dan hukum Allah swt dalam kehidupan ini. Keselarasan di
antara Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah adalah penting untuk memastikan
keimanan yang sejati terhadap Allah swt. Ini adalah kerana Tauhid Rububiyyah adalah
adalah merupakan pengakuan bahawa Allah swt adalah sumber cipta. Sementara
Tauhid Uluhiyyah ialah suatu pengakuan bahawa Allah swt adalah Tuhan yang wajib
disembah dan tempat tumpuan sekelian makhluk.
3.6.2 Beriman kepada Malaikat

Beriman kepada malaikat bermaksud percaya dan yakin tentang wujudnya makhluk yang
digelar malaikat. Jumlah malaikat hanya Allah swt sahaja yang mengetahui. Di antara ciri-ciri
malaikat yang disebut di dalam al-Quran dan al-Hadis antaranya ialah:

Malaikat merupakan makhluk yang taat kepada Allah swt.

Diciptakan dari nur.

Tidak mempunyai hawa nafsu.

Tidak makan dan minum

Memiliki akal yang terbatas untuk melaksanakan perintah Allah swt.

Tiada jantina tertentu (tidak lelaki, tidak perempuan, bukan khunsa).

Malakikat mempunyai sayap.

Memiliki kekuatan dan kepantasan yang luar biasa.

Malaikat merupakan makluk yang tidak dapat dikesani dengan penyelidikan dan pemikiran
tentang kewujudannya. Kita tidak boleh menafikan adanya malaikat semata-mata kerana ia
tidak dapat dilihat atau dikaji oleh akal manusia. Beriman kepada malaikat adalah termasuk
di dalam beriman kepada perkara-perkara ghaib kerana ia tidak dapat disaksikan oleh
pancaindera. Hakikatnya amat sukar difahami oleh akal fikiran manusia. Perkhabaran tentang
malaikat dan perkara-perkara ghaibini diketahui melalui al-Quran dan al-Hadis. Yakin dan
beriman kepada perkara-perkara ghaib seperti syurga, neraka, roh merupakan salah satu
daripada ciri-ciri orang bertaqwa kepada Allah swt. Di antara dalil berkenaan dengan
malaikat adalah seperti berikut:
Firman Allah swt yang bermaksud:
"Dan tidaklah ada yang mengetahui siapa tentera Tuhan itu melaikan Dia".
(al-Mudasir : 31)









Firman Allah swt lagi yang bermaksud:

"Dan mereka mengerjakan apa yang diperintahkan".


(al-Nahlu : 50)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:


"Dijadikan malaikat daripada cahaya dan dijadikan jin daripada percikan api".
(Riwayat Muslim)
Firman Allah swt yang bermaksud:
"Miraj yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (menerima
dan menyempurkan tugas) pada satu hari tempohnya lima puluh ribu tahun".
(al-Ma"rij : 4)

Firman Allah swt yang bermaksud:


"Segala puji bagi Allah swt yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan maalaikat
utusan-utusan yang brsayap dua, tiga dan empat". (al-Fath : 1)

Dalam perkembangan kepercayaan manusia terhadap perkara ghaib sejak zaman purbakala
telah ada kepercayaan kepada dewa-dewa. Orang Greek di zaman purba mempercayai adanya
dewa-dewa. Demikian juga orang Tionghoa dan Mesir. Kadang-kadang kepercayaan kepada
dewa-dewa ini dihubungkaitkan dengan bintang-bintang. Contohnya orang Greek (Yunani)
mempercayai bintang Mars adalah dewa peperangan. Demikian juga ada yang mempercayai
bahawa malaikat itu adalah anak perempuan Tuhan.
Setelah fahaman "ketauhidan" menjadi jelas di dalam Islam, maka tegaklah kepercayaan
bahawa persembahan dan pemujaan hanyalah kepada Allah semata-mata. Malaikat-malaikat
bukanlah Tuhan dan tiada kuasa. Ia tidak dapat memakbulkan permohonan makhluk. Kita
tidak perlu takut kepada malaikat kerana ia tidak dapat berbuat apa-apa melainkan dengan
izin Allah swt. Demikianlah halusnya pokok kepercayaan dalam Islam sehingga memuja
malaikat adalah termasuk dalam perbuatan syirik yang membatalkan akidah seseorang.
Menurut athar Said bin al-Musayyib bahawa malaikat itu bukan lelaki dan bukan perempuan,
mereka tidak makan atau minum dan tidak tidur. Bilangan malaikat amatlah ramai. Tidak
diketahui jumlahnya melainkan Allah swt. Setiap orang wajib beriman kepada malaikat
secara ijmal kecuaili sepuluh malaikat sahaja diwajibkan kita beriman secara tafsil
sebagaimana berikut:
Jibril

