Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SANDAKAN II

KERTAS KERJA

KURSUS KEPIMPINAN LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH SIRI I 2016

TARIKH :
2 APRIL 2016
(SABTU)

TEMPAT :
DEWAN TERBUKA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SANDAKAN II, PETI
SURAT 2769, 90731 SANDAKAN, SABAH

1.0

BUTIRAN AM

Tajuk
Anjuran
Tempat
Tarikh
Jumlah Peserta

2.0

: Kursus Kepimpinan Lembaga Pengawas Sekolah Siri I


: Unit Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Sandakan II
: Dewan Terbuka SMK Sandakan II
: 25 Mac 2015
: 150 orang

PENGENALAN
Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid (HEM)

Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan II. Program ini melibatkan seramai 50 orang
pengawas sekolah, 40 orang pengawas perpustakaan, 30 orang ketua tingkatan, 10 orang
pengawas kantin, 10 orang pengawas SPBT, dan 10 orang pengawas koperasi. Tujuan utama
penganjuran kursus ini ialah untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas
yang pelbagai kepada pelajar sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran memikul
tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh yang demikian, program ini
khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan, pengetahuan dan
menambah pengalaman serta memantapkan pelajar. Program ini juga dirancang untuk memberi
ruang dan peluang kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman sesama jurulatih dan pihakpihak luar bagi memantapkan lagi profesionalisme mereka. Semoga usaha ini akan memberi
manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam menjalankan tugas murni mereka dari masa
ke semasa demi mengharumkan nama sekolah.
3.0

TUJUAN

Kertas kerja ini dimajukan untuk makluman, serta kelulusan daripada pihak SMK Sandakan II
berkenaan penganjuran Kursus Kepimpinan Lembaga Pengawas Sekolah Siri I bagi tahun 2016.

4.0

TEMA

Pelajar Inovatif Melonjakkan Transformasi Kepimpinan Negara

5.0

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif Program Ini adalah untuk :


5.1

Memantapkan pengetahuan sedia ada peserta berkaitan dengan modul program


jati diri.

5.2

Memupuk nilai nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri
dengan modul yang pelbagai.

5.3

Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang
mantap boleh menjadikan para pengawas dapat membantu kearah peningkatan
akademik dan sahsiah.

5.4

Melalui aktiviti aktiviti yang telah dirancang ini , dengan harapan akan
menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap para pengawas
apabila menghadapi tugas yang diamanahkan .

6.0

MASA, TARIKH & TEMPAT


Tarikh : 2 April 2016 (Sabtu)

7.0

Masa

: 7.00 pagi 4 petang

Tempat

: Dewan Terbuka SMK Sandakan II

SASARAN

150 orang pelajar termasuk Pengawas Sekolah, Pengawas Perpustakaan, Pengawas Koperasi,
Pengawas SPBT, Pengawas Kantin dan Ketua-ketua Tingkatan Sekolah Menengah Kebangsaan
Sandakan II.

8.0

KANDUNGAN PROGRAM

Ceramah Kepimpinan: Kepimpinan Melalui Tauladan Rasulullah S.A.W


Menerangkan erti sebenar kepimpinan dan menjadikan murid tahu tanggungjawab mereka di
sekolah sebagai seorang pemimpin.
Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
Menggalakkan murid tampil ke hadapan dan meningkatkan keyakinan diri murid dengan
menceritakan idea mereka dan berkongsi dengan rakan rakan. LDK juga membantu murid
untuk menerapkan kerjasama antara satu sama lain dan perasaan saling hormat menghormati
antara satu sama lain.
Latihan Amali dalam Unit
Membantu murid memahami tugasan khusus dalam setiap unit dan meningkatkan kemahiran
dalam setiap tugasan yang telah diamanahkan. Latihan Amali dalam Unit juga diharap agar
dapat membantu mereka membiasakan diri dengan tugas rutin serta melatih mereka yang masih
baru dalam bidang kepimpinan.
9.0

ANGGARAN KEWANGAN

Anggaran Pendapatan
Yuran Penyertaan

Jumlah ( RM )
RM 750

( RM 5 X 150 orang )

