Anda di halaman 1dari 18

KANDUNGAN

Prakata

1. Pendahuluan

2. Objektif

3. Daftar lstilah

4. Latar Belakang

5. Tindakan Perusahaan

5.1 Piket

5.2 Mogok

5.2.1 Prosedur Mogok

5.2.2 Larangan Untuk Mogok

11

5.2.3 Hukuman Bagi Mogok Haram

11

5.3 Sekat Masuk (Lock-Out)

12

6. Peranan Jabatan, Majikan Dan Kesatuan Sekerja Dalam


Menangani Isu-Isu Tindakan Perusahaan

6.1 Peranan Jabatan

12

6.2 Peranan Majikan Dan Kesatuan Sekerja

12

7. Penutup

13

Jadual

14

PRAKATA
KETUA PENGARAH
PERHUBUNGAN PERUSAHAAN
MALAYSIA

Handbook ini diterbitkan sebagai sumber rujukan kepada pegawai di


Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM), khasnya dalam
memberi khidmat nasihat dan mengendalikan perkara-perkara yang
berkaitan dengan perhubungan perusahaan. Selain daripada itu,
handbook ini juga merupakan panduan asas yang boleh digunapakai
oleh pihak majikan, pekerja, kesatuan sekerja atau pihak-pihak lain
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang tugas
perhubungan perusahaan.
Sebagai sebuah Jabatan yang bertanggungjawab untuk memupuk
dan memelihara perhubungan perusahaan yang harmoni dan positif
di antara majikan dan pekerja serta kesatuan sekerja mereka,
maka adalah diharapkan penerbitan handbook ini dapat memupuk
perhubungan perusahaan yang harmoni di tempat pekerjaan dan
dalam Negara amnya selari dengan matlamat Jabatan Mencorakkan
Masa Depan Bersama Keharmonian Perusahaan.
Akhir kata sekalung penghargaan kepada pegawai-pegawai JPPM
yang terlibat dalam penyediaan dan penerbitan handbook ini.

Fong Khei Por J.S.M, A.M.K


Ketua Pengarah
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia

1. Pendahuluan
Jabatan Perhubungan Perusahaan adalah bertanggungjawab
dan memainkan peranan utama dalam membendung kejadian
tindakan perusahaan seperti mogok, piket dan sekat masuk (lock
out) bagi memupuk dan memelihara keharmonian perusahaan
negara demi mewujudkan iklim pelaburan yang kondusif.






Tindakan perusahaan adalah sah dalam keadaan dan bagi tujuan


tertentu, seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah
Perusahaan dalam contoh kes antara HM Shah Enterprise Sdn.
Bhd. lwn. National Union of Hotel Bar & Restaurant Workers
(Award 148 tahun 1988) dan kes antara Syarikat Perjalanan
Terus Butterworth-Kuala Lumpur Sdn. Bhd. lwn. Transport
Workers Union (Award 279 tahun 1988).

2. Objektif
2.1
Memberi kefahaman dan meningkatkan pengetahuan
mengenai piket, mogok dan sekat masuk (lock out).
2.2
Menjelaskan prosedur-prosedur mengenai piket, mogok
dan sekat masuk (lock out) yang perlu dipatuhi.
3. Daftar Istilah

Tindakan Perusahaan adalah merujuk kepada tindakan piket,


mogok atau sekat masuk (lock out).

Mogok ertinya tindakan memberhentikan atau enggan


melakukan kerja oleh sekumpulan pekerja yang bertindak secara
bersatu atau menyekat, mengurang, menangguh atau
menamatkan pelaksanaan mana-mana tugas berkaitan dengan
pekerjaan mereka.

Piket ertinya berdiri atau berarak di hadapan premis


perniagaan atau pejabat bagi tujuan mendedahkan kepada
orang ramai tentang rungutan pekerja atau apa-apa bentuk
bantahan. (Legal Dictionary - Sinha & Dheeraj ILBS: 1996).

Sekat Masuk (Lock-Out) ertinya:

a) Penutupan tempat kerja; atau

b) Penggantungan kerja; atau

c) Keenganan majikan untuk terus mengambil bekerja apa apa bilangan pekerja yang bekerja dengannya dalam
meneruskan pertikaian yang dilakukan dengan tujuan untuk
memaksa pekerja berkenaan supaya menerima syarat syarat dan peraturan-peraturan pekerjaan atau yang
menyentuh tentang pekerjaan.
4. Latar Belakang

Apabila sesuatu pertikaian antara kesatuan sekerja dengan


majikan gagal diselesaikan secara damai, pihak yang bertikai
akan cuba mendesak menggunakan cara yang lebih agresif bagi
menunjukkan rasa tidak puas hati mereka yang mana tindakan
ini boleh dianggap sebagai tindakan perusahaan. Terdapat tiga
jenis tindakan perusahaan yang dibenarkan oleh undangundang iaitu:

- Piket;
- Mogok; dan
- Sekat masuk (lock-out)

Di Malaysia, mogok terawal dalam konteks tindakan perusahaan


dilaporkan apabila Parti Komunis Malaya berjaya menyatukan
pekerja-pekerja bukan mahir menubuh pergerakan bawah tanah
(underground movement) serta mengadakan mogok beberapa
kali dalam tahun 1930an. Berikutan itu pihak kerajaan

memutuskan untuk memperkenalkan Trade Union Enactment


pada tahun 1946.

Penggubalan undang-undang berkenaan pada ketika itu adalah


bertujuan mengekang penglibatan Parti Komunis dalam kesatuan
sekerja, menghadkan saiz dan kuasa kesatuan sekerja dengan
menghalang penubuhan kesatuan sekerja bagi pekerja am, dan
mengawal serta memantau pergerakan mereka dengan
mewajibkan pendaftaran kesatuan sekerja.

5. Tindakan Perusahaan

5.1 Piket

Piket merupakan bentuk tindakan perusahaan yang kerap


diambil oleh para pekerja. Seksyen 40 Akta Perhubungan
Perusahaan 1967, membenarkan seorang atau lebih pekerja,
hadir di tempat atau berhampiran tempat mereka bekerja
secara aman bagi tujuan:

mendapatkan atau menyampaikan maklumat.


memujuk atau mendorong mana-mana pekerja supaya
bekerja atau tidak bekerja apabila wujudnya pertikaian
perusahaan.

Walau bagaimanapun piket tersebut mestilah dilakukan:

Secara aman;
Tidak mengancam mana-mana orang;
Tidak menghalang jalan/pintu masuk dan keluar ke premis
majikan oleh pekerja yang terlibat secara langsung dalam
pertikaian tersebut; dan
Pegawai atau pekerja kesatuan sekerja boleh hadir hanya
bagi maksud mengekalkan ketenteraman dan disiplin
serta memastikan bahawa pekerja-pekerja itu mematuhi
peruntukan berkenaan.

Piket merupakan tindakan perusahaan yang dilakukan


oleh pekerja di luar waktu kerja mereka iaitu:
pada waktu makan tengahari;
sebelum; atau
selepas waktu kerja.
Piket kebiasaannya merupakan usaha kesatuan untuk
mendesak
majikan
menurut
kehendak
pekerja
memandangkan
terdapat
beberapa
syarat
yang
menyukarkan pekerja melancarkan tindakan mogok secara
sah.




Menurut Seksyen 40(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967,


mana-mana orang yang bertindak bertentangan dengan
syarat-syarat dan tujuan berpiket seperti yang dinyatakan
di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan, boleh dikenakan hukuman seperti berikut:

- Penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun;


atau
- Denda tidak melebihi satu ribu ringgit; atau
- Kedua-duanya.








5.2 Mogok

Tindakan piket dibenarkan dengan syarat ianya tidak


dilakukan di luar batas undang-undang. Tujuan piket itu
dibenarkan adalah untuk memberi peluang kepada pihakpihak yang terlibat menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.
Walau bagaimanapun hubungan industri yang harmoni dan
kompetitif perlu dipelihara dan diberi keutamaan kerana
ia secara tidak langsung boleh membantu pertumbuhan
ekonomi negara dalam merealisasikan Wawasan 2020.

Tindakan mogok adalah di bawah kawalan Akta Perhubungan


Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Terdapat beberapa jenis tindakan perusahaan yang tergolong


dalam definisi mogok seperti:

a. Melambatkan kerja (go slow);


b. Bekerja mengikut peraturan (work to rule); dan
c. Enggan membuat kerja lebih masa.

Menerusi tindakan tersebut di atas, walaupun pekerja


terus bekerja tetapi akan berlaku pengurangan dalam
pengeluaran dan pengurangan pengeluaran dengan sengaja
adalah dianggap sebagai mogok. (Award Mahkamah
Perusahaan bilangan 28 tahun 1975 menyatakan A slowdown or go slow and work-to-rule by workers are forms
of strike under the Industrial Relations Act).

Keengganan bekerja lebih masa oleh sekumpulan pekerja


juga dianggap sebagai tindakan mogok dalam Perkhidmatan
Perlu (Essential Services) kerana dalam organisasi
sedemikian pekerja boleh diperlukan untuk kerja lebih
masa oleh majikan.

5.2.1 Prosedur Mogok


Sesebuah kesatuan yang hendak melancarkan mogok
hendaklah mengikut peraturan-peraturan di bawah
Akta Kesatuan Sekerja 1959. Bagi perkhidmatan
yang ditakrifkan sebagai perkhidmatan perlu di bawah
Akta Perhubungan Perusahaan 1967, selain daripada
mematuhi peraturan-peraturan di bawah Akta
Kesatuan Sekerja 1959, kesatuan juga dikehendaki
mematuhi peruntukan-peruntukan di bawah Seksyen
43 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 seperti
berikut:
memberi notis kepada majikan selama 42 hari
sebelum melancarkan mogok;

tidak melancarkan mogok dalam tempoh 21 hari


selepas memberi notis itu;
tidak melancarkan mogok sebelum luputnya tarikh
yang ditetapkan dalam notis itu.





Untuk melakukan mogok secara sah, selain daripada


mematuhi Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan
Peraturan-Peraturannya, sesebuah kesatuan sekerja
juga perlu mematuhi peruntukan-peruntukan di bawah
Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Peraturan-peraturan
Kesatuan Sekerja berkenaan.

Wildcat Strike ialah tindakan mogok yang biasanya


dilakukan oleh:
pekerja-pekerja yang tidak berkesatuan; atau
kesatuan sekerja tetapi tidak mematuhi prosedur
ditetapkan.

Pada amnya mereka yang tidak berkesatuan tidak


dibenarkan untuk melancarkan mogok.

Menurut Seksyen 45 Akta Perhubungan Perusahaan


1967, mogok itu dianggap sebagai mogok haram
sekiranya:

Ianya melanggar peruntukan Seksyen 43 Akta
yang sama atau mana-mana undang-undang
bertulis;
Ianya mempunyai objektif lain selain daripada
perlanjutan kepada pertikaian perusahaan yang
melibatkan pekerja yang mogok dengan majikan;
Dilakukan oleh pekerja-pekerja yang bukan ahli
kesatuan sekerja.

10

5.2.2 Larangan Untuk Mogok

Seksyen 44 Akta Perhubungan Perusahaan 1967


melarang tindakan mogok dalam situasi seperti
berikut: Dalam tempoh di mana Lembaga Penyiasat
dilantik menurut Seksyen 34 Akta Perhubungan
Perusahaan 1967 menjalankan penyiasatan dan
dalam tempoh 7 hari selepas penyiasatan itu
selesai;
Berkaitan dengan sebarang perkara yang diliputi
perjanjian bersama yang telah diambil perhatian
oleh Mahkamah Perusahaan atau perkara yang
diliputi oleh keputusan (award) Mahkamah
Perusahaan;
Berkaitan dengan hak majikan (managements
prerogatives) di bawah Seksyen 13(3) Akta
Perhubungan Perusahaan 1967;
Dalam tempoh tuntutan pengiktirafan
kesatuan sedang dikendalikan.

oleh

5.2.3 Hukuman Bagi Mogok Haram

Seksyen 46 Akta Perhubungan Perusahaan 1967


memperuntukkan seseorang pekerja yang melibatkan
diri dalam mogok haram, jika disabitkan kesalahan
boleh:


dipenjarakan tidak melebihi satu tahun; atau


denda tidak melebihi RM1,000.00; atau
kedua-duanya.