Malaikat pertama yang dianggap sebagai penghulu sekelian malaikat. Dia juga bernama
Namus, Ruh al-Amin (roh yang diberi keperrcayaan) dan Ruh al-Qudus (roh yang suci).
Tugasnya yang utama ialah menerima perintah Allah swt untuk disampaikan kepada para
Nabi dan Rasul. Oleh kerana ruh Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul itu telah mendapat latihan yang
cukup dan istimewa sehingga memudahkan hubungannya dengan alam ghaib. Maka dapatlah
mereka melihat dan berhubung nyata dengan Malaikat Jibril itu. Nabi Muhammad saw
pertama kali berjumpa dengan Jibril ialah semasa menerima wahyu pertama di gua Hira" di
atas bukit Nur. Datang berupa seorang lelaki berpakaian serba putih. Demikian juga semasa
Isra dan Mi"raj Nabi saw ditemani oleh Jibril alaihissalam.
Jibril pernah merupakan dirinya sebagai seorang sahabat Nabi saw yang muda dan pantas
sikapnya iaitu Dahiyah al-Kalbi. Menurut hadis Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan oleh
Saidina Omar al-Khatab menyatakan bahawa Jibril merupa seorang lelaki datang ke majlis
Rasulullah saw mengemukakan pertanyaan berkaitan dengan Iman, Islam dan Ihsan. Semua
sahabat Rasulullah saw yang hadir melihatnya.
Di waktu Rasulullah saw menghembuskan nafasnya yang penghabisan Jibril turut hadir di
sisi Baginda saw. Sebab Rasulullah saw berkata "Jibril ! Jibril ! Dekatlah kepadaku".
(Hamka, 1988).
Kitab-kitab suci dan suuf yang diturunkan kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul iaitu Taurat,
Zabur, Injil dan al-Quran diturunkan melalui perantaraan Jibril as.
Mikail
Malaikat Mikail tugasnya mengurus hal ehwal penghidupan. Mengatur rezki, hujan dan
sebagainya. Mengatus perjalanan matahari, bumi, bulan dan cakrawala ini. Peredaran
matahari dan bintang menyebabkan berlakunya siang dan malam. Ia menjaga perjalanan alam
ini sehingga segala sesuatu itu berjalan dengan lancar di dalam peraturan yang ditentukan.
Yang berat turun ke bawah, yang ringan terapung ke atas dan tenaga tarik menarik yang ada
semuanya dalam lingkungan tugas Mikail.
Izrail
Izrail terkenal denganpanggilan "Malaikat Maut". Bertugas mencabut nyawa segala makhluk
yang bernyawa di alam ini apabila tiba masanya. Izrail tidak akan datang kalau kita belum
"dipanggil". Walaupun di kiri kanan kita bergelimpangan mayat-mayat, kita tidak akan mati
kalau belum tiba giliran. Dan kalau tiba giliran ke mana kita menyembunyikan diri Izrail
tetap menunggu kita. Walaupun kita berada dalam perti besai yang kukuh sekalipun.
Kita tidak tahu bila Izrail akan datang kepada kita. Kita juga tidak boleh cemas kerana dia
pasti datang. Kecemasan boleh dihilangkan dengan memenuhi hidup kita melakukan
kebajikan dan meninggalkan kemungkaran.
Tugasnya meniup sangkakala (Shur). Tiupan pertama memusnahkan seluruh alam ini
melainkan perkara-perkara yang tidak diizinkan Allah swt musnah.
Kesan Akidah Islam

