Anda di halaman 1dari 12

TIPS EXAM: ESEM 5543 SCHOOL EFFECTIVENESS AND IMPROVEMENT

1. Ciri-ciri guru berkesan (point yang ada sertakan contoh /


penerangan)
Mengikut Kim dan Kellough (1995) untuk menjadi seorang guru yang
berkesan, seseorang itu mesti mahir di dalam membuat keputusan
yang tepat pada sebarang keadaan. Keputusan yang tepat dapat
dibuat sekiranya seseorang guru itu memiliki perkara-perkara berikut:
a.
b.
c.
d.

Akal budi
Kepintaran
Ilmu tentang kurikulum dan pedagogi
Kesanggupan untuk ditegur dan diperbetulkan kelemahannya dalam
aspek pengajaran melalui refleksi diri supaya menjadi guru contoh.

Di samping itu juga, seorang guru yang cekap seharusnya memiliki


sifat-sifat berikut:a. Guru memiliki ilmu tentang matapelajaran atau perkara yang di ajar. Ini
bermakna seseorang guru itu perlu mengetahui tentang fakta, konsep,
prinsip dan kemahiran yang berkaitan dengan perkara atau matapelajaran
yang diajar.
b. Guru masih aktif sebagai ahli profesional keguruan, membaca jurnal,
berbincang dengan rakan sekerja, sentiasa mempertingkatkan kemahiran di
dalam metadologi dan pengetahuan tentang pelajar dan isi kandung
matapelajaran yang diajar.
c. Guru memahami proses pembelajaran. Sebagia guru, pelajar akan dipastikan
faham tetang matapelajaran yang diajar, harapan guru terhadap pelajar dan
prosedur bilik darjah. Pelajar juga akan terbabit secara aktif denga aktiviti
pembelajaran dan guru memastikan pelajar dibimbing dan ditunjuk ajar
dengan melakukan penilaian kefahaman.
d. Guru mesti menunjukkan contoh teladan yang baik supaya menjadi model
atau ikutan pelajar.
e. Guru mesti sanggup untuk berubah dan menerima perubahan.
f.

Guru mesti berlaku adil dna saksama terhadap pelajarnya tanpa mengambil
kira soal jantina, bangsa, agama, kewargenegaraan, status sosial dan
perkara-perkara lain.

g. Guru mesti melakukan persediaan untuk memngajar sama ada menulis


persediaan mengajar atau menyediakan bahan bantu mengajar untuk aktiviti
pembelajaran.
1

h. Guru sentiasa mengambil berat tentang keselamatan dan kesihatan para


pelajarnya.

2. Unsur-unsur konsep pencapaian untuk semua (achievement for all)


Pencapaian untuk Semua adalah satu projek yang menarik dan perintis
yang menyokong sekolah-sekolah dan pihak berkuasa tempatan untuk
memberi peluang yang terbaik untuk memastikan pelajar mencapai
potensi mereka tanpa mengira latar belakang keluarga, taraf ekonomi dan
tahap pemahaman mereka di sekolah. Tujuan konsep ini diwujudkan
adalah bagi mengubah budaya pembelajaran di sekolah, meningkatkan
pencapaian pelajar dan memastikan penglibatan yang aktif di antara
sekolah dan ibu bapa.
Hasil yang diinginkan daripada Konsep Pencapaian Untuk Semua ini
adalah :
Semua pelajar menjadi lebih yakin dan memberi respon positif
terhadap bidang akademik.
Meningkatkan pecutan pencapaian pelajar di sekolah dalam kumpulan
sasaran.
Ibu bapa/penjaga terlibat secara aktif dan langsung dalam pengajaran
dan pembelajaran di sekolah.
Guru mempunyai keyakinan yang lebih tinggi dengan teknik dan gaya
pengajaran mereka.
Pengetua/pentadbir lebih yakin dengan kemampuan guru-guru da staf
di sekolah dalam tujuan peningkatan prestasi akademik pelajar.

4 Unsur dalam kerangka Pencapaian Untuk Semua


KEPIMPINAN : memastikan sekolah memberi tumpuan penuh terhadap
pencapaian, akses dan aspirasi pendidikan
KUALITI P&P : Menyediakan proses P&P yang berkualiti tinggi bagi
memastikan terdapat peningkatan dalam pencapaian pelajar
SESI DIALOG DENGAN IBU BAPA: Mengadakan sesi dialog dengan ibu
bapa bagi memastikan terdapat penglibatan ibu bapa dalam
pembelajaran pelajar.
HASIL YANG LEBIH BESAR (wider outcome) : untuk menyokong segala
penglibatan, keseronokan dan pencapaian pelajar di sekolah.