Anggaran Perbelanjaan
Kos Makan
( 150 Pelajar + 27 Guru + 1

Jumlah ( RM )
RM 6 X 178 =
RM 1068

Fasilitator)
Sumbangan PIBG

RM 400

Cenderahati Fasilitator

RM 100

(orang x RM)
JUMLAH
10.0

RM 1150

ATURCARA PROGRAM

RM 1168

07.40 am - 08.00 am

Pendaftaran

08.00 am - 10.00 am

Slot 1: LDK (Bimbingan & Kaunseling)

10.00 am - 12.00 pm

Slot 2: Latihan Amali dalam Unit

12.00 pm - 02.00 pm

REHAT (Solat, Makan & Pengurusan)

02.00 pm 04.00 pm

Slot 3: Ceramah Kepimpinan Melalui


Tauladan Rasulullah S.A.W
(En. Malin Manni)

04.00 pm

11.0

Penutup & Bersurai

JAWATANKUASA PROGRAM
PENGETUA
- EN. MOHAMAD TAN BIN BACHO
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
- PN. TANG SHU SYN
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
- PN. HASWATI BINTI MOHD WASIR
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
- EN. ANAS BIN SULAIMAN
PENYELARAS PROGRAM
- EN. AHMAD AMIRULAH BIN MOHD YUNAN
PENDAFTARAN
- PN. SITI WAZNAH BINTI NAAN
- PN. KASMIATI BINTI JULAINI
MAKANAN
- PN. NORHAZLINA BINTI HAMZAH
- PN. SHEENA SARMIE BINTI ISAH
PENGURUSAN TEMPAT & PA SISTEM
- PN. NAZAHIYAH BINTI AMIR HAMEZAH
- EN. AZLAN BIN ASMAD LATIP
DOKUMENTASI
- EN. TENGKU ANUARUL AMIN BIN TUAN MAT

EN. AJIS JAAFAR BIN MATAHAR

SIJIL & HADIAH


- PN. RUSNI BINTI ABDUL KADIR
- PN. SUNAIDAH BINTI ABDULLAH
AJK AKTIVITI
A. LDK (BIMBINGAN & KAUNSELING)
- PN. MASLILAIDAH BINTI HJ. MADIN
- ENCIK LAM TEE YAW
B. CERAMAH KEPIMPINAN
- CIK SINAR BINTI SYAMSURI
- PN. NURA BINTI IBRAHIM
C. LATIHAN AMALI DALAM UNIT
- SPBT
: CIK ZALEHA BINTI LANONDO
PN. STEPHANIE LANTIHAM
PN. ISAKKA BINTI LASUPU

12.0

KANTIN

KOPERASI : PN. NORSIA BINTI SILUAH


PN. ZUMIZA BINTI HAMZAH
PN. JULIZAN BINTI JIWA ARMARUN

P. SUMBER : PN. AMINAH BINTI HARUN


PN. SABRINA SALLY WONG
CIK ANIS NAZIHAH BINTI JAMIL

PENUTUP

: CIK JURAIDAH BINTI ABD YUSOFF


EN. MD. ZIHAR FAIRDAUS BIN KASIMIN
EN. MOHD IRAWAN BIN OTHMAN

Amatlah diharapkan agar program ini dapat memberi pengetahuan dan semangat baru kepada
peserta dalam melaksanakan tugas sebagai Pemimpin SMK Sandakan II. Menyedari pentingnya
keterampilan dan keunggulan pemimpin umumnya, serta membentuk sahsiah diri yang mantap
dalam kalangan pelajar SMK Sandakan II, diharapkan kem ini akan memudahkan dan boleh
membantu para peserta dalam menjalankan tugasnya dengan dedikasi dan sempurna. Program
ini juga diharapkan dapat mencapai objektifnya dan memberi manfaat serta kesan positif kepada
semua peserta sebagai bekalan dalam melengkapkan diri untuk menempuh permasalahan pelajar
di sekolah yang semakin mencabar.
Sekian.
Disediakan oleh,

AHMAD AMIRULAH BIN MOHD YUNAN


Guru Pengawas
SMK Sandakan II
Disemak oleh,

HASWATI BINTI MOHD WASIR


Penolong Kanan HEM
SMK Sandakan II
Disahkan oleh,

MOHAMAD TAN BIN BACHO


Pengetua
SMK Sandakan II