Akidah Islam akan melahirkan seseorang atau masyarakat yang mempunyai kepribadian yang
unggul yang akhirnya akan dijelmakan melalui tingkah-laku, percakapan dan gerak-geri hati
seseorang atau sesebuah masyarakat. Akidah Islam yang telah meresap ke dalam jiwa dan
lubuk hati sesseorang akan menimbulkan kesan-kesan positif di antaranya dapat kita gariskan
seperti berikut:
3.7.1 Akidah Islam melahirkan seorang yang yakin kepada Allah swt yang maha esa.
Lantaran itu menggerakkan seluruh tingkah-lakunya, percakapannya dan gerak-gerinya untuk
mencari keredhaan Allh swt.
3.7.2 Akidah Islam melahirkan Insan Soleh. Insan yang melakukan apa yang diperintahkan
oleh Allah dan meninggalkan segala jenayah dan kemungkaran.
509 3.7.3 Akidah Islam melahirkan Insan yang mempunyai akhlak cemerlang dan terpuji.
Mengikis sifat-sifat yang buruk dan melahirkan manusia yang bertaqwa, tawadhu", ikhlas,
redha, amanah dengan segala sifat terpuji yang lain di samping menyingkirkan sifat-sifat
yang buruk seperti dengki, sombong, ria", takabur dan seumpamanya yang boleh membawa
masalah sosiol dalam masyarakat.
3.7.4 Akidah akan melahirkan seseorang atau sesebuah masyarakat yang optimis dan yakin
kepada diri sendiri untuk bekerja bagi mencapai kejayaan di dunia di samping tidak lupa
mencari keredhaan Allah swt supaya mendapat kebahagian di akhirat.
3.7.5 Akidah Islam melahirkan Insan dan masyarakat yang teguh pendiriannya, mempunyai
perinsip dan tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran yang mengancam nilai dan akhlak
manusia terutama dengan pelbagai pengarauh hasil kemajuan teknologi maklumat di zaman
ini. Ia mampu membeza dan memilih nilai-nilai yang positif dan menolak nilai-nilai yang
negatif yang boleh merosakkan keperibadian Insan dan masyarakat.
3.7.6 Akidah Islam yang teguh mampu membawa manusia dan masyarakat maju ke hadapan
dalam segala bidang. Sejarah membuktikan masyarakat Arab telah berubah daripada satu
masyarakat yang tidak dikenali kepada sebuah masyarakat yang digeruni. Akidah Islam telah
mengangkat darjah mereka. Mereka menguasai hampir separuh dari bumi ini. Mereka
menguasai pentadbiran dan maju dalam pelbagai disiplin ilmu pengetahuan.
3.7.7 Akidah Islam membentuk manusia berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan dan
mencegah dari kemungkaran. Ini akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman
tenteram. Tiada jenayah atau pencerobohan ke atas sesiapa disebabkan mereka yakin kepada
hari pembalasan.
3.7.8 Akidah Islam akan melahirkan manusia yang tidak mudah putus asa atau hilang
harapan. Iman di dalam hati akan memberi ketenangan yang luar biasa.
3.7.9 Akidah Islam akhirnya melahirkan manusia yang sanggup berjihad ke jalan Allah swt
walaupun harta dan nyawa menjadi taruhan. Bilal bin Rabah sanggup mati kerana
mempertahankan akidahnya. Kelaurga Amar bin Yasir demikian juga. Demikianlah para
sahabat sanggup mengorbankan harta dan nyawa untuk mempertahan dan menyebarkan Islam
ke seluruh dunia. Ini adalah kesan dari Akidah Islam yang meressap di dalam jiwa dan lubuk
hati mereka.

Akidah Islam yang ada dalam hati umat Islam kini mungkin tidak begitu mantap
menyebabkan mereka tidak dapat mencapai kegemilangan sebagaimana umat Islam di zaman
Nabi saw dan para Sahabat. Umat Islam pada hari ini begitu rapuh akidahnya. Lantaran itu
mereka amat mudah terpengaruh dengan berbagai-bagai unsur negatif. Kemunduran umat
Islam kini kerana mereka semakin jauh dari menghayati Akidah Islam yang sebenar.

Anda mungkin juga menyukai