3. Apakah kelebihan sekolah berkolaborasi dengan agensi/pihak


luar?
Sekolah sebagai sesebuah organisasi yang dinamik, terbuka, dan kompleks
perlu mewujud dan mengekalkan hubungan saling bergantung dengan
semua pihak luar. Tanpa unsur saling bergantung bagai pepatah Melayu
seperti aur dengan tebing, sekolah tidak dapat memainkan peranan dengan
cekap dan berkesan untuk mencapai visi dan misinya.
Apakah Rasional Di Sebalik Konsep Partnerships Di Sekolah?
Sekolah sebagai sebuah institusi sosial tidak wujud bersendirian. Oleh itu
permuafakatan bersama masyarakat penting dalam membawa kejayaan.
Sekolah sebagai sebuah institusi sosial yang kompleks, perlu difahami
oleh masyarakat dengan menyertainya supaya tidak timbul keraguan dan
salah faham.
Cabaran-cabaran yang melanda masyarakat kita pada masa kini,
terutamanya
aksi
globalisasi
memerlukan
keperihatinan
dan
permuafakatan antara pihak sekolah dan komuniti dalam mengatasinya.
Manfaat kerjasama sekolah dengan agensi luar
Kerjasama sekolah dengan badan professional sperti PPD / JPN
(Program : ceramah / seminar)
Program perkongsian ilmu dan amalan profesional dapat dilaksanakan
dengan kerjasama daripada Pegawai daripada PPD / JPN dalam
memberi ceramah kepada guru-guru di sekolah.
Kerjasama sekolah dengan ibu bapa (PIBG) (Program : hari
kecemerlangan / sesi perjumpaan ibu bapa dan guru / parenting course
melibatkan guru dan ibu bapa)
Dengan penglibatan yang aktif PIBG dalam aktiviti di sekolah,
pemantauan terhadap prestasi akademik dan kokurikulum pelajar
dapat ditingkatkan dan seterusnya akan dapat menyumbang kepada
peningkatan prestasi pelajar sendiri.
Kerjasama sekolah dengan sekolah-sekolah lain
Sekolah turut perlu bekerjasama dengan sekolah-sekolah lain kerana
guru-guru dapat berkongsi bahan pengajaran dan kepakaran bagi
tujuan peningkatan ilmu pelajar. Guru-guru pakar daripada sekolahsekolah sekitar dikumpulkan dan modul yang terbaik dapat diterbitkan
bagi memudahkan pemahaman pelajar.

Kerjasama sekolah dengan IPTA / IPTS


Dengan kerjasama erat bersama pihak IPTA / IPTS, sekolah akan
mendapat manfaat seperti menjadi sekolah projek untuk kajian oleh
pihak Universiti. Selain daripada itu, banyak program-program seperti
Mentoring Program (seorang pelajar university menjadi mentor kepada
2/3 pelajar) bagi meningkatkan semangat dan motivasi kepada pelajarpelajar di sekolah. Selain daripada itu, banyak program-program
motivasi turut dapat dijalankan.
Kerjasama sekolah dengan badan korporat
Kerjamasa sekolah dengan badan korporat seperti bank-bank
tempatan, FELDA dll turut memberi impak kepada sekolah. Pihak
badan korporat mampu untuk menyumbang daripada segi dana
kewangan kepada pihak sekolah. Antara program yang dapat
dijalankan melalui sumbangan adalah seperti tuisyen percuma (ditaja
oleh badan korporat), bilik computer sekolah, serta sumbangan bukubuku rujukan dan latihan kepada pelajar.

4. Peranan pentadbir / pengetua dalam membentuk learning


community di sekolah.
Organisasi pembelajaran mempunyai kelebihan dari segi menyokong dan
penggalakkan pembelajaran berterusan kepada semua kumpulan warga
sekolah. Pembelajaran berterusan merupakan satu sinergi yang mewujudkan
motivasi dalam kalangan guru dan murid. Kajian oleh Kyriakides, Creemers,
Antoniou dan Demetriou (2010) mendapati guru di sekolah berkesan sentiasa
mengambil langkah untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka
dan membina persekitaran pembelajaran yang sesuai dengan kehendak
murid. Manakala, kajian Retna (2007) mendapati komunikasi berkesan dan
perhubungan kerja yang baik antara guru menyokong guru untuk berfi kir
secara lebih kritis dan kreatif. Beliau telah mengaitkan implikasi tersebut
dengan keberkesanan sekolah. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab
kepimpinan sekolah untuk menyediakan iklim persekitaran kerja yang mesra
pembelajaran. Setiap warga dalam organisasi pembelajaran adalah pelajar,
tidak terkecuali pemimpinnya.

Elemen pemimpin menyediakan ruang dan peluang pembelajaran untuk guru


a.
b.
c.
d.

Pemimpin mengenal pasti keperluan pembelajaran guru secara berterusan.


Pemimpin memahami kehendak guru untuk belajar.
Pemimpin memberikan guru peluang untuk membetulkan kesilapan diri.
Pemimpin memastikan guru diberikan peluang untuk meningkatkan
profesionalisme diri secara adil. .
e. Pemimpin menyediakan ruang yang selesa untuk guru mengadakan
perbincangan.
f. Pemimpin memperuntukkan hari khusus untuk perkongsian ilmu.
g. Pemimpin menyediakan bahan rujukan yang mencukupi dan terkini untuk
guru.
h. Pemimpin menggalakkan guru meningkatkan profesionalisme diri (misalnya,
melanjutkan pelajaran dan menghadiri seminar anjuran universiti)
i. Pemimpin menggalakkan guru menulis bahan akademik (contoh, artikel dan
buku).
j. Pemimpin menggalakkan guru membentangkan kertas kerja (contoh, di
seminar atau kursus perkembangan staf)

Elemen pemimpin menjadi model pembelajaran di sekolah

a.
b.
c.
d.