11

5.3 Sekat Masuk (Lock-Out)

Sekat masuk (lock-out) adalah tindakan yang boleh diambil


oleh majikan bagi mendesak atau menekan kesatuan sekerja
supaya menerima syarat-syarat atau peraturan yang
ditawarkan oleh majikan kepada pekerja.
6. Peranan Jabatan, Majikan Dan Kesatuan Sekerja Dalam
Menangani Isu-isu Tindakan Perusahaan

6.1 Peranan Jabatan

Sekiranya dimaklumkan mengenai tindakan perusahaan oleh


mana-mana pihak yang bertikai, Jabatan akan membawa
kedua-dua pihak ke meja rundingan bagi tujuan penyelesaian.

6.2 Peranan Majikan dan Kesatuan Sekerja

Pihak yang bertikai hendaklah memberi kerjasama kepada


Jabatan dalam perkara-perkara berikut:

a) Memberikan maklumat yang tepat mengenai isu pertikaian;

b) Berbincang dengan pihak Jabatan untuk mencari jalan


penyelesaian;
c) Kedua-dua pihak perlu bersedia untuk bertolak ansur untuk
mencapai penyelesaian secara damai

12

7. Penutup






Piket, mogok mahupun sekat masuk merupakan usaha


untuk mencapai sesuatu matlamat oleh pihak yang
terlibat dalam pertikaian perusahaan. Tindakan tersebut
merupakan usaha untuk mendesak pihak-pihak tertentu agar
menuruti kehendak pihak yang bertikai. Meskipun mogok
dibenarkan di Malaysia, tetapi kesannya terhadap ekonomi
adalah sangat serius.

Di peringkat syarikat, tindakan perusahaan boleh menyebabkan


kerugian besar kepada majikan. Manakala di peringkat
nasional pula, ianya akan mempengaruhi keputusan pelaburan
oleh syarikat multi-nasional. Justeru itu semua pihak hendaklah
berusaha sedaya upaya untuk mencegah dan menghindar
dari berlakunya sebarang bentuk tindakan perusahaan.

13

JADUAL
PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN PERLU (Seksyen 2)
1. Perkhidmatan-perkhidmatan bank.
2. Perkhidmatan-perkhidmatan elektrik.
3. Perkhidmatan-perkhidmatan bomba.
4. Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan,
labuhan dan lapangan terbang, termasuklah memuat dan
memunggah di kapal, pengangkutan, pengendalian kargo,
penundaan dan penyimpanan atau memukal komoditi-komoditi.
5. Perkhidmatan-perkhidmatan pos.
6. Perkhidmatan-perkhidmatan penjara.
7. Pengeluaran, penapisan, penyimpanan,
pengedaran minyak dan minyak pelincir.

pembekalan

dan

8. Perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan awam.


8A. Perkhidmatan pengurusan pembuangan sisa awam.

9.
Perkhidmatan-perkhidmatan komunikasi radio, termasuklah
perkhidmatan-perkhidmatan penyiaran dan televisyen.
10. Perkhidmatan-perkhidmatan telegraf, telefon dan telekomunikasi.
11. Perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan melalui darat, air dan
udara.
12. Perkhidmatan-perkhidmatan air.

14

13. Apa-apa perkhidmatan oleh mana-mana Jabatan Kerajaan yang


berikut:






(i) Kimia;
(ii) Penerbangan Awam;
(iii) Kastam dan Eksais;
(iv) Imigresen;
(v) Marin;
(vi) Meteorologi;
(vii) Percetakan.

14.
Perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan dengan, atau
berhubungan dengan, atau yang membantu kepada,
penyenggaraan dan perjalanan tugas-tugas Angkatan Tentera
dan Angkatan Polis Diraja Malaysia.
15.
Perniagaan-perniagaan dan industri-industri yang berkaitan
dengan pertahanan dan keselamatan Malaysia.
16.
Mana-mana bahagian dalam apa-apa perkhidmatan, yang
bertanggungjawab ke atas keselamatan pekerja-pekerjanya atau
pertubuhan yang berhubungan dengannya.
17.
Industri-industri yang diisytiharkan oleh Menteri melalui
pemberitahuan di dalam Warta sebagai industri-industri perlu
kepada ekonomi Malaysia.

15

Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh disiarkan
dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat keizinan bertulis daripada penerbit
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia.
All Rights Reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a
retrieval system, or transmitted in any form or by any means, electrical, mechanical,
photocopying, recording or otherwise, without the prior permission in writing of the
Department of Industrial Relations of Malaysia, Ministry of Human Resources.

16