Anda di halaman 1dari 4

SEK. KEB.

TUDAN MIRI SARAWAK


KERTAS CADANGAN PROGRAM AKTIVITI
KUIZ KELAB SAINS
TAHUN 2015
1. PENDAHULUAN
Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani , emosi dan
jasmani adalah sebagaimana matlamat yang ingin direalisasikan oleh Falsafah
Pendidikan Negara (FPN). Dengan penganjuran pertandingan kuiz sains ini para murid
dapat menukar persepsi mereka yang salah terhadap subjek sains yang mereka tanam
sekian lama. Aktiviti ini dapat melakar cara baru bagi mewujudkan rasa minat terhadap
mata pelajaran sains dikalangan murid. Yakni, harus ditanam sejak awal lagi kerana
kedua-dua mata pelajaran ini mempunyai pengaruh yang amat besar dalam kehidupan
murid-murid kelak.
2. MATLAMAT
Matlamat pertandingan kuiz sains untuk menyemai minat murid terhadap mata
pelajaran sains dan memberi asas pengetahuan dan kemahiran sains .Justeru, murid
mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains

dalam kehidupan harian untuk

mengikuti pelajaran sains di peringkat yang lebih tinggi di samping mengamalkan


budaya sains ke arah pembentukan masyarakat bersifat prihatin, dinamik, progresif,
bertanggungjawab terhadap alam sekeliling serta melahirkan masyarakat yang produktif.

3 Objektif
Antara Objektif yang ingin dicapai melalui Program ini adalah:
1. Meningkatkan daya pemikiran kreatif dan kritis di kalangan murid.
2. Menggalakkan murid menjana idea dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
3. Meningkatkan penguasaan pelajar terhadap istilah Sains.
4. Meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains .
5. Memupukkan semangat kerjasama di kalangan guru dan murid.
4. TEMA
Bulan Kembar Tiga
5. BUTIR-BUTIR PROGRAM
Tarikh program

OKTOBER 2015

Tempoh perlaksanaan

2 jam (2.00pm 4.00pm)

Tempat program

Makmal sains, Sekolah Kebangsaan Tudan.

6. BILANGAN PELAJAR: Ahli Kelab Sains seramai 60 orang

7. JAWATANKUASA KERJA
AHLI JAWATANKUASA INDUK PERTANDINGAN KUIZ SAINS
Penaung

: En. Sabtu Matali (Guru Besar)

Penasihat

: En. Albert (GPK Kokurikulum)

Penyelaras

: Pn. Zurina Othman

Setiausaha

: Pn. Norizan

Bendahari

: Pn. Caroline

8. JAWATANKUASA KECIL
AJK Hadiah

: Pn. Tera

AJK Peralatan dan bahan

: En. Hasbullah Hamdin

9. ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA

ANGGARAN KOS

Bahan-bahan
-kertas A4 (1 rim)
-kertas mahjung (10 keping)
Photostat (40 keping)
Hadiah
Jumlah

RM 13.00
RM 0.60 10 = RM 6.00
RM 5.00
RM 300.00
RM 324.00

10. PENUTUP
Pertandingan kuiz sains dianjurkan bagi meningkatkan pengetahuan dan
penguasaan murid-murid serta menarik minat mereka dalam mempelajari subjek ini
dengan lebih baik lagi. Pertandingan ini dirangka untuk mengurangkan jurang yang
terdapat diantara murid-murid.
Dengan terlaksananya program ini, diharapkan dapat mencapai matlamat dan
objektif KSSR yang telah ditetapkan. Kami berharap agar mendapat sokongan dan
bantuan kewangan daripada pihak tuan agar dapat memudahkan lagi perjalanan
program ini.

Sekian, terima kasih.

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


Saya yang menjalankan tugas,

............................
(PN. ZURINA OTHMAN)
Penyelaras Kelab Sains,