Pemimpin menjadi sumber rujukan warga sekolah.


Pemimpin menjadi pencetus budaya ilmu.
Pemimpin menggalakkan budaya membaca dalam kalangan warga sekolah.
Pemimpin berkongsi ilmu dengan warga sekolah (contoh, daripada kursus
atau buku).
7

e. Pemimpin memaklumkan warga sekolah mengenai bahan bacaan yang


menarik.
f. Pemimpin bersedia dengan maklumat terkini khususnya dalam bidang
pendidikan.
g. Pemimpin bersikap terbuka dengan kritikan.
h. Pemimpin menunjukkan minat terhadap aktiviti pembelajaran warga sekolah.

Elemen pemimpin menggalakkan inovasi


a. Pemimpin mengalakkan perkongsian idea baharu yang relevan.
b. Pemimpin menggalakkan warga sekolah menerokai sesuatu yang baharu.
c. Pemimpin memberikan kebebasan kepada guru untuk melaksanakan aktiviti
sekolah dengan kreativiti mereka sendiri.
d. Pemimpin membuat post-mortem untuk tujuan penambahbaikan.
e. Pemimpin memastikan aktiviti penambahbaikan dilakukan.
f. Pemimpin memastikan kesilapan yang sama tidak diulangi.
g. Pemimpin mengiktirafkan aktiviti inovasi yang dilakukan warga sekolah.
h. Pemimpin meraikan kejayaan pencapaian inovasi dengan warga sekolah.
Elemen pemimpin memberikan penghargaan dan pengiktirafan
a. Pemimpin mengiktiraf pandangan dan idea bernas warga sekolah.
b. Pemimpin menyatakan penghargaan secara formal dan tidak formal
c. Pemimpin menghargai usaha warga sekolah untuk meningkatkan
profesionalisme diri.
d. Pemimpin menghargai sumbangan warga sekolah walaupun kecil.
e. Pemimpin meraikan kejayaan sekolah bersama-sama warga sekolah secara
istimewa.
f. Pemimpin mempromosikan kejayaan sekolah (contoh, melalui pengumuman
di perhimpunan sekolah dan menerusi media).
Elemen pemimpin membangunkan potensi warga sekolah
a.
b.
c.
d.
e.
f.

Pemimpin
Pemimpin
Pemimpin
Pemimpin
Pemimpin
sekolah.
Pemimpin

mengenali potensi warga sekolah.


menyedarkan warga sekolah tentang potensi mereka.
membantu warga sekolah mengembangkan potensi mereka.
menyokong usaha warga sekolah untuk memajukan diri.
melaksanakan aktiviti mentoring dan coaching kepada warga
mewujudkan pasukan pelapis bagi program utama sekolah.

5. Bincangkan mengapa pembelajaran berpusatkan pelajar perlu


diimplementasikan di sekolah.

Pembelajaran berpusatkan pelajar didefinisikan sebagai .

Memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran (pelajar sebagai


individu), memberi pilihan kepada pelajar (jenis pengetahuan dan apa
yang ingin dipelajari), mewujudkan kolaborasi (membina pengetahuan
dan persekitaran positif), terlibat dalam penilaian berterusan; sikap guru
yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk
merancang.
(http://vathena.arc.nasa.gov/curric/weather/adptcty/stcntr.html)
Pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya, melibatkan pelajar
secara terus dalam menemui pengetahuan, menggunakan bahan yang
mencabar pengetahuan sedia ada dan pemahaman konsep baru yang
mendalam, pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial, menggunakan
sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai resos, menggunakan
aktiviti
luar
untuk
meningkatkan
pembelajaran.
Ted
Panitz
(http://www.newforums.com/newstudentseries.htm)

Strategi pembelajaran dan pengajaran berpusatkan pelajar adalah


bertujuan untuk:
mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik
minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar secara
individu, kumpulan dan kelas.
melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran
melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan
pelajar.
memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan
sumber dan aktiviti pembelajaran.
mewujudkan
prosedur
pemantauan
agar
pelajar
bertanggungjawab ke atas apa yang dipelajari oleh mereka
merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.

Prinsip-prinsip pembelajaran berpusatkan pelajar


Daya berfikir, minat dan perbezaan individu pelajar merupakan
pertimbangan utama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dirancang untuk
melibatkan pelajar secara aktif, dimana guru hanya sebagai
fasilitator.

Pembelajaran terarah kendiri dan akses kendiri diberi


keutamaan.
Penekanan diberikan terhadap penilaian kendiri.

10

11

6. Bagaimana / apakah tahap-tahap yang perlu diikuti atau


dilakukan bagi penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran
secara berterusan di sekolah? (Improved teaching and learning
continuously)
Model Contemporary (Example C) bawah tajuk Continous School Improvement

12

Anda mungkin juga menyukai