Anda di halaman 1dari 5

http://ww1.utusan.com.

my/utusan/Sastera/20140331/sa_02/Novel-Melayu-pasca-merdeka
sastera

ARKIB : 31/03/2014
Novel Melayu pasca merdeka

Oleh WAHBA
UNTUK mengkaji perkembangan novel Melayu selepas merdeka memerlukan penelitian dan
jangka masa yang panjang. Mungkin sudah ada sarjana sastera yang membuat kerja sulit
ini. Namun begitu untuk memudahkan kajian eloklah kita tentukan skopnya. Katakan novelnovel Melayu yang dihasilkan antara tahun 1958 sehingga tahun 1985 iaitu selama 27
tahun. Dalam tempoh ini sudah ada sarjana sastera yang membuat kajian dan penelitian
novel-novel Melayu secara terpenici tetapi dalam artikel ini kita mengkaji secara ringkas
sahaja.

Sehingga kini belum lagi diterbitkan tesis atau disertasi yang membicarakan perkembangan
novel Melayu selepas merdeka iaitu pada 1958 sehingga 2014. Dalam jangka masa
tersebut telah beratus-ratus malah beribu novel yang dihasilkan oleh penulis baharu dan
penulis lama.

Menurut penganalisis sastera, novel Melayu yang dihasilkan dalam tempoh 27 tahun (19581985) telah berjaya memainkan peranannya dalam mengubah minda, persepsi masyarakat
dan struktur budaya dan sosial pelbagai kaum di negara ini.

Penulis-penulis selepas merdeka mempunyai cara berfikir dan persepsi terhadap kehidupan
masyarakat berbeza jika dibandingkan zaman sebelumnya. Selepas merdeka banyak
pembangunan dilaksanakan baik di bandar atau di luar bandar. Taraf pemikiran masyarakat

juga sudah banyak berubah berbanding sebelum merdeka. Rakyat boleh memberi
pandangan selepas negara ditadbir oleh bangsa sendiri.

Kesusasteraan Melayu moden dilihat sebagai suatu wadah untuk menimbulkan kesedaran
dalam kalangan masyarakat tentang pentingnya pengisian kemerdekaan bagi meningkat
taraf hidup rakyat.

Pengkaji sastera berpendapat, penghasilan novel bukan sahaja timbul daripada kesedaran
penulis untuk membina kesusasteraan Malaysia agar lebih mantap tetapi didorong juga oleh
adanyanya galakan kerajaan dan hadiah-hadiah yang diadakan sama ada yang dianjurkan
oleh kerajaan atau pihak swasta.

Dalam penelitian pengkaji sastera, novel-novel yang dihasilkan selepas merdeka telah
bercampur aduk antara kebebasan tema dengan novel-novel yang dipandu temanya oleh
pihak penganjur peraduan. Bagaimanapun kata pengkaji sastera, situasi yang normal masih
kita temui beberapa buah novel yang baik dan meyakinkan.

Galakan daripada kerajaan turut merangsangkan kegiatan penghasilan karya sastera, sama
ada dalam penghasilan novel, cerpen, sajak atau drama. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
umpamanya telah diberi mandat untuk merancakkan perkembangan sastera termasuk
mengadakan peraduan mengarang untuk mencari karya yang baik dan bermutu. Langkah
awal yang dijalankan oleh DBP selepas merdeka ialah mengadakan peraduan mengarang
novel.

Mutu

Dalam dua kali peraduan mengarang novel, DBP telah berjaya menampilkan beberapa buah
novel terpimpin yang baik mutunya. Walaupun pemenang utama novel Musafir (1959) oleh
Hassan Ali dan Desa Pingitan (1964) oleh Ibrahim Omar tidak mencapai taraf atau mutu

yang dikehendaki tetapi pengkaji sastera berpendapat ia sekurang-kurangnya dapat


mengubati ketandusan novel selepas merdeka.

