Anda di halaman 1dari 4

SENARAI TUGAS

PENOLONG KANAN HEM

Memastikan semua perancangan dilaksanakan mengikut jadual yang disediakan.

Memastikan murid-murid dapat belajar dengan baik di samping kesihatan, keselamatan


terjamin setiap masa.

Memantau keadaan disiplin agar terkawal.

Memastikan harga makanan di kantin berpatutan mengikut harga yang ditetapkan di


dalam Perjanjian Kantin 2012-2013.

Memastikan kebajikan murid-murid diutamakan dan mereka yang tidak berkemampuan


diberi biasiswa

KETUA GURU DISPLIN

Merangka dan menetukan dasar-dasar displin dan peraturan sekolah berpandukan


pekeliling Kementerian dan Jabatan Pendidikan

Memastikan semua guru adalah guru displin dalam usaha menguatkuasakan peraturan
sekolah

Membantu menyelesaikan masalah-masalah displin yang tidak dapat diselesaikan oleh


pengawas.

Membantu Lembaga Displin Sekolah untuk mengesan dan mengesahkan kesalahankesalahan serius yang boleh membawa kepada hukuman penggantungan sementara atau
hukuman buang sekolah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtusas Bil. 9/1975. Lembaga
displin atas nasihat Pengetua boleh memanggil mesyuarat tergempar untuk
membincangkan kes-kes berat mengenai disiplin.

Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan displin dalam


semua majlis sekolah.

Mewujudkan sistem rekod displin kelas dan sistem rekod displin kelas dan sistem
pemantauan yang berkesan.

Berusaha menanam semangat cintakan sekolah serta mengamalkan Prinsip-prinsip

Rukunegara.

Menerima laporan pengawas / guru pengawas dan seterusnya mengambil tindakan


sewajarnya.

Menanam semangat kekitaan melalui slogan SEKOLAHKU RUMAHKU supaya


peraturan sekolah menjadi satu budaya.

Menjalankan hukuman displin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua.

Menjalankan rondaan (dengan bantuan Guru Bertugas Harian) untuk mengesan pelajar
yang ponteng dan melanggar displin sekolah.

Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada Kementerian /


Jabatan Pendidikan / PPD.

Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan


disiplin pelajar.

Menjadi Pegawai Perhubungan di antara ibubapa/penjaga dalam menangani masalah


disiplin.

GURU PENGAWAS

Memanggil mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat Lembaga Pegawas

Menyampaikan minit mesyuarat serta keputusan Lembaga Pengawas kepada semua guru

Menyampaikan maklumat dan perkembangan disiplin dan badan pengawas dari masa ke
masa di perhimpunan sekolah

Bertanggungjawab :
o Menyenaraikan dan mengemukakan calon pengawas kepada Penolong Kanan
HEM
o Menyediakan dan menerangkan bidang tugas dan jadual tugas pengawas
o Membimbing dan membantu pengawas dalam menguatkuasakan peraturan
sekolah

o Mengadakan kursus kepimpinan dan kesedaran untuk pengawas


o Menyediakan laporan tahunan Lembaga disiplin dan Badan Pengawas
o Menyediakan Sijil Penghargaan kepada pengawas

GURU DISIPLIN

Membantu Pengetua mengawal keadaan sekolah agar murid-murid berada dalam


keadaan harmoni untuk mewujudkan suasana sekolah yang baik

Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan di sekolah

Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi

Mengambil tindakan terhadap kes-kes salahlaku pelajar

Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua

Menjadi pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibubapa / penjaga dalam
menangani masalah displin

Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat cintakan sekolah


dikalangan pelajar dan guru

Mencatatkan semua kes displin yang telah diambil tindakan dalam borang disiplin/buku
laporan disiplin

Melaporkan kes displin yang telah diambil tindakan dalaman kepada Penolong Kanan
HEM seminggu sekali

Menghubungi pihak polis jika perlu

Bekerjasama dengan semua guru bertugas untuk meronda kawasan sekolah

Memberi maklumat kepada Penolong Kanan HEM berhubung kes-kes yang serius seperti
:
o Penyalahgunaan dadah

o Gambar lucah
o Video lucah
o Majalah lucah
o Peras ugut
o Kumpulan haram
o Bohsia
o Bohjan dan lain-lain

Bersedia bertugas pada bila-bila masa terutama pada hari-hari yang difikirkan perlu
seperti:
o Hari terakhir peperiksaan awam
o Hari sukan
o Hari keluarga
o Majlis-majlis sekolah

Mengurangkan salahlaku murid

Memastikan tiada kes gengterisme

Anda mungkin juga menyukai