Anda di halaman 1dari 1

Cerpen Kami Akan Mati, Lin karya Saroja Theavy Balakrishnan

1.

Ke dada butir-butir pasir akar-akar kami menjalar, menusuk perut bumi dan kukuh
membina diri agar anak-anak ikan dan polip selamat bermain-main dalam
pangkuan kami. Namun itu dulu, lama dulu. Kini kami cuma mampu mengira arus
ombak, menanti mati yang kian hampir. Lidah rakusnya terjulur menitiskan liur
beracun ke urat nadi kami tanpa secengkerang simpati.
a. Nyatakan dua persoalan dalam petikan di atas beserta contoh yang sesuai.
b. Jelaskan tiga gaya bahasa dalam petikan beserta contoh.
c. Nyatakan dua teknik penulisan dalam petikan beserta contoh.

2.

Namun, kami tidak melupakanmu kerana kami menganyam benih-benih kasih ke


warna darah tubuh kami. Kami bangsa yang tidak tahu melupakan nilai setia
kawan kerana kami tidak bisa berubah mengikut rentak arus ganas yang melanda
dunia kami dan duniamu juga.
a. Berikan lima gaya bahasa dalam petikan di atas beserta contoh.
b. Nyatakan dua nilai beserta contoh dalam petikan.
c. Siapakah kami dalam petikan diatas.

3.

Aku menderita, Lin dan bukan aku seorang yang mengalami nasib ini. Banyak
warga koloni kami yang menderita kerana beratus-ratus sebab dan kami tidak
pasti siapakah antara kawan-kawanmu itu yang punya angkara. Adakah ini
angkara Caka yang membuka kilang di tepi sungai supaya senang membuang
sisa atau ini kekejaman Daka yang sering mencuri anak-anak ikan bersisik warnawarni untuk akuarium di kedai besarnya itu?
a. Berikan dua sebab aku menderita dalam petikan di atas.
b. Berikan tiga pengajaran dalam petikan di atas.
c. Jelaskan dua persoalan beserta contoh dalam petikan.

4.

Kau tahu Lin, nenek moyangmu itu jarang sekali menyakiti kami. Mereka tidak
membuang segala-galanya ke laut kerana laut itu segala-galanya bagi mereka.
Mereka tidak tamak mengumpul harta yang berlambak-lambak kerana bahagia
mereka bukan pada benda-benda itu. Mereka kagum melihat butir-butir pasir pada
putih pantai dan indah kulit-kulit siput dalam sinar suria. Pada koloni bunga-bunga
karang, mereka melabuhkan sauh kehidupan.
a. Jelaskan maksud gaya bahasa similie. Berikan satu contoh similie dalam petikan.
b. Berikan maksud inversi. Berikan dua contoh similie dalam petikan.
c. Berikan tiga perwatakan nenek moyang dalam petikan.
d. Nyatakan tiga nilai kemanusiaan dalam petikan.

Soalan Esei.
5.
Nyatakan tema cerpen Kami akan mati, Lin.
6.
Jelaskan tiga persoalan yang terdapat dalam cerpen.
7.
Nyatakan tiga punca berlakunya pencemaran alam.
8.
Apakah yang berlaku kepada aku. Sambung cerpen kami akan mati, Lin bagi
mengisahkan kesudahan yang berlaku kepada Aku dan Lin. Panjang cerpen anda
hendaklah tidak kurang 80 patah perkataan.