Dua novel yang turut memasuki peraduan iaitu Salina (1961) oleh A. Samad Said dan
Lingkaran (1965) oleh Arenawati telah mendapat kritikan dan dianggap bermutu oleh
kebanyakan pengkiritik terutama Salina yang mendapat sorotan meluas termasuk di
peringkat antarabangsa.

Pada peringkat awal kemerdekaan, kerajaan memberi perhatian serius dalam usha
memajukan sastera Melayu moden. Sempena 10 tahun merdeka misalnya kerajaan
menganjurkan peraduan novel dan dalam peraduan ini enam buah novel telah dipilih
sebagai novel terbaik. Novel Sandera (1971) karya Arenawati dipilih sebagai pemenang
pertama dan diberi sorotan meluas..

Mulai tahun 1971 itu juga kerajaan mulai mewujudkan Hadiah Sastera. Novel Salina karya
Samad Said yang menang hadiah saguhati dalam peraduan novel pertama mendapat
kritikan daripada Prof. A. Teeuw dan dalam kritikan itu beliau menganggap novel tersebut
bertaraf antarabangsa jika diteliti dari segi tema, plot dan pengolahan. Pengiktirafan oleh
Prof.A. Teeuw itu telah membuka mata masyarakat sastera tempatan bahawa novel Salina
bermutu dan tidak boleh di kesampingkan.

Dalam dekad 1970-an Gapena dengan kerjasama Yayasan Sabah telah mengadakan
peraduan menulis novel untuk mencari karya terbaik. Kali pertama dalam tahun 1976, novel
Saga karya Talib Hassan dipilih memenangi hadiah utama.

Kali kedua peraduan diadakan pada tahun 1978, novel Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman
karya Anwar Ridhuan memenangi hadiah utama. Pada tahun 1982 diadakan peraduan kali
ketiga dan Seorang Tua di Kaki Gunung karya Azizi Haji Abdullah diangkat sebagai
pemenang utama.

Pada tahun 1970-an juga Kesatuan Guru-Guru Malaysia turut menganjurkan peraduan
novel dan novel Arca Berdiri Senja (1978) oleh Baharuddin C.D. telah diberikan hadiah
utama.

Dalam waktu yang sama di Sabah peraduan seperti ini diadakan dan novel Ngayau (1979)
oleh Amil Jaya dan Nafas Yang Belum Putus (1976) dipilih sebagai pemenang. Kedua-dua
novel ini dikatakan telah membawa beberapa pembaharuan dari segi tema dan teknik
penyampaian.

Pada tahun 1980-an, sempena menyambut abad ke-15 Hijrah kerajaan Terengganu telah
mengadakan peraduan novel Islam. Hasil daripada peraduan ini lahirlah Hidayah (1984)
karya Harun Haji Salleh dan Masuk Ke Dalam Cahaya (1984) karya Abdullah Hussein
sebagai pemenang.

Novel-novel yang wujud hasil peraduan telah berjaya merancakkan perkembangan sastera
Melayu moden khususnya dalam bidang penulisan novel.

Novel-novel yang terhasil daripada peraduan dipimpin temanya dan tidak boleh menulis
sembarangan. Oleh itu novel-novel yang menang itu pada dasarnya mempunyai tema dan
persoalan yang hampir sama.

Walaupun novel-novel itu dipimpin temanya menurut kehendak penganjur tetapi ada juga
yang menyimpang tetapi disebabkan pengolahannya menarik maka ia diberikan hadiah,
contohnya novel Salina dan Lingkaran.

Novel-novel Melayu selepas merdeka banyak terhasil tetapi malangnya daripada ribuan
novel itu, terlalu sedikit novel-novel yang boleh mengajak kita berfikir seperti novel-novel
Samad Said, Arenawati dan Shahnon Ahmad.

Menurut penganalisis sastera, novel Melayu yang dihasilkan dalam tempoh 27 tahun (19581985) telah berjaya memainkan peranannya dalam mengubah minda, persepsi masyarakat
dan struktur budaya dan sosial pelbagai kaum di negara ini.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sastera/20140331/sa_02/Novel-Melayupasca-merdeka#ixzz44sFzYyMF


Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai